Gadis





Aku bukan seorang gadis yang menganggungkan sebuah fairytale,
kerana aku hanya menganggungkan cerita-cerita wanita terhebat seperti Sumayyah, Ainul Mardiah,Halimatun Saadiah pahlawan wanita-wanita terhebat

Aku bukan seorang gadis yang mengimpikan seorang putera raja,
kerana aku hanya perlukan seorang lelaki yang sepadan denganku

Aku bukan seorang gadis yang mengangankan sebuah mahligai besar nun dipuncak bukit,
kerana aku hanya perlukan sebuah pondok kecil buat teduhan yang mampu bersinar terang dimalam hari untuk tatapan makhluk-makhluk diats langit sana

Aku bukan seorang gadis yang pencinta sejati,
kerana cinta abadiku hanya milikNYA

Aku bukan seorang gadis yang mengharapkan kesempurnaan,
kerana aku perlukan kecacatan itu untuk memperbaiki diri

Aku bukan seorang gadis yang mengharapkan bahagianya sebuah perkahwinan,
kerana aku tahu, langit tak kan selamanya cerah

Aku bukan pengemis cinta seorang lelaki,
kerana aku masih tak mampu untuk menggapai cintaNYA dan bagaimana pula harus aku mengemis cinta yang lainnya?

Aku bukan seorang gadis yang setia,
kerana aku pasti berpaling bila harus membuat pilihan diantara-NYA.


Maaf,
hidupku bukan kerana dunia semata-mata
kerana akhirat yang abadi adalah cita-citaku
biarlah aku membawa secebis bekalan yang mampu menampung aku disana nanti
kerana Kemuliaan wajah-Nya lama sudah aku rindui




Tidak ada perempuan yang lebih istimewa selain seorang ibu kepada anak lelakinya. Cinta seorang gadis yang bergelar kekasih tidak akan pernah dapat menandingi kasih seorang ibu kandungan terhadap anak lelakinya.

Jika seorang wanita yang menyebabkan kamu terasing daripada ibumu, maka salahlah untuk kamu menyintai gadis itu! Kerana dia hanya akan mengheret mu menghuni neraka Allah s.w.t.

Bagaimana harus aku dambakan sebuah janji syurgawi senadainya diri ini hanya berpegang pada tuan kunci tanpa mempedulikan pemilik sebenarnya?



Saat Arm selesai melafazkan akad, dan bermulanya  detik itu Arm adalah imam, dan saya adalah makmumnya. Jika Arm benar, maka benarlah saya. Dan jika Arm lalai, mala lalailah saya-Adriyana Irdina.






Adriyana Irdina> Armand Haiqal
Continuity from novel Male=Women/Mom>Syantax Error??
04.07.11–nk

Comments

Popular Posts