Mahar Hati Sang Gadis
Part II - Izinkan Aku mencintaiMU
Baris ayat tepat di kornea. Sesekali highlight pen ditangan berjalan didada buku. [Sami Yusuf:A Thousand Time Playing] Kepala didongak. ‘Dah pukul sebelas!’ Lappy di meja di kalih pandang. Pop-up Messenger berkelip. ‘Ahaa!’ Bibir sengih senget.
Kettle yang berasap dicapai. Serbuk kopi dicedok dan selamat mendarat dalam perut mug. Penutup bekas gula ditarik. Sudu dibenam. Gula selamat bermastautin kat perut mug. [Sami Yusuf:He Is There Playing] Bibir bergerak mengikut lirik. ‘Was missing Him so much!’ Putaran tangan mula bertukar rentak. Semakin perlahan.
In every tear
That is where
He is there
He’s the hand that wipes that brow
He’s the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
‘We need you now’
“Yeah, I need you now, later and forever..” Di balik kelopak, mutiara jernih gugur meyapa pipi.
“Buzz!”
‘Haip! Lupa..’ Mug yang masih berasap di capai. Kerusi ditarik. Mouse dicapai. Tetingkap Messenger di klik.
Omi : Assalamuallaikum donaMate! <bigGrain>
Bibir tarik sengih lebar sambil geleng kepala. Jejari mula laju berlari di dada keyboard.
Que : Waalaikumusalam senpai! <loser>
Omi : <laughing> Como estas?
Que : Estaba bien <thumbsUp>
Omi : Alhamdulillah.. Wah, bien! Dah advance eh. Catchy with keje sekolah?
Que : <pouting> as usual. Never end.. <laughing> Nada..
Omi : Dats life.. Nanti boleh aci lawan cakap! Talkshow Omi & Que~
Que : Yup, great but thriller! <smile> Sangatla… <rollingOnTheFloor> Nanti pakat kena balun
ngan tok aci pakai bahasa penjajah. Haip! <loser>
Omi : Tengah bayang muka tok. <rollingOnTheFloor> espantoso!~
Kepala geleng laju. ‘Dia ni la..’
Que : suficiente. So how about u?
Omi : <bigGrain> vale. Sleq was assigned.
Que : Huh? Why him?
Omi : Lo siento tanto..
Que : is he the one that get it?
Omi : Claro. Lo siento…
Badan di sandar ke belakang kerusi. Nafas ditarik perlahan. ‘Yeah, sometimes what you plan didn’t come up..’
And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners. [03:54]
Que : Nada. Got to off. Buenas noches. Asslamuallaikum.
Omi : Buenas noches. Ya tit e amo. Waalaikumusalam. Take care, mi dulce!
Senyum.
Que : u’re worrying to much! Yo tambien te amo. <smile>
Que is now offline.
Mata terpaku di skrin lappy. Otak tengah buat ‘printscreen on what to be done’. Sesaat, kepala rebah ke meja. ‘Hailoh! I’m died~’
Bunyi keriutan daun pintu memanggung kepala.
“Assalamuallaikum..”
“Sis Fa!” Badan spontan berdiri tegak.
Gelak. “Kot ye pun..” Geleng kepala.
Spontan tapak tangan di dahi. “Sori.. Excited ya amat!” Sengih.
Pipi Que dicubit. “Dah besar adek sis! Where’s my comot’s gone…”
Bahu dah terhinjut tahan gelak. “Ada je. Tengah berdiri depan sis ni haa..” Mata dikenyit.
“Nakal!”
Gelak pecah.
Que ditarik ke pelukan.
Senyum. ‘Rainbow after the rain. Alhamdulillah..’
“Tearing is not fraud to ‘be strong’.” Belakang tubuh Que di usap kasih. “Smiley’s is not the expression that you paste on your lips. Smiley’s is the light emitted in the face. Because it’s came from our inside..” Pelukan dilerai. Dada Que disentuh lembut. “Here’s.”
“Senpai?”
“She loves you more than herself.”
Kepala di kalih ke sisi kanan. ‘This is how I protect my self..’ Bitter. “I’m ok.” Pandang Sis Fa.
Senyum.
“It is evident through your face.”
“Omi just worrying too much..”
“With reason.”
Tarik nafas. “I’m sorry. I’m not strong enough to be in the middle of debate.”
“Escape the problem not the solution.”
Kepala ditegak. Kornea tepat di kornea. “Then how should I react? How should I be?”
“Lepaskan kesakitan tu..”
Senyum. Tunduk. ‘Hard.’
“Que, crying is not a crime..” Memujuk.
“Que tahu..” Dada langit yang kelam tanpa bintang di renung. “Kadang-kadang dalam hidup kita selalu ‘ter’salah memandang. Itu lumrah. Keindahan kepelbagaian yang diciptaNYA.”
Dagu di tongkat. Mencari bintang yang hilang di dada langit. “Tak semua tangisan itu duka. Tak semua ketawa itu bahagia..”
Sisi Que yang terbias di kornea di pandang ralit. ‘Dia..’
“Bibir yang tersenyum, tak bererti ianya tak pernah menangis. Sebagaimana luka di hati yang tak nampak, itulah tangisan jiwa yang kuat.” Sis Fa di pandang. “Hakikatnya, we never can be strong..”
“Que..” Bibir terkaku.
“Hati ini bukan dari binaan konkrit. Terluka saat terhiris. Menangis saat diuji. Berkecai saat terhempas. Pretend to be strong, luka yang terhiris di rawat. Pretend to be strong, tangisan yang menghujani terhenti. Pretend to be strong, hati yang berkecai kembali dicantum. Pretend to be strong, kaki ini masih meneruskan langkah..”
Titis mutiara yang jatuh ke pipi di sapu belakang tapak tangan. ‘Que…’
“Que tahu Omi loved me more than herself. Que tahu sis concern me more than your fiancé..”
Senyum.
“Que!..” Ketawa dalam air mata.
Senyum. “I’m so sory..”
Kepala digeleng. Tisu di lekap pada hidung yang berair.
“Tapi dia juga wanita..” Senyum. “Wanita yang tercipta kejadiannya lemah dan rapuh. Kalah dalam lautan air mata. Syahid pada bisikan cinta..”
“Tapi, Que pun..”
“Wanita.” Kening dijongket.
Kepala mengangguk perlahan.
“Langit dan bumi itu saling melengkapi. Wanita dan wanita juga saling melengkapi. Kenapa memilih untuk rebah andai diri masih mampu tegak?”
“Means?”
Mata kembali hilang di dada langit. “Saat ini Allah pinjamkan kekuatan pada Que. Dengan kekuatan itu, seharusnya ‘si kuat’ mengalah pada ‘si lemah’. Kan?”
“But it’s already two years.”
“Patience is not a limitation..”
“..and Allah loves the patient.” [03;146]
“That’s what Que choose.” Senyum. “Wanita..buta Imannya kerana cinta. Ilmu di dada diruntuhkan pada batasan yang memisahkan demi apa yang dihajati. Agama hanya tinggal nama..sebagaimana akhlak yang tak beriringan dengan pakaian yang memagari.”
“Setiap wajah diuji. Badainya berbeza. Mungkin dia hari ini, tak mustahil kita esok hari..” Sis Fa di kalih. “Tengok.” Jari telunjuk tepat di dada langit. “Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang. Dalam kegelapan, adanya pengharapan dan dalam pengharapan adanya doa.”
“Subahanallah…”
“..He is with you wherever you are; and Allah sees what you do.” [57;4]
“Kenapa dia sanggup buat macam tu..”
Mata masih didada langit dengan dagu ditongkat dengan tangan kanannya.
“Que kawan dia. Dan lagi seminggu majlis korang..”
Badan dikalih mengadap Sis Fa. “Sis..”
Kepala didongak. Kornea bertembung kornea. “Layakkah dia digelar sahabat? Merampas tunangan kawan sendiri dengan taburan fitnah..”
Kaki menapak mendekati Sis Fa. Tangan runcing wanita berkulit putih didepannya digenggam erat.
“Sis..setiap kali bangun dari tidur, Que berharap episod semalam tak lagi kembali diulang tayang walau kadang memori dibenak kalah dengan rasa hati..”
“Dia pernah hadir dalam hidup Que. Dalam takdirNYA sebagai seorang sahabat. Kami ketawa, kami menangis. Kami tersenyum, kami terluka. Dia melengkapkan Que. Dia mematangkan kehidupan
Que. Semuanya berjalan dalam takdirNYA..”
Genggaman ditangan terasa kuat.
“Tipulah kalau Que cakap Que tak terluka dengan apa yang berlaku…” Kepala didongak. Anak mata Sis Fa dipandang bersama deraian air mata yang menuruni lekuk pipinya.
“Que hampir rebah tenat dalam nafas yang rapuh dalam kelam dan kekosongan yang menghias. Kaki yang masih berfungsi bagaikan lumpuh tak mampu menghayun jejak. Wajah-wajah kesayangan tak henti terlayar di biasan kornea. Bagaimana harus Que tersenyum buat mereka, sedang Que rebah tak terdaya? Kuatkah Que menelan tohmah yang terhakim dengan sendirinya? Sedang Que tak mampu menelan takdirNYA redha saat itu..” Kepala digeleng kecil. Rembesan air mata diseka. “Que bukan wanita tabah yang Sis Fa dan Omi selalu canangkan. Que hanya seorang wanita yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan. Que hanya seorang wanita yang masih tertatih mengenal Tuhannya. Que hanya seorang wanita yang masih mencerna makna redha. Que hanya seorang wanita yang masih berjuang pada sebuah jalanan yang bernama takdir. Que seorang wanita yang masih mencari kedewasaan dalam kematangan sebuah kehidupan..”
Nafas ditarik berat.
“Saat ikatan diputuskan dengan lemparan tohmah, bumi seakan berhenti berputar. Hina yang perlahan menyelubungi seakan membunuh perlahan-lahan jasad yang masih tegak menanti rebah.”
“Que..”
“Sis..saat tu, hanya DIA yang hadir memujuk Que..” Sendu tak lagi tinggal diam. “Hanya DIA sis..”
“Que..” Gadis yang tenggelam dalam sendu itu dipeluk kasih.
“Hina yang perlahan menyelubungi dek tohmah, tak mampu membalut kemas hinanya diri ini padaNYA..”
‘Ya Allah..’ Dalam sendu yang mengulit Que, dia juga basah dengan air mata bersama getar yang sumbang melodinya…
“Maafkan Que. Que tak punya jawapan pada persoalan Sis. Itu bukan hak Que untuk mengadili dia. Permulaan ukhuwah yang tertaut dengan izinNYA, dan pengakhirannya bukan milik Que. Kerana Que hanyalah hamba yang berjalan dalam takdirNYA..dan hanya DIA yang berhak diatas segala-galanya..”
Kepala diangguk kecil. “Lo siento tanto…”
Bibir tarik senyum. “Ya ti te amo!”
Gelak.
“Habislah dengar kat tok ni!” Sis Fa geleng kepala speechless.
“Aci kena hambat keliling Melaka dengan Omi as ‘kepala’!”
Gelak tawa yang pecah, mengusir hening yang meyelubungi.
“Ya ti te amo Que!”
Senyum. “Para siempre…”
‘Biarkan dia terus tersenyum Ya Rabbi. Moga dia dewasa dalam kematangan ujianMU. Moga dia terus berlari meniti takdirMU. Dan moga aku mampu menjadi setabah gadis ini dalam menjalani hari-hariku. Izinkan aku mencintaiMu…penuhi jasad hina ini dengan cintaMU sebagaimana kau sentuh dia dengan cinta AgungMU..’
Semalam adalah kenangan. Memori yang pastinya akan terpahat kukuh dibenak. Memori yang adakalanya melemaskan. Memori yang melahirkan sebuah pengharapan..berharap ianya bisa dipadamkan semudah contengan pena. Berharap ianya kan berlalu seperti dedebu yang ditiup angin. Sebuah pengharapan yang nyatanya mustahil.. Dalam hentian seketika, sungguh aku berharap terlontar jauh dari daerah ‘kelam’ itu.
Dalam kelam yang masih menyelubungi, Aku ingin terus berlari, Aku ingin terus tersenyum, Aku ingin terus menyusuri. Walau ku tahu payah, aku tetap ingin teguh menyakininya kerana ku tahu telah DIA siapkan yang terindah buatku menanti disana…pasti!
Tika ini. Saat ini. Detik ini. Biarlah air mata ini memaknakan akulah hambaMU.. biarlah air mata ini berlabuh dalam kehinaan, aku sebagai pendosa yang mendamba keampunanMU.. biarlah air mata ini berbicara tentang aku, hamba hinaMU..
Pada awan ku lakarkan tentang cinta abadi
Seorang pendosa dengan Tuhannya
Berbicara dalam hempasan duka
Tertawa dalam deraian air mata insaf
Hina dalam sujud yang masih berkesempatan
Damai dalam alunan mahar sebuah janji yang benar
Menyusur pepasir yang tak terjejak
Mendaki gunung yang tak kelihtan puncaknya
Menongkah mentari yang jauh terletak
Bersama keteguhan yang terpasak
Bersama keyakinan yang tersimpul teguh
Tiada lagi pemisah
Tiada lagi jarak
Hanya Dia bersemadi indah
‘Dan cukuplah hanya Engkau bagiku…’
Aku mencari dalam samar yang mengelirukan
Aku mengenali dalam sungkuran tatih yang melukakan
Aku bangun dalam hempasan duka yang singgah
Aku menangis dalam kebenaran yang terbentang jerih
Aku tunduk sujud syukur dalam tuntunanNYA
Dan…
Aku belajar takdir itu indah…!
-Que-
Que – I have learned how to smile. I have learned how to weep. I have learned how to be grateful. I have learned how to be appreciated. I have learned how to make every person that comes across me’s day a little better. Honestly, it’s not easy. But you will find it was so wonderful when you going through the ‘hard’ and the ‘pain’. By then you will learned how to smile, weep, grateful, and appreciate as a miracle colorful of a rainbow.
Omi – Falsafahnya pelik! “No tears to be strong.” Kata hati, ‘She was force herself. She was denied her pain.’ Hakikatnya..she know what she hold! Gadis yang dewasa dalam kematangan ujianNYA..
Sis Fa – Dia, gadis yang luarannya sentiasa teguh dengan senyuman. Sukar untuk diajak bicara saat ianya menyentuh tentang perasaan. Sukar di ramal tebak emosinya. “Que, tak salah untuk meluah..” Dan ternyata dia gadis dewasa itu.. “Tak salah to keep silence, kalau luahan itu hanya akan mengundang kebencian dan permusuhan kerana hati kita sering menghakimi tanpa mengadili, kerana hati kita sering tewas pada amarah..cukuplah DIA tempat meluah.”
Hati yang dibalut cintaNYA, bicaranya tulus
Jiwa yang diselimuti cintaNYA, kasihnya jujur
Jejak yang berlandaskan cintaNYA, jalanannya benar
Jasad yang terbina dengan sentuhan cintaNYA, akhlaknya terpuji
Dan dia membawaku mengenal erti cinta yang hakiki..
Di kesempatan yang masih tersisa ini,
Izinkan Aku mencintai Mu...
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dantidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu, dan (ingatlah), Allah swt tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." [57;22-23
D.dctd to: N.O ~Be Strong!HE always by ourside~
Nukilan,
112012
*VocabForTheDay
espantoso – frightening
Suficiente – enough
Vale – ok
Lo siento tanto – I’m so sorry
Nada – nothing
Buenas noches – Good night
Ya tit e amo – I love you
Mi dulce – My sweet
Senpai – Senior
Para siempre – Forever
Comments
Post a Comment