Kalimah



Idea| Dari Langit



Kata yang baik
Tak terucap dari bibir
Yang hatinya penuh benci dan amarah
Yang hatinya sakit kerana banyaknya dendam dan iri


Ketika mereka
Menyuruh mu memaafkan
Bukan kerana mereka tak nampak
Parut dan luka yang mengguris mu derita
Namun kerana
Telah DIA datangkan mereka
Dalam pengucapan menyeru mu pada kemaafan
Kerana diri mu!
Dan hanya untuk mu..
Semata.


Kerana DIA kasih
Pada kemaafan itu
Telah DIA tulis senyuman
Untuk kau kembali melangkah penuh gagah
Agar tika kau kembali padaNYA
Jasad kaku mu bagaikan tidur yang lena
Dihiasi senyuman yang cukup indah
Mendamaikan setiap pandangan yang jatuh ke raut wajah mu
Kerana DIA melimpahkan Rahmat dan RedhaNYA
Atas kemaafan yang kau pilih
Saat kau mampu membalasnya dengan pangkat dan kuasa mu
Saat kau punya pilihan untuk menegakkan ego mu agar kau kelihatan gah
Bukan jasad yang kaku dan dingin
Tinggal sendirian berteman penyesalan
Saat ego dan sombong mu sendiri berlari menjauh dari mu


**********


Kalimah yang baik
Adalah bagaikan sebatang pohon yang baik
Yang akar tunjangnya tetap teguh
Dan cabang pucuknya menjulang ke langit
Ia mengeluarkan buahnya
Pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya
Dan Allah
Jadikan ia sebagai perbandingan untuk manusia
Supaya manusia beringat
Dan di ambil pengajarannya


Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk
Samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna
Yang mudah tercabut akar akarnya dari muka bumi
Tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup


Telah DIA menetapkan
Pendirian orang-orang yang beriman
Dengan kalimah yang tetap teguh
Dalam kehidupan dunia dan akhirat
Dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim
Kepada diri mereka sendiri
Dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

[14:24-27]

–nk

Comments

Popular Posts