Dia (Part Last)


Selesai membaca email Eid, Pacai meraup wajahnya. Ada air jernih yang menakung ditubir mata. ‘Maha Besar kuasa Mu Ya Allah s.w.t…’
Sebegitu hebat ujian-Mu buat insan yang bernama Nur Damia Husna. Sayangnya aku tak sempat mengenalinya. Diri ini cukup terkesan dengan ketabahan dirimu wahai insan yang bernama wanita. Walau mata tak pernah memandang dan bahu tak pernah terbeban dengan penderitaanmu, cukup dengan coretan pendek darimu mampu memecahkan empangan air mataku…jiwaku seakan-akan dihujah dengan tajamnya sebilah tombak. Rasa ingin mengenalimu seakan kuat merantai hatiku…
‘Moga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…’

“Dah habis kelas?” dari belakang bahu Eid ditepuknya.
Eid kalih ke belakang. “Aah… Ko dari mana?”
            “…Ikut Brothers Amin.”
            “Owh…”
            “Aim ada bagi paperwork tadi. Aku letak kat atas meja ko.”
Kepalanya dianggukan dengan mata masih lagi terpejam. “Thanks.”
Pacai meninggalkan Eid yang kepenatan diruang tamu rumah. Kakinya mula melangkah ke tandas untuk membersihkan diri.

Jam disebelah kanan desktopnya dilirik sekilas. ‘…dah dua pagi!’ Tangan yang dah terasa lenguh dikalihnya ke belakang, membetulkan kembali kedudukan uratnya. Pacai yang khusyuk di tikar sejadah di perhatikannya. ‘Marathon Qiyamullai Eid!’
Lappynya dibiarkan, kaki dah mula berdiri. Langkah diatur ke tandas.

“Eid…aku nak tanya something.”
Eid yang baru selesai melipat sejadahnya kalih pandang kearah Pacai.
            “Pe?”
            “…if kau rasa tak nak jawab, it’s ok…”
Eid angguk kepala.
            “…aku just curious siapa sebenarnya Nur Damia Husna.” Mata Eid direnungnya tepat.
Eid tersenyum. “Kenapa tiba-tiba?”
            “Tak salah untuk aku cuba menyelaminya, walaupun arwah dah tak de kan? …tapi dia seolah-olah hidup dalam hati aku…”
            “…betapa sucinya hati ko. Aku yang ada pertalian dengan arwah…tak mampu menyelami dasar hatinya…” Eid tersenyum. Matanya merenung jauh disebalik dinding.
            “Mungkin suatu hari nanti, pintu hati ko akan terbuka, tak siapa yang tahu. Aku bukan sebaik yang ko anggap, tetap ada khilafnya kerana aku jua manusia. Namun hati kita kalau tak dibasuh setiap hari, pasti akan berdebu. Ilmu yang aku gali setiap hari, aku jadikan sebagai air yang membasuh debu-debu dosa yang mengaburkan hati aku untuk mendekatkan aku dengan cinta-Nya... Seperti coretan arwah, hidup kita ibarat roda dan itulah hakikat sebenar kehidupan kita. Sewaraq dan sekuat mana pun iman seseorang, kalau tak dijaga, tak dibaja, dan tak diasuh ia akan tetap hilang ditelan dek hasutan-hasutan syaitan durjana. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Al-An’aam, ayat 68 ; “…Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa(akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu). “ …Dan bila kita lupa kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t melupakan kita. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” (At-Taubah;67).”
“Thanks bro!”
Pacai mengangguk. “Aku hanya berkongsi apa yang aku ada… Kalau tersilap perbetulkan aku.”
“Bila aku dengar ko cakap, spontan aku teringatkan arwah.” Eid tersenyum.
“…masa mula-mula aku dapat email arwah aku ibarat seorang anak yang ditinggalkan ibu. Pintanya supaya pemergiaannya tidak ditangisi seolah-olah dibutakan dek hati aku yang berkecamuk. Jiwa aku seolah-olah kosong. Hanya detik-detik kenangan yang terlayar ditubir mata. Aku kecundang…hidup aku hampir musnah. Bukan mudah rupanya untuk menerima pemergiaan sesorang yang sangat kita kasihi. Ia mengingatkan aku bilamana saat arwah Tok Wan aku pergi mengadap Ilahi…arwah Damia yang paling rapat dengannya. Saat Tok Wan aku jatuh sakit, dia yang menjaga, dia yang menyuapkan makanan, dan dia yang merenung setiap garisan kedutan di raut wajah Tok Wan aku. Namun saat menerima berita yang arwah Tok Wan aku dah pergi buat selama-lamanya, dia tenang. Sangat-sangat tenang, sedangkan Ma aku dah rebah dipangkuan Papa… Seketika dia hilang, aku ingatkan dia tak nak orang lain tengok dia menangis. Namun dia sangat tabah, alunan surah Yassin yang mengalun lembut dari biliknya kedengaran…”
Pacai menepuk lembut bahu Eid. Eid mengesat hujung kelopak mata yang dah mula bergenang.
“Macam mana ko bangkit?”
“…betul la kata-katanya, hidup ni bukan semudah A,B,C… Even berkali tersungkur, namun perjalanan tetap perlu diteruskan selagi destinasi sebenar masih tidak ditemui. Rupa-rupanya, masih ada insan yang lebih derita kerana kehilangannya. Dan lelaki ini yang menyedarkan aku saat aku mula memusnahkan hidup aku…”
            “Fahim…seorang lelaki yang aku kira sangat penyabar.”
            “Siapa tu?”
            “Lelaki yang jatuh cinta kat arwah Kak Damia…”
            “Ko kenal ke?”
Eid geleng kepala. “Tak pernah kenal, sebab setahu aku arwah tak pernah involve dengan benda ni…”
            “So, macam mana ko tau dia jatuh cinta ngan arwah?”
            “…saat aku menangis dikubur arwah, dia datang menyapa. Wajahnya tenang, terpancar sinar keimanannya. Ada rasa damai yang bertamu bila memandang ke raut wajahnya. Pada mulanya aku agak pelik, macam mana dia tau aku ni adik arwah…”
            “Mesti dia kenal rapat dengan arwah kan?”
            “Tak…”
            “Kenapa?”
            “Sebab dia yang cakap, dia tak pernah berpeluang untuk merasakan cinta arwah Damia…”
Pacai dah kerut dahi. Eid tersenyum.
            “Pada mulanya, aku pun agak bingung. Fahim ni senior arwah kat uni time arwah sambung degree. Dia mula tertarik dengan arwah masa dia di semester enam dan waktu tu arwah baru semestar dua. Tapi arwah tak pernah perasankan dia sebab arwah jenis yang tak pedulikan orang sekeliling. Katanya arwah jenis yang jalan straight, tak kalih kanan dan kiri. Dan kalau dia nak tengok kelibat arwah, cuma time kelas…tu pun sehari dalam seminggu, coz diorang lain course. Dia ingatkan dengan sikap dingin arwah tu, arwah tak berapa dikenali. Tapi apa yang memelikannya, ramai dalam kalangan bebudak stok masjid yang dok risik arwah…ada antaranya member-member dia sendiri. So, dia ambik keputusan tuk berserah sebab dia tau ramai yang lebih layak berbandingnya. Sampai lah satu hari tu, dia ternampak arwah kat library. Peluang tu dia ambil tuk melihat arwah dari dekat.
“Selama ni, abang jatuh cinta kat dia sebab perwatakan dia. Dia sangat lain dari gadis-gadis lain. Tapi bila abang curi pandang ke wajahnya, abang agak terkaku. Patutlah ramai yang minat dia, dia seindah-indah ciptaan-Nya, sempurna. Mungkin faktor tu menguatkan lagi perasaan cinta abang kat dia. Namun dia agak sukar didekati… Sampailah suatu hari yang dia jatuh sakit kat kelas. Mulanya abang just anggap sakit biasa. Tapi bila abang terdengar sepupu perempuan abang bercerita pasal dia, abang agak terkejut. Tak pernah satu saat pun abang tengok dia seperti orang sakit. Namun siapa yang tahu, ujian yang dipikulnya. Abang mula mendekatinya dengan kisah-kisah hidupnya melalui sepupu abang. Namun tak banyak yang abang dapat, sebab dia seorang yang sangat perahsia…”
            “…masa terus berlalu dan abang pun dah grad dari uni. Detik itulah kami mula terpisah. Tiada lagi raut wajah kosong menghiasai pandangan abang…hanya cerita-cerita pendek tentang dirinya menjadi pengubat dikala rindu mencengkam. Selepas setahun dia menamatkan pengajiannya, dia terputus hubungan dengan sepupu abang, hilang tanpa berita. Walau ada rasa terkilan di hati, hidup tetap perlu diteruskan. Tuntutan kerja, melontarkan abang jauh ke benua Eropah. Dan di sana abang bertemu kembali dengannya. Benarlah, kalau dah jodoh tak ke mana… Time tu, abang dapat tahu yang dia tengah sambung Master. She was so strong!”  Fahim tersenyum.
            “…dan pada hari itu bermula la kerja lama abang menskodengnya.” Kedua-duanya tergelak.
“Bila abang free, abang akan duduk memerhatikannya dari jauh. Dia agak berlainan dari dulu. Memang pada luarannya dia makin bertambah cantik dengan kulitnya yang semakin cerah…but pada sinar matanya tersirat dengan seribu perasaan yang tak tertafsir. Abang cuba mencari jawapannya, namun gagal. Nak tak nak, abang terpaksa merapati Layla, teman baiknya. Pada mulanya Layla agak susah untuk bercerita pasal arwah…hinggalah suatu hari tu dia datang cari abang. Rupa-rupanya arwah dalam kesakitan. Pada saat abang melihatnya, abang seakan kelu dan terbeku. Betapa azabnya diri arwah diketika itu dan keadaanya pada waktu itu cukup untuk membuatkan air mata abang jatuh ke pipi. Tangisan yang sesekali diselangi jeritan kecil mengembalikan abang ke alam realiti. Abang terus mengambil wudhuk. Surah-surah yang abang hafal abang bacakan. Hampir mencecah tiga jam keadaannya masih berlarutan. Dan yang ajaibnya dalam dia bergelut dengan kesakitannya dia masih sempat bertanyakan tentang solat asarnya. Dan bila dia diberitahu yang dia masih belum solat, dia terus bangun untuk mengambil wudhuk. ‘Subahanallah, Maha besar kuasanya…’ hanya itu yang terucap dibenak abang saat itu. Dan pada saat itu, abang buat keputusan untuk melamar arwah sebagai suri hidup abang. “
“Melihatkan dia santai dengan bukunya dibangku taman, abang mula menghulurkan salam. Dia masih sama seperti dulu, masih seorang yang dingin…”
            “Kenal saya tak?”
Kepalanya digelengkan. Mata kembali tertumpu di helaian bukunya.
            “Saya Fahim, saya pernah tolong kawan awak Layla masa awak tak sedarkan diri.”
Kepalanya terus dipanggung dari buku. “Awak?”
Fahim menganggukan kepalanya.
            “Terima kasih untuk hari tu. Maaf tak berniat tuk menyusahkan.”
            “Sama-sama, mungkin rezeki saya hari tu…” Fahim cuba memanjangkan perbualan.
Damia hanya menganggukkan kepalanya.
            “Saya datang ni ada hajat…”
Kening kanannya sedikit terjungkit.
            “Saya nak lamar awak sebagai isteri saya…”
            “Awak salah orang kot…”
            “Saya Fahim Ahmad ingin melamar Nur Damia Husna Tarmizi sebagai suri hidup saya.”
Kedengaran cetusan keluhan dari bibirnya. “Saya tak kenal awak. Rasanya awak dah salah orang .”
            “…but saya kenal awak since awak semester dua. Saya sepupu kepada Raihanah, your friend.”
Matanya jauh merenung ke depan.
            “Maaf, maybe saya bukan jodoh awak.”
            “Kita tak kan tahu kalau kita tak mencuba. Saya tahu saya tak sebaik mana, tapi tak salah kalau awak berikan peluang untuk saya kan?”
Fahim yang duduk dihujung bangku disebelahnya dipandang sekilas sebelum matanya kembali merenung ke depan.
            “Mungkin awak salah memahami apa yang saya cuba sampaikan. Saya tak layak untuk mengadili awak dan saya tak layak untuk mempersoalkan perlakuan awak sekarang. Saya tak boleh nak sekat awak dari suka saya, dan saya tak boleh memaksa awak buang saya dari hati awak… Kita ibarat sebuah mesin yang dikawal oleh pemilik kita iaitu Allah s.w.t. Mungkin boleh saya ambil kereta sebagai contoh, dimana hanya separuh darinya yang mampu kita kawal untuk menggerakkannya iaitu brek, pedal minyak, stereng dan handbreak. Sama juga dengan diri kita…kita hanya mampu mengawal nafsu, dan akal kita. Dan kerana itu, saya tak layak mempertikaikan apa yang awak rasa dan buat sekarang.”
Fahim diam. Akalnya cuba memahami setiap bait perkataan yang keluar dari bibir gadis yang kelihatan tenang itu.
            “…maaf, saya bukannya seorang gadis yang bertunjangkan dengan janji-janji sebuah cinta sejati pada si kekasih, kerana cinta saya telah saya serahkan kepada-Nya, dan saya bukan seorang pecinta yang setia, kerana saya akan berpaling pada bila-bila masa demi-Nya. Mungkin dah ditakdirkan saya tak mampu memberikan bahagia kepada seorang insan yang bernama suami… Mungkin awak tak akan memahaminya, kerana saya mengambil masa bertahun-tahun untuk memahaminya. Bukan tak pernah mencuba, tapi rasa itu tiada…”
            “Mungkin awak terlalu memikirkan family awak menyebabkan awak berputus asa dengan lelaki? Dan mungkin ujian dari-Nya ini menyebabkan awak hilang percaya pada seorang lelaki?”
Damia tersenyum. “…siapa lah saya untuk meletakkan kesalahan pada sesuatu yang nyatanya dari Allah s.w.t. Tiada sebab untuk saya membenci insan yang bernama lelaki kerana rasa sakit sementara yang DIA pinjamkan ini… "Sesungguhnya jika Allah s.w.t mencintai seseorang hamba,maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah..maka ia jauh daripada kasih sayangnya.." dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang aku, maka sesungguhnya aku dekat, aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaku...oleh sebab itu, perkenanlah seruanku dan berimanlah kepadaku, supaya mereka menempuh jalan yang lurus.” (Al baqarah : 186)
            “Pernah dengar ayat ni? ‘Hidayah itu hak-Nya’…”
Fahim angguk kepala.
            “…dan saya adalah salah seorang hamba-Nya yang bertuah kerana berpeluang merasainya. Sinar hidayah itu indah…tak terbanding dengan rasa cintakan seorang insan. Namun, kalau anugerah-Nya itu tak dibaja dan tak dijaga…ia tetap akan pudar dengan hasutan-hasutan syaitan durjana. Dan itulah yang saya alami. Saya takut andainya hati ini terpesong, betapa saya tergolong dalam orang yang rugi…


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"...(Aali Imran : 8)
            “…namun tak semestinya awak tak berpeluang untuk mendapat hidayah-Nya…”
            “Maksud awak?” Fahim menoleh kearah Damia.
Damia tersenyum. “Terjaga dari tidur tidak sama dengan terjaga dari mimpi. Jika terjaga dari tidur, kita akan bangun dan tidak merasakan sesuatu seperti terjaganya dari mimpi. Kita seakan dikejutkan dan diminta untuk bermuhasabah diri. Andai mimpi itu buruk, kita pasti beristighfar dan mencari nilai positifnya. Andai terjaga dari mimpi yang indah, kita akan bersyukur dan berharap tidak akan terleka darinya. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH s.w.t....DIA memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA. Bersabar dan pasti kamu kan menemuai ganjaran-NYA…”

            “…Kita sering berbicara pada taubat, bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya... Seandainya rasa cinta ada, pasti akan ada jiwa hamba yang merindui beramal dengan Maha pencipta. Lihat pada nadi, selagi nadi berdenyut, selagi nafas berhembus, pintu taubat masih terbuka buat hambaNya. Namun sayangnya kadang-kadang kita lupa, hakikat kesombongan kita yang membawa kita malu untuk bertaubat hari ini...keegoan yang beraja dalam diri, menarik untuk menangguh, kejahilan kita yang membuat kita selalu berfikir akan selalunya ada hari esok...dan selamanya kita hanyut dengan kealpaan…”
Fahim dipandangnya. “Tak termampu untuk saya sujud bagi menghapuskan dosa-dosa saya…sebegitulah jua tak terdaya untuk saya memikul ujian-Nya yang lebih besar iaitu menjadi isteri awak. Walaupun saya tahu besar ganjaran yang dijanjikan-Nya untuk tanggungjawab itu. Tetapi saya tak mampu kerana saya bukan setabah Ummu Sulaim yang perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman. Islamnya Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah s.a.w. Cukup hebatnya tarbiyyah si isteri terhadap suaminya, hinggakan segala panahan terhadap Rasulullah s.a.w pada hari uhud disambut dengan belakang jasad Abu Talhah… Namun saya hanya Nur Damia Husna, yang kekadang mudah goyah hanya bila diuji dengan ujian-ujian kecil dari-Nya…”
            “…walaupun saya tak mengenali awak, saya yakin awak mampu menjadi seorang pemimpin bahtera yang mampu mengemudi anak-anak kapal menuju ke jalan-Nya. Moga awak bertemu dengan suri hidup awak. Terima kasih kerana pernah mencurahkan kasih awak kepada saya. Moga kebaikan awak dirahmati-Nya, maaf andai terkasar bahasa dan terguris rasa. Assalamualaikum…”
Fahim hanya memandang kelibat Damia yang mula hilang dicelah-celah kenderaan yang menyusur dijalanan.

Bahu Eid dipeluk dari belakang. “Kamu bertuah mempunyai seorang kakak yang cukup tabah. Setiap tutur katanya mengandungi maksud yang mendalam…”
            “…dan Eid la orang yang paling rugi, sebab tak pernah nampak semua tu…” kepalanya ditekur ke tanah.
            “Eid…kita hanya merancang, dan DIA yang menentukan segala-galanya. Yang pergi tetap akan pergi, yang hidup mesti terus berjuang… Idlan Haidar Tarmizi, nama yang cukup unik dan istimewa…seistimewanya kamu dihati Nur Damia Husna…”
Eid kalih pandang Fahim. Fahim hanya tersenyum…
            “Apa maksud abang?”
            “Ingat lagi kak Layla?”
            “Kawan baik kak Damia kat UK?” Fahmi menganggukkan kepalanya.
            “…dia nak sangat jumpa Eid.”
            “Kenapa?”
            “…tiap-tiap hari nama Eid meniti dibibir arwah. Bila tiap kali arwah beli buku-buku agama, dia akan coretkan nama Eid di helaian pertama buku…dan ada kalanya dia meninggalkan nota-nota kuningnya dihelaian-helaian tertentu.”
Eid terkaku. Setitis air matanya gugur.
            “Akak Damia tak pernah putus asa mengharapkan Eid berubah. Dia selalu cakap dengan kak Layla yang suatu hari nanti, bila diizinkan-Nya Eid akan berubah…”
Bahu Eid yang bergetar menahan sebak ditepuknya lembut.
            “…mengapa Eid tak cuba untuk berubah? Sedangkan arwah begitu yakin dengan diri Eid, namun Eid tidak. Eid hanya seolah-olah mengharapkan-Nya semata-mata… Mengapa tidak Eid kutip semangat akak Damia sebagai pedoman dalam kehidupan Eid… Mengapa tidak Eid cuba menjadi setabah arwah, sedangkan Eid seorang lelaki yang sifatnya lebih kuat dari seorang wanita yang sememangnya dijadikan Allah s.w.t lemah…”
            “…kesilapan lalu tak bererti satu titik kemusnahan dalam kehidupan kita. Kesilapan yang membuat kita sedih lebih baik dari kebaikan yang membuat kita takbur...dan bila ketikanya kita jatuh, tak semestinya kita lemah kerana saat kita jatuh itu lebih hebat dari kita hanya berjalan tanpa menempuh sebarang rintangan. Ujian itu adalah guru yang tidak bercakap…tetapi ia sangat mengajar dan mendidik…”
            “Idlan Haidar…jadikan pemergiaannya satu permulaan pacuan hidupmu. Persiapkan dirimu semampumu untuk bekalan disana. Moga kasih diantara kalian dapat menemukan kalian disana nanti. InsyaAllah…”
Eid basah dengan air mata. ‘InsyaAllah…Ya Allah bantulah aku…’
            “Jangan ditoleh ke belakang untuk menyesali kerana itu hanya mengundang kebencianmu pada diri. Tapi, tolehlah pada silammu untuk kau petik pengajarannya…kerana takdirmu hanya DIA yang mengetahui. Idlan Haidar…sebesar mana pun dosa kita, besar lagi pengampunan Allah s.w.t… Tak de manusia yang berjaya tanpa kisah silamnya, dan tiada manusia yang hina tanpa masa depan…”
Tubuh Fahim dipeluknya erat. “Terima kasih bang kerana hadir saat Eid tenggelam tanpa punca…dan terima kasih kerana mencintai arwah kak Damia. Moga abang bertemu jodoh yang lebih baik dan sempurna…”
Fahim tersenyum. Pelukan Eid dieratkannya. Ada rasa bahagia dihatinya. ‘Damia…saya tahu awak tengah tersenyum sekarang. Moga awak aman disana…’

Hampir lima belas minit kedua-duanya terdiam. Pacai memecahkan keheningan yang terbit.
“Kadang-kadang kita tak sedar yang hidup ni bukan sekadar membesar, belajar, bekerja dan berkahwin…”
Eid menganggukkan kepalanya. “…itulah yang membezakan setiap manusia…”
            “Maksud ko?”
            “Cara pengisian hidup dapat membezakan seseorang yang hatinya dipenuhi iman dengan seseorang yang hidup hanya kerana dia dilahirkan. Seseorang yang hatinya dipenuhi iman, dia mengisi hidupnya dengan memanfaatkan sebenar-benarnya kurniaan Allah s.w.t dibumi ni. Dia membesar, dia mula belajar dan saat itu dia mula mengenal siapa pemiliknya. Dia terus menggali sehingga dia menemui dasarnya. Kemudian dia bekerja…dan saat itu harta-harta yang digalinya diguna pakai disamping dia masih terus menggali untuk menampung dan sebagai bekalan hari mendatangnya. Pelbagai ujian yang datang menimpa, namun dia masih mampu berdiri teguh kerana dia sudah mempunyai kekuatan akar yang digalinya sebagai jaminannya. Fasa terakhir, dia masuk ke alam perkahwinan…saat ni lah dia menggunakan seluruh galiannya untuk membina sebuah bahtera yang mampu bertahan apabila ombak datang memukul…
Berbeza pula dengan seseorang yang hidup hanya kerana dia dilahirkan. Dia membesar, dan dia mula belajar. Dia hanya menerima apa yang diajarkan kepadanya dan dia mula bekerja. Saat pelbagai ujian datang menjengah dia putus asa…lantas menyalahkan takdir. Dan pada fasa perkahwinan, baginya hanya sebagai satu lumrah dalam kehidupan manusia. Dia membina bahteranya dengan isi-isi didadanya, dan apabila ombak datang memukul…dia terus karam bersama isi-isinya…”
Pacai termenung seketika. “Nampak simple kan…tapi sebenarnya hidup ni sangat kompleks. Akal yang perlu bijak menilai dan mencorak arah.”
Eid mengangguk. “…pautan nafsu yang mencengkam melemaskan kita…lalu hati dikaburi dengan dedu-debu dosa, menjauhkan kita dari rahmat-Nya sebagaimana firman Allah s.w.t; ‘…Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.’( Al Qashash:50)”
            “Ko ada potensi dalam berdakwah…”
Eid tergelak. “Aku masih lagi dipenuhi dengan kejahilan Pacai….ilmu didada pun baru ciput!”
Pacai turut gelak. “Berdakwah bukan hanya apabila diri kita sudah sempurna…disamping kita meningkatkan diri, kita seru orang lain. Itu yang lebih berkesan…”
Eid menganggukkan kepala. “…tapi ada ke yang nak terima dakwah aku…”
            “Allah s.w.t, tidak melihat berapa ramai orang yang mampu kita seru, Allah s.w.t mahu melihat sekuat mana usaha yang telah kita sumbangkan untuk agama. Hassan al-Banna berpesanan, ‘Jadilah kamu dikalangan manusia seperti pokok buah-buahan…walaupun dilemparkan dengan batu tetapi ia tetap membalas mereka dengan buah.’”
Eid memeluk Pacai. “Thanks sudi berkongsi dengan aku. Doakan aku kuat dalam memperjuangkan jihadku!”
            “No hal…insyaAllah mudah-mudahan.”

“Eid, ko jadi balik tak?”
            “Tak, aku de program dengan brothers Amin. Jom join sekali…”
            “Owh! InsyaAllah len kali. Aku ada hal sket kat kampong…”
Eid angguk kepala. “Sape lagi balik?”
            “Aku dengan Aim jer…yang lain ada hal. Amad ada cakap ngan aku yang dia nak join aktiviti brothers summer ni.”
            “Chantek ar tu! Ada gak geng…” Eid gelak.
Tetiba muncul kelibat Iskandar dari pintu rumah.
            “Apsal muka cam kena panggang?”
            “Kena sembur dengan Mrs Dobby…baik punyer!”
            “Apsal? Ko buat per?”
            “Aku lupa nak submit assignment dia…”
            “Giler ko!” Pacai dah terjerit.
Eid geleng kepala. ‘Masalah betul dak ni!’
            “So, dia buat pe?”
            “Blabbering la…ternoda muka aku dek semburan perfume dia tau!” Iskandar buat muka.
Pacai baling remote ditangan kearah Iskandar. “Sengal!”
…………………………………………………………………..
Dua tahun berlalu…
Seusai bacaan surah Yassin, Eid mencabut lalang-lalang yang baru tumbuh disekeliling kubur arwah Damia. Sudah hampir dua bulan dia menjadi pengunjung tetap tanah perkuburan itu.
‘Assalamualaikum akak…masih terbau-bau wangian saat jenazah akak dikapankan. Eid rindu akak… Mesti akak bangga tengok Eid sekarang kan? Eid dah mula kerja dengan Petronas, Alhamdulillah rezeki Eid murah. Eid masih lagi meneruskan perjuangan brothers Amin…tapi kali ni Eid buat dengan Pacai dan Amad… Ma ngan Pa, so far Alhamdulillah dah banyak berubah… along ngan angah pun dah kawen. Along sekarang masih berusaha untuk mendalami al-Quran dan kadang-kadang dia ada join Eid. Pa’an dah masuk MRSM,Diba lak baru habis PMR dan Uan baru menempuh alam secondarynya…
Kak Damia…disini, lahirnya Idlan Haidar yang mula bangkit dari kejahilan silamnya. Eid dah mula memahami coretan kata-kata akak, dan Eid dah mula mengenali DIA. Sungguh kasih-Nya tak terbanding buat hamba-Nya. Di setiap kali Eid sujud di waktu dinihari, Eid rasakan seolah-olah DIA  sangat dekat dengan Eid. Setiap kali bibir mula mengadu pada-Nya hati Eid jadi sangat tenang…betul la kata-kata akak, ‘Tiada pendengar yang terbaik melainkan DIA’. Setiap kerja yang Eid buat dipermudahkan-Nya…betapa DIA maha Pemurah dan Maha mengasihani…
            Kekadang bila mana malam menjelma Eid takut nak tidur. Eid takut Eid tak sempat untuk sujud di waktu dinihari sebelum Eid dijemput kembali ke pangkuan-Nya. Indahnya perasaan itu kan akak… Dan sekarang Alhamdulillah dengan izin-Nya, Eid merasakan kematian itu indah…dan Eid selalu merindukannya. InsyaAllah bila sampainya waktu yang telah dijanjikan-Nya, Eid akan menyusul akak disana…’
Kak Damia…
Pemergianmu aku terima denga redha…
Jasadmu tersemadi dengan pohon-pohon rendang yang mendoakanmu…
Memang benar takdir hidup ini adalah perancanganNYA…
Kenangan dirimu tak pernah luput dari kotak memoriku…
Saat merinduimu, sepotong al-fatihah ku hadiahkan…
Saat aku mengunjungimu, alunan Yassin penggubat kasihku buatmu
Di setiap doaku, aku memohon kesejahteraan buatmu
Moga dapat, kita bertemu disana nanti…
InsyaAllah…
           

Comments

Popular Posts