Salah Ibu Mengandung atau Bapa yang memikul? - Sukarnya menjadi si'Genius'.




Salah siapa?


Si genius?
kerana apa?
sedang dia pada usia yang belum lagi baligh,
namun dicampak jauh nun di negara penjajah yang tak henti menjajah umat Islam...
hanya kerana tiket genius anugerah-Nya...
Sedang dialah sebenarnya yang menjadi mangsa...


Salah siapa?


Si genius?
Sedang otaknya genius,
namun masih cetek ilmu agama...
sedang solat masih lagi bertatih,
kala umur pun belum tentu lagi baligh...


Salah siapa?


Si genius?
Saat diri terhumban nun jauh dari kegelapan,
tanpa siapa yang menggalas bebanan,
tanpa siapa yang tahu jalanan cerita...
Namun begitu tegar menjatuh hukum saat aibnya terpampang meluas...


Salah siapa?


Si genius?
Sedang saat namanya terlakar pada kata 'genius',
semuanya bersorak penuh bangga,
lantas institusi 'terbaik' menjadi pilihan,
megah sekali pada 'tittle' yang dijulang bangga...
sedang yang menjadi korban si genius yang bijak pada akal,
namun masih cetek pada tipu daya dunia...


Salah siapa?


Fungis jari telunjuk itu bukan hanya untuk menunding semata...
Sesungguhnya setiap perlakuan tanpa landasan syarak,
penghujungnya adalah jalanan yang kelam...


Sebagaimana air yang dicincang takkan putus,
begitulah jua pada yang bernama kehidupan...
Ilmu setinggi langit tanpa landasan dan  pautan syariah,
tetap tiada nilainya...
Kerana Islam adalah nadi kehidupan...
Jika terhentinya denyutan itu...
maka kehancuranlah yang menanti...


Sabda Rasulullah s.a.w,
Islam ibarat sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang,
Dimana tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah,
empat tiang lagi itu ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.
tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak 
dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yg di penjuru itu hilang,
maka akibatnya runtulah penjuru khemah yang rosak itu....


Jalanan yang samar dan kelam,
pasti kan ketemui penghujungnya...
jika hanya kau kembali pada-Nya...
"Aku telah tinggalkan kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."


Kejayaan anakmu dipuncak gunung tertinggi yang menjadi dambaan walau agama yang menjadi taruhan,
atau kebanggaan anakmu disisi-Nya nanti, sebagai bekalan titianmu yang menjadi impian...?

Tepuk dada, tanya Imanmu...
Sesungguhnya dunia ini hanyalah persinggahan,
kala mati adalah pengakhiran,
dan Akhirat itu pasti kan tiba...


1020–nk

credit to : http://akudansesuatuz.blogspot.com/2010/01/shukri-hadafi-seorang-kanak-kanak.html

Comments

Popular Posts