Parut Luka Semalam
Suasana yang sesak dengan pelbagai ragam manusia merimaskan. Peluh mula membasahi belakang baju t-shirt hitamnya. ‘Kuala Lumpur makin sesak.’
Dalam bingitnya suasana jeritan, kaki pantas menyusun langkah menjauh. Backpack dirasakan terlalu berat, kaki digagahi jua mengharungi lautan manusia yang tak kunjung putus. Mencari ruang untuk bernafas buat seketika.
Hampir setengah jam berjalan, jam ditangan kiri dikerling. ‘Waktu Zuhur dah dipenghujung!’ Kepala didongak ke langit. Panas mentari masih terik menyimbah bumi.
Fonsel dikocek seluar ditarik keluar.
“Assalamualaikum Pa. Shaq dah sampai.”
Masa yang berlalu dirasakan terlalu lambat. Jam ditangan kiri tak sudah dikerling. Mata-mata yang memandang tak dihirau, masih ada hal penting yang tidak dilunaskannya bermain dibenak.
Hon kereta dari arah belakang menghentikan langkah pendeknya dan melegakan rasa yang menghimpit dada. ‘Finally!’
“ Berapa lama Shaq cuti?”
“Dalam tiga bulan.”
“Semester break?”
Kepala diangguk. Kepala disandar ke seat. Mata dipejam seketika.
…………………………………………..
“Shaq, bangun. Dah sampai.”
Muka diraup. Pintu kiri kereta ditolak.
“Bro!”
“Yo! Cuti?”
Qal angguk kepala. Kedua-dua tangan bercantum. Pantas bahu Shaq dipaut dari belakang.
Tarikan Qal menuju ke ruang tamu menghentikan langkahnya. “Aku nak solat jap.”
“Ok.”
Badan dipusing. Kaki mula mendaki anak tangga ke bilik.
………………………………………………..
“Hai abang Shaq!” Najla senyum simpul. Tangan kiri tak lepas mendukung ‘Baby princessnya’
Shaq tarik senyum. Si kecil dihampiri. Pipi temban Najla dicium bertalu.
“Abang Shaq.” Najla rimas.
Shaq ketawa kuat. “Apesal baby tak besar-besar?”
“Baby mestilah kecik! Kalau dah besar, nanti tak boleh panggil baby dah!”
Ketawanya makin kuat. Kepala dah tergeleng. ‘Alahai Najla!’
Kelibat Ibu yang muncul dari dapur menghentikan tawa Shaq.
“Jom makan.” Ibu tarik kerusi disebelah Najla.
Pa, Qal dengan Abang Syuk dah sedia dimeja. Nafas ditarik lembut. Bibir dipujuk senyum, kaki perlahan mengatur langkah menghampiri ibu.
Tangan dihulur. Ibu sambut dengan tak endah, sibuk melayan kerenah si kecil barangkali, hati memujuk sendiri.
“Shaq, jom makan sekali.” Pa menggamit perlahan.
Kepala diangguk. Kerusi ditarik perlahan.
………………………………………..
“Ibu buat pe?”
Puan Anita terkejut. Kepala segera dikalih ke belakang.
“Nak Shaq tolong?”
Ibu angguk kepala. Bibir spontan mengukir senyuman. Ada rasa bahagia yang menyapa walau suara yang dirindui itu masih dingin untuk kedengaran.
……………………………………………
Shaq dan Qal beriringan masuk ke rumah. Qal yang sibuk berceloteh membuatkan bibirnya tak sudah mengukir senyuman.
“Haa! Dah balik?”
Qal terdiam. Shaq tenang.
“Kamu ni memang hati busuk kan?”
“Ibu.”
“Kamu diam Haiqal! Pergi naik atas buat kerja sekolah!”
“Tapiiii.” Kamu dah pandai nak melawan ibu?”
Shaq tarik nafas. Bahu Haiqal ditepuknya perlahan. “Tak pe.”
Haiqal melangkah lesu.
“Dari dulu lagi kamu suka cari gaduh dengan Abang Syuk kan. Ada je benda yang kamu nak dengki dengan dia. Kali ni kamu tak puas hati apa pulak. Kalau kamu balik semata nak buat perangai busuk hati kamu tu, baik tak payah balik rumah ni la!” Hidungnya kembang kempis menahan marah.
“Setakat kamu nak tunjuk baik, tak payah la kalau hati tu busuk macam ni! Kamu baca Qur’an banyak-banyak pun tak guna, solat tertunggang-tonggeng pun tak ke mana, kalau hati tu asyik nak dengki jer!”
Parut luka semalam seakan berdarah. Jasad tak mampu lagi berdiri, seakan mahu terhumban menyembah bumi. ‘Ya Ilahi, beri aku kekuataan, walau hanya untuk sesaat.’
“Ibuuu..”
“Aku tak tahu la kenapa kau ni tak pernah-pernah berubah! Dah besar panjang pun, hati tu tetap busuk!”
‘Air mata tolong jangan mengalir keluar, aku pohon!’
Langkah ibu yang sudah mendaki anak tangga ke tingkat atas dituruti pantas.
Dimuka pintu biliknya kaki terkaku. ‘Allahu Rabbi, jangan biar aku hanyut dalam lautan amarah!'
Ibu bak diserang histeria. Segenap bilik Shaq disepahkannya. Barang-barang Shaq dicampak merata. Almari pakaian Shaq diselongkar, pakaian dibaling keluar.
Tangisan kecil Najla menyedarkan Shaq yang kaku. Si kecil dikalih pandang. Setitik air matanya gugur jua. Bibir ditarik senyum dalam kepayahan. ‘It’s ok sayang.’
………………………………………….
Hampir sejam ibu melepaskan kemarahan dibilik Shaq sebelum pintu biliknya pula dihempas kuat.
Kaki perlahan menyusun langkah, kudrat yang ada entah hilang ke mana. Rasa yang menghimpit dada tak tertafsir. Tangan dikepal kuat, menahan rasa yang tak tentu. Diri lemas dalam nafas yang sesak. ‘Tuhan, sakitnya rasa ini! Apa salahku Ya Rabbi? Apa dosaku dilahirkan ke dunia ini Ya Ilahi? Bodohkah aku kerana mengharapkan parut luka semalam kembali sembuh? Salahkah percaturanku pulang ke daerah berdarah ini? Aku tak mengerti Ya Allah..’
Jasad perlahan melurut jatuh ke lantai, tiada daya lagi diri ini. Air mata melebat gugur ke pipi, tak lagi ditahan, tak lagi diseka. Berlarilah keluar untuk parut yang kembali berdarah.
Tubuh digagah untuk berdiri. Kaki perlahan mengorak langkah menuju ke tandas. Wudhuk diambil tertib, mengharapkan hati yang berdarah bisa terubat. Dalam sujud air mata tak henti mencurah. Sungguh parut luka semalam sangat parah.
“Ya Illahi, pada-Mu aku menyerah diri. Pada-Mu aku kembali bersimpuh, sujud penuh hina atas kifarah-Mu buatku, pada-Mu ku pasakkan segala-galanya. Ya Tuhan dengarilah hati robek ini, tak ku punya sesiapa melainkan Mu Ya Tuhan. Saat ku sakit, Engkau yang menyembuhkan. Saat aku terluka, Engkau yang merawatnya. Saat aku tenggelam dalam lautan kealpaan, Kau tarbiyahkan diriku. Yang Tuhan sungguh aku rindu pada-Mu! Aku bertahan demi-Mu, aku kuat kerana-Mu, aku tersenyum untuk-Mu, telah ku pasrahkan segala-galanya pada-Mu Ya Allah. “Cukuplah Engkau, Ya Allah s.w.t menjadi penolong kami, dan Engkaulah sebaik-baik pelindung.” (Ali Imran:173)
…aku mengerti, hati yang aku tak punya tak kan pernah aku juarainya. Aku sedar, walau seribu mutiara aku hadiahkan buat ibu, tak kan pernah mampu membeli kasihnya. Hakikat itu telah ku telan Ya Allah, tenggelam bersama parut luka semalamku yang terlakar penuh dihatiku. Cukup ku dapat raih cinta-Mu Ya Rabbi, manisnya cinta-Mu membalut luka dihatiku. Nikmatnya cinta-Mu, menjauhkan aku dari palsunya dunia. Tak terhitung air mataku untuk hadiah tak ternilai Mu Ya Tuhan.
…untuk sekali ini aku pohon pada-Mu Ya Rabbi, berikan cebisan cinta-Mu untuk aku harungi parut luka yang kembali berdarah ini. Tunjukkan aku jalan yang benar, agar tak ku kalah ditangan nafsuku. Berilah bahagia pada orang-orang kesayanganku atas keputusan yang bakal ku ambil, biarlah persengketaan ini terlerai disini agar parut luka semalam tak lagi kembali berdarah. Aku takut Ya Allah, andai parut luka itu tak mampu lagi dirawat andai terusan ditoreh.
…hanya pada-Mu ku serahkan segala-galanya. Moga perjalanan ku teguh untuk aku harungi hari yang mendatang. Tiada lain yang ku cari, melainkan redha Mu Ya Tuhan.
……………………………………………
Seusai solat jemaah, hati terasa nyaman. Indahnya tak terucap, seakan hujan salji mencurah dihati. ‘Terima kasih Ya Rabbi…’
Kaki perlahan mengorak langkah, meninggalkan perkarangan Masjid Qait Bey jauh dibelakang. Hampir tiga bulan dia menjejakkan kaki ke daerah Makabir Khulafa, di selatan Cairo setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah di UKM. Terdamparnya dia di daerah Makabir Khulafa demi sebuah hijrah, mencari sirna baru untuk mengorak langkah demi syahadah yang terlafaz saat dia mengaku keesaan Allah s.w.t sebagai Tuhannya.
Perjalanan yang disusuri disapa angin yang bertiup lembut, cukup mendamai jiwa. Esak
tangis Najla, si permata kecilnya tiga tahun lalu masih terngiang di telinga. Rindu yang menusuk mengheret kenangan silam itu berputar kembali dikotak memori.
tangis Najla, si permata kecilnya tiga tahun lalu masih terngiang di telinga. Rindu yang menusuk mengheret kenangan silam itu berputar kembali dikotak memori.
Bukan mudah untuk melupakan sebuah kenangan, lagi sakit untuk menghapuskan layar bayangannya! Hanya berpaksikan Iman didada, kaki kembali gagah berdiri menongkah arus, menjalani hari yang bersisa demi sebuah jihad sebagai perawat duka.
Hati sering tertanya, sampai bila kaki harus menjauh menongkah arus di daerah yang cukup asing. Kekadang hati goyah, kaki ingin sekali berlari pulang. Namun kaki sering lumpuh saat sebuah janji yang terpatri berputar diingatan. ‘Ya Ilahi, bantu aku untuk lepaskan segala-galanya.’
……………………………………….
“Assalamuallaikum Prof Shaqir, kami ada masalah dengan projek Usrah Al-Ihsan.”
Jam ditangan kiri dikerling. “Saya ada kelas ni. Dalam pukul 2.30 petang nanti kamu datang ke bilik saya.”
“Baik Prof.”
Kepala diangguk. Kaki pantas menyusun langkah ke dewan kuliah.
………………………………………
“Naj…”
Kepala didongak dari buku ditangan. “Yup?”
“Kau tak rasa berdebar ke?”
Kening spontan berkerut. “Apesal pulak?”
“Ni kan first time kita nak try join program Usrah Al-Ihsan.”
“Ouh! Hurmm, berdebar tu tak la. Just teruja.” Senyuman manis terukir diwajahnya.
“Tak sabar kan?”
Najla menganggukkan kepala. Senyuman masih tak lekang dibibirnya.
………………………………………….
Berpusu-pusu pelajar dari program Usrah Al-Ihsan berjalan keluar dari dewan menuju ke dataran untuk menjamu selera. Pelajar lelaki dan perempuan terpisah mengikut hala yang telah ditetapkan. Di beberapa sudut kelihatan beberapa kelompok pelajar sedang beramah mesra bersama senior mereka, dan ada yang sedang bertukar pendapat dan pandangan. Suasana didataran meriah seakan sambutan Hari Raya.
Gelagat para pelajarnya dipandang. Ada senyuman yang menghiasi bibir. ‘Syukur Ya Allah, masih lagi kami berpeluang untuk berkumpul bersama-sama dalam meneladani kebesaran-Mu dan mendalami kemegahan (al-Qur’an) yang Engkau berikan kepada kami.’
Kaki mula menyusun langkah menuju ke dataran. Kelibat gadis kecil yang berdiri tidak jauh darinya mencuri tumpuan. Rindu yang tersimpan didada seolah terungkai. Nadi berdenyut kuat. ‘Ya Tuhan, adakah itu permataku?’
……………………………………………
“Assalamualaikum.”
Sebilangan kecil pelajar perempuan yang tengah bersembang terdiam. Salam Prof Shaqir dijawab perlahan.
Najla masih khusyuk dengan buku ditangannya.
“Boleh saya tahu nama saudari?”
Dina pandang Naj yang tenggelam dengan bukunya. “Kawan saya ni ke ustaz?” Jari telunjuk terlekat ke arah Najla.
Shaq angguk kepala.
“Naj!” Bahu sahabatnya ditepuk perlahan.
Kepala perlahan diangkat dari buku. Kening kanan dinaikkan.
“Ustaz tanya nama kau.”
Najla pandang Shaq yang berdiri agak jauh dari kedudukan mereka.
“Apesal?” Dahi dah berkerut.
“Ntah!” Dina jungkit bahu.
Najla diam. Shaqir dipandang sekilas lalu, cuba mengamati wajah itu, namun kotak memorinya seolah kelam.
“Saya Nur Najla Firdaus.”
Shaq yang berdiri menunggu respon dari si gadis kecil tergamam. ‘Ya Rabbi, dialah permata yang aku rindui! Subahanallah, Maha Suci Kuasa Mu Ya Allah!’ Tangan diraup ke muka. Hati tak henti bertasbih memuji Ilahi.
Nafas ditarik perlahan. Rindu yang melonjak didada, dipujuk bersabar. “Esok awak jumpa saya dibilik saya. Assalamualaikum.”
Najla memandang bingung. ‘Biar betik ustaz ni, haisyeh!’
………………………………………………….
Di sepertiga malam dia bangun tunduk sujud pada yang Berhak. Hujan air mata kembali membasahi pipi yang sekian lama kekeringan. Dada yang penuh dengan rasa rindu diusap perlahan. ‘Hati ini kini tersenyum bahagia Ya Rabbi. Tiada lafaz yang mampu ku ungkapkan saat ini melainkan tasbih memuji kebesaraan-Mu.’
Di kedinginan pagi itu, tersingkapnya rahsia seorang hamba dengan pencipta-Nya.
……………………………………………………
Di tingkat tiga, hujan air mata membasahi bilik 317. Kedua-duanya tenggelam dalam sendu. Rindu yang tersimpan terungkai sudah. Penuh tertib tangan Abang Shaqnya dicapai dan disalami penuh syahdu. ‘Ya Tuhan, betapa Agung Kuasa-Mu. Terima kasih untuk kesekian kalinya, untuk kesempatan yang dinanti sekian lama ini.’
“Ibu sihat?”
Najla tarik senyum. Bawah dagu digaru perlahan.
Shaqir tergelak. “Dah besar adik abang!”
Najla tersenyum malu.
‘Masih sengketa itu tersemadi di hati ibu? Sengketa yang tak pernah puncanya diketahui. Sengketa yang mencampakkan diri ini jauh. Sengketa yang menghimpun segunung rindu dan sengketa itu jualah yang melerai sebuah ikatan.’
“Mesti Abang Qal tak cayer kalau Naj cakap, Naj jumpa abang Shaq!” Mata membulat.
“You looked like my old little princess.” ‘Sungguh kenangan itu sangat manis untuk diusir.’
“Wow! Abang ingat lagi eh?”
Kepala diangguk. “Gadis manja yang ada baby kecik!”
Najla tergelak.
“Abang Shaq!”
“Ya?”
“Abang yang selalu kirim duit kat ibu dan Pa kan?”
Kening kiri dijungkit. “Duit?”
“Every month, sejak tiga tahun lepas.”
Dia tersenyum lagi. “Tak cukup ke?”
“Betul la abang Qal teka!”
“Najla, kisah lalu dikenang bukan untuk ditangisi, tapi untuk dijadikan pengajaran. Tak perlu kita ungkit, jika ia hanya mengundang sebuah duka.”
Si gadis kecil itu tertunduk. “Maafkan Naj..”
……………………………………………
Rindu yang merantai, mengheret kaki kembali ternoktah di daerah yang banyak menggores parut luka dihati. Kaki dibawa terniktah demi sebuah rindu yang merantai dan secebis kemaafan dan keampunan.
‘Ibu, diri ini sedar, syurga ku letaknya dibawah telapakmu. Walau seluruh dunia ku redahi, tak kan pernah ku temui penggantimu.’
“Abang Shaq!” Haiqal menjerit pantas melihatkan susuk tubuh diambang pintu rumah.
Pelukan kemas meleraikan rindu yang telah lama tersimpan.
“Pa dengan ibu ada?”
Haiqal mengangguk. Mata masih tak lepas pandang raut wajah Shaq.
“Jom masuk.”
……………………………………………….
“Kenapa kau balik sini?” Suaranya dingin sekali. Matanya jauh, seolah diri ini jijik untuk dipandang. Hati berlagu zikir. ‘Kuatlah wahai hati!’
“Anita!” suara Pa tegas.
‘Ya Tuhan, jangan kerana diri ini menuruti rindu yang menggunung, terlerainya sebuah ikatan suci.’
“Ibu, Shaq mintak maaf untuk semua yang telah melukakan hati ibu. Shaq pinta bu, jangan hukum Shaq begini. Biarpun Ibu dah tak sudi pandang muka Shaq, tolong ampunkan segala dosa Shaq, halalkan makan minum Shaq selama ini.”
Ibu hanya diam. Seolah tak tembus hatta seinci.
“Anita, yang lepas tu sudah-sudah lah.”
“Awak tak tahu betapa sakitnya hati saya ni bang! Dia pergi dari rumah ni cukup membahagiakan saya!”
“Anita!!” Suara Pa dah melengking kuat.
“Pa, biarlah Shaq selesaikan dengan Ibu. Selagi ibu pendam, dendam itu tak kan pernah terlerai.”
Pa mengangguk lemah. Kaki melangkah menjauh, memberi ruang.
“Ibu.”
“Kenapa kau kembali?”
Bibir tersenyum payah. “Shaq nak minta ampun bu.”
“Untuk apa?”
“Leraikan kesakitaan dihati ibu, andai itu dapat membasuh dosa Shaq. Pukuli tubuh ini, andai itu dapat melerai dendam dihati ibu, tolong jangan campak Shaq jauh tanpa keampunan bu.” Lutut ibu dipautnya erat.
“Senang kau berkata!” Tangan Shaq ditepis kuat. Dia bangun dari kerusi, menjauh.
“Aku kesal melahirkan anak yang busuk hati macam kau! Selalu menunding salah pada orang lain. Mencaci dan mengutuk sesuka hati tapi berlagak suci seolah diri kau tak salah!”
‘Tuhan, hinanya aku dimata ibu.. Hati senyumlah!’
“Maafkan Shaq..”
“Sekadar menutur maaf memang senang!”
“Apa yang ibu mahukan demi secebis keampunan?”
Puan Anita ketawa sinis. “Dapat ke kau kembalikan maruah Abang Syuk yang kau caci dan kutuk tu? Mampu?”
Dahi berkerut hebat. “Shaq tak pernah kutuk dan caci Abang Syuk!”
“Orang jahat manakan sanggup mengaku salah sendiri!”
‘Ya Rabbi, aku keliru! Sengketa apakah ini? Cerita yang tak pernah aku ketahui.’
“Sumpah Shaq tak buat semua tu!”
Ibu kelihatan semakin marah. Nama Abang Syuk dilaung kuat.
“Ya bu?” Mata terpaku melihatkan susuk tubuh yang bersimpuh dipermaidani.
“Shaq?”
“Kamu cakap dengan budak ni, dia tak mengaku dia caci dan kutuk kamu dekat kawan-kawan kamu!”
Syuk kelihatan gementar. Liur ditelan kuat. “Kenapa nak ungkit benda lama ni bu.”
“Abang Syuk, tolong cakap jujur dengan Shaq. Bila Shaq buat semua tu? Kenapa Abang sanggup buat Shaq macam ni?”
“Kau cakap pe ni!?” Gelisah yang menyelubungi diri, membangkitkan amarah.
“Apa yang abang cuba raih? Apa yang abang dapat? Kemenangan dengan cara keji ni?”
“Hoi! Kau ni melampau!”
“Syukran!” Pa menengking kuat. “Jaga bahasa kamu!”
“Kalau megah yang abang raih, kalau kemenangan yang abang julangkan, tahniah! Abang dah berjaya. Saat sengketa yang abang cipta yang mengheret kaki ini menjauh, abang dah meraih kejayaan besar. Shaq dah tak punya apa untuk abang rebut, malah Shaq hilang kesemuanya dalam sekelip mata. Kesakitaan tu dah terbayar dengan dendam Abang Syuk terhadap Shaq. Maafkan Shaq atas semua khilaf Shaq sepanjang memegang gelaran adik kepada Abang Syuk. Terlalu mahal bayaran yang Shaq terpaksa bayar.” bibir tersenyum indah. Hati seakan kosong. Sengketa yang sekian lama tercipta dengan ibu hanyalah kerana sebuah dendam saudara sedaging! ‘Ya Ilahi, payah untuk ku telan.’
Diri digagahi, bangkit dari sila. Bibir ditarik senyum. “Maafkan Shaq, kehadiran diri ini terlalu banyak menoreh luka dihati kalian. Ibu, andai sakit itu surut, maafkan lah diri hina ini. Moga kemaafan itu dapat membuka pintu syurga buat Shaq. Assalamualaikum.”
“Abang Shaq!”
Jeritan Najla dan Haiqal dibiar sepi. Hati ini tak teguh untuk tinggal. Biarlah aku membawa diri, agar parut luka semalam tak lagi terobek.
………………………………………………
“Sayanggg.”
“Ye bang?” Raut wajah suaminya direnung asyik.
“Didik la Amni dan Amna sebaik-baiknya,jangan pernah berlaku curang dalam membahagi kasihmu. Walau perit untuk dirimu berlaku adil, berdoalah minta petunjuk dari-Nya. Jangan pernah melontar beribu alasan hanya untuk berlaku curang. Padamu ku sandarkan harapan, moga lahirnya mereka dengan jiwa yang bersih dan murni.”
“Insyallah bang.” Setitis air mata membasahi pipi Maisara Adnan.
…………………………………………
Pelik melihatkan suaminya terbaring nyenyak selepas menunaikan solat subuh berjemaah menarik tangkai hati. ‘Selalunya abang mengaji kan?’ Kepala digaru lembut.
Jeritan Amna mematikan langkah untuk menghampiri sang suami. Kaki pantas berlari ke kamar si kecil.
…………………………………………
“Abang, dah pukul lapan ni. Abang tak kerja ke?”
Tangan sibuk memakaikan gaun untuk si kecil.
Amni yang leka dengan ‘barbie’nya kalih pandang si Abah yang masih nyenyak dikatil. Katil dipanjat perlahan. Tubuh Shaq digoncang perlahan. Shaq yang masih tidak jaga menghairankan si kecil, lantas dahi abahnya dicium lembut. “Ibu, cejuknya dahi abah!” Dalam pelat si anak berbicara.
Maisara kaku. Dengan gementar langkah diatur mendekati suaminya. Bahu suaminya digoncang lembut. Senyuman yang tak lekang dari bibir suaminya mengundang getar dihati. ‘Ya Tuhan, Kau telah jemput kekasih hatiku mengadap-Mu..’ Setitik air matanya gugur jua. Amni dipeluknya erat ke dakapan. “Abah dah pergi jauh sayang..”
Si kecil hanya mengangguk seolah mengerti.
………………………………………….
Jeritan suara ibu membuatkan pembacaannya terhenti. Mutiara jernih yang membasahi pipi disapu pantas. Kaki segera dibawa menuju ke tandas. Muka dibasuh, menghilangkan sisa air mata yang berbaki.
“Sori bu.”
“Puteri ibu sorang ni! Selalu jer tak dengar kalau ibu panggil lembut-lembut yer.”
Senyuman manis dihadiahkan buat si ibu.
“Amna balik pukul berapa?”
Jam didinding dapur dikerling. “Kejap lagi sampai la tu.”
“Assalamualaikummm.”
“kan dah cakap! Panjang pun umur.”
Maisara tergelak. Ada rasa bahagia menyapa dihatinya. ‘Abang, puteri kita dah besar nakal dan manja, tapi kuat bercakap! macam abah dia. Sara rindu abanggg.. Moga abang tenang disana.’
………………………………………….
“Bu.”
“Ye sayang?”
“Nenek belah arwah abah ada lagi tak?”
Maisara pandang kejap muka Amni. “Kenapa?”
“Just wondering, lagipun kita tak pernah balik kampung arwah abah kan?”
“Ye la bu.” Amna tumpang teruja.
‘Mungkin dah tiba masanya kan bang?’ Maisara tersenyum kearah kedua-dua puterinya. Rambut anak-anaknya dibelai lembut.
“Esok kita jumpa nenek dengan atuk yer.”
“Really?” Amni terjerit tak percaya.
Maisara mengangguk.
“Yes!” Kedua-duanya terjerit suka.
………………………………………………………
Puan Anita terpaku. Matanya dipejam celikkan. Tiga susuk tubuh didepannya seakan mampu membuatkan dirinya pengsan saat ini.
………………………………………………………
Kegembiraan yang terlakar disudut ruang tamu bagai merentap jiwanya. Ada rasa ingin turut serta, namun ego menyanggah pantas. ‘Ahh, aku selalu tewas pada egoku!’
“Nek!” Amni tersenyum manis.
Anita tersenyum kelat.
“Nenek buat pe ni?”
“Kuih bingka. Feveret atuk kamu ni haa.”
Kepala dah terangguk. “Abah pun suka sangat kuih ni..” Perlahan ayat itu meluncur dari bibirnya.
Anita pantas merenung raut wajah cucunya. Rasa hati yang mendesak untuk bertanya silih berganti dengan ego yang menegah seakan melemaskannya. “Kenapa abah kamu tak datang sekali?”
Amni kaku. Neneknya direnung lama. ‘Abah, nenek tanya pasal abah. Abah, Amni rasa nak peluk je nenek saat ni. Abah, akhirnya nenek tanyakan abah. Abah, air mata ni dah tak mampu bertahan. Abah…’
Amni yang senyap dicuitnya lembut. “Kamu ni kenapa?”
“Err.” Dia sengih. Kepala digaru.
“Esok nenek free?”
“Kenapa?”
“Amni nak ajak nenek dating!” Mata kananya dikenyitkan.
Anita tergelak kecil. “Ok.”
…………………………………………
Tanda tanya yang bermain dibenak, akhirnya terjawab saat mata menyapa tulisan dibatu nisan. Tubuh terlurut jatuh. Air mata mula membasahi pipi. “Allahuakabar!”
Amni tersenyum dalam tangis. ‘Abah, ni je yang mampu Amni dan Amna buat. Moga abah tenang disana. Moga pintu kemaafan terbuka untuk nenek maafkan abah. Amni rindu abah! Bahagialah abah disana.’
………………………………………….
Sampul surat yang diberikan Amni diusapnya lembut. Air mata masih setia menemani usai solat Isyak tadi.
Assalamualaikum Ibu,
Shaq tak pandai berkata-kata.
hanya mampu mempersembahkan contengan yang terlafaz dari sudut hati yang daif ini
Kini masih sendirian
Di kamar usang aku kembali,
kenangan lama kembali terusik walau payah aku usir,
dada sesak melemaskan aku,
jasad bergetar halus,
keluarkan tangis mu wahai mata!
Aku mohon
Serasa aku hampir rebah di jerami,
Ya Allah bantu aku!
Hati mengertilah,
kan ada hikmah di sebaliknya
Maafkan aku Ya Rabbi,
Aku tak kuat
Kesakitan ini seolah menghunus tajam ke dasar hati,
pinta ku hanya satu,
moga saat aku bangkit dari rebah ini,
tiada lagi dendam,
tiada lagi air mata,
biarkan kesakitan itu berlalu pergi,
agar dapat aku berdiri kembali
Serasa hampir suku abad kenangan itu aku lontar,
walau payah,
walau berat,
kaki ini tetap di hayun melangkah
demi sebuah sinar yang aku cari
Bertahun aku asuh jiwa,
bertahun aku ajari hati,
bertahun aku ucap kata maaf,
demi melerai sebuah dendam yang kian bercambah
Aku hanya insan biasa,
lemah kala ujian-Nya menyapa
Walau luarannya aku teguh,
aku punyai jiwa
Walau raut wajah tenang,
namun hati ini rapuh
Walau bibir tersenyum indah,
hati ini tak pernah sunyi dari tangis
Sehingga aku lupa yang sebenarnya fungsi mata itulah yang menghambur tangis
Aku sedar hinanya diri ini
Aku tak punya raut wajah yang tampan,
tak juga dijulang dengan ilmu yang tinggi,
tak juga dimegah dengan lisan yang kencang,
aku hanya ada sekeping jiwa yang rapuh
Walau jauh mana aku berlari,
walau sedalam mana aku bersembunyi,
walau sekuat mana aku pekakkan telinga,
walau sepekat mana aku gelapkan mata,
aku tak mampu mengusir jauh kenangan itu
Saatnya kanak-kanak lain riang bercanda,
aku hanya merenung dari kejauhan,
saatnya mereka bermain riang,
aku hanya tersorok diceruk dapur,
saatnya pakaian cantik tersarung megah ditubuh mereka,
aku hanya dialasi kemeja buruk
tapi aku tak peduli semua itu
kerana yang aku damba hanya secebis rasa kasih yang bernama SAYANG
Disaat barangan kesukaan Ibu dirosakkan,
Ibu pujuk mereka,
Ibu belai mereka
Disaat aku lupa mengangkat pakaian di ampaian,
hanya sebakul herdikan,
segenggam cubitan yang Ibu hadiahi
Aku pelik,
Aku bingung,
SIAPAKAH AKU?
Kehidupan aku lalui,
tiada garam,
tiada gula,
hanya air kosong semata,
tak berwarna.
Saatnya aku menjejakkan kaki ke alam dewasa,
seluruh rongga terbuka luas
Rupanya dunia bukan seindah-indah hiasan
Kebaikan diseluputi kejahatan,
keceriaan hanyalah lukisan,
kepalsuan mula terbongkar,
yang ada hanyalah sebuah lakonan
Ah, itu semua asam garam hidupku!
bukan satu keanehan yang merenjatkan aku
Dalam renungan aku tersedar
rupanya hati ini jahil dalam mengenal makna SAYANG,
aku mencari,
aku menggali
Namun
mengenalinya membuatkan aku hampir rebah di lautan air mata
Ya, saat aku mengerti kata itu,
buat pertama kalinya mata ku benar-benar menjalankan fungsinya
Di kala itu aku hanya mampu menyesalinya
betapa indahnya sebuah kata itu
bisa merobek seluruh jasadku
hati yang dulu keras bak batu,
kini cair hampir ke titisan
Di kejauhan,
aku intai raut wajah lena mu
Pada dinginnya malam,
aku damba pelukan mu
Saat jemari nakal bersuara,
ingin ku sentuh lembut wajah mu
Tapi ku tak bisa
walau sekadar angan ianya cukup membahagiakan aku
Kehidupan mematangkan usia,
ujian yang penuh sesak mendewasakan aku
Menjauh mengajar aku erti sebuah kehidupan,
setiap saatnya,
setiap detiknya,
penuh dengan perjuangan
Walau hati seakan mati,
jasad tetap hidup menjalani hari,
selagi mana ianya belum bercerai dari badan
Pulangnya diri mengharapkan secebis sinar,
namun ternyata sejarah itu pasti kan berulang
Entah mana silap ku,
entah apa dosa ku,
tiada jawapan yang ku temui
Aku buntu
Aku bingung
Seakan hampir suku kenangan itu terlayar,
walau berkali aku cuba menepis,
seakan tak mampu aku bohongi diri
Kenangan itu hampir membunuhku,
aku terkapai-kapai menyusun langkah,
walau berkali rebah,
walau beribu luka tergarit,
ianya tak separah hati ku yang carik
Kematangan itu mendewasakan aku,
mengajar aku untuk mengalah,
mendidik aku kala amarah merajai,
mengasuh aku saat hati rusuh,
memarut secakir senyuman kala bibir mulai lesu
Pada siapa harus ku megah
Pada siapa harus ku laung amarah
Pada siapa harus ku mencebik sinis
Pada siapa harus ku berkata hina
Sedangkan semunya dari DIA
Pada cerahnya siang,
aku tersenyum payah
Pada pekatnya malam,
aku menangis lesu
Di saat pekat malam tiba,
aku kembali pada-Nya
Tunduk sujud penuh kekerdilan
Menghambur sejuta rasa yang terhimpit didada,
mengharap sebuah pengertian,
merayu demi secebis keampunan,
meminta sebongkah kekuataan,
kerana aku hanya punya DIA
Pada coretan hebatnya seorang Ibu,
hati bergetar kuat
Pada teladan kisahnya seorang Ibu,
hati menangis
Walau hanya coretan,
ia bisa membuat aku mengerti
“ The more I was hurt by it,
it just meant I loved Mom that much more…”
Saatnya
anak-anak mu pulang ke pangkuan mu,
bening mata mu bersinar indah
Bibir mu tak lekang dek senyuman,
berceloteh penuh riang
Dan aku hanya memandang dari kejauhan,
bibir perlahan mengukir senyuman
Syukur, hati mu tak lagi bersedih
Walau aku tak mampu membuat mu tersenyum,
walau aku tak mampu mengundang tawa mu,
walau aku tak mampu menceriakan hari-hari mu,
hati ini tak pernah berhenti menyanyangi mu
di setiap waktu solat,
doaku tak pernah surut buat mu
Aku mulai mengerti akan sebuah hakikat
Walau seluruh dunia aku redahi,
tak kan pernah ku temui pengganti mu
Biar sedalam mana pun luka yang terparut,
akan ku balut dengan kasih-Nya
Maafkan aku pada yang sudi menghulur,
bukan diri ini megah kerana menepis
Mengertilah,
Aku takut andai kasih ku cuma palsu
Biarlah hanya jasad ku yang bicara
Walau lafaz itu bagai mutiara,
kesakitan itu tetap tak mampu aku lontar ke tepi
Saat ini aku mengerti,
hati yang aku tak punya,
tak kan pernah mampu aku juarai,
walau sejuta permata sebagai pengganti
Mom,
The more I learn,
The more I love,
The more my heart can’t get enough,
The much more I love you
Maafkan diri hina ini Ibu
Yang Jauh,
Shaqir Firdaus.
“Ya Allah!” Hati merintih hebat. “Anakku!”
Disebalik pintu, gugurnya permata mahal seorang lelaki. ‘Terima kasih Tuhan, akhirnya terbuka jua pintu hati isteriku. Shaqir tenang la kamu disana anakku, doa abah sentiasa mengiringimu.’
……………………………………………
Walau pahit mana bebanan kata itu, walau berkali hati terluka, ikatan itu tetap tidak akan terlerai. Sejauhmana kaki dibawa berlari, sejauhmana diri dibawa bersembunyi, rindu yang tersemat didada kembali membawa diri pulang. Sesungguhnya kasih seorang ibu lebih kuat merantai jiwa dari kesakitan yang memarut luka dihati.
-Amni Shaqir-
-Amni Shaqir-
Ibu, padamu si kecil berharap, padamu si kecil terasuh, padamu si kecil membina peribadi, padamu si kecil mencorak hatinya. Hanya padamu si kecil belajar erti kehidupan, jatuhnya ia, calarnya ia hanya keranamu! Walau tak bisa kau berikan segunung intan, cukup dengan kudrat termampumu. Walau sejerih mana pun perasaanmu, pasti kan kau temui bahagianya hasil didikanmu suatu hari nanti. Terima kasih Ibuku, Maisara Adnan…
-Amna Shaqir-
-Amna Shaqir-
Puteriku, ujian kepahitan dalam kehidupan padanya ada kebahagiaan. Pandu akalmu, ajari nafsumu, didiklah akhlakmu, jangan biar dendam menguasi jiwamu. Kelak ia akan membinasakan dirimu. Setiap yang berlaku, renungilah dengan kebijaksanaan akal anugerah-Nya itu. Kala akal mu tak mampu berfungsi, kembalilah pada-Nya, sujud lah engkau penuh daif, berdoalah pinta dibukakan jalannya insyaAllah kan kau temui manisnya Islam sebagai aturan dalam hidup.
Puteriku, sebuah kemaafan itu lebih mulia dari gahnya kilaun emas. Tanam dan bajalah ia didalam hatimu agar saat kesakitaan menyapamu, kau mampu rawat ia dengan ladang kemaafanmu. “Jangan bersedih puteri kesayanganku, sesungguhnya Allah s.w.t bersama kita.” (At-Taubah:40) Amna dan Amni sentiasa dihati Abah.
-Shaqir Firdaus-
by–nk
-Shaqir Firdaus-
by–nk
Comments
Post a Comment