Hakikat Masa
Perkara yang paling dikesali ialah,
ketika matahari terbenam ajal semakin mengurang...
tetapi amalan pula tidak bertambah...
Kelapangan waktu di celah kesibukan
adalah antara nikmat yg besar.
Apabila seorang hamba mengkufuri nikmat ini
dgn membuka pintu hawa nafsu dijiwanya
dan terheret dgn tarikan syahwat.
Allah s.w.t akan menganggu nikmat hatinya,
dan menarik semula anugerah kejernihan hati
yg terdapat pd diri orang itu...
Bukankah kelebihan al-Qur'an kerana
ia adalah kalam Allah s.w.t yg tidak luntur
keelokannya dan tidak punah walau,
sekian lama zaman berlalu...?
Bukankah kelebihan ka'bah kerana ia
"Baitul Atiq" yg dihadiri oleh para
jemaah haji sejak berkurun-kurun lamanya...?
"...menjadi tradisi manusia utk melakukan upacara
keagamaan dan mengikut sesuatu yg Allah s.w.t tidak
izinkan kita melakukannya (seperti menyalakan lilin mengikut
bilangan umur, kemudian dipadamkan dgn gerakan yg
menarik perhatian ramai, lalu saling mengucap
tahniah dan menghulurkan hadiah sempena
hari lahir...)"
Adalah lebih baik seorang insan yg berakal
memuhasabah dirinya, setalah setahun umurnya berlalu,
menyesali diri sendiri lantaran apa yg "runtuh"
dari "binaan" umurnya dan apa yg gugur dr lembaran hidupnya.
setiap hari yg berlalu adalah dedaunan drpd pohon
kehidupan yg layu dan gugur. -Hassan al-Basri-
tetapi ia mempunyai nilai yg amat berharga,
jika dilihat pd usia yg mengandungi daya
vitalitas yg tinggi, keazaman memberangsangkan
dan ia berada di antara dua peringkat lemah (lemah
kerana terlalu kecil dan lemah kerana terlalu tua.)
Sekalipun panjang usia seseorang hidup di dunia ini,
ia sebenarnya pendek, selagi mana mati adalah kesudahan
bagi setiap yang hidup.
Perkara yg tidak penting,
tidak didahulukan daripada yg penting.
Perkara yg kurang penting tidak didahulukan,
berbanding perkara yg lebih penting.
Perkara yg telah ditetapkan pd waktu yg lain,
tidak seharusnya didahulukan drpd waktu yg telah
ditetapkan pd yg terlebih awal.
Apa yg dituntut supaya dilaksanakan dengan segera
wajiblah disegerakan dan dilewatkan suatu
yang perlu dilewatkan. Suatu yg telah ditentukan masanya,
mestilah dilaksanakan pada waktunya.
-Dan untuk Allah s.w.t dari ku
terdapat satu bahagian yg tidak ku buangkan,
dan untuk hiburan dari ku
dan kerehatan terdapat satu bahagian.-
Comments
Post a Comment