Pemergiaan Yang Terusik



Dalam hembusan angin didingin pagi,
air mata tumpah lagi,
walau teguh benteng ku halang..

Langit yang terselindung dibalik bumbung ku dongak,
duhai bintang,
tersenyumlah buatku,
kerana ku tahu DIA ada..

Ya Rabbi..
Payah untuk ku usir rasa ini,
Seakan jiwa ku pergi bersamanya..
KAU lebih menyayanginya...

Dalam lelah yang seakan melemaskan,
zikir ku alun,
mendakap secebis ketenangan..

Di tikar usang,
jauh mata menatap,
senyumannya,
renungannya,
menari terhias dikornea mata..
Ya Rabbi,
kuatkan aku!

Dia insan istimewa,
hadirnya menyuluh kelamnya jalan,
perginya terang bagai rembulan yang dirindui..
Terima kasih Ya Illahi untuk kesempatan yang ku raih,
walau hanya untuk seketika...

Subahanallah..
Astaghfiruallah..
Alhamdulillah..
Inalillah..
Al-Fatihah, tenanglah dikau disana...

Hati..
terlalu sukar untuk difahami,
kadang ianya kental teguh,
adakalanya ia terdiam lesu,
dan ada saatnya ia kosong seolah tak berpenghuni..

Kenangan..
tak akan pernah mati,
walau jasad ditelan bumi,
walau terpisah jauh nun dikampung barzakh,
walau air mata tak pernah sepi,
Ianya tetap hidup..
Segar merimbun bak rimbunan dedaun,
walau gugur ke bumi,
tetap berganti...

Dalam tadahan doa,
hati berbisik,
hanya buatMU duhai KEKASIH hati..

Ya Rabbi..
Aku mengerti,
Jernih mutiara ini KAU hadirkan bukan untuk ku tangisinya,
Telah tiba saatnya sepertimana yang KAU janjikan buat hambaMU..
 Dan inilah ujianku atas mahar cinta yang ku lagukan buatMU,
ku lepaskan dia pergi,
kembali ke sisiMU..

Namun Ya Rabbi,
izinkan aku saat air mata ini berderai dipipi,
bukan kerana ku tangisi pemergiannya,
cuma kerinduan buatnya bak bunga yang subur,
mekar dan terus bercambah.. 

Dan aku pilih untuk menjaganya,
menyemainya subur dihati,
bukan untuk ditangisi,
tapi untuk ku genggam ia,
 mendakap kental teguh dihati,
mengiringi perjalananku yang masih jauh beribu batu,
Kerana ku ingin sekali bertemu dengannya disana nanti..
Dengan izinMU Ya Illahi...


Kehidupan terus berjalan. Tak menunggu. Tak terhenti menanti. Dan mereka yang hebat adalah sang pengembara yang tak pernah jemu menggembara mencari bekalan disana nanti. Tak menangguh. Tak beralasan. Kerana bagi mereka itu hanya sia-sia. Dan masa terus berjalan. Hari berganti hari. Dan ajal bakal menyusul. Tibanya tak bersuara. Perginya sederas angin yang berlalu...~


0425:17062012–nk

Comments

Popular Posts