I'm not a stOry tEller, i'm jUst a storyLean daT's full wIth raMble
Bab12
“Hai tutor!” kerusi ditarik kasar tanpa mempedulikan makhluk dihadapannya.
‘Hailla, rosak akhlak tul budak ni!’ gumam Ad pendek. Kerja yang dilakukannya tadi spontan ditolak tepi. Earphone disebelah kiri dilurutkan ke bahu. Mind maps yang dah siap dilakar dicapai dan dihulurkan kearah Pa’an.
“Huh?” Pa’an angkat kepala menala kearah Adriyana.
“Next chapter.”
“Hah?” Ba’im tercengang . ‘Cepatnya minah ni! Gaya bukan aku yang bertambah pandai, tapi dia ada laaa.’
“Aku dah check kau punyer latihan. “Excellent”. Dan aku rasa kau dah boleh move ke next chapter. If kau ada objection, go on.”
“Err..” Pa’an garu kepala. “Tak. Cuma aku rasa macam sangat fast la.”
“Fast kebendanya. Kau still ada empat belas chapter to be done kot! Tambah lagi dengan project kau yang still tak ‘on’ lagi. Benda yang fast sangat? Ingat cukup ke two weeks yang prof bagi?”
‘Ambik kau Pa’an! Kang dah kena smash baik punyer!’ Pa’an tayang sengih katak kat Adriyana.
“Ad..apa plan kau lepas ni?”
“Plan?”
“Kita kang tinggal sebulan lagi before grad.” Teruja Mia.
“Owh, makan, tido,tengok tv,tengok dinding, pastu makan balik.”
“Woit! Sengal!” laju tangan Mia membaling bantal busuknya ke arah Adriyana, tepat dikepala.
“Kau per citer dengan budak Ba’im tu?” Fia membetulkan sila mengadap Adriyana. Spontan Mia bangun dari katil menerpa kearah mereka berdua, teruja dengan topik yang dibentangkan.
“Woooo..chop! Pe kes korang dok tenung muka hamba ni? Dah tak de keje eh?” Ad jungkit kening.
Mia dan Fia dah sengih paras telinga. “Senyap-senyap eh kau. Sampai hati tul tak cerita kat kitorang! Cam ni la memberrr.” Fia dah start acting ala-ala Julia Roberts, idolanya.
Adriyana still tak beriak, masih lagi dengan lappynya.
“Tak pe Fia, esok kita pi siasat. Mana la tau kan dapat bukti sekukuh lantai konkrit ni.” Mia cucuk jarum beracun.
“Korang sangat-sangat tak de keje nak buat? Pe kata tolong aku taipkan assignment ni, tak pun.”
“Apa?” Fia dan Mia menyahut serentak.
“Tolong senyap!” selamba Ad menyambung kerjanya balik.
Akibat rasa kebengangan yang melampau terhadap Adriyana, Fia terpaksa menenangkan si Mia yang dah semput dengan hidung yang dah kembang kempis dek menahan kemarahannya.
‘Ishk la minah ni! Waaa, geramnya aku! Argghhh….’ Mia menjerit sekuat hati tanpa suara. Khuatir kena bantai dengan jiran sebelah menyebelah jer nanti.
“Mia dah la weyh. Sat gi kau semput tak larat aku nak bawak pi klinik.”pujuk Fia lembut bila dah terpandang mimik muka Mia yang tersangat la hideous dek rasa ketidakpuashatiannya terhadap Adriyana.
“Geram betul la aku kat si Ad ni!” Huargghhh, jerit Mia lantang tanpa dapat ditahannya lagi.
Adriyana yang tadinya statik mengadap lappy, terngandah dek kelantangan suara Voldermot versi Mia.
Ad lipat maut “Pe hal? Circuit cut?” Ad winking kat Mia.
Mia menaikkan oktaf kelantangan jeritan ala-ala sopranonya.
“Kata member kamceng, tak kan sebab hal tu pun nak kepoh? Rumours cam gitu pun korang percaya. Pe kes?”
Fia pandang Mia, Mia pandang Fia balik, keningnya dijungkit sedikit. Kedua-dua tayang muka bashful kat Adriyana.
“Lawa sesangat dah tu!”
Fia dan Mia pakat gelak. “Bukannya apa kitorang just teruja, mana la tau benda tu betul kan, boleh la kitorang tumpang hepi.”
“Aah Ad! nanti boleh la kitorang tumpang kereta sport si Ba’im tu, tak payah dah kita bertungkus lumus buat speed running tiap-tiap hari. Penat dowh!” tokok Mia bersemangat.
‘Walaweyh tui budak dua ekor ni! Sungguh la pembelot tahap tenuk!’ Adriyana menjegilkan kedua-dua bijik matanya.
“Brilliant sangat la idea korang berdua! Langsung tak leh diterima akai!” Ad stick out her tongue.
Fia dah gelak sambil tekan perut. ‘Haru tul kepala si Mia ni!’ Mia tarik muka cemberut. Bengang digelakkan oleh kedua-dua ekor makhluk dihadapannya kini.
Fonsel Ad yang terletak tiga kaki dari Mia, tetiba mengeluarkan vibrate. Dek kerana terkejut yang amat, Mia spontan terlompat dari kerusinya dengan diiringi jeritan soparnonya. Spontan Ad dan Fia menoleh kearahnya.
“Kau kenapa?”
Mia tarik sengih dilemma. Sedar diri dah menganggu kosentrasi kedua sahabatnya.
“Tuuuu..” mulut dijuih kearah suspek yang bersalah.
“Benda?”
“Fonsel Ad vibrate.”
“Dah tu yang kau menjerit bagai nak gila, siap buat lompat katak lagi pe kes?” Fia dah kerut kening.
Mia garu kepala. Sengih panjang ditarik. Ad bangun mencapai fonselnya.
Hailloh pe si ‘keding’ ni nak!? tepon memalam buta ni. Semak tul! Sekali lagi fonselnya bergetar kuat. Skrin fonselnya disentuh menerima panggilan masuk.
Sepuluh minit berlalu, still tiada suara yang tercetus keluar dari bibirnya. Hanya fonsel setia ditelinganya. Fia dan Mia saling berpandangan sesama mereka. Jarang Ad terima panggilan memalam begini, dah tu tak cakap sepatah pe pun. Ada rasa curious bertamu dibenak keduanya.
“I’rye?”
Senyap.
“I’rye?” suara ditalian sekali lagi memanggil. Takkan tido berdiri kot budak I’rye ni.
“Kot yer pun marah along call, takkan tetiba je jadi bisu?”
“Kot yer pun marah along call, takkan tetiba je jadi bisu?”
“Ok."
“Apa yang ok nya?”
“I’m off. Assalamualaikum.” Fonsel ditangan terus dioffkan. Kerja yang tertangguh tadi disambung kembali tanpa sebarang riak. Dan tahap curiosity Fia ngan Mia makin meningkat.
Ammar Asyraf mengeluh perlahan. Still the old I’rye! Sangat susah dijangka. Sungguh hatinya tak boleh nak memahami perangai adik perempuan keduanya itu. Terlalu sukar untuk ditafsir dan ditembak apa yang ada dibenaknya. Kalau tak kerana kesiankan ‘Pa’ yang dok menunggu kepulangan I’rye, dia pun malas nak push adiknya tu. Tapi as anak sulung dah jadi tanggungjawabnya tuk baiki balik hubungan yang tak dapat dia nak klasifikasikan dah di tahap mana, sebab dia sendiri tak tahu perkara sebenar yang berlaku sampai I’rye bertindak nekad keluar dari rumah. Sedar-sedar lepas balik dari Jepun, I’rye dah lesap tanpa jejak. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Pelipis kirinya ditekan. Otak dah buntu nak pujuk I’rye.
Selepas selesai menunaikan solat sunat tahjud diikuti dengan bacaan surah yassin, Ad melontarkan tubuhnya ke tilam. Mata dipejam sesaat, melepaskan penat yang terasa. Hujung pangkal hidung ditekan lama. Hal yang dah lama dia lontar jauh datang menerjah kembali. Menyemakkan otaknya yang dah tersedia semak.
- Running out eh?
- Nope!
So what a word that you define when the problem comes, you just escaped, missing without
So what a word that you define when the problem comes, you just escaped, missing without
any words?
- Do I need to explain that? All the problems cannot be settle by just keep yourself silent, pretend all the mistakes come from you!
“Huh!” satu keluhan terlepas dari bibirnya. Sungguh kenangan itu mampu mengugat ketenangan.
Eventhough time was passing by, tak semua benda boleh dilupakan. Hati yang terluka tak mungkin sembuh even luka dah pun kering, parutnya tetap ada. Dia sedar…jauh mana pun kaki dipaksa berlari, ke benua mana pun tercampak, kenangan itu tetap terpahat kukuh. Bukan mudah untuk melupakkan untuk seseorang yang bersifat pendendam. Every single moments yang berlaku masih terlayar kukuh dalam benak. Even dah berpuluh buku motivasi dibaca, hati still masih tak ingin mengerti, kerana akal seakan-akan tidak dapat melepaskannya. Sungguh kesakitan itu telah membunuh sekeping hati, seperti mana dendam yang tersimpan memakan dirinya.
Dirinya dipaksa tidur. Esok menanti. Perlahan selimut ditarik ke paras dada, cik ‘bob’nya dipeluk menutupi sebahagian mukanya.
“ Hello Mia!” sapa Jass lembut dengan gaya manjanya.
Kedua-dua kepala yang hampir mencium meja, spontan tertegak kembali. Melihatkan aksi spontan Mia dan Fia terletus ketawa kecil dari bibir nipisnya.
Dengan keadaan yang separuh mamai Mia membalas sapaan Jass. Melihatkan Mia yang still separuh sedar Jass melabuhkan punggungnya disebelah Mia tanpa pamitan.
“Hai both of you. You all kenapa? Look so tired jer?” senyuman manis tak lekang dari ulas bibirnya.
Fia langsung tak mengendahkan kehadiran Jass. Malah kepalanya terus didaratkan kembali ke meja, continued back.
Mia kalih Fia disisi kanannya. ‘Uh-la minah ni! Sambung balik nampak. Gayanya, aku la yang kena melayan si minah saleh celup ni!’ Mia mengetuk kepalanya perlahan. Menghilangkan rasa kantuk yang masih tersisa.
“Hai. Assalamualaikum.” Pinggir bibir ditarik malas. “Aah, kitorang terlewat tidur semalam.”
Jass still dengan senyuman manisnya. ‘Ishk, tak penat ke minah ni asyik dok senyum jer dari tadi! Senyum tu kan sedekah wahai cik Damia Husna!’
“After class kita lunch sama? I belanja.”
“Awak nak belanja? Kitorang berdua?” mata dah membesar dua inci. Rezeki haruslah tidak ditolak! Mia senyum dalam hati. ‘Awak’? Sungguh la skematik! Dengar dek Fia dengan Ad, tujuh keturunan tak habis dia kena bantai gelak!
“Yup! I belanja.”
“Tak menyesal ke? Kitorang ni perut besar mengalahkan tapir tau!”
“It’s ok. Lagi pun seronok per makan ramai-ramai.”
Mia dah tarik sengih cecah telinga. “Ok la kalau cam tu. Anyway thanks ya cik Jass.”
“Not a big deal!”
Sejurus pintu kelas ditolak dari luar, suasana kelas yang tadinya bingit bak pasar basah tetiba menjadi senyap sepi. Puan Latifah melangkah masuk, dan kuliah pun bermula.
“Pap!”
Ad panggung kepala. ‘Haailahh minah ni! Tak reti bagi salam ke? Tangan tu kalau tak tampar orang sehari agak-agak boleh strok kot!’ Bahu yang sengal digosoknya perlahan, suaranya masih tidak kedengaran, hanya kening kanan dijungkit dengan pandangan membunuh ditala.
Mia garu kepala. Terlajak kereta boleh digostan, terjolok sarang tebuan haruslah kena habuannya. “Soriiii.”
Senyap. ‘Sori je la modal minah ni, pastu tayang muka kerang busuknya. Dah la dia punyer spank tu membunuh! Boleh retak tulang-temulangku.’
Fia dah tarik kerusi, melabuhkan punggungnya, tidak mempedulikan kekecohan yang ditimbulkan Mia. Jass still tak alih pandang dari muka si Ad. Otaknya tengah menganalisis Adriyana ‘So weird+cold-ais+bloodthirsty+cocky= so curiosity!’
“Jass, duduk la.” Pelawa Mia.
“Tak pe ke I join korang ni? Member you ni tak kisah ke?” Jasmin gaya jerky.
Fia dah keluar gaya aura menyampah petala ketujuh. ‘Loathe betul aku ngan sepsis perempuan cam ni!’
“Eh, diorang tak kisah. No hal la.”
Memandai jer budak ‘ketot’ ni! Yang tetiba kamceng ngan minah saleh celup ni per kes? Fia dah start peeved. Komik ‘Detective Conan’ Ad dicapainya pantas.
“Member you ni memang cocky eh?” Jass pandang Adriyana.
Fia yang khusyuk dengan ‘Conan’, spontan lipat maut kearah Jass. Muka dah tak tertafsir riaknya. Tunggu nak explode jer.
Mia tercengang habis ‘Mak aih jujurnya minah saleh ni!’ Ad masih lagi statik, khusyuk dengan kerjanya. Langsung tak sedar dengan keadaan tegang yang dah mula tercetus.
“Kau apa kes judge orang semendang ni? Dah rasa nak ganti tempat Paul Moss sangat ke?” letus Fia. Matanya tajam merenung Jasmin.
Mia cuak. Jass yang terkesima dipandangnya. ‘Mati la! ishkk, cam ner ni? Think Mia!’
Serentak itu…
Serentak itu…
“Adriyana!!!”
Ad yang tengah dok menghafal fakta yang dibacanya spontan termelatah dek terkejut yang melampau dengan tindakan Mia yang menepuk kuat meja sehingga menghasilkan gegaran, diikuti dengan jeritan suaranya yang tersangatlah noisy tu. Jass dan Fia ikut terlopong.
Earphone ditelinga kiri dilurut ke bahu. Mata ditala tepat kearah Mia. “Awat?”
Kepala Mia tetiba jadik tersangat daze. Kepala yang dilitupi dengan ‘shawl’ pink-ungu digaru-garunya, habit semulajadinya bila dah cuak dan buntu. Idea bernasnya dah out-of-blue. Masuk ni dah dua kali dia mengugat kesabaran si Ad yang sememangnya tak penyabar ‘Takkan nak bagitau pasal tadi kot, lagi menambah bala ada la!’
“Tak de benda pun, faham-faham la si ‘ketot’ ni, ‘nagging gurl’”.
Mia tarik sengih lega. Mata dikenyitkan kearah Fia. ‘Fuhh!’
“Actually I almost fall out with Fia. Officially I’m just asking, seems like she don’t like much my question.” Jasmin pandang tepat ke arah Adriyana, langsung tak mempedulikan riak muka Fia yang dah merah padam menahan storminessnya.
Kening Adriyana spontan knitted. ‘Bila masa budak ni terpacak kat sini? Siapakah beliau? Tak kan tetiba jatuh dari langit, terus gaduh? Cucu Voldermat kah? Bolehla aku mintak autograph. Exclusive ni!’ Ad pandang Fia.
“Kau pe hal minah?” sergah Fia lantang.
Jass langung tak berkutik dengan kebengangan Fia. Tubuhnya santai dengan kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada. Matanya masih tertumpu kearah Adriyana.
Ad pandang tembus terus ke hati Fia. Keningya dijungkit, bahasa isyarat yang difahami Fia.
Fia serba salah.
Fia serba salah.
‘Pe masalah diorang ni? And apa kena ‘minah’ ni dok tenung aku? Tak kan dia minat aku? Haikk! Kuciwaa mak den nanti!’
“Chop! Aku tak faham apa yang berlaku sekarang. Fia?”
“Finally!” Jass tepuk tangan, gembira ‘Akhirnya keluar gak suara budak pelik ni.’
Enam bijik mata menoleh ke arahnya, serentak. ‘Apa lagi minah ni nak buat!’ Mia dah cuak.
“I’m Tengku Jasmin Rafina Tengku Iskandar, your bestfriends classmate.”
“So?”
“What do you mean by so?”
“Korang satu kelas, dah tu apa yang kecohnya?”
Dia tak kisah pun aku saper! Dah tu macam tu jer respon dia? Memang tak berperasaan ke budak ni? Dari lontaran pandangan yang penuh sinikal dan berlagak yang dilemparkan Jass awal tadinya, berubah terus raut wajahnya. Jass merenung Ad dengan penuh kepelikan.
“You tak kisah ke?”
“Pasal?”
“I join you all.”
“Apa masalahnya? Kitorang bukan persatuan Ah Long yang cik perlu isi borang tuk join sama.”
Sekali lagi Jasmin terlopong. Dahinya dah berkerut seribu dengan kepelikan budak yang dipanggil Ad. “Owh! I ingat you tak suka I join you all.”
Ad tarik sengih tiga saat. ‘Haisyehh, pelik jer budak ni. Ntah tercampak dari planet mana tah. Tak kan la nak kawan pun main jealous-jealous! Hailooh~’
“So don’t judge a book by the cover simply!” Fia bersuara keras.
“Kejap jap, maknanya kau sengaja provoke kitorang sebab nak tau Ad suka kau ke tak eh?” Dengan mata membulat Mia pandang Jass penuh minat.
Adriyana kembali tenggelam dengan buku dan iPodnya. Tak ambik pusing dengan situasi yang berlaku. Beberapa minit kemudian, dia bangkit mengejut. ‘Argghh, dah lambat!’
“I’m off.” Tak sampai seminit Ad dah lose sight of them.
“Did she always like that?” Jass bertanya penuh minat.
“Yup! Kau tak jawab lagi soalan aku wahai cik Tengku Jasmin Rafina Tengku Iskandar.” Mia tongkat dagu dengan tangan kirinya.
“Aku blah dulu.” Fia bersuara dingin. Pantas kakinya melangkah pergi tanpa sempat Damia menahannya. ‘Kenapa la dengan si Fia ni, all of the day moody jer. Masuk angin kot?’
“Dia tak suka I.” Jass peluk tubuh.
Mia pandang Jass. “Kenapa kau suka buat kesimpulan sendiri?”
Jass angkat bahu. “Dari cara pandangan matanya kat I, I da tau yang dia tak suka I.”
“Kau pun tak kenal dia lagi. Supposedly kau tak boleh judge pakai sedap hati jer. It just can make things more worse. Memang luarannya dia agak kasar, tapi hati dia baik.”
Senyap.
“Maybe.” Jass malas memanjangkan isu.
“Dan apa pulak penjelasan kau pasal tuduhan kau kat Ad?”
“Curiosity yang melampau make me wanna test her. But she make me more daze"
“Means? Kenapa kau nak rasa curious kat dia plak? Kau kenal dia ke? Sedara?”
“Ntah. First I tengok dia I rasa yang dia seorang yang sangat weird+cold-ais+bloodthirsty+cocky. That’s why rasa curiosity nak kenal dia tu sangat kuat. I never know a gurl such like her.”
Mia gelak. “Lorhh, tu jer? Tak berbaloi langsung kau gaduh dengan Fia semata curiosity kau tu! Dia memang macam tu pun. Bercakap if perlu jer, dia akan campur if benda tu ada kaitan dengan dia, agak heart cold. Kitorang pun tak dapat tafsir apa yang dia fikir, she’s very cagey about herself. Seorang yang tak berkira dan the important thing dia bukannya cocky ke hape! Kalau kau tegur dia setakat say ‘hai’ memang dia tak kan layan, sebab telinga dia always tersumbat, 24 jam! Hurmm, yang kau berminat sangat pasal dia ni kenapa?” Mia pandang Jass pelik.
“Did she deaf?” Jass dah gaya mata ala-ala ikan buntal.
‘Tak kan la kot? muka punyer la lawa, dah la mix-blood. Tapi kan,tadi elok jer dia jawab time aku tanya? Musykil berganda-ganda otak aku ni!’
“Uisyeh, ada lak kau ni! Dia sumbat earphone kat telinga la!”
“Ohhh, Eh jom balik. I hantarkan you.”
“Ok.”
by,
–nk
by,
–nk
Comments
Post a Comment