Forbearing
Idea: Dari Langit
Dia insan yang menebar pelbagai rasa.
Menjadikan aku mengenal fungsinya kotak fikiran yang harus berfikir; tidak
hanya menerima. Dan aku belajar; menerima. Yang buruk itu datang membawa yang
baik. Sepertimana hujan yang datang, lalu meninggalkan sang pelangi. Dan yang
buruk tidak datang hanya untuk membuatkan kita menangis. Hakikatnya yang buruk
itu datang untuk mengajarkan si baik tentang yang bernama ‘kehidupan’…
Memandang raut wajahnya
Ada sendu yang berlagu disudut hati
Telah kita lalui semusim lebat yang
menghujan
Dan
Kau dan aku
Sama sama kita bersimpuh
Memohon keampunanNya
Pada khilaf dijejak hari
Yang menjadikan kita jauh dariNya
Dan saat ini aku terbisu dalam duduk
Terbata penuh salah
Saat aku hanya mampu memandangmu
Tak lagi mampu mengejari langkahmu
Tuhan
Tiadakah lagi ruang untuk dia
Kembali padaMu
Tuhan
Aku rindu
Larian kaki kami
Dijalan Mu..
Tuhan
Aku lelah menanti dia
Di penghujung jalan ini
Aku bagai penunggu yang setia
Mengharap dia kembali
Menyambung langkah
Yang pernah kami lewati
Tuhan
Adakalanya aku pasrah
Membiar dia dijejak harinya
Dan saat aku rindu
Air mata menitis
Dan kerana dia satunya abang yang aku
miliki
Tuhan
Sering aku tertanya
Bilakah doa kecil ku ini kan menjadi
nyata?
Adakah dia masih punya kesempatan?
Dan diSana
Akankah kami bersatu kembali..
Tuhan
Lelahnya jalanan ini
Membuatkan aku berkali tersungkur
Dan jalanan nya
Tak seindah jalanan ku
Saat dia teruji
Dan lemas masih lagi hanyut
Dan aku
Kerana KasihMu
Masih lagi meneruskan langkah
Mencari hentian yang hakiki
Tuhan
Tika semua memandang dia lucu
Ada detak yang mengguris hati ku
Dan saat semua meletak dia salah
Aku tewas membata rasa
Lantas menjatuhkan Mu salah
Tuhan
Maafkan aku..
Langit
Lihatlah insan ini
Sering rapuh dijejak hari
Merintih di teriknya mentari
Dan kini gagal lagi…
Tuhan
Bukan Engkau yang tidak adil
Hanya jiwa kami yang masih terlalu
kerdil
Dalam menyelam makna takdir Mu
Dalam menghurai erti syukur atas
Nikmat Mu
Untuk menjadi sebenarnya hamba yang
berTuhankan Engkau Allah Yang Satu..
Tuhan
Bukan Engkau tidak Kasih
Hanya kami yang tidak berterima
kasih..
“Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.” [9:111]
“Hambaku bersabarlah, Aku sedang merancang kehidupanmu..”
–nk
Comments
Post a Comment