Damsel

“Huargh, penatnyer!” Dolly dah buat kuak lentang diatas katilnya.
            “Awat? Jari ko dah membesar cam lollipop ke?” mulut ralit mengunyah coklat bar ditangannya.
Dolly cebik bibir. “Perli la…”
            “I was doing…”
Mr frognya dibaling kearah In’syi, namun tepat mendarat dikepala Diba.
            “Woi pehal!”
Dolly gelak, “Sori, tersasar…”
            “Sori makan kari…”
            “Eleley…jual mahal!”
            “Lelong…”
            “Berlagak…”
            “Op kour…”
            “Mana korang punyer part?” In’syi jadi peacemaker.
Kedua-duanya terdiam. ‘Potong line la…’
            “Continue malam karang boleh?”
            “Now!”
            “Ok…” lemah Diba menjawab.
Keempat-empatnya berkumpul ditengah-tengah bilik dengan pelbagai ‘posing’ yang digayakan mereka. In’syi dengan gaya bersilanya, Dolly pula santai dengan gaya meniarap, Diba santai dengan gaya bertinggung dan G-ha yang paling sopan di antara mereka berempat dengan gaya bersimpuhnya.
            “….perggh! Excellent la ko In’syi!” Diba teruja habis.
G-ha menganggukkan kepalanya berkali-kali, turut kagum dengan hasil kerja In’syi. Dolly masih ralit membelek bahan yang diperolehi In’syi.
            “Naaa…circuit cut ke korang ni. Benda senang cam ni pun nak teruja bagai gila pehal…takat ni, adik bongsu aku pun pandai buat.”
Spontan kepalanya diluku Diba. “Nak kelentong pun biar la realistik sket! Bila masa ko ada adik? Cu habaq mai!”
In’syi sengih kerang busuk. “Tak de eh? Aku cakap adik jiran sebelah rumah aku la…ko yang silap dengar. Sound treble la tu!” In’syi dah snigger.   
            “Ko memang nak kena smack down ngan aku kan…” In’syi yang duduk bersila disebelah G-ha direnungnya dengan pandangan membunuh.
In’syi pecah gelak. “Sangatlah laughably mimik muka ko!”
            “Hoi! Aku tengah serius bagai nak rak, ko boleh bantai gelak guling-guling…”
Diba tayang muka kecewa. ‘Sungguh la si In’syi ni…the lean-head!’
            “Mesti gempak kita punyer project nanti. Kompen Cik Ismi ternganga luas!” Dolly panggung kepala dari note book In’syi.
            “Jom la start!” G-ha dah mula teruja.
Keempat-empatnya tenggelam dengan kerja masing-masing.                                                                                      

Kasut di kaki ditanggalkan lantas dicampaknya ke lantai.
“Akif dari mana ni?”
Mamanya dipandang sekilas sebelum kaki menyambung langkah mendaki anak tangga ke tingkat atas.
            “Mama tanya ni…” nada suara sedikit meninggi.
            “Lepak…”
            “Final exam kamu just around corner, boleh lagi melepak?”
Akif hilang dibalik pintu biliknya, menenggelamkan terus suara mamanya. Backpack dibahu dicampakkan ke katil. T-shirt dibadan ditarik keluar dan dibaling tepat ke kerusi belajarnya. Tubuhnya dilontarkan ke katil, dan dia mula terlena.

“Assalamualaikum…”
            “Waalaikumusalam…” lemah suara mamanya kedengaran.
            “Ma, kenapa ni?” Mamanya hanya membisu.
            “Akif?”
            “Tak tau la adik kamu tu…makin hari makin melampau perangainya. Exam dah dekat, tapi dok ralit melepak…”
Ilyani termenung seketika. Penat melayan patientnya masih terasa, dan sekarang dengan hal si Akif…
            “Nanti Ilya try cakap dengan dia. Ma tak payah la risau sangat… Pa mana?”
            “Harap-harap dia dengar la cakap kamu nanti. Mama pun dah naik pening melayan karenahnya. Pa ada kat atas, baru jer sampai…”
Ilyani menganggukkan kepalanya. “Ma naik rehat la, Ilya pun nak naik mandi. Badan dah melekit.”
            “Haa, iye la. Kamu tu mesti penat lagi. Nanti masuk kerja balik pukul berapa ni?”
Ilyani tersenyum. “Kalau tak de on-call malam ni, pukul lapan pagi esok la…”
Puan Sri Darlina menganggukan kepalanya.

Comments

Popular Posts