Damsel

“Nunu teman Da’im jap…”
Belum pun sempat dia bersuara Alongnya sudah hilang dibalik kelibat tetamu. Keluhan terlepas dari bibirnya. ‘It’s driving me crazy…’
Da’im mengerling In’syi yang duduk berhadapan dengannya sekilas. ‘Muka boring jer…’
Hampir dua puluh minit menanti, In’syi dah berura-ura untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Dan saat itu juga Irfan Khalish memunculkan dirinya.
            “Sori terlama. Korang borak apa?”
Sepi.
Irfan Khalish pandang silih berganti kearah kedua-dua insan yang semeja itu. ‘Mogok bisu ke hape…’
            “Khal, sori I’m late…”
Da’im kalih pandang kearah suara halus disisi Irfan Khalish. In’syi masih statik dikedudukannya, matanya ralit memandang kearah  meja buffet.
‘Mamat ni nak buat lawak cekodok ke hape jemput kedua-dua awek serentak. Kat rumah parents dia pulak tu. Tapi minah depan aku ni nampak cool jer dari tadi. Tak de gaya yang dia minat kat si Khal ni…’
            “It’s ok. Jom Khal kenalkan dengan diorang… Mamat berkemeja jalur biru tu, Da’im.”
Mia senyum menggoda kearah Da’im. ‘Macam la aku tak nampak…’ In’syi mengumam dalam diam.
            “…and my special one and the only my sweetheart, Annur Insyira…”
Minah speaking tu tayang senyum kelat kearah In’syi, tangannya dilambaikan sekilas. In’syi hanya mengangguk, muka still kosong.
            “Khal, I feel a bit peckish la…”
Irfan Khalish kalih buah hati disisi. “Jom I temankan you pilih makanan... Da’im ko borak-borak dulu dengan Nunu erk.”
 Seusai Alongnya melangkah pergi, In’syi bangun dari kerusi. Tak berniat untuk jadi minah pemerhati tetap…
            “Tak kan nak pergi serang sekarang…kot yer pun ko nak marah, elok jer bersabar. Nanti ko juga yang malu…”
Pantas kepalanya dilipat maut kearah tuan punya suara. Wajah Da’im direnungnya dengan pandangan kosong.
            “Aku bukan apa. Just bagi nasihat. Tak sepatutnya ko jatuhkan air muka ko semata-mata kerana berebutkan seorang lelaki…tak berbaloi pun.”
Matanya masih lagi merenung kearah Da’im. Agak berminat untuk mendengar sambungan nasihat dari mamat ‘silent’ berkemeja jalur biru itu. Tudungnya yang sedikit melurut ke belakang segera dibetulkan.
Melihatkan tiada ura-ura yang mamat ‘silent’ tu akan kembali menyambung katanya, kaki mula diangkat untuk menyambung langkah.
            “Better ko duduk jer…”
Sekali lagi badannya dipusing kearah mamat ‘silent’ yang kini santai memeluk tubuhnya.
            “Nunu, Ayah Su nak jumpa kamu…”
            “Dah sampai ke?”
Mamanya menganggukkan kepala. “Eh, Da’im kan?”
Da’im yang dah jatuh rahang bawahnya terngandah. “Aah…auntie sihat?” bibir tarik senyum kelat. In’syi dah hilang ke dalam rumah.
            “Sihat. Mama Da’im sihat? Kenapa tak ajak Mama sekali?”
            “Alhamdulillah. Owh, Da’im dari office. Tadi Khal call cakap dia da balik Malaysia dan terus ajak ke rumah. Tak tau pulak yang Auntie buat makan-makan…”
            “Ishk, budak bertuah tu…tak pe la macam tu. Nanti kirim salam kat Mama. Senang-senang Auntie pergi ziarah.”
            “InsyaAllah auntie.”
            “Auntie masuk dulu yer, jemput la makan. Jangan malu-malu, auntie pinjam Nunu kejap…”
Da’im menganggukkan kepalanya. ‘Ciss! Tertipu aku… Tobat malu tujuh keturunan ni… Macam mana aku tak perasan minah tu adik si Khalish!’

“Kamu nak keluar lagi ke?”
Hanya kepala mengangguk. Kedua-dua belah tangannya sibuk mengikat tali kasut.
            Puan Darlina hanya mampu mengeluh. “Balik awal sikit…”
Tiada sahutan. Akif hilang dibalik tembok pagar rumahnya.

“Thanks bro, sudi meramaikan majlis!”
            “No hal. Makan free, sape tak senang hati…” serentak mereka ketawa.
In’syi  yang tengah berjalan ke bawah kanopi buffet dipandangnya. “Nunu! Sini jap!”
‘Pe hal lagi…’ kaki tetap melangkah, bila banyak mata yang mula memandang kearahnya.
            “Ingat sarkas ke men jerit terpekik gaya tarzan ni…”
            “Ni haa, member Along nak balik dah..”
Mata tepat merenung ke mata Alongnya, ‘So? Ada kena mengena ke…’
Melihatkan pandangan membunuh In’syi. Da’im jadi peacemaker.
            “Sori pasal tadi…and thanks for inviting…”
Bibir paksa tarik senyum. Tiada suara yang keluar,hanya kepala yang mengangguk.
            “Aik, baru jumpa balik dah gaduh ke?” Irfan Khalish pelik.
            “Tak de masa nak buat drama swasta cam orang tu la… Ok, selamat jalan Encik kemeja jalur biru…”
            “What?” mata Irfan Khalish dah terjegil. ‘Ada ke gelar orang cam tu…’
In’syi jegilkan mata bulatnya kembali. “I’m off.” Dia terus berlalu pergi.

Comments

Popular Posts