Katakan Yang Benar
Idea| Dari Langit
“Katakan yang BENAR walau dalam kebenaran itu ada kepahitannya.”
Tidak adil bagi seorang ayah memaksa
anaknya bersolat lima waktu jika solatnya sendiri masih belum cukup. Itulah
kiasan yang menjadi kunci yang perlu dipegang oleh para penyebar agama ALLAH
swt; sentiasa berkata apa yang dibuatnya.
Sekiranya setiap umat Islam tidak
mengambil berat dengan ibadah diri sendiri, sekadar menyebarkan dakwah siang
dan malam, akhirnya agama itu akan jatuh.
“Orang orang yang tidak pernah langsung beribadat malam, tidak
layak untuk bercakap dakwah.”
[Tuan
Guru Syeikh Ibrahim]
Penulis bukan bertujuan menyekat
usaha dakwah, malah amat berterima kasih kepada seluruh umat Islam di seluruh
dunia yang sentiasa berdakwah ke arah agama ALLAH swt dengan cara masing masing.
Namun, bekalan pada diri sendiri juga perlu kita siapkan.
Rasulullah SAW sendiri sewaktu ingin
menghantar Muaz bin Jabal untuk mengajar di Yaman, baginda menyoal selidik
tentang latar belakang ilmu Muaz bin Jabal terlebih dahulu.
“…dan di antara manusia ada yang membantah tentang
(keesaan) ALLAH tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang
memberi penerangan.”
[31:20]
Formula utama kejayaan dakwah
Rasullullah SAW; pertama, pendidikan ilmu secara langsung yang diperoleh dari
ALLAH swt melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kedua sifat serta peribadi
baginda itu sendiri yang amat mulia. Apa yang baginda perintahkan, baginda juga
lakukan. Apa yang baginda larang, baginda sendiri tidak lakukan.
Hari ini, orang bukan Islam makin
jauh dengan Islam adalah kerana sifat kita yang banyak memperkatakan Islam,
tetapi amat sedikit sekali menghidupkannya. Orang lebih mengenali Islam melalui
nama yang ada pada kita, bukan amalan kita. Orang mengenali sesebuah pertubuhan
Islam kerana nama Islamnya, bukan aktiviti yang direncanakannya. Orang
mengenali Negara Islam kerana ia tertulis di perlembagaannya, bukan kerana
penghayatannya.
Kerana itu Nabi bersabda;
“Daripada
Ali bin Abi Talbi r.a berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Sudah hampir
sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya
namanya dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.
Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama
mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada dibawah kolong (naungan) langit.
Dari mereka, berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.
[Hadis
Riwayat Baihaqi]
Statistik menunjukkan rata rata orang
bukan Islam yang memeluk Islam di seluruh dunia pada hari ini adalah kerana
membaca al-Quran terjemahan, terdengar azan, perkahwinan dsbgnya. Yang
menyedihkan, tidak ramai di antara mereka yang berlapang dada tertarik hati
memeluk Islam kerana terpesona dengan akhlak dan budaya ilmu umat Islam itu
sendiri. Seorang profesor dari barat yang baru memeluk Islam menegaskan, andai orang bukan Islam menyandarkan Islam
itu kepada tabiat serta akhlak orang Islam kini, pasti mereka tidak akan
memeluk Islam.
Ayuh tambahkan ilmu didada,
tingkatkan amalan dijiwa, supaya kelak kita tidak dipersendakan, agama kita
tidak dipandang sebelah mata. Teruskan tradisi dakwah, tingkatkan prestasi
ukhuwah, mantapkan saf atas dan bawah, insyaAllah Islam tidak akan kalah.
Petikan dari:
Khutbah Terakhir Rasulullah
Ibnu Rijal
************
Menyampai
Dalam
kata kata
Hatta
sekadar coretan tulisan
Tak
semudah saat jejari berlari di dada keyboard
Dan
tak semudah lantuan suara yang bergema
Menulis
Tak
semudah apa yang akal fahami
Tak
semudah kehendak hati yang mengingini
Kerana
menyampai tanpa laku yang mengikuti
Bagaikan
pohon yang ditanam namun tak dibaja
Perlahan
kan mati
Lalu
menyembah ke bumi
Pada
bait ayat ayat yang bersimpul
Menjadi
susunan yang cantik
Aku
di uji
Dengan
kepahitan disebaliknya
Saat
DIA menginginkan aku memahami
Aku
terhenyak pada baris kata yang aku tulis
Kala
DIA bentangkan rangkaian kata yang aku simpul
Di
hari yang aku lalui
Aku
tersungkur rebah menangis sendiri
Memaksa
aku membawa kaki ke daerah sunyi
Mencari
secangkir harga diri
Agar
aku tak lagi menjadi si pencuri
Menulis
tanpa aku sendiri melakukannya..
Dan
sungguh
Khilaf
itu bagaikan Rahmat
Dari
DIA Yang Maha Memberi
Kerana
disebaliknya
Terkandung
Cinta Tulus Illahi
Terima
kasih Tuhan
Mendewasakan
aku dalam pahitnya rencah kehidupan
Kala
disebalik kepahitan itu
Aku
dapat menghirup nikmat kemanisannya
Dan
kerana Kasih dan Cinta MU
Yang
menjadikan aku teguh berdiri saat ini..
Terima
kasih Tuhan ku.
–nk
–nk
Comments
Post a Comment