Mengejar Pelangi




Idea: Dari Langit



Kain yang masih terasa suam suam kuku lembapnya ditebar ke langit sebelum didarat ke tali yang berfungsi sebagai ampaian. Kepala spontan terdongak ke langit. ‘Ni jap lagi ada yang keluar mencurah curah ni..’ Bibir diketap kejap. ‘Dah yang kau buang karang pi sidai sini dah kenapekah wahai Iman oii!’ Kepala geleng tanpa sedar.

Baru lantai dapur dipijak jejak, mata bulat 380 darjah. ‘Omaigod!’ Rasa nak terbalik dengan pandangan indah didepan mata. ‘Nak kena gelak ke nangis nih?’

“Kak oiiii..”

Senyap. Buat buat beku. ‘Panjang benar oii kau ye budak!’

“Nasi dah masak? Lambat arr kau ni kak. Lapar nih.” Kaki dah menghala ke meja makan.

Kepala spontan kalih menghadap manusia yang sangatlah berdaulat. “Hamboii celik celik dengan gigi tak gosok lepas sepahkan dapur yang kakak terchenta kau ni menghabiskan nyawa menyentalnya, sungguh berani kau keluarkan ayat penyata gitu?” Kening diangkat tinggi. ‘Dah habes sabar dah ni..’

Tudung saji yang baru separuh terbuka diletak balik tanpa sempat menjenguk isinya. Si kakak yang bertocang kuda dengan posing tangan dipinggang dipandang. ‘Ni marah betul ni..’ Bibir ditarik sengih. “Sorry…”

“Apa makna sorry tu?” Kening dikerut heran.

Sisi telinga digaru. ‘Kau telan rimau ke kak?’ “Ala sorry lah kakak ku oii. Semalam tak sempat kemas.”

“Sorry nek lori. Bukan semalam je. Tiap tiap malam!”

Sengih. Jari angkat peace. ‘Ya Allah haih payah sungguh minah ni kalau dah sentap!’

“Hari ni nak makan masak sendiri!” Kain pengelap ditangan selamba disangkut ke bahu budak yang masih berbaju kartun doremon yang dah ternganga tiga inci. 

‘Baru hang tau langit tu tinggi ka rendah!’ Bibir tarik sengih saat kaki melepasi budak baju doremon dengan gaya jalan selamba.

-------

Pen ditangan yang dari setengah jam tadi tak bergerak gerak diketuk tanpa rentak. ‘Apesal giler kentang payahnya ni?’ Rambut dikepala yang ditocang dua ditarik geram. ‘Kalau kapel ngan mr.Doremon ni gerenti dah siap dah kira kira aku nih.’ Kepala dipusing ke kiri-kanan. ‘Dah kenape hang oii Iman!’

Getaran fonsel yang berjarak tiga langkah dari sila spontan menegakkan kepala. Skrin yang dah melekat dipandangan mata dibaca pelik+hampa.

‘Mr.Proudy’s’

“Uh..ingat dia. Pak cik ni ghupernya!” Dahi diketuk. ‘Iman!’

“Assalamuallaikum, jabatan perhutanan orang utang disini. Boleh saya bantu?”

Gelak yang pecah rasa macam dah ala ala Pontianak. ‘Lucu sangat kah?’ Kening dah bercantum.

“Waalaikumusalam. Kakak tengah buat menda?”

Rambut yang terjuntai didahi ditiup kuat. “Masuk ni dah tiga kali abah call. Wahai abah, what’s your problem huh?”

Gelak yang menyapa gegendang kali ni kuatnya macam dah ganda tiga. ‘Sungguhlah tak faham dengan manusia nama lelaki nih! Yang sorang tu senyap sunyi, yang sorang ni pulak tetiba jadi cengini..’

“Hari ni masak pe?”

“Rendang ayam.”

“Hurmm..”

‘Abah aku ni betul ke idok? Pelik bebenor perangai dia hari ni..’ "Abah demam eh?"

“Yang kakak masak malam lepas tu tak buat?”

“Yang mana?”

“Yang macam mi tu.”

“Oh! Spaghetti?”

“Masak kat abah.”

Dahi dah bergaris tiga lapis. “Encik ni betul Pak Kadir kan?”

Selagi lagi gelak yang menyapa membuatkan dahi diketuk spontan. ‘Oh sabarlah duhai hati..’

“Kakak tengah buat pe tu?”

“Abahhh malas dah eh nak layan abah. Kakak busy. Abah gi buat kerja. Jangan call kakak dah.” Kepala dah mendarat disisi katil.

“Kakak buat spaghetti. Jap lagi abah balik.”

Gelak yang mengakhiri talian membekukan otak. ‘Patutlah aku macam ni. Mewarisi gen kepelikan Pak Cik Kadir ghupernya..’ Sipi bibir digigit. ‘Patutkah berbangga duhai diri?’ Tanpa sedar bibir dah bergerak melontar melodi gelak yang sumbang rentaknya.

-----

Air yang dah mendidih dikecilkan api. Plastik merah putih dikoyak tepi. Spaghetti dicampak masuk ke perut periuk. Bawang yang ditumis dah mengeluarkan aroma yang menggoda cik hidung. Daging cincang yang dah disejat dimasukkan ke dalam periuk, digaul bersama bawang bawang yang dah mewangi.

“Kak, jom pi kedai.”

Kepala dikalih ke empunya suara sebelum kembali mengadap periuk didapur.

“Kak..Pojan nak beli barang nih.” Kacang selamat mendarat didalam mulut.

“Hang ni, tiap kali nampak akak je ajak pi kedai. Tak de benda lain?” Serbuk lada hitam ditabur dan digaul bagi rata sekali dengan daging.

“Alaa kak..”

Kepala dah geleng. ‘Nama je laki. Merengek kalah pompuan!’ “Akak baru balik kedai Pojan oi. Malam nanti lah.”

“Yes!”

“Ais krim jangan lupa!”

“As always, yes mem!”

------

Pintu bilik dikunci. ‘Harap tak de dah gangguan alam.’ Buku dengan kertas yang berterabur kat lantai gaya dah macam sebidang karpet menyapa kornea mata. ‘Haa ni lagi satu masalah yang tak setel setel lagi..’

Selaju kacang yang dikunyah, jejari yang berlari didada keyboard sama laju berlari. Fonsel yang sekian kalinya bergetar dijeling dua saat; refleks sebab lain yang ditunggu, lain yang muncul. ‘Complicatednyalah hang ni Iman oi!’

Email yang ter’pop-up’ di kanan desktop menghentikan larian jejari. ‘Kelas batal eh?’ Bibir tanpa disuruh dah tarik sengih.

Imannn kau nak kena bom ke?? Angkat phone sebelum aku yang angkat kau campak dalam gaung!!

Mata membulat. “Mak aihh minah ni sejak bila kawan dengan gangster nih..” Fonsel yang dipulaukan beberapa ketika, dicapai. Bibir sengih spontan. ‘Patutlah..’

Jejari berlari didada skrin. Seketika fonsel dibawa ke telinga. Fonsel yang melekap ditelinga terasa melenguhkan tangan, ditongkat dengan bahu.

“Yup?”

“Assalamuallaikum!”

Gelak.

“Waalaikumusalam.”

“Kau bila kawan dengan Najib?”

“Eh, sejak bila aku ada kawan nama Najib?”

“Imann!”

Gelak. “Kau ni dah kenapa yang hangin semacam?”

“Dah kau tu busy memanjang!Imannnnnn…”

Nada yang dah bertukar rentak menarik bibir mengukir senyuman. ‘Dah kenal sangat.’ “Sorry aku tengah berentap dengan kerja sekolah, tak perasan phone. Bukan nak ignore kau lah cik adik oii. Iqram mintak dulang emas ke yang kau sedih sangat ni?”

“Tau kau busy. Sorry. Tapi aku dah ting tong nih..huwaaa”

Hujung dahi digaru. ‘Kalau aku gelak ni kang aku lak kena marah. Dah tu kena nangis sekali ka?’

“Iman..”

“Yup.”

“Iqram marah aku..”

“Pasai?”

“Dia ada pesan time aku tumpang rumah cousin aku, suh jaga aurat.”

“Then?”

“Aku dah biasa tak pakai tudung dengan cousin aku. Kitorang rapat dah macam adik beradik. Tiba tiba nak pakai. Janggal sangat lah kan..”

“Oooo..”

“Dia marah giler…”

“Giler kentang or Giler Barbie?”

“Imannn!”

“Heh, gurau je!”

“Macam  mana ni?”

“Mintak maaf lah.”

“Kenape aku?”

‘Eh minah ni, aku hempuk gak.’ “Dia marah dengan gaya ober tu memanglah salah dia. Tapi kau pun salah. Dia tegur benda betul. Cuma cara yang tak betul.”

“Kan.. aku terasa sangat bila dia cakap gitu. Macam lah aku jahat sangat. Tau lah aku ni bukan solehah..”

“Yang part last tu aku setuju.”

“Iman!”

Gelak. “Dah tu je ke penyataan masalah kau?”

“Tu je lah…. Aku rasa macam nak protes kat mamat tu.”

“Dia tegur sebab dia nak kau jadi lebih baik dari sebelum ni. Cuma salahnya dia, the way dia tegur tu sangatlah tak patut untuk kau. Kalau letak Iqram tengah tengah lorong suruh ajak budak budak remaja pi solat, tobat sorang pun tak endah kat beliau. Logiknya akal, mana ada manusia yang baru lepas kena bambu then kena peril kaw kaw sanggup terima nasihat kau then taraa berubah jadi baik terus. Sebab sifat manusia ni, yang kepala keras tak kan geng jalan-beriringan-bertepuk-tampar dengan yang sama sama spesis keras kepala jugak. Kau just consider lah, maybe dia tengah tension time tu. Tolak tepi part dia. Ambik je apa yang dia nak sampaikan. Benda betul, tak rugi pun if you take it and give a think. We’re growing old. Bukan growing young dah. Tak de masa dah kau nak buat protes ala ala merajuk gaya princess. Buang masa sangat. Aku tahu bukan mudah nak terima and aku tak minta kau terus terima. Tapi jangan terus tolak. Just walk and keep thinking. One day, kau akan faham apa yang dia nak kau faham. Ok?”

“Iman…”

“Yup?”

“Tengsss!”

“No biggie.”

Fonsel yang dah kelam masih lagi tak alih tumpu. Dibenak penuh dengan soalan yang tak terluah. Ada rasa yang membuatkan langkah kaki tinggal diam; merusuh dipersimpangan memilih antara mara ke depan atau berundur ke belakang.

Nafas dihela. Tak melonggarkan dada yang ketat. Fonsel yang kelam kembali terang disentuh jejari. 

‘Memory alway makes people smile.’

Dan betullah. Bibir yang tak reti reti lenguh, masih tetap tarik senyum saat mata menyapa cebisan cebisan memori kaku yang pernah mengadirkan tawa.

Ikon hijau yang tak sengaja tertekan mengeluarkan list yang panjang. ‘Eh?’

Assalamuallaikum tuan tanah.

Sebaris ayat, menghadirkan beratus kerut didahi. *tipu sangat* Jejari berlari laju didada skrin. Tak sempat memproses arahan si akal.

Waalaikumusalam tuan darat.

Kenai dak ni?
1 Malaysia aku cari
Sihat?

Sapekah?

Sambil jejari berlari didada skrin, mulut herot ke kiri.

Member uni
Cari Iman anak pakcik Kadir
Kekekke
1 class Titas

Bibir spontan tarik sengih.

Kekekeke
Aku lah tuh
Hang pendek ka tinggi?

Sampai hati dok kenai
Pendek sikit dari hang

Bawah dagu digaru kejap. ‘Macam familiar je budak ni..’

Dak aih
Liza?
Yang sengal tu eh
Yang jalan kaki pakai selipar Jepons?

Hahahhaaha
Kuanggg ajaqqq

Bingo!

Hahahaha

Kepala dah bergerak ke kiri-kanan. ‘Identiti yang tak kan luntur sungguh hang Liza!’

Betol betol betol

------

Kaki yang bersimpuh dah rasa kebas. Tubuh tetap statik. Rusuhan minda yang tengah berperang tengah leading. Sekejap bibir tarik sengih. Sekejap sisi kepala yang bertelekung digaru tak-tau-sebab. Sekejap mata terpejam. Sekejap raut muka diraup tapak tangan. ‘Oh kau dah kenapa Imann…’

Kepala didongak. ‘Eh ada bumbung pulak. Baru berangan nak tatap langit..’ “Liza…” Mata terkatup rapat. Minah yang macam cermin reflekskan diri sendiri. Dia buat ayat pembuka macam baru lepas belasah peragut. Tak peduli orang sekeliling tapi dia ada sekeping hati yang tak dengki. Gelak dia boleh buat semut mati tapi tak pernah leleh walau berkali tersungkur dijejak hari. Bila cakap selalu lontar ayat ala ah Long. Tapi sekali bagi nasihat terus mencengkam ke hati. “Tuhan, You sent her because of me kan..?”

Mata yang dah berair dikesat belakang tapak tangan. Kaki yang bersimpuh ditarik tegak. Lutut dipeluk rapat ke dada. “She slap my face to get me back; to my old-self. Terima kasih Tuhan..”

Bukan mudah nak dewasa jadi orang yang baik; boleh tarik senyum walau kena maki dengan ayat yang paling tinggi tahap membunuhnya. Bukan mudah nak jadi anak yang taat bila umur dah matang tahap boleh jadik mak bapak budak; boleh tunduk dengan releks tolak ego tepi saat kena attack dengan soklan yang diri sendiri tak pernah jumpa jawapannya ‘..and how I can comfort your heart mom and dad when I’m tired enough to trying but still I don’t get that answer?’

Dia kata, “Setiap orang ada masalah. Sebab diorang pun manusia yang menghuni bumi atas nama kehidupan.”

‘Betullah..’

Dagu jatuh ke lutut. Bayangan Anis dengan air mata dipipi menerobos minda. Wanita elegan yang sangat up-to-date! Sangat sangat releks dan senang diajak buat runding. Tak pernah pandang orang sebelah mata. Tak pernah heran dengan manusia manusia yang sesedap oren nak ambush orang kononnya ‘berprotokol’. Selamba kunyah chewing-gum bila lec dah tertukar silibus dek syok berpidato tentang ‘hebatnya keluargaku.’ Sekali keluar ayat tak puas hati boleh buat si becok diam bisu. Dan tak siapa tahu kisahnya yang penuh duri, disebalik diri yang teguh meniti hari.

‘Hukum alam yang bernama ‘kehidupan’ terlalu misteri untuk dicerna dek akal dan hati..’

Hidung yang terasa sejuk yang dah boleh cecah tahap beku ditarik jejari kejap. ‘Nak selsema kah?’ Kepala spontan teringat mesej yang diterima siang tadi.

Iman, Aya demam selsema tahap empat. Tak leh pi kelas esok. Tolong backup eh.

Kepala tergeleng diluar sedar. ‘Tahap empat sangatlah..’ “Nampak gaya kau present sorang sorang lah esok Iman oii!” Sesaat bibir tarik sengih. “Aya..” Minah yang kerjanya selalu bangkang orang. *Maybe dulu cita cita nak jadi pembangkang kot* Bila cakap, ada je ayat ayat penyedap rasa yang tahap masuk bakul angkat sendiri. Ingat dah jadi bini orang ada lah jugak dibawaknya bertaubat. Sekali dengan laki dia pun dia ajak gaduh sebab boring sangat jadi baik katanya. Tapi hati dia baik. Lembut dan putih macam kapas. Contohnya; bila diri tiba tiba gelak sambil keluar air mata tak de nya sebab suka hati sangat, dan dia macam nujum pak belalang bila ayat yang keluar dari mulut dia tu buat hati tiba tiba sedar diri,’..dah tak payah nak nangis sangatlah Iman oi, bukan kau je yang ada masalah!’ Sungguh kata kata dia; ada rasa kat hati. Tenggelam jauh ke dasar. Moga boleh cerna saat tiba di akal.

Sebab dia suka gelak dan buat ayat masuk bakul angkat sendiri, tak bermakna dia tak pernah nangis. ‘Betullah..setiap orang tu ada je masalah. Sebab diorang pun manusia yang menghuni bumi atas nama kehidupan.’ And she grow with all the pain that she just can embrace on herself when she know she have to be strong for her mom, even she keep being broken coz of men.

‘People who born in lack of many things doesn’t mean they always feeble when their silent make them learn how to stand firm as like a mountain to the end.’

“Sungguhlah..” Bibir menutur tanpa sedar.

Bila rasa diri diuji yang membuatkan akal dan jasad penat sampai tahap tak leh nak jalan, rasa betapa hidup ni kejam. Even masa tu Iman bersuara memujuk sabar dan redha, nafsu yang tak cerdik selalu melontar ayat yang men’down’kan diri sendiri iaitu, ‘Cakap memang lah senang kan? Aku yang rasa…’

Bila dah kena batang hidung, even sedar semua dari Dia, even tahu inilah dinamakan takdir, nak terima dengan dada lapang tu sangatlah mustahil. Dan tetap air mata jadi teman hari hari. Sakit hati, kecewa, rasa nak lari jejauh tu dah jadi sebati macam adunan kek coklet.

Dah tu nak buat pe lagi?

Just walk.

Penat sangat dah.

Take a break. But don’t stop your step.

Huh?

Kadang kadang kita tak faham diri sendiri yang membuatkan kita rasa tak adil bila diuji. Kita ingat kita dah cukup baik. Tak kacau orang, tak pi disko lepas tension, tak curi motor orang sebab dah penat jalan kaki, dah sedaya upaya untuk jadi baik. Dan kita lupa yang ujian tu adalah salah satu proses menjadi baik yang lebih mulia; baik luar dan dalam disisi Dia bukan untuk manusia. Sebab datangnya ujian tu terus dariNya. Nak basuh hitam kelabu yang melekat kat hati dek dosa dosa dijejak hari yang mana mustahil untuk seorang manusia tu tak buat dosa hari harinya.

Tak semua benda kita akan faham. Tu hakikat yang masih lagi pahit untuk aku telan saat ni, tika aku lupa Dia bagi ujian tu bukan sebab nak suruh aku selesaikan pun, just leading the way through it; Tengok. Faham. Belajar tentang apa yang ada disebaliknya; sabar, redha, syukur. Untuk sedarkan diri sendiri yang betapa lemah dan hinanya beliau tanpa Dia Yang Memberi.

Saat kau rasa kau faham segala galanya tentang kehidupan, hakikatnya kau baru bertatih membaca sifirnya. *khas untuk diri sendiri* Sebab rasa tu, bila aku jatuh berkali kali aku terus terhempas dah tak mampu nak jahit luka luka tu untuk teruskan larian. Dan Dia masih berikan ujian, bukan sebab Dia dah tak sayang. Tapi sebab Dia nak kau berjuang bukan menyerah kalah sebelum ajal.

Kerana banyak benda yang kita salah faham, takdir tu terasa kelam bagai awan mendung yang selalu meresahkan hati yang membuatkan kaki seringkali berlari menjauh. Padahal dengan takdir tu lah kita boleh nampak pelangi yang tersembunyi, hujan yang terkandung, bintang yang berkelip; hal hal yang indah tapi tak mudah. Dan itulah keindahan takdir. Datangnya bukan mudah untuk digapai, saat perginya meninggalkan senyuman yang tak kan padam dek masa.

Kerana tak mudahnya takdir, jangan memaksa lalu putus asa. Hati yang keras, lembutkan dengan masa. Teruskan langkah, jangan noktahkan. Saat terasa lelah, perlahankan larian dan dongaklah ke langit; Dia selalu ada.

Dia datangkan ujian yang mentarbiyyah untuk mendidik yang keras menjadi lembut, yang jahil menjadi soleh, yang buruk menjadi indah. Saat hati yang menyeberangi lautan ujian terasa makin keras, pandanglah ke bawah pada dia insan yang lebih lemah. Kerana saat itu diriku dan dirimu sangat memerlukan kata yang bernama terima kasih; Alhamdulillah.

Untuk insan insan hebat ini, terima kasih Rabbi. Duhai Illahi, lorongkan jalan kami menujuMu. Tetapkan hati kami dalam keRedhaanMu. Moga teguhnya ikatan ini yang di RedhaiMu akan menjamin kami diSana nanti.

*****


Semusim berlari
Mengejar sang pelangi
Lelah yang singgah
Tetap tak mematikan jasad

Saat aku digaris yang melekakan
Huluran tanganmu membuatkan aku kembali jaga
Dan saat kata yang bernama perpisahan tiba
Hanya bisunya doa yang mampu aku labuhkan

Terima kasih teman untuk segala galanya.

08012015nk

Comments

Post a Comment

Popular Posts