A Phrase
Kehidupan
itu bukanlah saat umur dah menginjak senja.
Kehidupan
itu;
Saat kelat yang terasa tak mampu ditelan
untuk dihadam
Saat air mata tak lagi terzahir melukis
rasa sang hati
Saat kaki sesat tak tau arah mana yang
harus ditempuh
Saat hati terlalu rapuh untuk terus
berdenyut
Namun yang bernama hati terus meyakini
janji Allah itu pasti.
xxxxxx
Senja kali ni terlalu suram untuk menghadirkan senyum.
Sepatu ditangan disarung ke kaki. ‘Mampukah aku teruskan
larian ini Ya Tuhan..’ Deru ombak meniup selendang dikepala.
Gadis
itu
Matanya
yang basah kian kelam
Disapu
jejari pantas
Agar tiada mata lain yang memandang
Dan
sebak dikamar hatinya
Mungkinkah
terseka..?
Dan sesungguhnya hidup tetap berjalan..
……………
Bakul yang sarat dengan isinya dicapai. Tubuh yang bagai tak
mampu terimbang, membuatkan refleks tangan melepaskan beban yang digalas.
‘Allah...’ Telapak tangan yang pucat tak berdarah ditatap dengan air mata yang
tumpah. ‘Kuatlah hati..’ Mata terpejam rapat. “Ku tahu Kau bersamaku..”
“Boleh tolong?” Si manis yang khusyuk dengan buku tebalnya
disapa.
Kening diangkat tinggi. “Yes mem?”
Bibir tarik sengih tiga kupang. “Tolong angkat bakul tu pi
letak kat ampaian?”
Kerusi ditolak ke belakang. Dahi berkerut tiga lapis. Muka si
kakak ditenung pelik. ‘Bukan kak Qis ni sepsis the hulk ke..takat sebakul kain
tu dah biasa angkat sensorang..’ “Tak sihat?”
Tubuh disandar ke dinding, memberi laluan pada si adik. “Eh,
sihat. Tangan je parkison sikit.” Sengih.
“Eh?” Bakul biru yang penuh dengan kain basuhan dicapai.
“Sungguh.” Kepala diangguk naik-turun. Penuh yakin.
“Done!”
Bakul dah terletak elok di depan ampaian.
“Thanks dear!”
“Tara hal..”
……………
“Tumpang rumah Mak Ita buat sementara ni..”
“Dok dengan tok je lah. Boleh teman tok..”
“Tak usahlah bang, karang susah pulak..”
Senyap.
Keputusan dah dimuktamadkan.
Turun lagi air di pipi. Tak lagi diseka.
‘Kejamkah kehidupan ini Ya Rabb..’
Sesungguhnya dunia itu ibarat penjara bagi orang Mukmin; dan
Syurga bagi orang-orang yang lalai.
……………
“Adik..jangan baling! Pecah pasu mama..”
“Kakak tolong simpan botol ni dalam peti ais boleh?”
“Ok mama!”
“Dik pun nak tolong mama..”
Mata berbicara; takkala mulut bisu. Carik senyum memujuk;
takkala ada rindu yang tak terzahir.
“Kak Qis, jom buat cookies.”
Rengekan si comel mematikan bicara hati. “Ok, jom!” Tangan
kecil yang terasa panas ditapak tangan, pantas menarik jejari menuju ke dapur.
“Alia nak buat cookies pe?” Majalah resepi ditangan dibelek.
Jari telunjuk dibawa ke bawah dagu. “Cokelat?”
Kening terangkat tinggi. “Sure?”
Rambut yang bertocang dua beralun cantik, saat empunya kepala
mengangguk ke bawah-atas.
“Okie. Jom kite buat cookies!”
“Jom!!” Tangan ditepuk gembira.
……………
Asing.
Itu
yang mengajar hati ketawa
Mengukir
senyuman diulas bibir
Membawa
kaki menari ditengah lebatnya hujan
Menyentuh
ke dasar; masih seketul daging itu punya rasa..
Adakalnya
genggaman perlu dilepasakan
Bukan
dek rajuk
Cuma
untuk seukir senyuman
Bersama
melodi tawa
Yang
kian bisu..
Terkadang
Bahagia
itu ada
Di
titis hujan emas
Di
negeri orang..
“Kau ok?”
Susuk tubuh yang mula melabuh disisi dipandang sekilas. “Ok.”
Mata kembali berlari ditengah lautan yang tak diketahui penghujungnya.
“Kau dah lain..” Tubuh Qis yang kian menyusut masih tak lepas
pandang.
Bibir tarik senyum. “Sihat sebelum sakit, besar maknanya.”
Kelopak mata dipejam rapat. Nafas ditarik dan dihela perlahan. “Aku ok..jangan
risau.”
“Qis..kita kenal bukan sehari..”
“..and you know me..” Senyum. “I’m ok.”
Deru ombak memukau mata-mata yang melihat,dan menghadirkan
tawa dan senyum hati-hati yang terusik. Dan disebalik batu bata yang tersusun;
dua hati sedang berbicara bisu bersama renungan mata yang hilang
ditengah-tengah dada lautan.
……………
Berlari ditengah kusutnya keadaan; itu pengecut. Namun ada
ketikanya larian itu mampu menghadirkan senyuman, diulas-ulas bibir yang
tawanya kian lama sumbang.
“Sihat? Macam mana Qis kat sana, ok tak sikit?”
Tubir yang bergenang tak sempat diseka, saat mutiara jernih
laju menodai si pipi. “Aah, Alhamdulillah Qis sihat. Ok kat sini.”
“Lega sikit umi gitu. Makan makanan yang berkhasiat, bagi
tenaga kat badan. Nanti ada pepe bagitau umi. Jaga diri.”
“InsyaAllah. Ok. Assalamuallaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Mutiara jernih berlari laju dipipi. Tak diseka. Tak ditemani
sendu. ‘Umi...’
Langkah mati dimuka pintu. Ada persoalan yang mengetuk. Ada
rasa yang tercubit. ‘Qis..’
……………
Langit pekat tak berbintang. Bulan seakan merajuk; lantas
menyembunyikan diri. Namun aku masih setia di sini. Menanti bintang yang dah
lama tak bersinar indah didada langit..
‘Umi..Qis rindu umi..maafkan Qis..’
“Tuhanku..
Tak mudah untuk ku telan dan hadam caturan takdirMu..
Saat satu persatu insan yang aku sayang direnggut pergi
Namun layakkah aku menghentikan larian kaki
Saat aku sedar aku hanyalah hamba Mu..
Tuhanku..
Dalam kegelapanMu adanya pengharapan..
Dan pada hamparan doa; sungguh aku hanya mengharapkan Mu..
Saat kegelapan masih tak diterangi cahayaMu; sungguh aku
bagaikan pedagang yang hilang arah..
lelah dalam penantian sedang pada baja sabar itu membuahkan
pahala;namun tetap aku berulang kali
rapuh..
Tuhanku..
Pada denyutan nadiMu ini; ada cinta yang mewarnakan aku.
Cinta yang terlalu dalam menyentuh; membawa aku dekat dengan
Mu..
Pada lakaran hitam putih kanvas hidupku; aku mengenal indahnya
warna kesabaran, aku tersenyum dengan indahnya warna air mata, aku terpaku
dengan indahnya warna kesetian, aku tertawa ditengah lebatnya hujan kerana
indahnya warna ujian, aku mengenal indahnya warna taubat disebalik palitan dosa
yang menjadikan aku hina..
Terima kasih Tuhan; menghadiahkan dia untuk melakar kanvas
hidupku..
“Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, seperti kata yang tak
sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin
mencintaimu dengan sederhana, seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan
kepada hujan yang menjadikannya tiada... agar kelak kita tak terhumban dilautan
kecewa, kerana dunia ini hanya persinggahan...dan mati adalah pengakhiraan
hidup...”
Tuhanku..
Ada khilaf yang tak
mampu aku sapu dengan basahnya air mata penyesalanku
Moga tadahan doa di tiap simpuhanku menjadi rahmat buatnya..
Moga dititisan embun kafarahku menjadi penghapus
dosa-dosanya..
Moga di bait-bait puisi suciMu yang aku lagukan menjadi
siraman air mawarnya..
Moga di jejak-jejakku sentiasa membahagiakan dia..
Maafkan aku umi...
KAU haramkan hatta sekadar percikan api neraka buatnya Tuhan..”
……………
“Qis..”
“Kita tak kan pernah kenal kehidupan. Selagi nafas masih lagi
terhela..”
“Aku dah cuba..”
“..dan aku masih terus mencuba..”
Esakan kecil mula kedengaran.
Nafas di hela. “Irma..aku juga masih lagi bertatih pada yang
bernama kehidupan. Dah berulang kali jatuh. Dah berjuta parut. Dan aku jua
masih lagi terus mencuba..cuba untuk tak kalah pada kehidupan..”
“Tapi kau kuat...”
Senyum. “Kuat pada zahir. Itu hanya lakonan yang tak membawa
apa-apa kecuali senyuman insan-insan sekeliling.” Bunga yang mekar cantik
disentuh lembut. “Hidup tak jadi mudah, hanya kerana bicara yang mengatakan
‘hidup tak payah.’ Sesuatu hal tak kan selesai sebelum pokok persoalannya dapat
difahami. Begitulah dengan ujian. Ujian tak kan menjadi PENGAJARAN saat ujian
tak dilalui untuk difahami. Dan ujian itu tetap menjadi ujian tanpa dapat
diambil pelajaran; ibarat mencurah air ke daun keladi. Dan siapa yang harus
disalahkan saat kita jatuh berulang kali; tapi hanya mengguris parut yang sama?”
“Ir..ada banyak perkara yang kita persoalkan; dan kita terlupa
mempersoal HaqNya yang kita langgari. Ada banyak alasan dan sebab yang kita
kemukakan saat ujian yang digalas terasa terbeban benar; dan kita terlupa hal-hal
kecil yang menyempurnakan hari-hari kita adalah Rahmat yang DIA limpahkan,
tanda kasih sang Rabb pada hambaNya..”
“Tak tau..susah..sakit..”Telapak tangan melekap kejap didada.
Jejari halus sang teman dicapai dan digenggam erat.
“Kita tak kan mampu mengecap TENANGnya badai UJIAN; selagimana
kita masih terasa MANISnya berbuat DOSA..”
Anak mata bertemu anak mata. “Maksud kau?”
“DIA selalu ‘tegur’kita. Sayangnya kita selalu menangguh
dengan pelbagai alasan. Membutakan hati kerana ‘asyiknya’ yang menggoda. Lantas terlupa untuk membasuh dengan
sabun taubat. Dan saatnya badai lain menyapa kita mengeluh ‘di mana keadilan’; sedang noda semalam
kita lupakan sebegitu mudah.”
“Adakalanya kita rasa keseorangan mengharungi misterinya
kehidupan; membuatkan asa semakin
menipis, membuatkan kaki sumbang rentaknya, membuatkan hati lemah
merasakan DIA. DIA yang selalu ada. Di tiap jejak yang kita pijak..”
Ada tangis yang kedengaran. Bicara sang hati pada Tuhannya. Mengharap
secebis keampunan. Moga sentiasa berada didalam Rahmat dan PetunjukNYA..
xxxxxxxx
Semalam yang telah menjadi lipatan sejarah; yang membuatkan
aku masih berdiri saat ini. Adakalanya teguh. Adakalanya rapuh. Saat dunia
bukanlah untuk ku huni dan dakap erat ke tubuh. Melainkan sekadar titian
sebelum menuju ke barzakh.
Persoalan yang mengasak; tak menjanjikan ketenangan pada hati
yang kian rapuh.
–nk
Comments
Post a Comment