Catatan Jejari Tua
Anakku
Seandainya kau tahu
Seandainya kau tahu
Saat dikhabarkan janinmu
dirahimku
Akulah wanita yang paling
bahagia didunia ini..
Anakku
Saatnya denyutan nadimu
berlari seirama denganku
Jerih dan penat yang
menyelubungi terus luput dari lipatan memoriku..
Anakku
Saatnya retina mata ini
melihat Agungnya kuasaNYA pada gerakan kecilmu
Lafaz syukur tiada henti
berlagu disudut hatiku..
Anakku
Melihatmu bertatih dan
terjatuh
Serasa kerdilnya aku diberi
kemuliaan sebesar ini olehNYA
Lantas pada simpuhan doa
ku lafazkan ikrar
akan ku didikmu
akan ku penuhi dadamu
dengan keAgungan kalamNYA
sebagaimana DIA memilihku
menjaga amanahNYA
akan ku jagamu sekudratku..
Anakku
Inginku bina mahligai bahagia buatmu
Inginku hamparkan kesenangan buatmu dalam meniti hari
Agar pautan memori mu penuh warna ceria
Inginku bina mahligai bahagia buatmu
Inginku hamparkan kesenangan buatmu dalam meniti hari
Agar pautan memori mu penuh warna ceria
Agar hatimu penuh rasa
bahagia
Namun anakku
Namun anakku
Aku memilih pondok yang
gahnya hanya sederhana
Aku memilih hamparan yang
cukup untuk dibuat alas
Kerana anakku
Aku bimbang dengan mahligai megah itu kau kan alpa dan sombong
Aku bimbang dengan hamparan itu kau kan diulit lena dan mimpi yang palsu
Aku bimbang dengan mahligai megah itu kau kan alpa dan sombong
Aku bimbang dengan hamparan itu kau kan diulit lena dan mimpi yang palsu
tak berkesudahan
Betapa hati ini bimbang..
Bimbang sekali masa depan mu tergadai dengan hanya palitan warna warni pada hiasan hitam putih yang pastikan luntur saat badai hujan menimpa..
Bimbang sekali masa depan mu tergadai dengan hanya palitan warna warni pada hiasan hitam putih yang pastikan luntur saat badai hujan menimpa..
Anakku
Mengertilah
Pada keras izinku
Pada lantang garisan yang ku tekuni
Pada bingitnya ketegasan ku lontarkan
Pada kesederhanaan yang aku batasi
Bukan kerana aku mengongkong
Tidak juga kerana aku ‘kolot’
Jauh sekali kerana aku
benci
Tapi kerana aku berharap
Dewasanya engkau
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah..
Tapi kerana aku berharap
Dewasanya engkau
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah..
Anakku
Kekuatan jiwa tidak datang dengan belaian manja
Kekuatan jiwa tidak datang tanpa titisan air mata
Kekuatan jiwa tidak datang tanpa badainya ujian
Kekuatan jiwa tidak datang dalam riuhnya bahagia dan gelak tawa
Kerana kekuatan jiwa itu
lahirnya dari hati yang sahabatnya ‘sang jerih’
Kekuatan jiwa itu lahirnya
dari hati yang sentiasa ‘basah’
Kekuatan jiwa itu lahirnya
dari hati yang tersenyum tika lainnya menangis
Kekuatan jiwa itu lahir
dari Iman yang dibaja subur dan mekar bercambah hari ke hari..
Anakku
Saat kau meningkat dewasa
Saat kau mengenal dunia
Saat kau punya teman
Aku kau pinggir tak berendah..
Anakku
Dalam lantangnya lontaran
suaramu
kau meluah
rasa hati yang kau kumpul
lalu menjadi bara amarah
Tanpa segan
Tanpa silu
Aku menjadi bahan ejekanmu
dan teman-temanmu
dan kau ternyata puas..
Anakku
Saat itu aku hanya mengukir
senyuman
Bukan kerana aku mengumpul
kesabaran
Tapi kerana akulah wanita
yang terluka..
Namun anakku
Usah kau bimbang
Aku telah lama pasrah
Tanpa kesal dan lelah
Kerana pada jalananmu telah
ku hamparkan selayaknya janjiku padaNYA
Dan DIAlah yang menjadi
saksinya..
Dan kini dalam kewarasan
akal dewasamu
Kau memilih jalananmu
Dengan menolak aku bagai
hampas yang tak lagi berguna
Kerana prinsip ‘intelektual’
yang kau julang
Kerana prinsip ‘world wide
world’ yang kau kiblatkan
Dan aku memilih tetap setia disisimu
walau berulang kali hadirku kau tolak amarah..
Anakku
Saatnya aku membentangkan
kitab lusuh yang pernah menemani hari-harimu dulu
kau ketawa kelucuan
Bagai aku sedang
mendodoikan mu dengan hikayat Pak Kaduk..
Kata-katamu yang kau lafaz terpahat kukuh
dimemori tua ini
Kata-kata yang membunuh ku perlahan-lahan..
‘Ah, semua ni kolot la Bu! Zaman
dah maju. Orang dah tak pakai ni dah..’
Dan bagaikan kepingan kaca yang pecah
hatiku hancur lumat
tak terperi..
Anakku
Walau dimamah zaman
Walau bumi terbelah dua
Walau tsunami membadai
Kitab ini tak kan pernah
lapuk dizaman!
Moga kerasnya suaraku
dipuput telingamu
Mampu menjagakan kau
saatnya DIA datang melabuhkan sayap kemaafanya buatmu
Dan saat itu aku nanti
p
enuh harap…
Anakku
Punyai maruah bukan sekadar
luaran
Kerana maharnya tinggi tak
terletak dan tak mampu dipijak
Melainkan kau yang menyerah dan merelakannya..
Anakku
Pada semaian kasih Kitab
AgungNYA
Yang aku dendangkan padamu
saat kau dipangkuanku
Bukan kerana aku punya
cita-cita lahirmu sebagai hafiz dan hafizah
Bukan kerana aku punya
cita-cita lahirmu sebagai qari’ dan qariah’
Tapi kerana..
Saatnya kau terlempar jauh
Lena dan leka diulit
fatarmogana duniawi
‘Teman Sejati’ mu itu yang akan kembali
menuntunmu..
Anakku
Punyai maruah bukan pada
besarnya rumah yang kau diami
Punyai maruah bukan pada
tingginya pangkat yang kau jawat
Punyai maruah bukan pada
ramainya yang tunduk hormat padamu
Kerana punyai maruah itu
adalah
Saatnya kau sedar kaulah
hambaNYA
Saatnya kau tunduk padaNYA
yang SATU
Saatnya kau hidup dalam
sebenar-benarnya syahadah yang kau lafazkan..
Anakku
Maruah itu ibarat kaca
ditengah lautan api
Tak akan mampu diganggu
gugat
Tak akan mampu di alih
pijak
Dan saatnya kau sendiri
yang mengalihkan kaca itu dari tempatnya
Maka kehancuranlah yang
menanti
Tak tersisa
tanpa belas..
Anakku
Dunia bukan hanya dihuni
dengan keseronokan dan gelak tawa
Dunia bukan untuk kepuasan
yang tertegak diatas khianatnya sang nafsu
Dunia bukan ‘demonstrasi’
menegakkan suara remajamu
Kerana
dunia dihuni hanyalah sekadar singgahsana sementara sebelum kau berangkat pulang ke kampung
Mahsyar..
Anakku
Hidup
bukan untuk memilih
Tapi
untuk kau jalani dalam ketundukanmu sebagai hambaNYA..
Anakku
Dengan
kudrat izinNYA
aku
mencorakkanmu
Dan
dengan izinNYA jua
kau
kini diatas jalan pilihanmu..
Anakku
Mengertilah..
Biar
dihujung nyawa
Doaku
buatmu tak pernah terhenti
Sebagaimana
nadimu pernah bersatu didalam nadiku
di setiap denyutannya
doaku mengalir buatmu..
Anakku
Kelmarin tangan tua ini pernah membuatkan mu menangis
Semalam bibir tua ini pernah membuatkan hati mu terguris
Esok jasad tua ini pastikan membuatkan mu terbeban
Dan oleh kerana itu
Kelmarin tangan tua ini pernah membuatkan mu menangis
Semalam bibir tua ini pernah membuatkan hati mu terguris
Esok jasad tua ini pastikan membuatkan mu terbeban
Dan oleh kerana itu
Aku mendidik mu merentasi
duka
dalam meraih kekuatan jiwa
kerana ku tahu saatnya aku
membilang usiaku
kau pastikan mampu tersenyum
menyambut ragam ku..
Saat aku merungut tak betah,
kau mampu mengulang bicara dalam
usapan kasih
Saat aku tak lagi mampu
mengingat,
kau mampu teguh menuntun
tanpa iringan cerca keluh dan kesah
Saatnya kakiku tak lagi
kuat,
kau mampu mencempungku dalam
sabar walau kau penat
Dan saatnya ku kembali
mengguris rasa hati mu
kerana aku lupa jasa yang
kau hulur semalam
Kau mampu mengukirkan
senyuman
menyatakan
yang kau bahagia punyai aku sebagai ibumu
Kerana lahirnya kau punyai kekuatan jiwa..
Kerana lahirnya kau punyai kekuatan jiwa..
Kerana lahirnya kau punyai maruah..
Anakku..
Maafkan
aku Ibumu
yang
tak pernah ingin memahami hati mudamu
yang
tak pernah ingin memenuhi permintaanmu
yang
tak pernah ingin ‘membahagiakan’mu..
kerana
inilah anyaman dan acuan kasih dan cintaku padamu…
Dan
aku tahu
Kau
pastikan memahaminya satu saat nanti..
Detik
itu pasti kan tiba dengan izinMU Ya Rabbi..
Anakku..
Inilah
nadi cinta seorang wanita yang kau panggil Ibu…
Catatan
jejari tua,
Wanita
yang bernama Ibu..
P.s: Moga 'dia' kuat. Moga masih belum terlambat untuk 'dia' gapai sinar mentari itu. Moga 'dia' mampu menjadi kisah yang paling bahagia buatmu wanita yang bernama Ibu..
Dan moga kisah ini menjadi pedoman buat kita.
~Kadang-kadang dek kerana hati yang dipenuhi marah dan benci yang melahirkan dendam, kita terbuta oleh ego yang meliputi kasih bernama sayang. Namun usah bersedih atas lipatan kenangan semalam, kerana telah DIA rencanakan yang terbaik buat kita. Bangunlah hari ini untuk berjuang selagi ada kesempatan. Kerana hempasan luka dari sungkuran semalam adalah guru yang sangat mendidik walau hadirnya tak bersuara~
Be positive. Be strong. Believe HIM. InsyaAllah you will find your rainbow soon:)
Barakallah. May Allah swt guide and bless us. Ameen~
Nukilan,
092012–nk
P.s: Moga 'dia' kuat. Moga masih belum terlambat untuk 'dia' gapai sinar mentari itu. Moga 'dia' mampu menjadi kisah yang paling bahagia buatmu wanita yang bernama Ibu..
Dan moga kisah ini menjadi pedoman buat kita.
~Kadang-kadang dek kerana hati yang dipenuhi marah dan benci yang melahirkan dendam, kita terbuta oleh ego yang meliputi kasih bernama sayang. Namun usah bersedih atas lipatan kenangan semalam, kerana telah DIA rencanakan yang terbaik buat kita. Bangunlah hari ini untuk berjuang selagi ada kesempatan. Kerana hempasan luka dari sungkuran semalam adalah guru yang sangat mendidik walau hadirnya tak bersuara~
Be positive. Be strong. Believe HIM. InsyaAllah you will find your rainbow soon:)
Barakallah. May Allah swt guide and bless us. Ameen~
Comments
Post a Comment