Rindu
Idea| Dari Langit
Love is not what I feel for you. It’s what I don’t feel for anyone. But only
you,
Rabb
Rabb
Kerana
sifatnya cinta
Datangnya tak
selalu indah
Saat pada
pahit itu KAU mendidik ku
Menjadi
wanita yang teguh
Untuk dia ketika
langkah kakinya rapuh
Sungguh Cinta
MU terlalu misteri untuk ku ungkap Illahi
Rabbi
Tika aku
hilang ditelan mendungnya awan
KAU turunkan
hujan
Untuk aku
melihat disebalik awan adanya pelangiMU
Saat aku rasa
cinta ini menyakitkan
Saat aku
lihat jalanan harapan semakin kabur
Sungguh KAU
ajarkan aku cinta itu adalah perjuangan
Tentang
kemaafan dan kekuatan
Mempasakkan KAU
erat ke dada
Agar tak
karam saat dipukul ombak ujian
Dan aku ingin cintaku pada Mu
bukan hanya saat tawa
Kerana cintaku bagaikan matahari yang dilitupi awan
Kerana cintaku bagaikan matahari yang dilitupi awan
Walau ada
saatnya terbenam dibalik awan
Akan tetap ia
terbit kembali menerangi alam
Dan aku ingin
mencintai Mu
Selamanya
dengan rasa yang tak pernah mati
Walau selebat
mana hujan mengunjungi
Walau sekerap
mana langkah terhenti
Aku tak kan
pernah berhenti untuk mencintaimu Tuhan
–nk
–nk
Comments
Post a Comment