Kopi


Idea| Dari Langit



Kopi yang masih berasap ditarik ke bibir.


"Dah cawan ke berapa?"


Ditelan ke perut, even soalan tu terasa sinis ditelinga, even panasnya masih sikit yang berkurang.


"Azrai still koma."


Kepala diangguk malas. Mug diletak ke meja.


"Keadaan dia teruk."


Kening belah kiri terangkat. "Mana kau tahu? Last aku tengok dia macam tu je." Mug dipusing tanpa arah.


"Zahir dia elok. Batin dia teruk."


Nafas yang terhela agak kasar. Pelipis diurut. "Semalam kau datang buat aku rasa life ni kejam. Nampak indah, hakikatnya penuh dosa dan palsu. And hari ni pun? Again? Tak de benda lain ke bro nak citer?"


Bibir tarik senyum. "Masih kisah yang sama."


"Apa yang sama aku dan Azrai?"


"Korang lakonkan watak yang sama, sebagai hero."


Zaidan yang tenang lagak tiada apa dipandang. "Kau kata aku pelakon. Hero pulak tu. Dah tu kau rabun? Tengok jaket kat badan aku ni, sah sah aku doktor!"


"Tu hanya watak yang kau pegang. Dan hari ke hari kau makin tenggelam dalam watak yang kau lakonkan. Macam Azrai. Sayangnya dia tak punya peluang macam kau." Mata Zaidan dipandang tepat. "Koma itu meletakkan dia diantara dua persimpangan; mati atau hidup."


Dahi terasa berpeluh. Dalam kafe yang berhawa dingin!


"Kau mulia. Dalam kewajipan yang kau pikul sebagai doktor yang kau lunas pada insan yang memerlukan. Cuma kau terlupa pada Dia Yang Memberi. Kerana Dia kau berada disini, hari ini."


Kedua dua belah tapak tangan dibawa ke muka. "Aku cuba. Tapi tak mudah. Sering lelah yang akhirnya membawa aku menghentikan larian kaki."


"Kau pilih untuk menamatkan larian. Dan kini Tuhan yang menghentikan larian kaki Azrai. Dia terus dijatuh hukum atas segala perbuatannya. Tanpa sempat duduk bersimpuh dalam tadahan taubat." Esakan kecil membawa labuhan pandang pada raut si teman. "Tuhan beri kau kesempatan, kerana Dia ingin memberi kemaafan dan menerima taubatmu. Sayangnya kau sendiri yang menolaknya..."


Tapak kaki yang semakin hilang dari pandangan tetap memaku mata tak berganjak. Air mata yang melebat dipipi tak diseka. Pandangan mata mata yang singgah pelik, tetap tak mampu menghentikan air mata dari jatuh ke pipi. Kerana detakan didada tika ini memukul sangat kuat. Sakitnya bagai menunggu kedatangan malaikat maut.


'Kita pernah sama sama berlari meniti hijaunya kehidupan. Kita sama sama mengeja nama Tuhan; Allah, yang menjadikan kita tunduk taat pada KebesaranNya. Duhai teman, bukan kerana aku ingin mentertawakan mu sinis yang membawa aku pada mu. Tapi kerana kita pernah berjanji, saat aku jatuh, kau datang menghulurkan tangan mu, membawa aku kembali ke jalanNya. Dan saat kau terlena dalam mimpi mu, aku datang menghulurkan tangan ku walau aku sedar kudrat tak ditanganku, saat aku sendiri tak pasti mampukah aku membawa mu pulang ke jalanNya. Dan aku tetap disini saat ini walau berkali kau menolak ku, kerana kita pernah berjanji untuk berjumpa diSana nanti.'


Laungan azan mematikan lamunan. Muka diraup kedua belah telapak tangan. Terasa basah.


'Illahi, terimalah kepulangan ku walau jejaknya masih lagi rapuh. Maafkan aku, sombong dalam langkah. Penuh alasan tika dihadapkan pada jalananMu. Sedang apa yang aku miliki hari ini, semuanya adalah dariMu. Tuhan, maafkan segala salah dan dosanya, moga kau tenang diSana sahabatku Azrai. Dan terima kasih melorongkan dia yang aku panggil sahabat, tika aku dengan bongkak berulang menolak kehadirannya. Rahmati dan redhai sahabatku Zaril, disetiap langkah dan nafasnya Tuhan...'


Kepulangan
Lelahnya kadang membuat hati tenggelam dek asa
Manisnya langsung tak nampak dimata
Hanya kata kata yang terngiang
Tetap tak lekat dihati
Masih tak terkesan dijiwa


Sinikal kata
Sentiasa ada
Bila hati penuh dengan sangka
Walhal bukan kata yang menterjemah yang bernama ikhlas
Bukan mata yang menafsir laku itu
Saat Iman lah yang mengusir jauh sangka dari hati
Membuka mata pada kata
Teguran itu bukan saja saja
Tapi dari Dia
Yang Maha Pengasih dan Penyayang 


Hidup
Sebenarnya tak indah
Bila datangnya mudah
Kerana dalam payah
Yang membentuk hati itu kuat
Mencari sebenarnya indah
Dibalik kelabu yang selalu membingungkan
Membuat kaki sering kepenatan
Untuk menyambung langkah


Tentang takdir
Usah dipertikai bila datangnya
Jangan dikesali perginya
Kerana ia kan tetap terjadi
Sebagaimana KehendakNya.


***********



“Then when you have taken a decision, put your trust in Allah. Certainly, Allah loves those who put their trust in Him.” [3:159]


–nk

Comments

Popular Posts