Tasbih Cinta

Matanya tak lepas memandang keindahan Tasik Qarun yang mempunyai lagendanya tersendiri. Tasik ini pada asalnya adalah merupakan istana Qarun dan hartanya telah ditenggelamkan oleh Allah s.w.t di atas kekufuran Qarun. Tasik ini terletak berhampiran bandar al-Fayyoum. Merupakan tasik air masin dan di sekitar persisiran tasik tersebut penuh dengan kulit-kulit kerang dan siput. Tasik ini merupakan sebahagian daripada harta-harta Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Difahamkan untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja, sebanyak 100 ekor unta diperlukan.

Peristiwa ini berlaku kerana keingkaran Qarun untuk membayar zakat. Bangunan rumah penginapan Qarun hanya tinggal dua tingkat daripada enam tingkat yang asal. Ianya terletak di salah satu perkampungan bernama Qarun. Ada yang menyatakan harta Qarun masih tenggelam sedalam satu hasta sehari hingga ianya mencecah perut bumi (salah satu daripada tanda akhir zaman).

Menurut cacatan sejarah yang menyatakan tasik ini merupakan sebahagian dari tasik Moris kuno yang pernah dikunjungi oleh Herodotus pada tahun 450 SM. Di tengah tasik ini terdapat sebuah pulau yang dikenali dengan nama Qarn az-Zahabi. Keluasan tasik ini sebanyak 45 ribu faddan atau 18 900 hektar. Allah s.w.t telah mengisahkan perihal Qarun di dalam beberapa ayat di antara Firman Allah s.w.t;

        “Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendeharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat, (ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."

         “Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang yang menghendaki dunia, Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keuntungan yang besar."

Betapa Allah s.w.t mengeji sifat sombong… ‘Mudah-mudahan aku dijauhkan.’ Mukanya diraup sekilas. Kepalanya dilarikan ke sekeliling. Kelihatan pelancong-pelancong mula membanjiri Tasik Qarun ni, menghayati satu lagi ciptaan agung-Nya yang mempunyai satu kisah yang hebat.
Fonsel yang bergetar dicapainya.
-          Kot kat ner? Keluar ngan sape?
Bibirnya mengukir senyuman. Jari laju berlari diatas keypad.
-          Kat Tasik Qarun. Aku sorang, insyaAllah tak sesat…
Seketika fonselnya bergetar lagi.
-          Risau takut ko sesat je!haha. Ok. Pepe hal msj je…
Mirza Aiman tersenyum. Teringat saat dia menjejakkan kaki dibumi ambia ini. Satu perjalanan yang tak pernah dirancangnya. Hanya mengikut arah kaki yang melangkah tanpa tuju. Takdir-Nya tak siapa tahu…dia terserempak dengan sahabat lamanya Azri Imran saat dia kebingungan mencari arah…
Kenangan lama mula terusik saat mata terpukau dengan keindahan Tasik Qarun ciptaan-Nya. Kenangan yang membawa dirinya ke bumi ambia ini…
Saat dia jatuh bila diuji, dia hampir lupa diri lantaran terlalu merajakan pautan nafsunya sehingga dia tegar menyalahkan takdir-Nya… Berbulan-bulan dia hanyut, dengan sesalan yang menggunung dikepala. Takdir-Nya dipersoalkan…
Hanya kerana dirinya anak kepada seorang pegawai kerajaan yang bergaji rendah yang mana ibunya sekadar suri rumah dengan bilangan adik beradik seramai lima orang dia ditolak dan dipisahkan dari kekasih hatinya…Hinakah dirinya?
Pelbagai cara dilakukankannya demi mengambil hati kedua-dua ibu bapa kekasih hatinya, Husna Farisah. Namun segalanya hanya dipandang sepi, langsung tiada nilainya.
Tentangan kedua ibu bapa Husna Farisah tidak menjadi penghalang buat mereka. Mereka tetap menyulam kasih. Cinta yang dibaja makin mekar…bahagia hanya milik mereka berdua.
Namun, panas yang disangkakan hingga ke petang…rupa-rupanya hujang datang mencurah-curah. Di saat dia berjaya dinaikkan pangkat menjadi Executive Production di Proton, dengan hanya menghantar pesanan ringkas, kekasih hatinya memutuskan perhubungan mereka…
Namun, pemilik nama Mirza Aiman, bukanlah seorang yang kenal erti putus asa. Merasakan keputusan kekasih hatinya adalah atas desakan keluarga, di cuba mencari peluang untuk berjumpa dengan kekasih hati. Doanya dimakbulkan Allah s.w.t…
………………………………………………………………
            “Risya!”
Panggilannya tidak berespond. ‘Mungkin dia tak dengar kot…’
Mirza mempercepatkan langkahnya. Pintu kaca Butik Seri Andam ditolaknya. Kelihatan Husna Farisah senang khusyuk membelek helain-helaian majalah.
            “Risya…”
Husna Farisah terkejut. “Abang!”
            “I need to talk with you…”
            “…but…”
            “Please…”
Pintu kaca ditolak dari luar.
            “Hai sayang! Lama dah sampai? Sori lambat, parking full…”
Husna Farisah gelisah dikerusinya. Mirza hanya diam memerhati, ada rasa yang tak tertafsir dihatinya.
            “Risya?”
            “Siapa ni sayang?” Farid menghampiri tunangnya.
            “Err… Kenalkan kawan Husna, Mirza.”
Farid menghulurkan tangannya. Mirza menyambut tenang.
            “Boleh aku cakap dengan Risya kejap?”
            “Just go on…lagipun she will be my wife soon…” Farid bersuara angkuh.
            “Kalau tu yang korang nak…” bahunya dijungkit.
Husna Farisah makin gelisah. “Err…”
            “Go on…” Farid kelihatan berminat.
            “Risya, Mir tanya untuk sekali ni…betul ini yang Risya pilih?” wajah kuning langsat milik Husna Farisah direnungnya.
            “Owh! So ko la anak pegawai yang kena reject tu?”
            “Abang Farid!” Husna Farisah menjerit kecil.
Mirza tenang. Api gelodak didada dikawalnya. “Risya? You owe me the answer…”
            “Maaf, Mir…ni jalan yang Risya pilih. Mungkin kita tak de jodoh… Risya harap Mir akan dapat perempuan…”
Mirza terus melangkah keluar dari Butik Seri Andam itu tanpa sempat Husna Farisah menghabiskan kata-katanya. Kakinya terus melangakah tak lagi menoleh…
Hampir tiga jam memandu, kereta mula menyusur masuk ke sebuah pantai. Hampir sepuluh minit menjelajah kawasan pantai, dia mula memanjat batu-batu besar. Mencari sedikit ruang untuk melabuhkan punggungnya.
Lama anak matanya hilang ditengah-tengah laut yang tiada penghujungnya. Setitis air matanya gugur ke pipi…
            ‘Begitu mudah engkau memilih…hanya dengan sebuah pesanan ringkas engkau meleraikan kasih yang terjalin selama lima tahun. Mungkin cinta kita, tiada makna bagimu…ibarat dedaun hijau, yang terus mati apabila gugur ke bumi. Engkau melafazkan janji untuk mengharungi suka duka bersama, namun engkau terus menarik diri saat badai menimpa. Bukan aku meminta engkau mengingkari kata-kata orang tua mu. Aku hanya mengharapakan engkau mempertahankan cinta kita…kerana aku percaya mereka bisa dilembutkan bak kerak nasi, bila direndam akan menjadi lembut...’
Aku bukan seorang lelaki yang tabah. Aku kecundang dengan perasaan, aku hanyut bersama-sama sisa cinta yang hanya tinggal sejarah. Sungguh la cinta itu bisa membunuh. Kerana cinta, matinya seorang Mirza Aiman…
Keluarga langsung tak di pedulikan, apatah lagi kebajikan dirinya. Makan dan minum tak terurus, prestasi kerja merosot, adakalnya dia tidur dan adakalanya dia hanya termenung kosong. Solatnya hanya sekadar menunaikan kewajipan, tiada khusyuk, tiada tata tertib hanya kosong dengan pergerakan… Hebatnya penangan cinta!
Hinggalah pada suatu hari dia menerima sebuah sampul surat. Sampul surat yang mengandungi sebuah coretan yang mampu buat dia jatuh terduduk. Buat pertama kalinya dia terjaga dari sebuah lena yang panjang…
Assalamualaikum…
Kita hanya sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Cinta yang di dambakan, yang hanya adalah salah satu daripada acuan lagenda agung seperti, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk dijadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah…
Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Diibaratkan cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin, tapi baru dijengah dengan ujian sebesar zarah ini, awak sudah hanyut dibawa arus nafsu... Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana…
Betapa besarnya tanggungjawabmu wahai lelaki…

“Wahai lelaki soleh…! Tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan…

"Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali pencipta-Mu, benar bukan? Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!"
"Kau terlalu naïf wahai lelaki…Lihatlah wajah-wajah ayahmu, ibumu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu… Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu…"
Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah s.w.t tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhluk-Nya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu…

Tidak  ku nafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah s.w.t. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah s.w.t. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah s.w.t kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah s.w.t  yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya.

Dan terlalu sedih melihatkan, kau lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kerana hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."

‘Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT…’
CINTA tanpa keberkatan,
Hanya meghumban ke lembah kehancuran,
Kerana cinta itu bersifat sementara, yang hanya dipinjamkan-NYA untuk kau rasakan nikmatnya cinta sebenar kepada-NYA,
Hanya tanggungjawab mengikat perhubungan didalam rumahtangga,
Keberkatan adalah perencah kemanisan dan kebahagiaan rumahtangga,
DOA dan USAHA perisai kepada segala ujian yang mendatang…

Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit, manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama


cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

“Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah s.w.t…”
Wassalam…

Dan pada malam itu, bermulanya lembaran baru buat insan yang bernama Mirza Aiman, tikar sejadah menjadi teman setianya bermunajat pada yang Esa. Qalam mulia yang lama tersimpan disudut almari kini intim di bibir, tidak sekadar hanya direnung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelakinya tumpah akhirnya…tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini dimalam hari…
            ‘Ya Allah, Ya Tuhan ku…semakin jauh diriku dengan-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiriku. Betapa kerdilnya diriku dihadapan-Mu… Keindahan fatamorgana mengalpakan aku pada bayangan mentari, aku tenggelam dengan dusta dunia yang penuh kepura-puraan. Telah aku redahi daerah cinta yang lahir dari wardah kealpaan…namun tiada yang kutemui melainkan hanya sebuah kekecewaan. Di kala dinihari, aku menyingkap tirai hatiku Ya Rabbi…untuk aku intai keampunan dari-Mu. Jernih embun kasih sayang-Mu aku dambakan, moga tiap jejakku yang bertapakkan debu-debu kejahilan dapat aku jirus dengan madu keimanan-Mu…
            Andainya dihitung amalan-amalanku…belum pasti dapat aku hampiri gerbang syurga-Mu. Ya Allah, tak termampu aku sujud untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu, dan tak ternilai air mataku dengan permata yang bisa memadamkan api neraka-Mu…
            Ya Allah Ya Tuhanku… di hamparan ini aku meminta kepada-Mu Tuhan Yang Maha Esa, terimalah taubat hambamu ini yang penuh dengan debu dosa-dosa lalu. Aku akui kelamahan diri, aku insafi kekurangan ini, dan aku menyesali kejahilan-kejahilanku…terimalah taubatku Ya Allah…
            Telah aku rasai derita jiwa dan perasaan kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu… Ya Allah, aku mendambakan sebutir hakikat untuk aku semai menjadi sepohon makri’fat…moga dapat aku berteduh dipohon rendang kasihmu. Ya Allah, Ya Tuhanku…Engkau teguhkanlah pendirianku, Engkau tetapkanlah keimananku dan jauhkan aku dari hidup yang sia-sia…
            Lestarikan wadiku, dan leraikan aku dari pautan nafsu moga dedebu dosa yang mengaburkan hatiku dapat disinari dengan cahaya keimanan-Mu…’
…………………………………………………………………
Kaki mula menyusur ditepian tasik, menghirup angin segar. Sebuah kenangan yang terlalu indah dan berharga itu masih segar dimindanya. Sebuah coretan yang tak bertuan, dan terlalu misteri…
Kocakan air tasik mendamaikannya. Sungguh indah ciptaan-Mu Ya Allah…
            Pernah hati ini terguris…
            Dengan tohmahan dan kejian yang menghiris…
            Sehingga terasa diri ini hina…
            Tak siapa sudi membela…
            Dan hanya aku menelannya sendiri…
            Karam keseorangan di lautan sepi…

            Namun…

            Kau tetap menemaniku…
            Melorongkan aku pada jalan-Mu…
            Memancarkan sinar pada hatiku yang malap…
            Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani….

Kaki berhenti melangkah, matanya dipejam mencari secebis semangat yang telah hilang. Nafasnya ditarik, dan hati mula bertekad. Biarlah aku buang cebisan-cebisan kisah silam itu…biarkan jiwaku merdeka dengan jajahan nafsu duniawi. Moga saat kakiku melangkah meninggalkan tasik ini, akan lahirnya Mirza Irman yang baru…

            ‘Segala ketentuan ku serahkan pada-Mu…biarlah masa yang berbicara. Tak kan aku berpaling pada yang menunggu dan mengugat, sapanya meletihkan diri…hadirnya mengundang penat dan cintanya hanya bersalut segunung kepalsuan dan kepura-puraan…

Ya Allah s.w.t…bersaksikan langit-Mu dan berpijakkan bumi Ambia-Mu ku serahkan cintaku ini hanya untuk-Mu, bukan lagi pada manusia…

                Aku adalah aku sekarang…biar terbuang tetapkan berjuang. Akan aku serahkan jiwa ini sepenuh hati dalam perjuangan menuju redha-Nya…’

Tasik Qarun dipandangnya buat terakhir kalinya. ‘Moga berkuburnya sisa-sisa kejahilan semalamku…’ Kaki mula mengorak langkah, tidak lagi menoleh walau sesaat…
…………………………………………………………………..
“Assalamualaikum…”
            “Waalaikumusalam…” dahinya berkerut.
            “Apa khabar?”
            “Alhamdulillah…” Otak masih lagi memproses memori.
            “Syukur, Alhamdulillah…” bibir masih tak lekang dengan senyuman.
            “Azri Imran…?”
Im tersenyum. “Bagus ingatan kau…”
Mereka tenggelam dalam pelukan.
            “Bila kau balik? Dah lama aku cuba jejak ko…”
            “Dah tiga bulan. Aku baru balik dari Palestin…”
Kepalanya dianggukan. “Ingatkan ko dah hilang jejak…” Kedua-duanya tergelak.
            “Macam mana ko sekarang? Aku dapat tau yang ko tengah buat perancangan tuk ke Somalia hujung tahun ni…”
            “Macam tu lah, masih dalam perancangan…insyaAllah kalau tak de aral melintang. Ko tak nak join?”
Im tergelak. “Hujung bulan ni aku kawen. InsyaAllah kalau diberi kesempatan…”
Mirza tersenyum. “Patut la muka berseri-seri! Alhamdulillah…sampai gak seru ko.”
            “Ko pulak bila lagi?”
            “Aku dah ada anak dua pun kat rumah tu haa….dengar dek bini aku maunya tido luar!”
Kedua-duanya ketawa serentak.
            “Bila ko kawen?”
            “Lepas aku balik dari Mesir, aku dapat tawaran kerja kat Dubai. So nak alih angin aku terima la. Setahun lebih aku kat sana…balik Malaysia terus dapat kawen. Kira pakej two in one la!” Im tergelak.
            “Murah tul rezeki ko…”
            “Alhamdulillah…semua tu dengan izin-Nya.”
Im menganggukan kepala. “Sebelum aku lupa…” Kad perkahwinannya dihulurkan. “Jemput la yer. Bawak wife ngan anak kau sekali. Boleh aku kenal wanita bertuah yang menjadi suri hidup Mirza Aiman ni…” bahu Mirza ditepuknya
Mirza tergelak. “Ko ni…supposedly aku la yang bertuah. Ada jugak orang pandang!”
            “Aku gerak dulu, banyak lagi urusan nak di settlekan…” sisa gelaknya masih lagi kedengaran.
Mirza mengangguk. “Assalamuallaikum…”
……………………………………………….
“Abang, tadi Umi call. Umi kirim salam…”
Kepala suaminya dipicit lembut.
            “Waalaikumusalam… Abang ada citer best!”
Nurin Najwa mengerutkan keningnya. “Pelik je bunyi…”
Bibirnya dah tersenyum. “…abang dah tau siapa pemilik surat misteri tu…”
            “Really?” matanya spontan membulat. Wajah suaminya dipandang excited.
Mirza mangangguk. “Seorang wanita…falsafahnya seindah pekertinya yang bersimbolkan mar’afatonah.”
Nurin terpegun. “Kalaulah Nurin dapat kenal dia…”
            “Sayang kenal…”
Suaminya dipandang tak percaya. “Serius? Siapa?”
Kepalanya dianggukan, senyuman menghiasi bibirnya. “Isteri Azri Imran…”
Nurin jatuh rahang. Mirza tergeleng, ada rasa lucu terbit dihatinya melihatkan gelagat si isteri…
            “Subahanallah…indahnya perancangan-Nya…” Mirza mengangguk.
            “Dia kenal Umi, sebab Umi selalu pergi dengar ceramah kat tempat dia mengajar. Umi tak pernah ceritakan secara detail pasal abang. Mungkin Umi terlalu kecewa dengan abang waktu tu, tambahan lagi abang anak sulung. So Umi tanya dia macam mana nak pulihkan orang yang kecewa dengan cinta...”
Perlahan pipi suaminya dikucup.Mirza tersenyum.
            “Bertuah Azri Imran kerana memiliki seorang isteri yang solehah, seindah makna disebalik namanya Hannah Damia (kasih sayang, bijak dan keberkatan)…”
            “Dan abang bertuah, kerana memiliki Nurin Najwa yang sanggup menjadi tulang belakang abang saat abang susah dan senang, menjadi ibu kepada anak-anak kita, menjaga dan memelihara kehormatan diri dan menutup aib abang…sayang dah terlalu sempurna untuk abang.Moga cahayamu terus menyinari bahtera kita. Thanks sayang…” dahi isterinya dicium kasih.
Kedua-duanya tenggelam bersama keindahan bintang-bintang yang bersinar terang didada langit.
Mirza Aiman- Meski aku Adam yang gagah pada luaran, namun adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walaupun aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, dan lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya di sebalik seorang lelaki, berdirinya seorang wanita. Wahai isteriku, Nurin Najwa Yusuf…aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu…
Nurin Najwa- Suamiku, Mirza Aiman…kau sebenarnya imam dan aku makmummu, kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Kelebihanmu akal, manakala kelebihanku nafsu. Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana jika kau lalai, maka lalailah aku. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa, bekalan ke jalan Allah s.w.t. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Mirza Aiman…











Comments

  1. waa...
    best!
    Mirza Aiman sangat2 best!:D

    ReplyDelete
  2. terbaik la Hannah Damia..
    suka sngt2 cite ni.menginsafkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts