Bicara an-Nisaa' di Akhir Zaman



Bismillah,

Ya ALLAH
Jadikan aku setabah Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar 'Afifah Solehah'
Dialah wanita pertama yang tiada ragu mngucap dua kalimah syahadah 
pengorbanan bersama Rasulullah s.a.w, susah senang brsama
walau hilang harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
imannya sdikit pun tak berubah
mampukah aku setabah itu?
andai diuji sedikit sudah rebah
baru dihina sudah mengalah
Ya ALLAH tabahkan aku sepertinya

Ya ALLAH
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
tak pernah putus asa pada parjuangan dakwah baginda
anak yang semulia peribadi baginda
tangannyalah membersih luka
tangannya jua membersihkan cela
pada jasad Rasulullah s.a.w tercinta
tabah dan kental dirinya pada dugaan
mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam tertanam
saat disakiti, maki pengganti
Ya Rabbi teguhkan hatiku sepertinya

Ya ALLAH
jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sisir yang beriman
dan keluarga Yasir yang bertakwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
mampukah aku sesabar mereka?
saat tergoda oleh nafsu dunia?
saat alpa dengan kekayaan, kemewahan dan kesenangan?
entah ke mana hilangnya iman di dada

Ya Rahman
kuatkan imanku seperti Masyitah
terjun penuh keyakinan bersama bayi kekuali yang mendidih
kerana yakin AllAH s.w.t pasti disisi
sabarkan aku sesabar sumaiyyah
biar tombak menusuk ke jasad
iman sedikit pun tak tergugat

Ya ALLAH
jadikan aku semulia Ummu Sulaim
perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah s.a.w
betapa hebatnya tarbiyyah isteri terhadap suami
hinggakan segala panahan terhadap Rasulullah s.a.w pada hari
uhud disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya ALLAh
tarbiyyahkan aku paad cinta sepertinya
ketinggian cinta pada harga keimanan
mampukah aku menatap cinta itu?
sedangkan rupa yang menjadi keutamaan?
ketulusan iman dibutakan
Ya ALLAH...ilhamkan aku pada cinta sepertinya

Ya ALLAH
jadikan aku sehebat Aisya Humaira
isteri termuda Rasulullah s.a.w
biar dilempar fitnah dan tohmahan
dia tetap teguh pada ketetapan-NYA
isteri sejati yang memangku Nabi
pada saat akhir baginda
hadis dan sunnah Rasulullah s.a.w dipertahankan
betapa hatimu seorang mujahidah
Ya AllAh...mampukah aku mencontohinya?
pada fitnah yang melanda?
diri mula hilang arah dan brputus asa
teguhkan imanku seteguh imannya Ya Rahim

Ya ALLAH
teringat diri pada khansa
4 orang anaknya mati dijalan ALLAH s.w.t
dia meratap tangis
anak sulung kedua dan ketiganya syahid
namun tangisan itu bukan atas pemergiaan anak tercinta
tangisan itu kerana tiada lagi anak yang dapat dihantar untuk berjihad
Ya ALLAH....mampukah aku menjadi ibu sepertinya
sedang anak tidak menutup aurat msih tak terjawab
sedang anak tidak solat pun buat tak kisah
berikan aku kekuatan sepertinya ya Rahman
agar diriku bersedia pada akhirat kelak

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah
diriku tidak setabah Ummu Khadijah
bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
apatah lagi sesabar Masyitah dan Summaiyyah
mahupun sehebat Ummu Sulaim
tidak jua seteguh Aisya Humaira
kerana diri ini cuma An-Nisaa di akhir zaman
dimana aurat semakin terdedah 
dimana syahadah hanya pada nama
dimana dunia terus diagungkan
dimana nafsu fana mnjadi santapan utama
dimana batas sentiasa dileraikan
dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai kaum hawa
kita cuma An-Nisaa
para pendosa yang terbanyak di neraka
lantas, walau tak setabah para Mujahidah
namun...tabahlah pada ketetapan AllAH s.w.t
berpeganglah pada agama-Nya
carilah redha-Nya
bekalkan diri dengan ilmu didada
kerana sesungguhnya pada-Nya ada SYURGA!
Walau tak semulia para wanita sirah
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada PAHALA!
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana disitu ada BAHAGIA!


Sesungguhnya HAWA tercipta dari tulang rusuk ADAM
bukan untuk ditindas kerana lemah
tapi untuk dilindungi kerana indah
dan indah apabila tertutup dan terpelihara
kerana disitulah terjaganya SYAHADAH


Memang mudah untuk kita berkata
dan sukar untuk melakukan
memang mudah untuk jatuh tersungkur
kerana
pahit dan sukar untuk bangun kembali
memang mudah untuk berbuat amal
tapi susah pada istiqamah
insyaAllah, semuanya terletak pada kekuatan hati,
yang dipandu dengan akal yang bertunjangkan iman dan ilmu.
dengan kesabaran dan sejuta keinsafan dan keampunan
yang dipinta pada-NYa
insyaAllah moga dipermudahkan segalanya

Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adanya ketenangan dan kekuatan
Moga tabahlah dirimu wahai para An-Nisa di akhir zaman



Comments

Popular Posts