Bening Mata Seorang Adik
Di keheningan pagi,
hati kembali menangis
Jasad hitam tunduk sujud pada yang berHak.
Dalam tadahan doa,
air mata mencurah
Ya Ilahi,
hatiku pasrah
Bertemankan cahaya rembulan-Mu,
pena menari pantas
bait-bait dibenak mencurah-curah,
selebat titisan air mata yang jatuh ke pipi
Ya Ilahi
Dikedinginan pagi-Mu ini,
hatiku celik
rongga tubuhku bergetar halus,
percikan taubat pada-Mu bergemerlapan indah
Ya Ilahi
Pada jalan jihad-Mu,
nyawa ku serah
tiada lain yang ku cari melainkan redha-Mu
Dalam keinsafan yang menggunung,
suara kecil milik segumpal darah yang bernama hati,
menjerit halus
jeritan yang menghentikan deru nafas
jasad melorot jatuh ke tanah
Subahanallah
Di hamparan sejadah kepalaku rebah,
empangan tangisan mulai pecah,
tak lagi bisa dibendung dan di cegah
Ya Ilahi.
Seakan tak mampu untuk ku persembahkan raut wajah ini,
bagaimana harus bibir tersenyum indah,
sedangkan maksiat mengejek megah
bagaimana harus tidur ku lena,
sedangkan zina turut tersenyum megah
Hati ini tak lagi mampu berdiri,
Api jihad yang marak di jiwa,
hanya mampu dipandang sepi
Di kedinginan pagi
Kala diri sujud pada Ilahi,
memohon secebis keampunan,
megakui segala noda-noda dosa,
hati kembali goyah
Di kala itu,
Maksiat bangkit bersuara,
lantas diri diejek hina,
zina turut berdiri megah,
senyum sinis terpampang di segenap anggota,
Sungguh diri ini malu pada-Mu Ya Rabbi
Kakak
Pandanglah bening mata adik mu ini,
selamilah hati kecil ini.
Mengertilah
marahku bukan kerana dengki,
teguranku bukan kerana benci,
diamku bukan kerana merestui,
menjauhku bukan kerana menyerah
Ketahuilah
hatiku tika ini luka berdarah
Kakak
Aku akui hakikat itu
Alunan kalamullah ku tak serancak mu,
zikir dibenak tak sehebat penguasaan mu,
ilmu di dada tak sekencang pengetahuan mu
Manakan pernah sama diri ini dengan dirimu,
Diibaratkan langit dengan bumi,
selamanya tak kan pernah berdiri sama tinggi
Kerana aku hanya insan yang serba kurang,
yang baru bertatih dari rebahan pertama,
tak kan pernah duduk sama tinggi,
dengan dirimu seorang hafizah
Saat bibir mula membuka bicara,
suara mu menepis pantas
Saat tangan menghulur makalah,
mata mu menjeling pantas
Namun diri ini
tak pantas menyerah sebelum kalah!
Walau nyaring suaramu amarah,
walau tajam matamu menikam,
hati tak sedikit pun goyah!
Kakak
Teguranku bukan jenaka lucu,
marahku bukan kerana nafsu,
air mata ku bukan untuk diketawa lucu
Yang haq tetap haq!
Yang batil tetap batil!
Jangan kerana dibutakan nafsu,
engkau menghalalkan semua itu!
Jangan bertelagah dengan ku,
jika engkau sendiri kalah dengan nafsu
Jangan mencebik ke muka ku,
jika cinta palsu itu menjadi agungan mu!
Wahai hafizah
Di mana ilmu kencang yang menghuni megah di dada mu?
Di mana alunan suci kalamullah yang terhafal indah dibenak mu?
Jangan pernah diri merasa megah dengan pinjaman-Nya itu,
andai kurniaan itu hanya sekadar di simpan dan di gantung indah!
Ya Ilahi
Jiwa ini menangis sendu,
hati ini tergores ngilu,
jasad ini bergetar pilu,
kini aku hanya mampu berserah pada-Mu
Ternyata jihad itu payah,
Jika diri tak istiqamah
Teguranku ibarat seloka si Luncai buat mu
Ternyata hati mu sekeras batu!
Benar ilmu ku hanya setinggi Pak Kaduk,
namun syukur hati ini masih lagi celik
Kakak
Celikkan mata mu!
Tebarkan seluasnya rongga telinga mu!
Kerahkan seluruh anggota mu agar jaga!
Sebagai saksi kebangkitan jiwa ku!
Sematkan pekikan syahadahku ini!
Walau tali silaturahim jadi taruhan,
tak kan sesekali aku tunduk mengalah!
Cukup mata ku di butakan,
cukup telinga ku di pekakkan,
biarpun jasad bercerai dari badan,
tak kan aku berundur menyerah kalah!
Demi syahadah ku buat mu ISLAM!
Kakak
Air yang di cincang tak akan putus,
hati yang luka pastikan sembuh,
jiwa yang merajuk pastikan terpujuk,
jasad yang lelah pasti bangkit bernafas,
selagi Iman dan Taqwa terselimut indah
Sematkan di sudut hati mu
doa ku buat mu tak kan pernah kering,
hujan air mata ku tak kan jemu mencurah,
demi mengharapkan secangkir hidayah-Nya…
Moga terbuka hijab kelam yang menutup mata hati mu,
kerana DIA Maha Mendengar lagi Mengasihani.
–nk
–nk
akak..
ReplyDeletei began to understand ur words last night..