Damsel

“Uit! Si In’syi pi mana eh? Tak Nampak batang hidung dia pun…” Dolly santai menghayunkan kakinya yang terjuntai kebawah.
            “Ntah!” G-ha khusyuk layan movie koreanya.
           “Pelik jer minah tu tetiba menghilang… Tak pernah-pernah pun buat misi menghilangkan jejak.”
Diba ralit menggulum lolipopnya. Dolly mencapai BlackBerrynya. Pantas number In’syi didailnya. Fonsel In’syi yang terletak elok diatas meja belajarnya yang bersebelahan dengan meja Diba bergetar kuat. Cukup kuat untuk membuatkan Diba tercekik lolipopnya, dek terkejut.
Dolly dah bulat mata. G-ha dah snigger. “Dia tak bawak phone? Peliknya….” Dolly curious sendirian.
Diba yang terkejut pantas mencapai fonsel In’syi. Terpampang incoming call ‘Dolly-doll’. Pantas kepalanya dipusing kearah Dolly yang duduk berjuntai di katil atasnya.
            “Wei, Dolly! Apsal ko main miscal ni? Ko boleh dituduh dibawah seksyen 302, Akta Kanun Keseksaan kerana berniat untuk membunuh aku dengan sengaja!”
Dolly tercengang. “Kenapa?” dahinya dah berkerut tiga lapis.
Fonsel In’syi ditangannya ditunjukkan kearah Dolly. Kononnya sebagai bahan bukti.
            “Aku try call, sebab nak tau dia kat mana sekarang… Kot la kena kidnap, dia kan sweet…” Dolly bela diri.
            “Kena kidnap sangat la…dia keluar dengan Along dia la!”
            “Ler… Buat penat kepala aku fikir jer!”
            “Ko memang selalu buang tebiat hape….”
Dolly mencebik. “Ko yang sound treble…orang tanya elok-elok tak nak jawab. Kalau tak, tak de nyer ko tercekik lollipop tu…”
            “Haa, pasal tu aku boley saman ko tau!”
            “Out of mind…” Dolly terus mencapai bantal dihujung katilnya dan menekup kedua-dua belah telingannya.
G-ha yang tiba-tiba tergelak dengan sangat kuat, menghentikan perbalahan antara Diba dan Dolly. Spontan kedua-duanya berkalih kearah G-ha. ‘Gila ke budak ni, gelak sebijik cam pontian!’
            “Ko kenapa G?”
Jari telunjuk G-ha menunujuk-nujuk kearah skrin laptopnya. Ketawanya masih belum terkawal.
‘Sah kena sampuk hantu korea!’ Malas melayan gelak versi gila si G-ha, Diba meneruskan kerjanya manakala Dolly sibuk dengan BlackBerrynya.

Hampir mencecah ke pukul sepuluh malam, kerja mengemas dan pembersihan siap dilaksanakan.
            “Nunu nak balik kolej ke?” Puan Irma bertanya, bila melihatkan In’syi ralit merenung jam di dinding ruang tamunya.
            “Dah lewat…esok la.” In’syi tersenyum kearah Mamanya.
            “Ma tengok gelisah jer…dari tadi ulang pandang jam tu. Kenapa? Ada buah hati yang menunggu kat sana?”
In’syi tergelak kecil. “Nunu tak sempat cakap kat budak bertiga tu yang Nunu balik rumah…”
            “La…kenapa tak bagitau. Patutnya kamu ajak jer mereka bertiga tu.”
            “Dah Along tak bagitau pun yang dia nak angkut Nunu balik rumah. Nunu balik ni pun sehelai sepinggang jer…”
            “Budak-budak ni la…” kepalanya dah tergeleng.
            “Ok la Ma, Nunu naik dulu yer. Assalamuallaikum…” tangan Mamanya disalami, sebelum kaki mula mendaki anak tangga menuju ke biliknya.


“Pagi Ma, Pa…”
            “Hai, awal Along bangun…mengigau ke?” Puan Irma memerli anak terunanya yang jarang celik di pagi hari.
Irfan Khalish tersengih. “Nak hantar Nunu…nanti dia bising lak.”
            “Agaknya Nunu dah sampai, dah elok pun membuta dikatilnya…” Puan Irma selamba.
            “Hah?”
Encik Muhyiddin meleraikan persoalan Irfan Khalish, “Dia mintak Pak Man hantarkan ke stesen bas, katanya nak naik bas jer. Tak nak menyusahkan kamu…”
Irfan Khalish dah mengerutkan dahinya. “Pelik betul si Nunu ni, ari tu pun dia pesan kat Along tak payah datang jumpa dia. Dia suruh call jer, nanti dia balik sendiri…”
            “Dia nak berdikari la tu…”
‘Tak de maknanya budak tu nak berdikari! Ni mesti ada agenda tersirat ni… Nampak gaya kena siasat ni!’
            “Haa, kamu nak pergi mana pulak tu? Tak nak sarapan ke?”
            “Sambung tido…nanti la…”
            “Ishk, budak ni!...”

“Ko ‘on’ tak tournament minggu depan?”
            “Kat ner?”
            “Bangsar.”
            “Aku ada hal la…”
            “Ko jangan dok buat lawak! Fisrt tournament rasmi kita ni….”
            “Ko suruh jer si Irfan ganti aku…”
            “Ko pehal tak leh join? Leceh arr…”
Dari jauh Jejai melaung, “Woi Uan!”
Kepalanya dipanggung. “Pe hal?”
            “Jom beat!”
            “Half.”
            “Pe barang half…”
            “Aku de hal jap gi…” Jejai jungkit kening bertanya kearah Im yang bertinggung disebelah kanan Uan. Im jungkit bahu.
            “Jom!”

Dah hampir sebulan, library menjadi sebahagian dari hidupnya. ‘Dua minggu jer lagi Uan! Then ko tak kan jejak lagi lantai konkrit yang beralaskan karpet merah ni…’ pelipis kiri digosoknya. Buku yang terbuka luas terus disambung baca. Headphone ditengkuk ditarik ke telinga, ‘Rock and Roll’ mula berdentum ditelinga.



“Akif Aryyan!!”
 Akif yang tunduk meleraikn tali kasutnya panggung kepala. Kelihatan Papanya tegak berdiri berhampiran sofa. Perlahan kepalanya ditundukkan kembali, meyambung kerjanya yang tertangguh
            “We have to talk!” Encik Faizal bersuara, bila melihatkan Akif yang mula berjalan kearah anak tangga tanpa mempedulikannya.

Akif senyap. Masih terpaku di sisi meja hiasan Mamanya. Tiada tanda-tanda dia akan menghampiri Papanya.
            “You’re to much! What are you trying to do? Mutiny?”
Bibirnya masih terkunci rapat. Diwajahnya langsung tiada emosi, hatta rasa takut…
            “Answer me! I’m not asking you to stand up like a mannequin!”
            “Tak ada benda untuk ditegakkan…”
Encik Faizal tarik nafas, sesak dengan jawapan si anak.
            “What are you count on me? I never blame you for all your thinking and judgement about me. But, this is not the right way…it’s  totally destroy yourself. Please, seat for your examination and finished up your study.” Encik Faizal meninggalkan Akif sendirian diruang tamu itu.

“Esok last paper ko ngan Diba kan?”
In’syi angguk kepala. Mata tak lepas dari helaian ke tiga puluh tujuh buku Complexity and Contradiction in Architecturenya.
            “Then korang terus balik rumah ke?”
Sekali lagi kepalanya dianggukkan.
            “Alaa…tak aci la!”
Terus kepala yang tadinya khusyuk menekur helaian buku dipanggung. Pandangan membunuh ditalakan kearah Dolly. Dolly sengih tiga kupang. “Sori, tak hengat ko de paper esok. Sila, sila continue back…”
‘Budak ni la…tak pernah aman dunia aku!’ pantas volume Mp4nya dikuatkan ke paras maksimum. Mengusir jauh suara-suara sumbang yang berdendang merdu disekitarnya.

Selesai menduduki paper Advanced Control System, Uan pantas menyumbat segala peralatan mekanikalnya kedalam backpack. Kaki pantas melangkah keluar dari dewan peperiksaan. ‘Merdeka suda…’
Gelanggang basketball, tempat dia selalu melepak menjadi sasaran kakinya.
            “Woo bro, lama menghilang! Kena kawen paksa ka?”
Uan mencampakkan backpacknya kearah Im. Kaki terus berkejar ke tengah-tengah gelanggang.
            “Pe hal tu…”
            “Lepas gian lama tak turun kot…” Im mula menyibukkan dirinya ditengah-tengah gelanggang.

 In’syi yang terbongkang dikatil dipandangnya. Jam di meja study dikerlingnya sesaat.
            “Uid! Ko tak siap lagi ke? Dah nak pukul lima dah ni…”
Senyap. ‘Minah ni kalau dah tido…ngalahkan si Panda!’ Tubuh In’syi ditekan-tekan dengan jari telunjuknya.
            “Pe…”
            “Dah pukul lima…”
            “Okie.”
            “Weyh! Ko tak nak balik ke? Karang tak sempat kejor bas…”
            “Sat gi…”
            “Dah! Bangun cepat! Packing pun belum, ada hati nak sambung tido balik…” Diba dah bengang.
In’syi masih statik dengan gaya tidurnya. Tidak bergerak hatta seinci. Diba geleng kepala, usahanya hanya sia-sia, dah bagai gaya mendodoikan dengan lullaby song pulak! Bertambah-tambah lenanya…
Hampir menginjak ke pukul enam petang, In’syi terjaga dari tidurnya. Matanya digosok perlahan, menghilangkan sisa kantuk yang masih terasa. Tangan kiri dibawa ke mulut menahan kuap. Kepala disengetkan ke kanan, menstabilkan otaknya kembali. Jam disisi katil dipandang. ‘Mak aih, lama giler aku membuta! Huarghhh, berjaya gak aku menqadakan tidur semalam! Hahaha’
            “Baru bangun cik adik? Bas ko dah lama jalan…”
Keningnya dah knitted. “Bila pulak aku ada bas?”
            “Ko kan cakap nak balik petang ni. Ko ke mana, barang ke mana...bas pun ke mana!”
            “Ouh-haa…aku ada jer lagi kat sini. Bas tu tak pe la, esok-esok dia mai la balik. Jangan dok risau…” kaki mula melangkah turun dari katil.
‘Erk..biar betik minah ni. Dah waras or still mamai lagi ni…’ “Ko tak nak balik ke?”
            “Esok…”
            “Aik! Dolly cakap ko nak balik terus lepas habis paper…”
            “Aku ada cakap ke? Rasanya tak de pun…”
Tangan kanan dah memulas tombol pintu. Kaki mula melangkah menuju ke toilet.


Lagi seminggu nak berangkat ke Benua Eropah. Seminggu yang tinggal rasa cam sehari jer… Kaki dah cukup tanah nak jejak…banyak lagi benda yang dia nak kena settlekan. Tambah mengharukan bila kena buat sensorang! Ma ngan Pa dah selamat kat Mekah. Along dah fly, balik benua Asia dah. Tinggallah dia sorang-sorang, dan sekarang tengah duduk bersila di ditengah-tengah tingkat tiga Mid Valley. Sumpah otak dia time ni dah numb gegiler. Satu hape pun tak leh nak fikir.
Getaran fonsel didalam duffel bag, mengembalikan otaknya ke alam realiti.
            “Assalamualaikum sweetheart!”
            “I’m lost…” kosong tanpa nada.
Irfan Khalish dah cuak. ‘Nunu ni biar betul…’ “Nunu kat mana ni? Ok tak? Macam mana boleh lost ni?”
            “Kalau Nunu tau, tak de la dikategorikan ‘lost’…”
‘Gaya suara cam kronik jer!’
            “Cuba Nunu ingat Nunu kat mana sekarang…”
Spontan kepalanya berpusing kesekelilingnya. Seketika dahinya ditepuk. “Eh, bukan…”
            “Apa yang bukan pulak ni?”  ‘Takkan Nunu dah amnesia…’
            “Nunu bukan lost arah la!”
            “Dah tu?”
            “Nunu lost otak…”
‘Haik?’ dahinya berkerut menampakkan tiga garisan. “Ada ke…”
            “Ni betul-betul la Along, bukannya cobaan…”
            “So, macam mana nak settle?”
Bahunya dijungkit.
            “Nunu? Dah tertido ke?”
‘Lupa, mamat tu kat benua len mana dia nampak aku pakai jungkit bahu je…’ “Belom…baru bersila jer pun…”
            “What? Where are you now?”
            “Mid…”
            “Floor?”
            “Three…”
            “Then Nunu bersila tengah-tengah gerbang tu?” suaranya agak meninggi dek rasa terkejut yang melampau.
            “Yup! I’m stuck here…”
‘Sah adik aku ni dah tak siuman…’ kepalanya diketuk. Ramble! “Dah la tu, Nunu balik rumah then mandi, pas tu tido jap. Esok sambung balik, benda yang still tak settle tu…” perlahan Irfan Khalish memujuk.
Tiada mood untuk mendengar suara sumbang selasih Alongnya, dia terus memendekkan perbualannya. “Okie. I’m off. Assalamualaikum. Solat jangan aci celup jer!” klik.
Sekali lagi kepala dipusingkan kesekelilingnya. Orang yang tengah lalu lalang, yang memandang pelik kearahnya tidak dihiraukan. ‘Banyak je lagi benda yang aku kena fikir, dari fikirkan punca kepelikan diorang…’

Tubuhnya bangkit dari sila. Baju kurung berbunga merah yang bertanahkan latar hitam yang dah berkedut seribu, ditepuknya perlahan. Kaki mula meneruskan langkah yang masih tiada hala tujunya. Fonsel ditangan dibeleknya. Still ada sepuluh benda to be done! Hailloh~
Hampir sejam berlegar tanpa arah, akhirnya kaki dah melekat didepan judul-judul anime. ‘Layan ni lagi bagus…’ Setelah dua judul anime dibelinya tanpa was-was, jam ditangan kiri dikerlingnya. ‘Alamak!’ Kaki mula melangkah ke lif, menuju ke car park.

‘Hailla, cam mana tak perasan dah nak senja pun… Mana nak perasan In’syi oii, kat shopping complex tu memang lampu terpasang dua puluh empat jam. Siang dan malam sama jer…’

Dalam asyik dia membebel sensorang, tiba-tiba bahunya dirasakan kebas dek dirempuh dari arah kanannya. Pantas kepalanya dikalih ke sisi. Mulut dah terbuka untuk melepaskan kemarahan…
            “Buta ke…”
‘Haik-la kereknya budak ni! Dia yang rempuh aku cam kereta langgar kat funfair tu…then, sesedap cencaluk mak dia jer nak tengking-tengking aku!’
            “Eh…”
Tanpa sempat dia menghabiskan kata. Mamat yang melanggarnya tiba-tiba bangkit dari posisi menunduknya.
            “KAU!! “ membuntang biji mata Uan melihatkan gadis didepannya. Gadis sama yang melanggarnya tempoh hari…
‘Dia kenal aku? Mak aih! Pames gak aku yer…’ In’syi hanya kaku berdiri. Tiada sebarang reaksi yang terlakar diwajahnya.
            “Wei minah! Ko memang malang eh. Asal jumpa ko…mesti ko langgar aku. Dah tu tak reti-reti nak mintak maaf. Tayang muka kerek jer pandai…ko ingat ko bagus sangat ke? Bila ko nak lupus dari bumi ni? Nyemak tak habis-habis!” selesai menghamburkan kemarahannya, dia mula melangkah dari tempat yang malang buatnya.
            “Wei budak! Ko ni pehal? Angin monsoon barat daya? Bila masa aku pernah jumpa ko pun tak tau, bajet jer nak tuduh orang. Dan sekarang sape yang langgar saper? Aku memang jalan dari pintu tu, and supposedly ko yang patut celikkan mata ko sebab ko yang nak celah jalan aku! Aku menyemak ke tak kat bumi ni, bukan hak ko. Lagipun aku tak mengemis apa-apa pun dengan ko. Cakap pakai otak, jangan ikut sedap mulut!” In’syi dah berkira-kira melangkah ke keretanya sebelum dirinya ditahan kembali oleh mamat tiga suku itu…
            “Ko ni…harap jer pakai baju kurung. Mulut cam longkang! Perangai cam makhluk bertanduk…tak payah la berlagak baik bagi ceramah sivik kat aku. Blah la wei!”
            “Tak perlu aku hormatkan orang yang tak hormatkan diri sendiri, apatah lagi nak hormatkan orang lain…” kaki terus melangkah seakan-akan tidak mahu berhenti walau sesaat.
Uan terpaku, tidak jadi menyambung langkah. Walaupun suara yang kedengaran cukup perlahan, tapi teramat jelas dipendengarannya.

Sebaik enjin kereta dimatikannya, dia terus melolong masuk kedalam rumah. Sofa berangkai tiga menjadi mangsa hempasan tubuhnya.
            “Assalamuallaikum…” perlahan kedengaran suara Kak Temah dari arah belakangnya.
In’syi dah tarik sengih tiga kupang. “Waalaikumusalam…he.he.he. Terlupa…”
            “Mana nak ingat, laju jer menonong masuk. Kak Temah ingat perompak tak bertauliah mana la yang tak bagi salam tu…”
In’syi gelak. “Mana de perompak bagi salam…”
            “Bukan Nunu selalu buat ke time nak rompak chic choc Along kat dalam peti ais?”
In’syi ketawa dengan kuat. “Tu special kes!” ketawanya masih bersambung.
            “Dah settle semua?”
Kepalanya digelengkan. “Still de sepuluh benda yang tak settle, esok la sambung balik…”
            “Dah. Pi naik mandi, lepas solat maghrib nanti turun makan.” Kak Temah bangkit dari sofa.
            “Okieyh mem!”
Kelopak matanya perlahan mula tertutup sebelum, jeritan suara merdu Kak Temah kedengaran… “Nunu! Bangkit! Naik mandi, sekarang!”
‘Omoo, terkejut den!’ In’syi yang elok terbaring disofa berangkai tiga itu, terus terbalik dari posisi baringnya dek penangan suara Kak Temah. ‘Giler kuat suara Kak Temah! Tak payah pakai mic! Kadar penjimatan terendah ni…’

“Mak Mah…”
            “Ilya! Baru sampai?”
Ilya angguk kepala. “Mana pergi semua orang kat rumah ni?”
            “Puan Sri dengan Tan Sri ada dinner, Amna keluar dengan kawan…”
            “Akif?”
            “Mak Mah tak jumpa dia dari semalam…bilik pun masih elok berkemas.”
Ilyani melepaskan keluhan panjang. ‘Tak balik la tu…’
            “Thanks Mak Mah…” kaki mula mendaki anak tangga.
            “Ilya tak nak makan? Nak Mak Mah panaskan lauk?”
            “Tak pe, nanti kalau lapar Ilya buat sendiri. Mak Mah rehat la…”

Fonsel didalam handbagnya dicapai. Pantas number Akif dicari didalam senarai phone booknya. Seketika panggilannya bersambung.
Hampir lima minit mencuba, Ilya mencampakkan fonselnya kekatil. ‘Boleh jadi gila aku dengan perangai budak ni!’ Baru kakinya hendak melangkah ke penyidai, fonselnya berdering lantang.
            “Assalamualaikum… Kat mana?”
            “Waalaikumusalam. Home sweet home…”
            “Penat?”
            “Biasala… You dah balik ke?”
            “Biasa? Dengar suara, macam luar biasa je. Yup! Sampai petang tadi, ingat nak jumpa you but I have urgent meeting. So kena masuk office terus…”
            “Oo…”
            “Are you really ok?”
            “Maybe…”
            “Farah Ilyani…wanna share with me?”
            “Hurmm, it’s ok. Small matter jer…”
            “I will be there in thirty minutes…” Megat Lokman mengugut tunangnya. ‘Gila kau, memalam buta ni nak pergi redah rumah anak dara orang…’
            “Man…I just need some break. Whether you came or not, it doesn’t make a sense…”
            “Akif?”
            “…I don’t want to burden you with this matter. I call you back tomorrow. I need my shower...”
            “Just relax, don’t stress out yourself kay…take a nap after this. Don’t worry bout me. I will call you tomorrow.”
            “Thanks, and a big sori…”
            “Your welcome, no much. Assalamuallaikum. Take care…”
Ilyani merenung fonsel ditangan. “Waalaikumusalam…”
‘Sori Man…awak terlalu baik untuk dibebankan dengan masalah keluarga saya yang tak pernah ada endingnya…’

“Assalamualaikum akak…” kerusi makan ditariknya perlahan.
            “Waalaikumusalam. Awal pagi ni…”
Senyuman dilemparkan kearah Kak Temah. “Nak kena pergi JPT…”
Giliran Kak Temah menganggukan kepalanya. “…pergi dengan Diba?”
Tangan dah menyenduk macaroni goreng ke dalam pinggannya. “Diba, Dolly dengan G-ha dah fly la Kak Temah…”
            “Kak Temah lupa…” tangan kirinya spontan menepuk dahi.
In’syi tenggelam dengan makaroni gorengnya…



Melihatkan ruang makan kosong tak berpenghuni, Ilyani terus melangkah kearah dapur.
            “Assalamualaikum, Mak Mah…”
            “Ilya, dah nak masuk kerja ke?”
            “Aah, Mama ngan Papa tak turun breakfast ke?”
            “Owh, Papa dah keluar. Mama kat atas lagi…” kepala terus menunduk.
            “Mama balik pukul berapa semalam?”
            “Err…Mak Mah tak perasan la pulak….”
            “Mak Mah yang bukakan pintu…”

Comments

Popular Posts