Mujahadah Wanita-Antara Kemuliaan dan Kepalsuan duniawi.
Part 1
Dalam keheningan pagi, dikala embun masih lagi menitis membasahi muka bumi yang gersang, disudut kamar yang suram yang hanya diterangi cahaya rembang pagi, Nur Rabiatul Adawiyah berteleku di tikar sejadahnya. Persoalan yang sesak dibenaknya sejak seminggu kebelakangan ni benar-benar membuatkannya buntu. Segala pekerjaan yang dilakukankannya seakan kosong tanpa perasa.
‘Apakah memang benar lelaki sekarang tidak boleh diharap? Atau wanita sendiri yang tidak tahu fungsi sebenar mereka? Apakah gejala-gejala sosial itu hanya diomong sebagai petanda kiamat semata-mata? Tak perlukah puncanya diteliti, tak perlukah kerosakan itu ditampung? Hanya cukup sekadar mengetahui hakikat itu adalah salah satu petanda kecil kiamat? Mengapa perlu mengalah, andai kaki belum pun melangkah setapak ke medan jihad…
Kata-kata Abraham Lincoln tiba-tiba menerpa dibenak. ‘Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk Negara. Ya, mungkin benar kata-kata beliau. Masalah sosial ini tak kan selesai waima berjuta jari menunding ke arah pemimpin dengan pelbagai hentaman… Yang hanyut akan tetap hanyut dibawa arus. Yang teroleng, masih lagi terkapai-kapai mencari arah…’
*********
Matahari yang mula mengintai disebalik awan diperhatikannya ralit. ‘Subahanallah…cantiknya ciptaan-Mu Ya Allah s.w.t…’ Kaki yang lesu diheret perlahan menyusuri gigian pantai. Dalam kepayahan mengawal emosi, air matanya tumpah lagi buat kesekian kalinya. Tubuhnya yang telah kehilangan jasad rebah tersungkur ke bumi…tak lagi mampu meneruskan langkah kaki yang kian sumbang.
‘Ya Allah, maafkan aku. Sungguh aku tak kuat dengan ujian-Mu ini. Dimana harus aku cari kekuatan, andai bukan dari-Mu… Bagaimana harus aku bangkit tanpa pertolongan-Mu… Hilang kan kesakitan yang mencengkam ini Ya Allah…pasrahkan sekeping hati ini. Balutkan kembali luka-luka yang tercalar. Jangan biarkan hati ini berpaling dari-Mu Ya Allah…sesunggguhnya aku tak mampu menghadapi, andai detik itu benar-benar terjadi…
Aku jahil dalam mendalami Qalam-Mu. Cetek tentang ma’rifat-Mu. Tak juga punya jaminan untuk meraih syurga-Mu Ya Allah. Ku mohon Ya Allah jangan Kau matikan aku dalam kekufuran…aku pinta Ya Allah…hanya Engkau yang Aku ada, hidup dan mati Ku semata-mata demi-Mu Ya Allah…
Ya Allah…tidak ku terdaya lagi menahan dugaan ini. Bantu aku redha akan ujian-Mu ini Ya Allah. Aku takut, aku lemah, aku lelah…Serasa telah ku temui noktah dalam kehidupanku. Hati kuat untuk mengakhiri segala yang telah terjadi, jiwa sekan mati menyerah kalah tanpa secebis mujahadah. Ya Allah, tiada kata yang mampu aku lafazkan… Aku mengharapakan sejalur kekuatan dan kasih sayang dari-Mu untuk aku pulihkan jiwaku yang segersang padang pasir ini…’
“Ya Allah Adawiyah! Kenapa ni? Ko ok tak?” Dalam tak sedar air matanya turut jatuh dari kelopak membasahi pipinya. Adawiyah yang terduduk di pasiran pantai dipeluknya erat.
‘Walaupun aku tak mampu menjadi seperti pemadam yang bisa memadamkan kesakitan dan kepedihanmu…izinkan aku menjadi pensel warna, agar dapat aku mewarnai kehidupan mendatangmu sahabatku, Nur Rabiatul Adawiyah…’
“Aku takut Mai…Aku takut aku tak kuat dengan ujian ini. Aku takut hati ini berpaling dari-Nya. Aku takut andainya jiwa ini hilang rindu pada-Nya. Aku takut saat nyawa aku diambil…aku pergi dalam kekufuran…” Maisara dipeluknya kuat.
“Kita sama-sama doa mintak dijauhkan. Selagi Allah s.w.t panjangkan umur aku, aku akan sentiasa ada disisi ko. Saat ko leka, aku akan kejutkan. Saat ko jatuh, aku akan tiupkan semangat. Saat ko tak berdaya, akan aku genggam erat tanganmu…”
Tubuh Maisara dipeluknya erat. “Terima kasih sahabat…kerana tak membuang aku saat aku dipenuhi dengan kotoran…”
Maisara pantas menggelengkan kepalanya. “…syuhh…aku tak nak ko cakap cam tu lagi. Ko tak pernah bersalah! Biar beribu orang datang mengatakan yang ko hina…selagi iman berpaksi didada aku, demi Allah s.w.t ko lah insan yang paling suci…”
Dalam kepayahan, Adawiyah mengukirkan senyuman. “Aku tak pernah kisah dengan pandangan orang…tak kan pernah termampu aku untuk menutup mulut mereka walaupun aku hidup untuk seribu tahun lagi. Aku cuma takut perhubungan aku dengan-Nya…bimbang hati ini goyah dipertengahan jalan…bimbang jiwa ini terheret dengan pautan nafsu yang kuat mencengkam… Andai itu terjadi, hidup aku sudah tiada erti… Jika redha dan cinta-Nya tak mampu aku gapai…apalah ertinya aku hidup sebagai hamba-Nya…”
Raut wajah Adawiyah yang basah dengan air mata direnungi Maisara. ‘Ya Allah, begitu hebatnya Engkau menduganya. Namun sebutir sesalan tak pernah termuntah dibibirnya. Subahanallah… Ya Allah, Engkau kuatkanlah imannya untuk dia menempuhi liku-liku kehidupan yang mendatang…’
Perlahan Adawiyah dipimpin menuju ke rumah usangnya.
*********
“Mak…tolonglah jangan ungkit pasal tu…”
“Dah. Kamu nak Mak buat apa? Mana Mak nak letak muka ni? Orang kampung dah bising tuduh mak bela anak haram! Harapkan pakaian yang sopan, tapi bawa benih haram…”
Nafasnya ditarik. Maisara beristighfar dalam hati. “Mak…dah berapa kali Mai cakap. Tu bukan anak haram. Adawiyah mangsa rogol!”
“Mak tak peduli! Mak nak kamu cakap dengan dia, suruh dia keluar dari rumah ni! makin hari makin sesak Mak dengan mulut-mulut orang kampung ni!”
“Mak….”
“Keputusan Mak muktamad!” Mak Lijah meninggalkan Maisara yang terduduk dikerusi dapur.
Disebalik tirai pemisah ruangan dapur, air mata Adawiyah mengalir laju membasahi pipinya. Air mata yang tidak henti mengalir cuba dihentikan. Hati mengalunkan zikir, memuji kebesaran-Nya.
***************
Selesai membersihkan muka dari sisa air matanya, perlahan dia mengatur langkah ke dapur.
“Mai…nak masak pe?” sebuah senyuman terhias disudut bibirnya.
Maisara terkedu. Air mata dipipi segera disekanya. Bibirnya pantas mengukir senyuman. “Err…ko nak makan pe?”
“Aku tak kisah la… Kita masak sekali?” matanya kelihatan bersinar, penuh mengharap.
Melihatkan Maisara yang terpaku, menyebabkan dahinya berkerut.
“Mai…” perlahan bahu sahabatnya disentuh lembut.
“Haa?”
“Aku tanya boleh tak kita masak sama-sama?”
“Ouh! Boleh!”
Melihatkan raut wajah Adawiyah yang penuh bercahaya, serasa air matanya tegar untuk tumpah buat ke sekian kalinya. Nafasnya ditarik perlahan mencari sedikit kekuatan.
**********
“Mai…” tangan Maisara ditariknya lembut, menghentikan langkah sahabatnya itu.
Maisara mengerutkan keningnya. Adawiyah dipandang dari atas ke bawah berulang kali. “Cantik ni nak ke mana? Pantai?”
Hanya senyuman manis terukir dibibir sahabatnya.
“Jom!”
Angin lembut yang menyapa, memberikan ketenangan pada setiap yang merasa. Adawiyah yang tersenyum ceria ralit diperhatikannya.
“Siti Maisara Fauzan…”
Dengan dahi yang berkerut, dia menjungkitkan keningnya ke arah Adawiyah.
Kedengaran tawa kecil terlepas dari bibir Adawiyah diikuti kepalanya yang tergeleng ke kiri, ke kanan. Seketika tangan Maisara dicapainya. Senyuman masih tidak lekang dari ulas bibirnya.
“Terima kasih untuk everything… Siti Maisara Fauzan adalah sahabat Adawiyah dunia dan akhirat…”
Maisara tersenyum, meski otaknya dipenuhi persoalan yang menerjah.
“Ko janji bila aku dah pergi, ko tak kan nangis.”
“…ko nak pergi mana?”
Adawiyah masih lagi tersenyum. “Dah sampai masanya aku mencari diri aku yang hilang…”
“Means?”
“Tak de pepe…”
“Wiyah please…kau nak pergi mana? Kenapa tiba-tiba? Kau tau aku sayangkan kau kan…”
“Mai…aku pergi bukan sebab dah tak sayangkan kau la dear!” sengihan mengusik dihadiahkan buat sahabatnya.
“Ishk!”
“…aku perlu hijrahkan diri aku. Aku perlu gali balik kekuatan yang dah terkambus. Aku perlu hadapi realiti.” Mulut Maisara yang ingin memotong katanya dihalang jemarinya. “Aku bukan berniat membelakangi ko. Cuma dah sampai masanya aku bangkit dari rasa takut yang mencengkam jiwa. Aku sangat menghargai pertolongan dan jasa ko kat aku selama ni…mungkin tak termampu untuk aku balas balik…”
Lama mereka saling bertatapan.
“Maisara…redhakanlah pemergiaan aku. Doa kan aku kuat untuk menempuh perjalanan yang masih kelam… Aku tak boleh hanya memandang ke bawah semata-mata untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah . Kerana dengan menetapkan pandangan ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang mampu membuatkan aku menemui jalan sebenar. Kisah silam bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Andai aku hanya bersembunyi dibalik bayang-bayang, dan berharap kisah hidup aku kembali di terangi mentari…aku hanyalah ibarat Mat Jenin. Tak perlu untuk aku sesali apa yang dah terjadi, dan tidak pula untuk tangisi apa yang dah berlaku. Tapi dah tiba masanya aku bangkit dan bina kembali apa yang telah hilang, kerana ini adalah takdir hidup Nur Rabiatul Adawiyah Razman…”
Seusai berkata-kata. Tubuh Adawiyah kejap didalam pelukan Maisara. “Wiyah…kau sentiasa dalam doaku… Pergilah wahai sahabat. Bangkitlah dari kedukaan yang hadir…buktikan pada dirimu yang kau tegar untuk menghadapi ujian-Nya! Jangan pernah menyerah kalah, waima nyawamu menjadi korban! ‘Sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” (Surah An Nahl:110)
“Thanks Mai…moga ukhuwah kita dapat mempertemukan kita kembali. InsyaAllah…”
“InsyaAllah. Jaga diri. Kalau ko nak mintak tolong, just call jer aku…”
Adawiyah menganggukkan kepalanya. Raut wajah sahabatnya direnungi buat terakhir kalinya. Bekalan buatnya, biar terpahat kukuh dihatinya…
“Mai…Kirim salam kat Mak Lijah dan adik-adik ko. Thanks sudi tumpangkan aku. Aku pergi dulu…”
Maisara yang dah basah dengan air mata dipeluknya. “Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam…” berat nafasnya, seberat matanya melepaskan pemergiaan Adawiyah.
Esakan Maisara merentap jantungnya….namun langkah tetap diteruskan, tak lagi menoleh ke belakang. ‘Maafkan aku wahai sahabat…’ Air mata yang mengalir dipipi dibiarkan…tak mampu diseka, tak juga mampu dihentikan…
‘Wahai hati…
Berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah s.w.t semta-mata,
Walaupun hidup ini tak selalu bahagia…
Sedekahkanlah satu senyuman,
Walau dihatimu tak mampu lagi bertahan…
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka…
Hiduplah dalam iman,
Walau hidup dipenuhi godaan…
Berpeganglah kepada Allah s.w.t,
Walau Dia tak kelihatan…bukti kasih-Nya, kita wujud didunia pinjaman ini…
Wahai hati…
Menangislah penuh pengharapan kepada Ilahi…
Pasti kan kau temui jalannya nanti…
Wahai hati…
Usahlah bersedih lagi,
Carilah redha-Nya,
Sematkan disudut hati…
Moga kasihnya menyinari hari-hari yang menanti…’
****************
Hampir tiga jam dia termangu dipondok menunggu di sebuah daerah yang asing, dirinya disapa.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam…”
“Adik ok? Mak cik tengok dari tadi lagi adik kat sini. Adik ada masalah ke?”
Mak cik yang bertubuh agak berisi, bertudung biru dihadapannya dipandang bingung.
“Adik…?”
Dalam kebingungan senyuman ditarik pinggir bibir. “Err…saya baru sampai. Dan tak tahu nak pergi mana…”
“Hari pun dah nak senja ni. Bahaya anak gadis duduk sorang-sorang. Jom la ikut mak cik balik rumah. Nanti boleh la kita fikirkan masalah adik…”
Dalam ragu-ragu, kakinya mengekori langkah mak cik yang bertudung biru itu. ‘Ya Allah s.w.t…aku berserah pada-Mu.’
Comments
Post a Comment