A Bench
Di bangku ini
Menyaksi bangunnya seorang insan
Menempuh jalanan
Yang langsung tak terpeta di akalnya
Di bangku ini menyaksi
Saat kayuhanya berulang kali tersasar
Memarut parut luka dikakinya
Dia kembali duduk terdiam
Entah mencari kekuatan
Atau menyerah kalah
Di bangku ini menyaksi
Dia terdiam sepi
Saat dia hilang dalam langkah
Tika dia diuji
Dek dalamnya kata
Yang bernama kesetiaan
Di bangku ini menyaksi
Hanya air matanya yang tumpah
Saat dia terlalu lama
Menyimpan rindu yang tak terluah
Dan kini
Di bangku ini
Dia tak lagi ditemani air mata
Datangnya kadang
Hanya merenung langit
Dalam bicara bisu
Yang tak mampu aku dengari
Datangnya adakalanya hanya seketika
Bagai melepas lelah
Sekadar memandang sang rumput
Memujuk rasa
Datangnya ada ketikanya
Bersama secebis senyuman
Carikan yang hanya secebis
Dalam pejaman mata yang lama
Namun tiada mutiara jernih dipipinya.
Dicelah ributnya hari, kaki dibawa
lari. Ke suatu sudut yang sering kaki menumpang noktah. Lama mata terpaku
dibangku kosong yang masih saat ini tak berpenghuni. Langit didongak pandang.
Rabbi..
Di sini bermulanya langkah; tak
teguh, namun jua tak goyah
Dan masih aku mencari sebuah
penghujung yang pasti
Untuk melepaskan sang lelah yang
sekian lama singgah..
Rabbi..
Saat ini
Dia terlalu jauh
Untuk aku genggam erat tangannya
Saat dia terjatuh
Bicaranya sering dalam melodi yang
merdu
Walau lelah semalam
Tak lagi berganti
Langkahnya tak gagah
Seringkali tergugat
Tika ujian
Tak pernah penat menyapanya
Kerana dia lelaki
Tangisannya rahsia dihati
Dan tika suaranya berlabuh ditelinga
Sering membuatkan aku terdiam bisu
Menahan air mata dari tumpah
Kerana dia terlalu tabah
Untuk ujian yang singgah
Yang seringkali aku jerit lelah
Tika dia berlari
Tanpa ada lagi tangan
Yang sering memimpinnya kasih
Jagakan Dia Duhai Illahi
Kerana kau
Lelaki yang aku cintai abah
–nk
–nk
Comments
Post a Comment