...i'M not a stOry tEller...i'm jUst a storyLean daT's full wIth raMble...
Bab8
Tetiba fonsel Ad mengeluarkan vibrate, incoming call from Ba’im. Skrin fonselnya disentuh, menyambung panggilan. Seusai menjawab panggilan, tangannya terus mencapai segala peralatannya yang berselerak diatas meja, disumbat terus ke dalam duffel bagnya. Lappy diatas meja di ‘off’kan dan dimasukkan ke dalam tote bag.
“I’m off” laju Ad melangkah keluar dari kafe.
“Adioss…” serentak Fia dan Mia respon. Pa’an masih kekal diposisi santainya, matanya dihalakan ke sekeliling kafe.
Lima minit kemudian…
Makanan yang disorder, dah terbentang depan mata. Fia garu kepala, ditolehnya kearah Mia disebelah. “Saper nak makan yang Ad punyer ni ?” Pa’an pandang muka budak berdua yang dah crinkle seribu like opahnya dikampung. Seketika kemudian pandangannya jatuh ke pinggan nasi yang tengah berasap, tidak bertuan itu. Otak dah dapat tafsir punca kemunculan crinkle si Fia dan Mia. Spontan tanganya mencapai pinggan nasi yang tak bertuan itu, nasi goreng kampong kepunyaan Ad disuap laju ke mulutnya dengan penuh tawaduk.
Mulut Fia dah terlopong bagai tenuk. Mia just jungkit bahu. Masing-masing mula menikmati makanan mereka.
“Wei Ad ! Tadi pe kes ko terus blah jer ? Bengang dengan budak Pa’an tu eh ?” Dek rasa curious melampau, Mia terus serbu Ad sejurus salamnya.
Ad panggung kepala. Sengih ditarik malas. Jejari tangannya diletupkan satu persatu. Pangkal hidungnya ditekan dengan jari telunjuk. “Ba’im call.”
“Oww…” Mia angguk geleng-geleng. Faham sesangat dah bila nama si Ba’im timbul.
“Korang punyer projek tak settle lagi ke ? Bukan ke tarikh seminar tu dah dekat ?”
“Dah. Cam biasa la, tak kan ko tak kenal lagi karakter manusia yang bernama Ba’im tu… ‘Everything must be perfect !” wallaweyh, sungguh la tak leh blah !
Ad menekan pangkal hidungnya, sungguh la rasa penat tahap kutub ais ! ‘Semua benda nak perfect…kalau setakat cakap memang boleh jer, kanak-kanak ribena pun reti. Bila time part kerja semua pakat bagi excuse…busy assignment la, ada test la, mid term esok la… ‘Ek enaa ! Dah tu aku ni hape ? Tukang cuci yang buat part time handle projek seminar ? Sungguh la buang karan tahap katak.’ Kepalanya digeleng tiga pusingan. ‘Ad ! Ad ! Speak out of thinking betul ! Haru-‘
“Kesian ko !” Mia tayang muka penuh simpati.
“Tapi kan…yang ko follow jer mamat ‘perfect’ tu pe kes ? Kalau aku la, buat jer dunno.” Mia keluarkan idea bernasnya.
Ad muka kosong. Bukan penting untuk diulas dengan terperinci. ‘Kalau pun nak lepas everything kat Mia saat ni boleh jer. But, boleh settle ke ? Rasanya sama jer, still tak kan luak pun…bukannyer si budak Damia ni boleh abort dia punyer nama kat paper work tu pun, bukannya si Damia yang kena demerit, bukannya si Damia yang kena mengadap Prof Razak nak kena bersoal jawab ala-ala pop kuiz…’
“Eh…time ko blah tadi kan, kitorang ingatkan si Pa’an tu dah cuak or paling tidak pun gigil…alih-alih dia tayang muka ‘ais’nya sebijik cam versi ko ! Dah tu kan, selamba badak jer dia rembat ko punyer nasi goreng kampung, nak tercabut rahang aku ngan Fia time tu ! Seselamba katak betuii. Seb baek la beliau handsome !” Mia mengelip-ngelipkan alis matanya.
‘Dan-dan jer kutuk aku ! Dah tu suka suki jer kaitkan aku dengan si ‘PAN’ yang chill giler tu.’ Ad mutter senafas.
“Nama…nya lagi ‘PAN’ ! So no wonder la he act like that…”
Damia bantai gelak versi punch bantal. “Ko memang la Ad… Dashyat ekk bila sekali dah bukak mulut…”
“Yeahh, you’re telling me…” Ad gaya sarkastik. Earphone di bahu kirinya ditarik terus disumbat ke telinganya.
Mia masih dalam mode gelak. ‘Kalau la si Fia ada ni, sure boleh bantai gelak versi ‘duo’, kasi Ad punyer temper hot sikit ! Agak-agak ada chan tak nak nengok si Ad bertukar jadik hulk ?’ Otak Mia dah start ramble. Kakinya dihala ke almari, t-shirt dan towel dicapai dan kaki terus melangkah ke toilet.
Seusai solat Maghrib, Mia terus mencapai fonselnya di atas meja study. Tangan laju menekan keypad-keypad fonselnya.
“Beep !” fonsel Mia mengeluarkan bunyi. Spontan Mia tarik sengih sejurus membaca text yang diterimanya. Adriyana yang sedang melipat sejadah dipandang sekilas.
“Ad kafe jom !”
“Biler ?”
“Sat gi la…ko kan tak makan dari tengah hari tadi…”
“Aku dah makan dengan Syuk petang tadi. Kite pi dalam pukul 11 ?” tenggelam timbul suara si Ad dek tenggelam dalam baju messynya.
Mia toleh pandang Ad. ‘Lerr…patut la sayup jer aku dengar ! Rupanyer dah tenggelam dalam baju busuk dia yang dah gaya mengalahkan sampah kat tempat pelupusan.’
“Okey la cam tu. Nanti ko kejut aku eh, aku nak landing sat.” Mia meloncat naik ke atas katilnya.
Ad masih lagi busy dengan baju-bajunya. Suara Nickelback menjeritkan bait-bait lirik ‘rockstar’, paras maksimum ditelinganya menenggelamkan terus suara si Damia.
“Bagi kuey teow kung fu dua bungkus yer, tak nak pedas sangat” Mia sengih cute kat tauke kafe.
“Dah ?”
“Yup ! jom carik park.”
Streeeettt….Mia menekan brek kecemasannya. Ad yang tidak menyedarinya spontan melanggar belakang badan si Mia. Ad menggosok lembut dahinya yang terhantuk kat kepala Mia. Kepalanya didongak mencari punca yang menyebabkan kemalangan itu.
Kosong.
‘Kena sampukkah ini budak ?’ Hatinya menembak rawak manakala mata spontan melirik jam ditangan.
“Ad…ko nampak tak apa yang aku nampak sekarang ?” soal Mia ala-ala berbisik.
“Orang tengah take turn buat order ?”
Mia tepuk dahi. ‘Ada pulak yang tu…sabar je la aku ngan minah sorang ni !’
“Bukan la ! kat meja depan, selang dua dari kita tuuu…” Mia menjuihkan mulutnya ke arah tempat yang dimaksudkannya.
Ad tala kepala ke arah meja yang ditunjukkan Mia. ‘Orang tengah makan jer pun, benda yang peliknya ? Tak paham betui aku dengan dak ‘ketot’ ni. Haillooh…’
“Kenapa dengan diorang ? Ko kenal ke ? Uiks ko tak rasa lenguh kaki ke ? Kaki aku dah rasa ala-ala nak cramp ni. Jom pi carik park. Sat gi aku pengsan kat sini ko gak yang melalak karang…”
Mia toleh pandang Adriyana dengan kebengangan tahap 150 darjah celcius. “Kenapa dengan diorang ? Helooo…ko sengal ke hape ! Tak kan ko tak kenal salah sorang mamat kat dalam group tu ?”
“Aku tak pakai ‘spec’ la dowhh ! Ada gak yang aku luku ni…”
Mia toleh pandang Ad sekali lagi. Dia gelak tekan perut. Patut la minah ni relax tahap ais cold ! Payah benor kalau dah spesis myopic ni. Ni lah puncanya kalau tiap-tiap hari kerjanya mengadap komik jer.
Adriyana menapak ke meja kosong tanpa mempedulikan kesengalan Mia yang masih lagi terpacak kat tengah-tengah kafe. Sangatlah pelik plus memelikkan pandangan !
“Apesal ko tinggalkan aku sensorang kat tengah-tengah kafe tu ?” megah Mia akibat berlari.
“Dah aku tengok ko syok jer dok mengusya anak teruna orang. Saje aku bagi ‘chan’ kat ko tengok puas-puas. Sat gi mengiau-giau kempunan lak dalam mimpi…”
“Ha…ha…ha… ” Mia buat-buat gelak, mengcover kekantoiannya dengan si Ad. ‘Tau-tau jer terbawa sampai ke dalam mimpi !’
“Ko ni memang sengal plus senget ! Alaaa…yang aku usya tu pun bukannya nobody…bakal musuh ko gak.” mia sengih peace kat Ad.
“Uh-eh ?”
“Tu je respon ko ?”
Ad jungkit bahu. Malas nak melayan Mia. Kalau dia dah start sengih sumbing sebegitu, ada la benda sengal yang dia nak or bakal or tengah pikiaq nak buat…
‘Tak leh blah tul la si Ad ni ! Tak meriah tul ! Paling kurang pun buat-buat la excited skit…sabaq je la den !’ ngomel Mia.
“Ye la…aku bagitau ! Susah la spesis betul galah cam ko ni. Mamat yang aku dok usya tu si PAN la ! Budak yang very the kerek tadi…” Mia buat muka.
“Pe kes lak ko samakan aku dengan cik galah tu ? Mandat besar eh ?” Ad jegil mata kat Mia. ‘Karang kecik lak hati cik galah tu ko memperkotak-katikan nama beliau…’
“Adriyana !”
Ad angkat punggung, kaki terus ditala ke kaunter pembayaran. Note sepuluh ringgit dihulur. Terkedek-kedek Mia mengejar Ad, mulut terkumat-kamit membebelkan si Ad.
Comments
Post a Comment