Tika DIA Menyentuh
Idea:
Dari Langit
Antara
sedar dengan tidak, banyak bezanya. Dan berlari difasa yang berlainan banyak
membuatkan akal jaga; mencerna yang diri fikir tu tak semestinya betul tika
dimensi mata dan fahaman akal itu sangatlah berlainan. Dan sungguhlah, bukan
mudah nak faham kehidupan. Saat rasa kaki dah jauh berlari, hakikatnya duri
yang singgah baru sedikit untuk menterjemah sakit yang terasa dan usianya
terlalu mentah untuk memutuskan tentang duri yang dirasakan tidak sesuai untuk
si bunga ros, saat duri tu hadir hanya menghantar luka tanpa masih mampu
mencerna fungsinya pada si bunga ros.
Terduduk
dalam kosong yang kadang memaksa akal berfikir, terbentang banyaknya khilaf
pada jalan semalam. ‘Tika aku merasakan luka pada duri yang singgah dihariku,
aku mendakap luka itu menjadikan tusukan duri itu terasa terlalu tajam,
membunuh asa dan waras membuatkan aku tercampak dalam kaca yang makin retak
hari ke hari. Dan sungguh aku lupa, dia juga manusia yang punya hati. Dan aku
tak pernah sejenak berdiri di tempatnya, merasa apa yang dia rasa. Tika diri
sombong ini sering tertipu pada emosi yang dipandu nafsu dan ego. Merasa hanya
diri, bagai dia tak terluka.
Kepala
yang tunduk melabuh pandangan ke lantai, dibiar sepi. ‘Berlarilah tangis. Untuk
khilafmu yang sering kau lupa untuk muhasabah, saat hati mu terlalu cepat
meletakkan salah.’ “Tuhan, terima kasih…”
Melewati
hari dengan rutin yang sentiasa membuatkan kaki berlari tak henti, tetap kosong
itu terasa. Melabuh simpuh dan pandangan diraut wajah yang masih anggun walau
dimamah usia, ada kagum yang terselit. ‘Bagaimana dia mampu berdiri teguh saat
ini, tika aku merasakan larian ku kian sumbang hari ke hari…’
Merenung
dia, memarut senyuman dibibir ku. Manisnya dia dalam senyuman. Seketika akal
tenggelam dalam memori. ‘Sering ada suara yang merungut dengan ragamnya. Sering
ada suara yang mengatakan dia dengan kepuraannya. Sering suara suara itu
berbisik halus saat kaki ku melintas.’ Tepukan dipaha menghantar sengih yang
menampakkan gigi.
“Tok
ma ok?” Gusar yang terpeta diwajahnya menarik bibir melantun soal.
“Hurm,
ok.”
“Sungguh?”
“Tok
ma sebenarnya tengah risau ni…”
“Awat?”
“Bacaan
kencing manis Tok Ma naik mendadak.”
Menungannya
yang panjang memetakan kerisaunnya.
“Tak
dak pa aih, insyaAllah..”
“Anak
anak Tok Ma, macam macam kata.” Mata dipejam rapat. “Hati ni risaunya Allah
yang tahu..”
‘Anak
anak Tok Ma…’ Mata yang setia melabuh diraut wajah tua, dibawa alih melekat
didada langit.
“Hari
hari kita, hanya Dia yang ada. Merasakan luka kita yang singgah, mendengar
tangis kita, memimpin kita membuatkan kita masih bernafas, masih lagi merasa
nikmat nikmat kurniaanNya. Dan hanya Dia yang sentiasa ada untuk kita Tok Ma.
Saat kita yakin dengan Dia, usah peduli pada kata kata mereka. Diri kita, kita
yang rasa. Pahit manis yang orang tak kan faham, saat mereka tak pernah punya
masa hatta untuk melabuh duduk menyelam apa yang kita rasa.”
“Terima
kasih sudi dengar luahan hati Tok Ma. Dah dua hari Tok Ma dok risau. Tidur pun
tak lena. Hati ni, mereka tak faham. Hanya pulang dengan meninggalkan kata kata
yang merisaukan hati tua ni. Tok Ma tahu anak anak Tok Ma semuanya berpelajaran
tinggi, bercakap dengan fakta, bukan Tok Ma nak sakit ni. Allah, Tok Ma hari
hari doa, moga tak menyusahkan anak anak..”
Gengaman
yang erat ditangan, ada sebak didada. ‘Betullah, bila dah makin dewasa, yang
tua sering dilupakan. Ada rasa yang terhenyak. Dalam ke hati.’
Dia
bukan menunjuk amal untuk membuatkan dia nampak hebat hatta dipuji. Cuma sering
bibirnya menutur laku amalnya moga yang bernama anak dan cucu menjadikannya
ikutan dan amalan untuk hidup yang lebih bermakna. Usianya membuatkan dia rindu
pada kata kata yang penuh tarbiyyah, kerana dia sering lupa, kerana dia masih
bertatih mencariNya saat zamannya hanya diterangi kelabu putih dan kini sedikit
demi sedikit diberi peluang untuk belajar. Dan mereka tak pernah faham. ‘Dan
hakikat ini jua hanya akan tersimpan disudut hati ini, tika saat bibir
melontarnya sering diri dimatikan patah bicara dan dinobatkan dengan perlian
‘cucu yang paling dikasih’. Dan kalaulah mereka cuba untuk melabuh duduk, hanya
untuk menyelam isi hati raut tua itu walau sekejap, moga mereka akan mengerti
apa yang dibaca hatiku saat Dia menjagakan aku tentang hakikat ini. Dan kita
jua akan tua. Moga kita tak diperlaku sebagaimana kita memperlakukan…’
Laungan
azan membawa telapak tangan singgah dipipi. Tubuh dibawa bangkit. Takbir diangkat
perlahan. ‘Moga esok aku menjadi hambaMu yang lebih baik dari semalam Rabbi…’
Dalam
simpuhan tadahan doa, sering aku termangu, terbata dalam rasa yang sering
membuatkan air mata jatuh. Andai dunia mendengar isi hati ku, moga kemaafaan
ini sampai buat mereka mereka yang sering aku lukakan.
‘Rabbi,
berat terasa larian ini saat aku melihat sombongnya aku dijejak hari hari yang
lalu. Dan sakitnya detakan didada ini, saat aku hanya mampu menangis atas
kemaafan yang aku tak mampu ucapkan padanya…’
Untuk
mu yang selalu ada dihatiku, terlalu banyak kata terima kasih yang ingin aku lagukan
untuk mu, terlalu banyak cerita yang ingin aku dendangkan pada mu, jatuh bangun
yang membuatkan aku berdiri tika ini. Membawa aku meniti dipahitnya hari mu,
sedar yang kau dah terlalu lama terluka dengan laku ku. ‘Tuhan, moga diberi
kesempatan untukku…’
Saat
Dia memimpin aku kembali ke jalanNya, dia mendidik aku dengan penuh kasih,
mengajar aku membaca khilaf khilaf yang aku lupa untuk cerna dijejak hari hari
yang lalu. Saat aku berbisik bingung, ‘Kenapa jalan ini Rabbi?” Dan dalam
kasih, Dia menjawab, ‘Kerana hanya padanya yang bengkok akan kembali lurus.’
Dan
sering pada takbirku aku berbisik, ‘Luruskan jalan ku yang kian bengkok
Illahi…’ Tika saat Dia memakbulkan doaku, sering pula aku mempersoal, bila mana
jalan yang terbentang tak mampu dicerna sang akal, tika padanya hanya kepahitan
yang aku nampak. Lupa untuk menggali kemanisan yang Dia simpan dibaliknya. ‘Sungguh
payah benar untukmu bersyukur duhai diri…’
Untuk
masa yang tak mungkin dapat ditebus, moga aku belajar untuk memaknakan langkah
ini. Moga kan menjadi memori yang indah buat mereka suatu hari nanti.
Tika
ini
Mata
hanya mampu menangisi
Sombongnya
diri
Pada
noda dosa dijejak hari
Tuhan
Hanya
Engkau
Yang
Merasakan apa yang ku rasa
Yang
Melihat apa yang aku punya
Yang
Mengetahui apa yang tersembunyi
Tika
manusia memandang aku hebat
Hakikatnya
Aku
hanya pendosa
Yang
papa lagi hina
Sungguh
tiada aku tanpa Mu Illahi
Maafkan
hambaMu yang hina ini…
Tuhan
Teriknya
ujian
Yang
menghantar aku
Dalam
labuhan yang panjang
Sering
aku terpaku disimpuhan
Saat
air mata sering menitis
Tiap
kali hati ditayangkan
Dengan
laku yang aku zahirkan
Di
hari hari lalu ku
Dan
sungguh air mata yang mengalir ini
Pedihnya
bagai luka yang ditoreh
‘Bagaimana
aku menjalani hari hari ku dengan penuh kesombongan Rabbi…saat itu adalah sifat
yang selayaknya hanya MilikMu…’
Duhai
Illahi
Tak
mampu aku mendongak memandang langitMu
Dengan
rasa hina ini
Saat
aku mendabik sombong pada dunia
Bagai
lupa Kau yang menyaksi
Dan
mereka yang mencatat
Sungguh
Tuhan
Tak
mampu aku basuh hinanya kesombongan ku
Melainkan
hanya padaMu
Tempat
aku merayu dan berharap
Maafkan
aku dengan KeampunanMu
Tika
hanya Engkau lah
Yang
mampu Memaafkan pendosa ini…
Moga
hanya aku
Yang
menjejaki hitamnya jalanan ini
Moga
permata ku nanti
Dibalut
indah dengan ketundukan padaMu Illahi…
Tuhan
Terima
kasih
Untuk
hadiah Mu
Meminjamkan
aku
Teman
teman
Yang
sentiasa
Memaknakan
hari ku
Saat
dengan mereka
Aku
mula belajar
Membaca
kehidupan
Dalam
nafas hamba
Tika
aku kian terhempas
Dalam
jiwa manusia yang tak pernah puas
Tuhan
Hanya
titipan doa
Yang
mampu aku bisikkan
Buat
mereka
Teman
teman ku
Moga
mereka jua
Dilorongkan
indahNya Cinta Mu Illahi
Moga
suatu hari nanti
Kami
kembali
Duduk
bercerita
Tentang
indahnya KasihMu
Di
hari hari yang kami lalui
Untuk
kami berdiri pada saat ini
Tuhan
Untuk
dia
Moga
Kau dakap dia
Dengan
Cinta Mu
Sebagaimana
lagu yang sering dia bisikkan padaMu
Untukku
teguh hari ini…
Ada
doa yang mengiringi langkah
Tika
dalam bisu kau tetap ada
Menyanyikan
lagu
Agar
ku teguh
Dalam
pimpinanNya
Untuk
aku belajar
Menoktahkan
sebenarnya makna
Pada
yang bernama kehidupan
Terima
kasih…
Telah semakin dekat kepada manusia
perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia),
berpaling (dari akhirat). [17:1]
–nk
Comments
Post a Comment