Kesetiaan Yang Bisu
Mutiara putih dihujung alis dikesat lembut.
Mata hilang didada langit. ‘Betullah bukan mudah nak redha…’ Hati berbicara
bisu saat sendu bagaikan teman akrab yang menemani.
Meniti hari kedewasan, rencahnya bukan mudah.
Saat teman teman sekeliling memulakan langkah dengan tawa senyum; aku hanya
mengenali melodi tangis yang ku heret menemani langkah. Ada bingung. Ada tanya.
Namun masanya belum tiba.
Ufuk mentari yang kian condong dipandang sepi.
‘I have grow up well Tok Ayah..’ Ada garit senyuman yang ditarik sumbang ulas
bibir. ‘Dhia dah besar. Dah faham ‘kehidupan’ yang selalu Tok Ayah dongengkan. Payah.
Tapi kena telan. Walau tak hadam.’ Dan lebat kolam mata kembali pecah membasahi
pipi. ‘I wish you are here. To hold me like before. To look into my eyes and
tell me that I’m strong enough..’ Kepala jatuh ke tanah. ‘Dhia kuatlah..!’
Mencari yang hilang
Canggungnya terasa
Masih ada sisa rasa
Namun rentak lariannya tetap sumbang
Canggungnya terasa
Masih ada sisa rasa
Namun rentak lariannya tetap sumbang
Lembaran lama ku selak. Mencari secebis
senyuman. Mengharap ulas yang kian lesu tak lumpuh.
Mengenali dia, satu hadiah. Hadiah yang melakar
senyuman, saat bibir lupa akan fungsinya yang satu itu. Bingung dalam lautan
ujian yang masih hijau usianya, ibarat mengemudi kapal dilautan yang bergelora.
Adakala teguh. Berulang kali rapuh. Dan dia datang bukan sekadar singgahan sang
bayu yang meniup lantas berlalu pergi. Kehadirannya menapak rasa, walau ada
takut dalam bingung yang melontar aku bersimpuh padaNya.
Ada tangis dalam pengharapan
Ada senyum dalam kesyukuran
Bicara yang bersenandung hinanya seorang hamba
Mengharap teduhan RahmatNya
Mendamba keredhaan Tuhannya
Agar ditunjukkan jalan yang hilang
Dan disuluh pabila kelam..
Kesakitan yang menyerang bukanlah asing untuk
sang tangis. Dalam kepekatan malam tubuh digerak payah bersimpuh bersama
tangis. Ada nyanyian yang terlontar saat melodi itu yang sering memujuk tangis,
membiaskan kekuatan, mengingatkan aku Kau selalu ada. Sinaran cahaya yang
menggamit, memaku pandang. Ada seraut wajah, indah. Bias senyumannya bagai
penawar yang menghilangkan segala kesakitan, memujuk. Hadirnya berbicara
tentang dia. Yang lembut dalam tegas, yang terluka dalam keras, yang lelah
dalam asa yang tertanam, namun dia punya hati yang ikhlas. Tiada kata yang
mampu untukku ungkap rasa melainkan air mata yang berbicara. ‘Terima kasih
Tuhan..’
Meniti lorong yang sama, kau mengajar erti
hidup dalam kotak yang sering aku nafikan. Bukan kerana terbenteng dek prinsip
yang didokong, namun kerana palitan hitam dikotak itu yang menjadikan aku dan
takut bagaikan teman akrab. Dan pautan tanganmu pada jalanan itu tak akan mampu
aku balas hanya dengan ungkapan terima kasih..
Hari yang dimamah senja memalit lakaran yang
kini menjadi kenangan; manis untuk dirindui.
Takdir bukan lakaran sang hati. Hadirnya kadang
bersama pelangi. Adakalanya hujan yang menemani. Dan hidup tetap harus dijalani.
Tika banyak suara lantang yang menguji, aku bagaikan dahan yang teruji; teguh
atau rebah ke bumi. Dan masih Dia sudi menemani. Saat aku bagai ingin
menoktahkan larian kaki.
Bukan mudah aku memeluk mu erat ke dada
Dan tak mudah untuk kau tanam asa dalam
menuntun ku ke jalanNya
Dan tika itu aku mengenali sang sabar
Yang sering kau dendangkan saat aku hanyut
dilautan alpa
Perkenalan yang membawa siapa aku saat ini
Kawan yang selalu mengaritkan sebuah senyuman
Tika aku berulang kali didatangi sang ujian
yang menyenakkan dada
Dan pada siapa hendak ku tangiskan syukur?
Melainkan Dia yang Menghadiahkan kau padaku..
Jendela yang kian usang dimamah masa ku sandar
menemani. Singkat waktu melontar ‘kehadiran’mu jauh disudut hati kecilku.
Sebati; menjadi sebahagian dariku yang ku tanam mati. Ada gusar yang menyapa.
Ada rapuh yang menjenguk. Dan aku insan biasa yang hanya bergantung padaNya
saat aku percaya tadahan doa itu menjadikan aku teguh meniti hari.
Nama mu ku lagukan
Dalam rajuk hatta rindu
Baitnya bagai hafalan
Yang tak mampu ku lupakan
Sedar hakikat takdir dan kehidupan
Warna indah ku lunturkan
Agar luka yang terguris
Mampu dijahit pulih
Rutin hari berlari; tak banyak bezanya. Ada
rindu yang menyanyi, ku cekalkan rasa dihati. Ada cemburu yang bertandang
mengusik, ku labuhkan sujud mengadu padaNya. Sentuhan ini terlalu dalam untuk
ku perjudikan ego didabik ke dada. Sentuhan ini terlalu indah untuk ku cemarkan
dengan sambutan perkenalan yang menodai sebuah kejujuran. Sentuhan ini terlalu
bermakna untuk sebuah kesetiaan yang aku noktahkan..tak akan pernah mampu aku
ulangi untuk episode yang baru..
Mengejar yang tak pasti
Lelahnya menghantar sujud pada Illahi
‘Bahagiakan dia dalam redhaMu Ya Rabbi’
‘Seandainya dia bukan untukku, moga sisa waktu
kematian yang menjadi pengganti..’
Panjangnya sisa hari yang dilalui tak
menjanjikan dalamnya dia kau kenali. Ada khilaf yang aku lakari, memalit luka
dihatinya. Lupa dia juga dijengah lelah saat hanya dia yang selalu memberi..
Gunung itu telah lama aku huni
Tinggi puncaknya dari jauh pasti aku kenali
Namun hingga saat ini gagal aku takluki
Ada rasa yang terpendam kecewa
Maafkan aku yang gagal mencuba
Untuk kesekian kalinya..
Matangnya usia tak menjanjikan kedewasan pada
sang akal. Kaku potret semalam menyanyikan melodi rindu..
Duhai teman
Saat ini aku merindui kalian
Kala tangan ku sering kalian genggam erat
Dengan jagaan hakikat
Yang menjadikan aku dewasa
Walau kalian tahu kebenarannya pahit untuk ku
telan
Duhai teman
Saat bebelan yang melantun dari bibirku
Saat air mata yang menitis dipipiku
Saat tawa yang berlagu dihariku
Masih dia sang panglipur lara itu..
Wang kertas dihulur cermat. ‘Terima kasih.’
Senyuman saling bertukar sebelum kaki mula melangkah. Terik mentari memaksa
kepala didongak ke langit. Hati yang bergolak bagaikan kaku. Hilang rasa. Saat
nyawa nyawa yang hidup kembali dijemputNya bagaikan tayangan yang tak henti
terpapar didada media. Mentari yang tadinya teriknya memancar sekelip mata
hilang dibalik mendung yang berarak. Lama mata terpaku. Mencari dalam bingung
yang tak punya rasa.
‘Allah…’ Nafas ditarik. Bebanan yang menggunung
hilang dalam keinsafan.
“Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”
[Surah Al-A’raaf;34]
Ada sebab untuk teruskan langkah. Ada wajah
wajah yang menanti dalam pengharapan. Ada Dia sentiasa, dalam langkah yang
menemani. Kuatlah hati..
Illahi..
Aku meminta
Saat tak tertanggung
Dan Engkau memberi
Saat aku memahami
Erti redha
Tak semudah ejaannya
Saat ujian
Tak datang hanya untuk sia sia
Terima kasih Ya Rabbi..
************
Aku mencintainya
Bukan kerana harta
yang menjadikan dia kaya raya
Aku mencintainya
Bukan kerana rupa
Yang menjadikan dia menenangkan
Aku mencintainya
Bukan kerana ilmu
Yang menjadikan dia bijaksana
Aku mencintainya
Bukan kerana kata
Yang menjadikan dia sempurna
Aku mencintainya
Saat dia menyedarkan aku
Kelemahan itu bukan kehinaan
Aku mencintainya
Saat dia mengajarkan aku
Dendam hanyalah bongkah yang menghadangku
dariNya
Aku mencintainya
Saat dia memberikan
Erti kemaafan itu puncak kebahagiaan Iman
Aku mencintainya
Kerana dia adalah dia..
–nk
Comments
Post a Comment