Sebuah Kisah part I
Part I
Tali kasut diikat khusyuk.
“Mom have a meeting today, so you balik dengan Pak Harun ya…”
Kepala masih lagi menekur ke bawah. Tangan kecilnya terkial-kial mengikat tali kasut putihnya. Bunyi pintu kereta yang tertutup memanggung kepala yang menunduk pantas.
“Ma…”
Belum sempat dia menjerit kuat, kereta mewah itu meluncur laju melepasi pagar. Tanpa sedar, dengan kasut yang masih tak berikat, kaki berlari mengejar. Jeritan Pah Harun seolah tak tembus. Dia masih berlari dan terus berlari… ‘Ma…adik nak pergi sekolah dengan Mama…’
“Ya Allah Bad…”
Luka yang mengalir dilutut kecil itu segera dilekap. Tubuh kecil yang diam tanpa reaksi segera dipangku rubuh tuanya.
Selesai membalut luka dikedua-dua belah lutut, rambut tocang dua si kecil diusap kasih. ‘Sabar ye nak…’
Mak Siah didongak pandang. “Bad nak pergi sekolah.”
“Bad kan luka. Berehat jer kat rumah ye..” Kepala bertocang dua itu masih lagi diusap.
Kepala digeleng berulang kali. “Bad nak pergi sekolah…” Tubuh mula bergerak bangkit. Beg sandang yang tersadai disudut tepi sofa dicapai.
“Bang! Ooo…bang!” Kaki melangkah mendapatkan si suami.
“Bad nak pergi sekolah ni haa. Dah berkeras sangat. Awak hantarkan la…”
Tangan yang basah dikesat dengan tuala kecil. “Ye la…”
Di muka pintu utama, dia tercegat. Menghantar sang suami dan si kecil yang berkeras mahu ke sekolah. Seketika mata tuanya jatuh dikasut si kecil bertocang yang tak berikat.
“Bad…”
Mak Siah dipandang tak bersuara.
“Kejap. Mak Siah ikatkan tali ni…”
Dia tunduk memerhati.
“Dah!” Kepala bertocang dua itu diusap kasih. “Belajar rajin-rajin ya nak…” Bahu Bad didorong ke perut kereta.
Langkah Bad yang terhenti mengundang kerut didahi tuanya. Tangan kecil yang terhulur mengundang sebak didada. Kereta majikannya yang mula meluncur pergi dipandu suaminya dipandang sayu. Hati tuanya terusik pada laku si kecil. Buat pertama kalinya, setalah tiga puluh tahun berkhidmat dirumah mewah ini, dia dihormati anak majikannya…walau hanya dari si bongsu yang masih kecil…dia amat bersyukur.
Riuh suasana sekeliling bagai tak terkesan ditelinganya. Tali kasut yang tak berikat dipandang tembus.
“Awak, tak nak pergi kantin ke?”
Mata masih menekur kasut dikaki.
“Kan dah kata dia tu bisu…” Suara lainnya kedengaran.
“Eh, tak baik la awak…kan tadi elok jer dia jawab soalan cikgu Rosma.”
“Dah la! Awak nak tunggu dia, tunggu la. Saya dah lapar…”
Langkah kaki si kawan dipandang ekor mata.
Bad dihampiri. Ruang kosong disebelah gadis bertocang dua itu diduduki. “Awak kenapa?” Bahu Bad disentuh lembut. Anak matanya jatuh jua tumpuan mata Bad.
“Awak sakit kaki?”
Senyap.
Baru tangannya nak membelek kaki Bad, muka yang tadinya menunduk terangkat. Gadis bertudung disebelahnya dipandang membulat. “Awak pandai ikat tali kasut?”
Gadis kecil bertudung itu pantas mengangguk. Senyuman mula menghiasi bibirnya. “Mak saya yang ajarkan. Senang je! Meh sini saya ajarkan…” Dia mula bertinggung disisi Bad.
Kakinya ditarik menjauh. “Saya kena ikat sendiri. Saya kena buat sendiri.”
Gerak yang tadinya terkaku bingung, mula mengangguk. Dia kembali duduk disisi gadis bertocang dua itu. Tali kasutnya dirungkai. Dalam gerak perlahan dia mula mengikat kembali. Tanpa suara Bad memerhati khusyuk.
“Dah balik…”
Tangan tua itu dicapai. Kepala Bad yang menunduk mencium tangan tuanya diusap kasih. Hati tak putus melafaz syukur buatNYA.
“Bad dah makan?”
Kepala mengangguk. Beg galas dilurut. Tali kasut dirungkai dan dibawa ke almari. Beg yang tersadai dilantai ditarik mengikut langkah kaki, tak lagi digalas.
Berus ditangan dicampak. Deruman enjin kereta yang memasuki porch mempercepatkan langkahnya. Bibir mula mengukir senyum. Pemegang pintu ditarik.
Kaki yang girang melangkah terkaku. Susuk tubuh yang keluar dari kereta memudarkan senyuman yang terhias dipinggir bibir. Hati yang menjerit ceria, kian sepi.
“Best la Mama…”
“I thought you don’t like that prawn…” Bibir tersenyum penuh, meyerlahkan lagi keanggunan si pemiliknya.
“Yeah…maybe before, but now nope!”
“Ye la…kalau abang yang duduk depan tu handsome, semuanya sedap…” Mata tetap ralit dengan PSP ditangan.
Bibir diketap geram. “You just shut up…”
“Enough boy, gurl… Jom masuk, nanti Papa balik bising pulak…”
Dan kehadirannya bak tiang yang tak berjasad…
Suasana yang riuh dengan jeritan dan gelakkan terhenti sejurus sesusuk tubuh mula melangkah masuk.
“Assalamuallaikum warahmatuallah hi wabarakatuh Ustazah…” Akif si ketua darjah bersuara lantang diikuti seisi kelas.
“Waalaikumusalam warahmatuallah hiwabarakatuh semua. Sila duduk.”
Kerusi yang bergeser dengan lantai memecah hening.
“Ok semua. Hari ni siapa yang solat subuh pagi tadi?”
Suasana mulai riuh. Fizi, budak kaca mata pantas mengangkat tangan. Lina yang duduk dibaris kanan paling depan tarik sengih sambil garu kepala. “Saya lupa la ustazah…”
Ustazah Aini geleng kepala. “Kamu Ahmad?”
Si kecil yang berpagar besi mengangguk sekilas.
“Bagus, Alhamdulillah.”
“Kau solat dekat surau rumah kau tu ke?” Budin membusy bodykan diri.
Si empunya gigi yang berbesi masih juga mengangguk.
“Oooo…”
“Najla?”
Kepala diangkat dari dada buku yang terbuka luas. Mata disebalik kaca mata itu dipandang tepat. Seketika, kepala kembali dibawa menekur dada buku.
‘Macam biasa…’ Tanpa sedar kepalanya mula menggeleng.
“Baiklah kelas… Ustazah ada cerita…”
“Cerita BoboyBoy ke ustzah?”
“Nak!Nak!”
“Ustazah pun tengok boboyBoy ke?”
Pinggir bibir tarik senyum. “Nak dengar ke tak ni….?”
“Nak!”
“Dira pun nak ustazah..!”
“Kalau macam tu semua kena senyap. Baru ustazah boleh cerita…”
Kerusi ditolak ke belakang. “Ok. Semua senyap!”
Semua mata tanpa suara mula tertumpu tepat ke raut ustazah.
“Terima kasih Akif.”
Kepala diangguk. Kerusi kembali diduduki.
“Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis…”
“Kenapa dia menangis ustazah?”
Ustazah Aini tersenyum. “Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
“Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
“Kesiannya dia…”
Kepala yang bertudung itu diusap. “Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. mengikut orang muda itu untuk melihat masalahnya…”
“..rupa-rupanya ayahnya telah bertukar rupa menjadi babi hitam…”
Sara menekup mulut. Imah terjerit kecil.
“…Kemudian, mereka memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
“Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut…”
“Nasib baik…” Roslan mengurut dada.
Ustazah tersenyum. “Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam…”
“Laa…kenapa pulak ustazah?”
Rambut pendek hitam lebat itu diusap. “Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
“Lalu orang muda itu menjawab, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
“Ouh…” Kepala mereka mengangguk serentak.
“Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
“Ustazah!” Akif berdiri.
“Ya Akif?”
“Akif tak nak jadi babi hutan macam tu…”
Akif dirapati. “Kalau macam tu, mulai hari ni…Akif kena belajar solat dengan ayah. Jangan malas-malas…”
“Baiklah ustazah…”
“Shila pun nak solat! Tak nak malas-malas dah ustazah….”
“InsyaAllah… Bagus anak-anak ustazah…”
“Awak pandai solat tak?” Bad disebelahnya dibisik.
Killa dipandang sekilas sebelum kepalanya kembali ditekur ke dada buku. ‘Apa tu?’
Ketukan di pintu dibiar sepi. Dagu yang menongkat dibalkoni bilik tetap tak berganjak. Sepasang burung yang meninggung dibatang pokok masih menjadi tumpuan.
“Bad…” Pintu berukiran kayu itu ditolak.
“Bad…” Kaki mula melangkah disegenap penjuru bilik sebelum mata terpaku tepat di pintu lungsur yang terbuka kecil. ‘Kat situ rupanya…’
“Bad…jom turun makan. Dari siang tadi lagi Bad tak makan…”
“Mama da balik?” Masih lagi statik.
“Mama balik lewat sikit… Jom sayang…”
“Mama, Along dengan Abang Dan dinner luar lagi?”
Kepala tuanya dikalih dari raut wajah kecil yang masih bertongkat dagu dibalkoni. Tubir yang mula bergenang, ditahan dari tumpah.
“Bad ngantuk. Tidur dulu ye Mak. Assalamuallaikum.” Tangan tua itu dicapai dan dicium. Kaki mula melangkah menapak masuk. Tak lagi menoleh buat kali keduanya.
Langkah kecil yang menapak menjauh darinya dipandang sayu. ‘Masih tak jemu menanti…walau dirinya kerap kali ditolak kehadirannya…’ Titis jernih gugur disapu hujung lengan kurungnya.
“Awak…lepas dapat tau keputusan UPSR nanti, awak nak sekolah kat mana?” Gadis yang dulunya sering bertocang dua dipandang ralit. ‘Cantiknya dia…’
Bahu dijungkit. Mata masih melekat didada buku.
“Awak nak masuk asrama penuh?”
Diam.
“Mesti awak dapat masuk asrama penuh kan…” Nafas ditarik panjang. Kepala dikalih dari raut wajah indah yang banyak menarik tumpuan mata lainnya. “…nanti tak dapat la satu kelas dengan awak lagi…”
Dia masih lagi diam tak berganjak dari bukunya.
“Liza!”
Kepala dikalih ke belakang kelas. Kening diangkat bertanya.
“Jom!”
“Pergi mana?”
“Kan hari ni match bola sepak…”
“Tak nak la. Korang pergi la…”
“Kan dari dulu lagi aku cakap, tak guna kau kawan dengan si bisu tu…”
Ketawa kecil mula kedengaran.
“Noni..”
“Dah la Liza. Berpijak la kat bumi. Dah empat tahun dia macam tu…dah nak start UPSR dah, sekolah pun dah nak habis…”
“Tapi…” Suaranya mati saat kelibat Noni dan teman-teman lainnya mula melangkah pergi.
Nafas ditarik dan dihembus tepat ke mukanya. Kepala ditelekup ke meja. ‘Entah kenapa, dadanya seakan ditusuk duri…’
Kepala diangkat dari meja. Gadis berambut ikal mayang itu dikalih pandang. Lama. Dan dia masih begitu…seolah tak terusik walau seinci. Tenggelam dalam dunianya sendiri….
Seusai tamat sesi ceramah, murid-murid mula berpusu-pusu ke kantin untuk mengalas perut masing-masing.
Kaki yang melangkah, terhenti saat terpandang senyuman yang menghiasi bibir Bad. ‘Dia senyum?’ Mata digosok perlahan. ‘Yes! She smile…!’
Kaki mula melangkah laju menuju ke arah Bad.
“Liza!”
“Aku ada hal. Korang makan la dulu.” Kaki mula berlari kecil.
“Hai!”
Dia terduduk. Dada ditekan semput.
Bad kalih pandang. Senyuman masih tak hilang dari pinggir bibirnya.
“Awak…”
Mata masih tepat diraut Liza.
“Senyum…”
Dan dia masih lagi tersenyum…
“Kenapa?”
Kepala dilarikan ke dada buku. Senyuman masih menghiasi bibir kecilnya.
Liza geleng kepala. Kini, bibirnya mula menguntum senyum. ‘Terima kasih Ya Allah. Moga senyuman terakhir ini kan terpahat kukuh disudut ingatanku buat selamanya…’
“Awak comel bila senyum…”
“Mak…!”
Sudu yang ingin disua ke bibir terhenti. Dahi mula berkerut. ‘Bad?’
“Mak!”
“Ya, ya…” Api dikecilkan. Terkocoh-kocoh dia melangkah keluar dari ruang dapur. “Mak kat sini…”
Nafas ditarik. Senyuman masih lagi tersungging di bibirnya. “Mak ada tudung tak?” Mak dipandang membulat. Sinar ceria terbias galak dimatanya.
‘Subahanallah…comelnya dia…’
“Mak?” Tubuh tua yang sedikit gempal itu digoncang.
“Hah?”
“Mak ada tudung tak?”
“Kenapa?”
“Bad nak pinjam boleh?”
Mulutnya terbuka luas. Bad dipandang bingung.
“Boleh tak Mak?”
“Haa…boleh, boleh…”
“Mak pakaikan kat Bad ya. Bad naik mandi dan tukar baju kejap.”
Disisi tangga, tubuhnya terpaku. Langkah si kecil yang mula menghilang dipandang tak berganjak.
Deruman enjin kereta yang melewati porch, menghentikan larian tangan. Cermin berbingka kayu dihampiri. Tudung dikepala dirapi. Pintu bilik dikuak. Kaki mula menuruni anak tangga.
Kelibat tiga susuk tubuh yang ceria dengan beg plastik yang pelbagai jenama dipandang riang. Kaki melangkah mendekat. Kehadirannya masih tak terusik. Masing-masing sibuk bercerita.
“Mama…”
Wanita anggun bersanggul tinggi itu menoleh.
Bibirnya masih lagi terhias dengan senyuman manis. “Cantik tak Najla pakai tud…”
“Hey! Kau pakai apa ni ha!”
Suaranya terkaku. Mata terpaku tepat diraut wajah bengis Mamanya.
Kaki meluru laju menghampiri Bad. “What on earth, you get it?” Tudung merah jambu itu ditarik kuat.
“Don’t you dare to do something stupid like this again! Remember it!” Kaki pantas mendaki anak tangga ke tingkat atas.
“Kau ni…suka sangat buat Mama marah!” Natrah Dania mencebik marah. Beg plastik dicapai kasar.
Dan dia masih terpaku tak bersuara…
Tangan yang tak henti berlari didada kanvas hampir dua jam, mula menjerti lenguh. Tekak yang mula kering mula bersuara, meraih simpati. Pintu bilik dikuak. Kaki yang melangkah, terkaku.
“Kenapa pulak?”
“Kenapa you cakap?”
“Ye la. Kan bagus dia dapat boarding school tu…”
“Ya…but you know la kan. Boarding school like that, tak sesuai ok…”
Buku tebal ditangan ditutup. “What are trying to say Merlis?”
“I tak nak dia pergi mana-mana bording school!”
Muka diraup lembut. “..but why?”
“She will totally change! I tak nak dia jadi pelik. Apa I nak jawab kat kawan-kawan I nanti…”
“Tak faham lah I, you ni… Terpulang la…”
Bibir bergincu merah itu tersenyum menang.
Langkah kakinya mula bertukar arah. Tekak yang tadinya menjerit halus, tak lagi bersuara. Pada kanvas yang putih bersih, tangan kembali berlari laju. Tak lagi bersuara lenguh…
“Bad…”
Pinggir bibir tarik senyum. “Assalamuallikum Mak.”
“Waalaikumusalam. Awal pagi ni?”
Kepala mengangguk. Roti dicapai dan disapu mentega sebelum dikunyah perlahan.
Kasut disarung kek kaki.
“Bad…dah nak pergi?” Jam ditangan kiri dikerling. ‘6.55 a.m’
Kepala dipanggung dari tali kasut dikaki. “Bad pergi sendiri.” Ikatan terakhir disimpul kemas.
“Assalamuallaikum…” Kepala ditunduk.
“Waalaikumusalam…” Langkah Bad dipandang ekor mata. ‘Lakunya tetap sama, tak berubah…walau usia mendewasakannya…’
Kerusi disusun pantas. Batang penyapu disudut belakang kelas dicapai, dan mula dilarikan ke lantai simen.
“Waa…bersihnya kelas!” Iman teruja. Dini tersenyum. ‘Dah tau sape punya kerja…’ Bad yang leka didada bukunya dipandang sekilas. Beg dilurut dari bahu dan diletakkan ke kerusinya.
“Awal sampai…” Kerusi disebelah Bad ditarik.
Diam.
Kepala disua rapat ke telinga Bad. Suara All American Reject berdentum kuat. Kepala spontan tergeleng. Tangannya pantas disua ke telinga kiri Bad. Earphone yang terletak elok ditarik.
Kepala spontan terangkat. Dini dipandang tepat.
“It noising…” Selamba.
Kening kirinya terjungkit.
“Awal sampai? Pakai speed berapa ribu km?”
Kepala kembali ditekur ke buku.
“Thanks!” Tubuh diangkat dari kerusi. Riuh dari luar kelas yang mula kedengaran membawa langkah kakinya ke tempat duduknya.
Perlahan kepala dipanggung dari buku. Langkah Dini dipandang ekor mata. Satu-satunya, teman kelasnya yang tak pernah jemu memancing sembangnya. Walau berjuta mulut yang lancang menegah…
Seusai kertas terakhir selamat didudukinya, dalam tak sedar nafas dihela kuat. Riuh suasana yang rancak dengan suara lega dengan berakhirnya peperiksaan percubaan SPM itu tak memberi kesan padanya.
Bagpack dirak dicapai. Pensil box disumbat. Botol mineral dicapai dan diteguk.
“Kak Bad?”
Kepala dikalih ke sisi kanan. Susuk kecil yang tercegat elok disebelahnya mengundang kerut didahi. Kepala diangguk membalas.
Tangan kecil itu pantas menghulur sekeping kertas yang berlipat dua. Saat tangannya menyambut lambat, si kecil mula berlari menjauh.
Hujung hidung digaru perlahan. Kertas berlipat dua di buka.
Jumpa saya depan hall sekarang!
Susuk tubuh yang dinanti, masih tak menampakkan bayang. Masuk kali ini, dah dua puluh kali jam ditangannya direnung.
Merasakan penantiannya hanya sia-sia, punggung diangkat dari sila. Belakang seluarnya ditepuk berulang kali. Saat kaki melangkah menuruni anak tangga hall, susuk tubuh yang melintas memaku pandang.
“Bad!”
Dia hilang dicelah-celah pelajar yang berpusu keluar…
“How your trial?”
“Ok.”
“Wanna take a break before your real coming?”
Kepala dipanggung dari mee goreng dipingan. “I’m ok Pa. Pergi dulu…”
Langkah Bad yang mula menghilang di balik pintu dipandang lama.
“Dato?”
Mak Siah dipandang. “Ya?”
“Dah pukul lapan…”
“Oh. Ya….” Mukanya diraup.
“Hai…”
Dini panggung kepala. Susuk tegap didepannya dipandang pelik. Seketika anak matanya jatuh pada pandangan susuk tegap itu. ‘Bad?’
“Bad…”
Kepala kembali menala ke raut susuk tegap yang masih tak berganjak dari posisinya.
“She’s mute.”
Dini dipandang bingung.
Jari telunjuk tepat ditelinga Bad yang masih tak berganjak dengan buku animenya.
“Ouh!”’
Kepala diangguk.
“Erm…boleh tolong..”
“Bad!” Bahu bad dilanggar bahunya.
Kening dijungkit.
Jari telunjuk tepat ke depan.
Mata dibawa tepat ke arah telunjuk Dini.
“Hai!”
Earphone ditelinga ditarik.
“Syad.” Tangan dihulur.
Mata masih lagi tak kalih pandang.
“Jus shoot jer Mr. Syad.” Dini menyampuk dengan mata di dada komik.
“I love you.”
Kepala spontan terangkat. ‘Pergh, mamat ni!’
“Don’t use yourself with that word, if you never know the meant of it. Don’t use to say that word just when your eyes feel it, coz it’s not where its true comes. Don’t ever use that word for tie someone to make as yours, if you don’t have nothing to hold ‘her’...”
Langkah Bad dipandang tak bersuara.
‘Love without feeling is killing. Love without comprehend is losts. Love without soul is lifeless…’ Raut wajah anggun itu terlayar ditubir. Mata dipejam rapat. Tubir yang sekian lama kering, mulai terasa panas…
***********
Pintu bilik kayu coklat diketuk.
“Masuk!”
“Assalamuallaikum…”
“Syad!” Kerusi ditolak ke belakang. Susuk tegap itu selamat dipelukannya.
“Ma…”
“Emm?”
“..my salam…”
Dahi ditepuk. “Waalaikumusalam warahmatuallah hiwabarakatuh…”
Syad geleng kepala. “Ma, makin tua…”
Puan Habsah geleng kepala. “Amboi…”
Bibir tarik sengih peace. Pen yang tersusun elok didalam mug, ditarik.
“Bila sampai? Tak cakap pun…”
“Surprise…” Bibirnya masih tak lepas dari kuntum senyum.
“Dua macam jer Ma tengok…anything?” Keningnya dijungkit tinggi.
Syad ketawa kuat. “Tak hilang, side nujum belalang Mama…”
Kedua-duanya tergelak.
“Cuti berapa lama?”
Pen ditangan dipusing ‘hellspin’
“Tiga bulan.”
“So, nak buat part time ke?”
Puan Habsah yang ralit dengan failnya dipandang. “Nope.”
Kening kanan spontan terjungkit. “Hai, sebelum ni asal balik jer, terus datang menempel dengan Ma. Sekarang dah jemu ke?”
Bibir tarik sengih. “Papa book me, this time…”
Poket seluar diseluk. Alarm ditangan ditekan. Tangan yang menarik pemegang kereta terkaku. Susuk yang melintas dipandang tak lepas.
“Assalamuallaikum cikgu!”
Nafas ditarik. “Waalaikumusalam…” Bibir tarik senyum.
“Cikgu cuti ke?”
Kepala diangguk.
“Ouh…cikgu mengajar subjek apa pulak kali ni?”
“Saya tak mengajar.”
“Kenapa?”
Bekas anak muridnya yang petah bersuara menggamit senyum di bibir…
Susuk tubuh yang ralit dengan buku ditangannya dipandang jauh. Nafas ditarik perlahan, sebelum kaki mula menyusun langkah.
“Hai…”
Gadis berambut ikal mayang disapa.
Senyap tak bereaksi.
“Bad…” Masih mencuba.
“She’s mute.”
Pandangan dikalih pada gadis bertudung disebelah Bad. Gadis bertudung itu dipandang bingung.
Jari telunjuk tepat ditelinga Bad yang masih tak berganjak dengan buku animenya.
“Ouh!”’
Gadis bertudung itu mengangguk.
“Erm…boleh tolong..”
“Bad!”
Jari telunjuk tepat ke depan.
“Hai!”
Earphone ditelinga ditarik.
“Syad.” Tangan dihulur.
Mata masih lagi tak kalih pandang.
“Jus shoot jer Mr. Syad.” Dini menyampuk dengan mata di dada komik.
“I love you.”
“Don’t use yourself with that word, if you never know the meant of it. Don’t use to say that word just when your eyes feel it, coz it’s not where its true comes. Don’t ever use that word for tie someone to make as yours, if you don’t have nothing to hold ‘her’...”
Tubuhnya terasa kaku saat ini. Ulas bicara si gadis berambut ikal mayang itu, bagai salji yang menghujan terus ke kepalanya
–nk
–nk
Comments
Post a Comment