TERABA DAN SAHABAT

Idea|Dari Langit



Teraba - selalu meletakkan hati di garis kelabu hitam yang tak pasti.


Dah berulang kali aku cuba dakap sabar tu ke dada - tiap kali kau suarakan, tiap kali tu je kata yang kau perdengarkan dihalwa telinga bila sebenarnya aku harap something yang boleh buat aku rasa much more better.


Jujur ada rasa marah tiap kali aku rasa kau tak pernah faham apa yang aku rasa. Ada rasa annoying tahap cencaruk bila kau keep cakap benda yang sama, sabar, sabar, sabar! - adakala nak diteriak ke cuping mu agar diam. Dan tu bukan pilihan yang baik untuk berterima kasih atas kesudian menebang cupingmu mendengar aku yang penuh keluh kesah!


Dan ternyata kau tak pernah salah, tika kau lah manusia yang selayaknya digelar sahabat! - tak pernah nak kesah bila aku buat muka annoying tahap menyampah, bila aku sebenarnya nak tak nak jer terima nasihat kau yang tone nya berulang tayang lirik yang sama.


Kau buktikan kata kata mu sebagaimana laku mu - tak pernah jemu menanti aku faham sepatah tu--SABAR--yang pernah menyaksi bebola mata ku juling ke atas, dan teriakan oktaf yang terbabas dek amarah yang mengepung, lantangnya sungguh mampu mencairkan tahik telinga mu. Dan tetap kau sabar - menerima aku apa adanya tanpa pernah nak jadi hakim menyabit aku ke tali gantung.


Wallahi, kau manusia yang mengajar aku betapa sabar itu satu penantian yang penuh intan dan permata - hadiah yang cukup indah setelah semusim air mata dan lelah disepanjang jejak langkah.


Sungguh ianya tak pernah mudah. Namun tak pernah payah untuk dicuba dakap ke hati - asal ada yakin yang tak pernah mati pada Agungnya Tuhan Yang Menciptakan tak kala الله Al-Wahhab--Yang Maha Memberi. Kerana pasti tiba, saat nya sabar itu akan jadi milikmu.


Dan selalu - melontar diri dalam kenangan kau dan aku, tak pernah gagal membuatkan aku tersenyum, sahabat.


********


Seberat mana ujian yang terpikul dibahu - Menguji sabar mu yang dah mencecah ke tunjang, memperkotak katikkan kebaikan mu yang tetap jua tak dipandang, dan memperlaku mu bagai kau tak punya perasaan - tetap tak memberikan kau hak untuk beralasan dan menghalalkan kerosakan pada laku mu dek kerana hidup yang kejam. 


Padahal hakikat, kau dan aku kita milik Tuhan. Dan sesungguhnya DIA berhak menimpa apa jua ujian - berat hatta ringan - kerana DIA Tuhan Yang Menciptakan kita.


********


Masalah hidup bagaikan ombak yang memukul pantai. Terkadang kuat. Ada saat hanya menyapa lembut. 


Cukup untuk kau mula berfikir dan cerna - alam ini ada Tuhannya. Untuk kau terus menerus pakai rules sendiri atas alasan - ini hidup aku. Padahal kau dan aku - kita ini manusia yang berTuhan - wajib punya rasa malu untuk main aci redah buat sesuka hati dimuka bumi milik Dia yang dipinjam untuk dihuni sementara - sebelum kembali pulang mengadapNya.


*********


Apa yang kau hilang kala manusia merenggut dari mu kejam? Walhal kau dan aku, kita tahu الله - Al-Adl'--Maha Adil.


Dan mana mungkin DIA akan biarkan air mata mu jatuh tanpa berganti dengan senyuman. Dan sungguh tak mungkin, sesuatu yang kau hilang tanpa DIA ganti. Bila mana DIA ambil - untuk DIA ganti dengan yang paling elok dan lagi molek.


Wallahi, andai kau tahu - sesungguhnya Maha Pengasih dan Penyayang nya Rabb mu, seinci pun DIA tak kan pernah biarkan kau derita kerana dunia! - melainkan DIA uji kau dan aku agar kita kan berbahagia dikehidupan yang abadi diSana nanti.


**********


Tak kala mengingat Maha Kasihnya DIA, sering bibir terjongket mengejek - bagaimana aku tegar berprasangka yang bukan bukan pada Rabbku! Sedang nafas hidup ku tika ini - jatuh bangun dan berdiri tegak hari ini - semuanya kerana DIA - الله - Tuhan Yang Satu.


Moga saat aku terlena dalam dakapan selimut, jagakan aku dalam doa mu. Kerana aku manusia seperti mu - khilaf dan pendosa dalam menjejak hari - bukan manusia sempurna yang didongengkan drama dan movie.

–nk

Comments

Popular Posts