Soleh + Solehah
"Lia..."
"Hurmm.."
Mata masih setia didada buku.
"Bestkan
dapat husband macam suami sheila.." Dagu ditongkat tangan kanan. Mata
hilang jauh didada tasik.
Kepala
dipanggung. Dira dipandang tepat. "Kenapa?" Kening spontan tercantum
rapat.
Lia
yang memandangnya bingung dikalih. "Ye la..Irham tu kan budak hafiz.
Belajar pulak kat al-Azhar..memang perfect la.." Mata membulat. Teruja.
"Ouh..
So pe yang perfectnya dia?"
Sisi
kepala yang berlapik tuding digaru. 'Biar betik Lia ni..tak kan tak faham?'
"..dan
pe yang untungnya kalau dapat husband cukup 'stok' tu?"
"Err..
Tak la kan. Nanti diorang boleh bimbing, and ajar kita.."
"Ouh.."
Angguk.
"Kau
tak teringin ke nak husband macam tu?" Sengih. "Nanti dia boleh
bimbing ko. Boleb jadi Iman, jadi ketua keluarga.."
Dira
kembali dipandang. "Have watching a lot of fairytale eh?" Bibir tarik
senyum sambil geleng kepala. Buku yang terbuka ditutup perlahan. "Kejadian
wanita itu terciptanya penuh kelemahan dan kelembutan."
Lia
yang masih merenung bukunya yang tertutup dipandang tekun.
"Dan
sememangnya telah DIA fitrahkan lelaki sebagai pelindung dan pembela
wanita."
Angguk.
"Mendapat
yang soleh/solehah itu anugerah. Tapi mengharap sang soleh/solehah untuk
berubah itu angan-angan."
Dua
mata bertembung.
"Dira..nak
berubah tak perlukan 'dia yang soleh' tapi DIA YANG SATU."
Tegun.
"Hari
ni dia mungkin masih teguh, tapi belum tentu sebulan, setahun, tiga tahun
mendatang..kerana 'dia' juga manusia yang lahirnya dari hinaan air mani.."
Nafas ditarik. "Dan kenapa kita berharap padanya..sedang DIA lah
satu-satunya kebergantungan kita.."
Tunduk.
"Mencari
yang soleh/solehah kini, biasnya terlalu luas terpampang. Bersalut dengan
kepalsuan yang menipu sang mata. Adakah bahagia itu yang kita cari? Dan
seandainya 'dia' yang hadir sebagai pendamping ke mana harus kita paut saat
badai menghujan dan dia jatuh rebah? Masih berharap 'dia' membimbing? Atau
turut rebah bersamanya?"
"Lia.."
"Tak
salah bercita-cita untuk ke bulan. Tapi adalah sia-sia bercita-cita untuk
mengapai bulan.."
Bahu
Dira dipaut. "Mendapat pendamping Soleh/solehah itu anugerah. Tugas kita
adalah bercinta denganNYA.." Senyum."Bila saatnya si dia terduduk
lelah, sekurang-kurangnya kita mampu menghulur tangan untuknya berpaut
seketika. Saatnya si dia lupa dek badai ujian yang menjenguk,
sekurang-kurangnya kita mampu mengingatkan dengan sabar yang dibaja. Saatnya si
dia kaku tak berarah, sekurang-kurangnya kita mampu berlari menyambung
lariannya.."
Dira
dipandang. "Bukankah isteri itu penyejuk mata dan obor kekuatan?"
Pelukan
hangat menerbitkan senyuman di bibir."Andai kita hanya berharap akan
kesolehan si dia untuk membimbing, pada siapa kita kan berpaut seandainya dia
buta tak lagi bisa menuntun jalanan kita?"
Belakang
tubuh yang bergetar diusap lembut."Sesungguhnya DIA ciptakan manusia itu
untuk saling melengkapi. Dan jangan kita leka, akan tiba saatnya kita harus
meneruskan perjalanan tanpa 'dia' disisi.."
"Bahtera
yang teguh, tertegaknya pada anak-anak kapal yang menghuni. Kekuatan dan
kebijaksanaan nakhoda mengemudi melorongkan arah yang betul. Dorongan dan
kerjasama anak-anak kapal yang menggerakkan seluruh isi kapal. Dorongan dan
kerjasama ini hanya akan tercapai bila orang kanan nakhoda iaitu sang ISTERI
mampu mendidik anak-anak kapal dengan segala kudrat dan akal yang dimilikinya.
Dan oleh kerana itu menjadi solehah itu bermula bukan saat kaki ingin melangkah
ke bahtera yang dibina, tapi seawal panggilaNYA datang menyinggah."
Dalam
esakkan, dia mula mengerti...
--Mencari
jejak yang hilang, pautannya hanya pada DIA. Luruskan jalanmu, usah khuatir
andai pelangi masih tak kunjung tiba. Usah gelisah andai hujan masih tak henti
mencurah, sesungguhnya telah DIA siapkan jodoh yang terbaik buatmu, kerana
DIA Pemilikmu, Maha Mengetahui apa selayaknya buatmu. Have faith and belive on
HIM:)
291212 –nk
Comments
Post a Comment