Damsel
“Dah sampai!” enjin kereta segera dimatikan.
‘Baik tak payah cakap. Memang la dah sampai, kalau takat nak balik rumah jer pun. Gaya surprise giler tadi…memang buang karan tahap beta la Along ni!’
“Apsal muka cam jeruk favourite atok?”
“Kenapa tak cakap nak balik rumah?”
“Saje nak surprise…”
“Along nak rasa sup jepun tak?”
“Pandai ke Nunu masak?”
“Boleyla…Nak?” keningnya dah dijungkit-jungkitkan.
“Tak pe la. Ma dah tempah catering pun, lagi sedap dari Nunu masak. Jom!”
Hujung atas tudungnya ditiup kuat. ‘Ada yang arwah ni…’
“Sampai pun puteri bunian ni…”
Segera tangan Mamanya disalami, dan mereka berpelukan.
“Amboi Ma, gaya peluk macam la Nunu belajar nun jauh di Selat Tebrau…” kedengaran gelak ketawa bersambut dari para tetamu.
Puan Irma tersenyum. “Nunu sejak masuk kolej tu, mana pernah jejak rumah dah. Kita jer yang dok teringatkan dia…” In’syi muka kering.
“Orang tu dah sombong Ma… Along terpacak depan dia pun, dia tayang muka kosong jer. Bukan kata nak terharu, siap suruh Along balik lagi…”
“Tiga bulan jer Ma. Bukannya tiap-tiap tahun kena campak macam si Romeo tu…”
“Ye la tiga bulan je, tapi yang nak fly tu yang lama nanti…”
“Buat la sombong time ni. Nanti kat sana ada la yang nangis cakap nak balik…” Irfan Khalish meledakkan ketawanya. Puan Darlina menepuk perlahan bahu anak sulungnya.
“Dah la mengusik adik kamu tu. Karang ada yang bertukar rupa…”
In’syi dah melangkah ke dapur, meninggalkan Alongnya yang dah mula meroyan. Perlahan pinggang Kak Temah dicuitnya dari belakang.
“Oh mak, kau tergolek…”
In’syi ketawa kuat.
“La Nunu rupanyer…” perlahan dadanya diurut. “Terkejut akak! Isyh kamu ni…”
In’syi sengih menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi. Buah tembikai yang dah dipotong dadu dicapainya.
“Bila sampai?”
“Baru jer.”
“Dah makan?”
Geleng.
“Dah jumpa Along?”
“Perlu ke soalan tu?” kening kirinya sedikit terjungkit.
“Tak habis perang la tu…”
“Nunu naik atas jap eh, nak solat.”
Kak Temah hanya mengangguk. “Nanti jangan lupa turun makan!” ‘Budak ni bukan boleh harap sangat, kalau dah mula bertapa dalam bilik dah nak ingat makan…’
Tetamu masih lagi tak putus-putus berkunjung. Irfan Khalish kelihatan sibuk melayan para tetamu yang datang, tak ketinggalan teman-temannya.
Di satu sudut, dia ralit bersembang dengan teman-teman lamanya. Banyak perkara yang hendak dibualkan dek agak lama tidak bersua muka. Masing-masing sibuk dengan kerja.
“Akak, ada nampak Nunu? Dari tadi lagi lesap…”
“Katanya nak naik solat tadi…”
“Lamanya…”
“Nanti Kak Temah panggilkan.”
In’syi yang sedang melangkah turun dilanggar Kak Temah yang laju melangkah ke tingkat atas.
“Akak nak pi mana?”
“Eh, Nunu…sori Kak Temah tak sengaja.”
“Tak pe. Akak nak pi mana yang kalut semacam ni?”
“Nak panggilkan Nunu la, Along cari...”
“Ouh…okie.”
Baru kaki nak melangkah mencari Alongnya, dia ternampak kelibat Papanya, segera dihampirinya.
“Assalamauallaikum Pa…”
“Eh, Nunu. Waalaikumusalam…dari tadi Pa cari kamu.”
“Nunu kat atas. Pa buat makan sempena apa ni?”
“Owh! Pa dan Ma nak pergi umrah…”
Kepalanya dianggukan. “Nunu pi kat Along sat, dia dok cari dari tadi…”
Dalam pada melangkah, tiba-tiba matanya terpaku disudut meja buffet. Kaki secara refleksnya bergerak kearah objek yang menarik minatnya.
“Nunu, sini!”
‘Haik-la…dia ni, sejak balik ni asyik dok buat gangguan siaran orang… Spin dalam washing machine baru tau!’
Dengan malas, kakinya dipaksa melangkah kearah Alongnya. Kening kirinya dijungkit bertanya. ‘Tadi sebok sangat panggil…ni buat derk pulak! Gaya kerek giler la tu…’
“Jom gerak bawah kanopi sat, nak kenalkan your future sis in law…”
Diam. Mata masih melekat diwajah Alongnya.
“Nunu…”
“Nunu turun jap je ni. Tudung pun main kilas jer, karang terburai…”
“Alasan!” tudung dikepala adiknya direnung. “Ni tibai selendang sape pulak?”
“Ma…”
“Jom la. Tak de nyer terburai. Lagipun selendang tu kan beso gedabak…” ‘Pelik jer aku tengok selendang Nunu pakai ni. Tak de cam rupa selendang yang dijual kat pasar pun. Tapi sweet sangat bila dia pakai benda ni…’
In’syi masih lagi mematung ditempatnya terpacak. Irfan Khalish segera menarik tangan adiknya. Kalut In’syi menarik tangannya kembali.
“Hoit! Pe men tarik-tarik ni… Ingat acara kawen lari ke? Orang pandai jalan sendiri la…” Irfan tersenyum, namun tangan In’syi masih lagi ditariknya.
“Kenalkan my sweetheart…” kelima-lima kepala merenung kearahnya. ‘Gila ke hape Along aku ni! Kot yer pun desperate sangat…’
“Perghh, lawa siot! Mana ko rembat?”
‘Hohoho, memang sesuai sangat la jadi member si Romeo ni! Perangai diorang sebijik ‘copy paste’!’
Irfan Khalish dah gelak. “Kenalkan yang baju merah menyala tu Lim Tat, tepi dia Zahar yang pakai kemeja kotak-kotak tu Ah Bob, kemeja berjalur biru tu Da’im dan yang ketot sekali ni Za’im…” in’syi menganggukkan kepala. Mata hanya memandang sepintas lalu, satu nama pun tak melekat dimindanya.
“Woi! Ada lak perkenalkan nama glamour! Real name la bro!” Za’im si ketot luah rasa ketidakpuashatiaannya.
“Kecoh la ko ketot…aku dah perkenalkan kira syukur la tu…”
“Ntah! Bising ar ko!” Ah Bob menyampuk. Lim Tat tukang gelak, hanya si baju kemeja berjalur biru yang diam tanpa reaksi, hanya memandang kosong gelas ditangannya.
“Duduk la awak…join kitorang sekali. Dah makan?” Za’im mempelawa
Spontan In’syi tersedak. Tangan kanan dah dikepal, perlahan dadanya ditumbuk lembut. ‘Mat Brutal plus pekej leleh ke hape ni…’
Ketiga-tiga makhluk didepannya bantai gelak, termasuklah Alongnya. “Kaber bahasa bro!” Lim Tat tepuk bahu Za’im berulang kali.
“…bangang la ko ketot. Buat jatuh maruah geng je!” kerusi kosong didepannya ditarik. Mata hantar isyarat suruh Nunu duduk.
Mereka terus berborak tanpa menghiraukan suasana disekeliling yang bising. Sesekali In’syi menjawab, dan kekadang kepalanya diangguk. ‘Pe motif la ajak aku buang karan dengar diorang merepak ni… Rugi jer tak sumbat telinga! Mana der ko bawak pun Nunu, ko balik ni pun sehelai sepinggang…'
Comments
Post a Comment