Semarak Cinta Rasulullah SAW- Ya Badrotim





Assalamualaika Ya Rasulullah s.a.w...
Tiada hari yang paling indah
Semerbak harum kasturi mewangi
Hari Isnin 12 Rabiuawal, Tahun Gajah
Seluruh alam bersinar Cahaya
Lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
Yatim yang suci anak Abdullah...

Assalamualaika Ya Rasulullah s.a.w...
Air mata tiada akan tertahan pabila ingat pada dirimu
Indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
Indah tubuhmU Sang Awan mengikutnya
Indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
Indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
Indah rambutmu hitam ikal yang rapi
Indah matamu dengan kalimah Tuhan
Gagah tanganmu menyantun setiap insan
Kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan...

Assalamualaika Ya Rasulullah s.a.w...
Mengalir air mata jernih tanpa tertahan
Lantaran cinta dan rindu tiada terperi
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
Jika kerinduan tiada kau tawarkan
Keindahan syurga tiada mengubat diriku
Jika wajahmu tiada ku pandang...

Assalamualaika Ya Rasulullah s.a.w...
Apakah makna keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki
Jika kau tiada tersenyum melihatnya
Apakah makna kenikmatan syurga
Jika engkau tiada dapat dipandang
Apa makna setiap nafasku
Jika engkau memalingkan wajahmu dariku...

Ya Allah...
Hidupkan cinta dalam jiwa ini 
Pada Rasulullah Rahmatulilalamin
Semoga dengan Cinta nan suci ini
Membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
Penuh kebahagiaan menatap wajahnya
Mendengar kalimahnya "...engkaulah umat ku..."
Biarpun sedetik sudah memadai
Namun selamanya adalah yang ku impikan..

Assalamualaika Ya Rasulullah s.a.w...
Assalamualaika Ya Habiballah...


Sejenak dalam kesibukan dunia
aku tertunduk lelah
Alunan yang menyapa
menghadirkan tangis

Telah lama daerah itu ku jejak
rembangnya sukar kelihatan
mungkin kerana hati yang masih jauh
mungkin jua kerana sekadar lafaz
mungkin jua kerana hitamnya noda dosa yang terlakar
mungkin jua kerana bicara yang kerap terbuang
mungkin jua kerana lemahnya sang Iman..

Ya Rabb...
tak sanggup lagi ku tanggung bebanan rasa ini
Allah hu Ya Allah..
sakitnya tusukan ini bagai sembilu yang menikam
tak mampu lagi ku tanggung sendirian
tak mampu lagi ku pandang sekadar bias mata..

Dengan kalimah AgungMU,




Izinkan cinta buatnya bertamu disudut hati hina ini
izinkan cinta buatnya mekar membunga dalam jiwa yang seringkali rapuh ini
izinkan cinta buatnya mengiringi dijejak langkah hariku
walau serinya sumbang
walau jejaknya samar
hidupkan cinta ini Ya Rabb..
selagi masih ada kesempatan buatku...

Salam Alaika Ya Rasulullah...
Hamba yang hina,


151112–nk

Comments

Post a Comment

Popular Posts