Kerana Bahagia Itu Adalah Dirimu

Idea| Ibn al-Qayyim



Seorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dengan mu
Seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu
Seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam




Oleh itu
Ambil beratlah tentang dirimu sendiri

Jagalah ia
Pimpinlah ia
Jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya


Jadilah
Ketika engkau bersedih

Tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri
Ketika engkau tewas
Tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri
Kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu..




Janganlah mencari nilai diri mu pada pandangan manusia. Carilah ia dalam jiwa mu sendiri. Bila jiwa itu tenang,  terangkatlah kedudukan. Saat kau mengenal diri mu, selebat mana kata kata yang menghujan mu, tiada satu pun yang mampu membuatkan kaki mu terhenti kerana tiada apa yang boleh memudaratkan mu melainkan dengan izin Allah.




Usah kau tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah. Usah jua kau pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kau pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah.



Yang perlu kau pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah. Kerana saat engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu.


Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hati mu menangis. Sebaliknya, katakanlah:


"Ya Allah! gantikanlah untukku dengan kedua dua kebaikan di dunia dan akhirat.."


Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud
Dan kegembiraan akan datang dengan satu seruan




Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan..




Hiduplah di atas prinsip
Jadilah seorang yang baik
Meskipun engkau tidak dilayan dengan baik
Bukan kerana mereka
Tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik.


-Ibn al-Qayyim-

–nk

Comments

  1. Assalam dazz...apa kaba?
    akk selalu tertanya tentang khabar awak
    Tak dazz..seorang sahabat akn sentiasa mendoakan sahabat dia melebihi dirinya sendiri sebagaimana dia sayangkan dirinya sendiri begitu juga seorang sahabat inginkan.

    Fi amanillah wa ridhallah wa hifzillah
    walau peduli tu dah tiada
    ingatlah ikatan yang pernah terjalin
    jangan kerana gelapnya hari
    segalanya pudar dan hambar
    seolah tiada yang tertinggal untuk dibingkaikan sebuah kenangan.
    tak ingin pun menjadi seorang anonymous
    sedang kita boleh melangkau sebuah persahabatan
    tapi ketentuan tak selalu indah
    percayalah selama bertahun-tahun ini seorang kakak tak pernah melupakan
    walau sukar untuk ditelan
    yang dirimu hilang tanpa pesan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts