Shahabiyah Seorang Isteri di Akhir Zaman




Disaat lontaran fitnah menujah, 
aku hanya berserah
tak termampu untuk aku menutup setiap fitnah yang terlontar. 

Disaat engkau menghina, 
aku hanya mampu mendengar
Disaat engkau mula hilang kasih aku masih tersenyum
Disaat orang sekeliling menunding jari kearahku, 
aku masih mampu berdiri.

Kerana,
saat fitnah itu menujah,
aku percaya itu hanya secebisan dari ujian-Nya terhadapku.
Disaat engkau menghina diri ini,
aku tahu hatimu mula berubah, kalah dek hasutan syaitan. 
Dan disaat kasihmu mula pudar aku sudah lama bersedia, 
kerana aku tahu cintamu tak kan selamanya kekal
pasti kan tiba saatnya cinta itu mati, 
kerana rasa cinta itu hanya pinjaman dari-Nya. 

Disaat orang sekeliling meletakkan kesalahan dipundakku, 
tiada rasa yang lahir kerana saat itu manusia mula menghukum tanpa mengadili
dan itu hanya satu rentetan dari masa silamku. 

Dan tidak perlu aku menegakkan diri, 
hanya untuk membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah. 

Dan disaat engkau meminta aku pergi, 
telah aku bersedia untuk dibuang kali keduanya
Mungkin memang takdir perjalanan hidupku,
sentiasa dibuang bila dah tak diperlukan.

Tiada tangisan dan rintihan mengiringi
kerana titisan air mata ku hanya layak ditangisi demi-Nya. 

Even sehina mana engkau meletakkan aku, 
namun aku tetap isterimu,
dan syurga ku terletak dibawah telapak kakimu,
aib mu tanggungjawabku, maruahmu amanahku. 
Aku bukan sekuat luaranku, namun aku punya DIA untuk mengadu.

Semua yang berlaku dalam hidupku adalah ujian dari-Nya. 
Terlalu banyak ranjau yang aku tempuhi, 
dan terlalu berharga ilmu yang aku perolehi. 
Melihat bening dan sorotan mata, 
aku mampu menyelami ke dasar hati itu.
Memandang persekitaran, aku dapat merasai peritnya kehidupan. 

Sesungguhnya, mata yang memandang tak sama dengan hati yang merasa. 
Namun bila mata yang memandang mula menyelami apa yang dirasakan hati, 
mata dan hati mula bersatu dan saling memahami.

Armand Haiqal,
aku tak mampu mencintaimu melebihi DIA
Terlalu banyak kasih yang diberikan-Nya terhadapku,
tak terhitung dengan cebisan-cebisan rumput dibumi, 
tak terbalas dengan sujudku pada-Nya
dan tak terbasuh dengan linangan air mataku.

Andai untuk memiliki cinta-Nya,
terpaksa aku mengorbankan cintamu, aku pasrah
Maaf, hati ini terlalu mencintai-Nya.


Continuity from novel Male=Women/Mom>Syantax Error??
17.07.07–nk

Comments

Popular Posts