Kerana Aku Tak Merasa




Tamparan yang menyentuh pipi tentunya menghantar refleksi yang menyakitkan. Kesakitan yang kejap. Mungkin tak meninggalkan kesan. Tapi kan kekal diingatan.

Dan disana, tangisan anak kecil bagai nyanyian yang menghiasi hari. Dalam keterbatasan akal untuk memahami, si kecil itu tetap tegak meyakini pertolonganNya pastikan tiba. Keteguhan yang mengheret aku dalam lautan tenat. Cuba melontar diri dalam gema yang dihiasi letupan dan das tembakan. Dan yang aku ada hanyalah tangisan. Tangisan asa yang lemah dan hina. Saat aku sedar betapa terjaraknya aku dari si kecil itu disisiNya..

Sungguh lena yang lama mengulit bagai belati yang menghukum saat ini. Di saat mereka tegak mempertahankan yang secebis, aku bagai lalang yang dalam kebingungan. Masih cuba mencerna cebisan yang berselirat menjadi satu gambaran yang pasti. Masih cuba menyelami kesakitan yang telah lama merenggut ahli keluarga mu pergi..

Kerana aku tak merasa
Dalam getar yang kau dakap erat
Dalam tangis yang kau tahan bisu
Dalam lapar yang mengigit perutmu
Dalam dingin yang mencengkam ke tulangmu
Maafkan Aku

Getar suara mu
Bagai salam kematian ku
Ada tangis yang tersekat
Ada malu yang tergumpal
Tuhan

Maafkan aku





–nk

Comments

Popular Posts