Hati yang Terluka
Mata hilang jauh nun didada langit. Satu keindahan yang tak mampu di hak milikkan, satu keinsafan yang bisa merobek megah yang bermukim didada…kebesaran-Nya Maha Agung, Allah azawajala
……………………………………………
“El!”
Kepala dijenguk dari celah pintu. Kening kanan diangkat tinggi.
“Jom, pi Kerja!” Jam ditangan kiri ditunjuk jari telunjuk.
‘Huh?’ “Tolak je la.” dengan nada malas.
“Gila kau!”
“Penat la!”
“Kau jangan nak ngada. Kontrak dah sign kot.”
“Kau yang make deal, so pepandai la.” bahu dijungkit malas.
“El!”
Pintu kamar tertutup rapat.
…………………………………………………
Ketukan keras dari pintu utama mengejutkan kedua-duanya.
“Kau invite sape?” Mata pantas menoleh Kila disisi.
Bahu dijungkit, punggung diangkat dari sofa berangkai tiga itu. “Let see.”
“Mana El?”
Rahang bawah spontan terbuka luas.
“Kamu ni pekak ke? Mana El?”
“Err” Pelipis kanan digaru gelabah.
“Datin, masuk la.” dalam separa terkejut, sekujur tubuh yang dihiasi pakaian dan aksesori mahal tetap dipelawa masuk.
Belum pintu dikuak melebar, tubuh Kila dirempuh laju.
“Kill, sape tu?”
“Kauu” Jari telunjuk tepat di batang hidung El.
“Auntie” lidah kelu saat kornea mata menyapa figura yang bercekak pinggang garang yang hanya seinci dari batang hidungnya.
“Mulai hari ni kau tak layak panggil aku dengan gelaran tu! And the important thing, kau sila berambus dari hidup anak aku! Aku tak nak tengok muka, even bayang kau sekali pun jangan benarkan melintas depan mata aku!”
Kaki diatur pantas melangkah ke pintu.
Otak yang masih terkejut dibawa ke waras. Tubuh genit yang melemparkan arahan penuh amarah itu dikejar, “Auntie, please explain to El. What's wrong? Apa salah El?”
Langkah yang diatur selaju mungkin terhenti. Tubuh dipusing kalih.“Kau pekak or otak kau dah terencat? Don’t you dare call me like that! Aku Datin Najwa!”
Air mata yang mula membasahi pipi, disapu telapak tangan, kasar. “Datin, tolong jangan buat El macam ni. Please.”
Datin Najwa ketawa sinis. “Berkesan betul lakonan kau!” Tangan ditepuk kuat. “Patut la ramai pengarah yang buru!” mata dicerlung sinis pada susuk tubuh tinggi lampai yang masih tak berputus asa dengan ugutannya.
“Datin, El tak faham apa yang berlaku sekarang. Please datin tolong bagitahu El apa yang tak kena?”
Datin Najwa hanya melemparkan senyum sinis, tanpa berminat untuk meneruskan perbualan, kakinya menyambung langkah.
“Datin!”
“El, sabar beb,” Tubuh El dipaut erat.
“Aku” Tanpa mampu menghabiskan kata, tangisannya tak mampu lagi ditahan. Esakkan terlerai, segalanya menyesakkan dada.
“I'll always be by your side dear.” Kepala El diusap lembut.
………………………………………..
El yang masih sibuk dengan fonselnya dijeling sekilas.
‘Dah dekat separuh hari pun. Mana la si Qairy ni!’ Walau hanya dia berbisik sendirian, bibir tanpa sedar diketap Kila geram.
“El.”
Kepala diangkat dari fonsel dan dikalih kejap ke arah Kila.
“Jom makan.”
“Kau makan la dulu. Aku nak cal Qai jap.”
“Dah separuh hari dah pun kau try call dia.” Geram yang terbuku beralun ganas didada.
Mata masih lagi melekat diskrin fonsel. Kila yang menjeling geram tak dipandang.
“El, wake up please!”
Tubuh akhirnya dikalih mengadap Kila. Matanya jatuh lama di raut wajah Kila.
“Apa salah aku? Hina sangat ke aku ni?”
“El.” kelu.
“Aku dah penat Kill. Penat dengan dunia yang tak henti menipu. Penat dengan manusia yang kejam mencaci. Penat ditendang tanpa arah.” Matanya jauh, merenung kosong pandangan yang indah.
“El, kau ada ramai peminat. Mereka selalu sokong kau. Please be strong dear!”
Bibir mengukir senyum. Tawa kecil terletus dari bibir. “Sampai bila aku nak hidup macam ni Kill? Kau tak muak tunduk pada kepalsuan setiap hari? Apa yang di megah dengan ramainya peminat? Sedang hati aku tak pernah kenal erti bahagia, sedang tiap hari aku menelan cerca, sedang setiap malam air mata duka mengalir tak terseka.” Senada, tanpa emosi. Bibir meluah apa yang hati rasa.
Killa pantas menunduk. Tak mampu lagi menatap raut wajah cantik yang penuh sinar duka itu. Tak juga mampu memujuk dengan kata indah yang saban hari menjadi melodi halwa telinganya.
………………………………………….
Terik mentari, menghadirkan keringat.
Dahi yang mula berpeluh diseka dengan jari telunjuk. Manuskrip di tangan dikibas ke muka, menghilangkan panas yang terasa membahang.
“El, break 15minutes kay.”
“Okie.”
“Minum?”
Kepala spontan diangkat. “Sure.” Bibir tarik senyum.
“Penat?”
“Agak la. Kau pi mana tadi?”
“Dekat Joe. Nah.”
“Tenkiu!”
“Most welcome.” Bibir tersenyum. “Ouh! Lupa nak bagitau!”
Kening dijungkit bertanya. Killa yang tersenyum dipandang.
“After the last shoot, ada sesi beramah jap,”
Mata spontan dibulatkan. ‘Naaa’
“Sorry, aku dah try tolak. But kau tau la kan.” Bahu diangkat tak menahu.
“Yeah, lame!”
“Sori beb!”
………………………………………………
“Kak El!”
Bibir tak lekang dari senyum.
“Hai!”
“Nak bergambar!”
“Jom!”
Hampir setengah jam bergambar, kaki melangkah ke sudut kosong. Punggung dilabuh ke kerusi. Nafas dihela kejap. ‘I’m tired!’
“Kak El.”
“Hai.” Lambaian gadis bertudung biru dibalas. Kepala dipusing ke sekeliling sebelum mata
terpaku lama di satu sudut.
‘Ya, gadis itu! Dari tadi elok jer dia statik kat situ, tak bergerak-gerak walau suasana bingit
menerpa ke arahnya. Agak luar biasa’ bawah dagu diusik jari telunjuknya.
‘Beep!’
Fonsel yang bergetar ditangan di alih tumpu. Seketika tangan berlari pantas didada skrin.
Kepala kembali dipusing ke arah sudut yang menempatkan gadis pelik tadi. Kelihatan gadis
bertudung itu mula bangun dari duduknya. Tangan pantas mencapai handbag dan kunci
keretanya. Kaki diatur pantas mengekori gadis itu.
Hampir sejam mengekori gadis pelik yang bertudung itu, kereta mula membelok ke sebuah destinasi. Destinasi yang hampir menghentikan deru nafasnya. Brek ditekan pantas.
Lima belas minit termangu, muka diraup kusut. Tangan dilekap ke dada. ‘Rasa ini…’ Tanpa sedar, deraian air matanya mula menitis ke pipi. ‘Buat pertama kali air mata ini menitis kerana Mu Ya Tuhan.’
……………………………………
Bibir tersenyum payah.
“Apa yang aku ada Kill?”
Mata jatuh jauh ke tengah lautan.
“Mungkin pada kau aku cukup bertuah. Punya raut wajah yang mampu menarik pujian, punya bakat yang mampu menggilakan orang ramai, punya ramai peminat, seolah dunia bisa aku takluki.”
“El”
Mata tetap tak berganjak dari tengah lautan.
“Sedang aku hanyalah insan yang terlakar penuh dek luka di sudut hati ini.”
Telapak tangan dibawa ke dada.
“…luka ini tak pernah henti tertoreh, hari ke hari makin parah. Tertusuk dalam, jauh ke dasar, tak sempat terawat.”
Setitis air matanya gugur ke pipi.
“Pada kebahagiaan sebuah bahtera yang bernama perkahwinan aku hanya sang bayu yang sepi, terpinggir jauh dari pelabuhan.”
“El! Kauuu”
“Ya. Aku seorang isteri yang tak punya hak untuk itu. Perkahwinan yang tak pernah menerima kehadiran aku. Dia, juga seorang wanita. Seorang ibu, merayu aku saat anaknya tak bisa melupa kan aku, mencampak saat anaknya bisa di racun, menikam saat anaknya bisa ditakluk.”
“El!” Killa basah dengan air mata.
“Saatnya aku disunting, air mata syukur ibu dengan ayah tak henti mengalir. Namun warna indah itu luntur jua dek hujan yang menimpa. Kejam saat dihalau dari pangkuan suami yang sah. Hampir tenat saat aku hanya tak ubah seperti perempuan simpanan. Di datangi bila diperlukan, di buang bila dah tak berguna."
Nafas dihembus, kasar.
Nafas dihembus, kasar.
"..semuanya aku telan walau hampir membunuh diri. Tapi aku jua insan yang sering kalah pada perasaan. Cukuplah aku yang menanggung, bukan kedua ibu bapaku. Apa yang aku renggut dari dia Kill? hingga dia tegar melakukan semua ni. Aku tak pernah mengerti akan sikapnya.”
“E..l…”
“Dia juga wanita Kill. Kenapa dia kejam pada aku? Aku tak pernah rampas anak dia, sebab aku tahu syurga Iq terletak padanya. Aku tak pernah tuntut hak aku, tapi dia kejam memadukan aku! Hinakah aku Kill?”
“El..” Tubuh El dipeluk kejap. Air mata yang laju mencurah dipipi, tak terseka.
“Aku terlalu penat Kill. Penat untuk terus tersenyum sedang hati ini tak pernah henti menangis. Pada dunia, hati ini tak lagi mampu tenang. Aku lemas dengan kepalsuan yang meliputinya Kill. Dan jasad ini terlalu sakit dengan setiap penghinaan yang ibu dan ayah aku terima dari dia, seolah kami jijik dan hina tak layak hidup dibumi ini. Sedang sebutir nasi yang teralas diperut kami, bukan dari belasnya, tidak jua dari titik peluh Iq.”
Di bahu El, Killa teresak panjang. “Anak yang gugur tu.." tak mampu meneruskan ayatnya, air liur yang ditelan terasa kelat berpasir.
“Sesungguhnya benarlah, Dia Maha Mengetahui. Sekurangnya, dia tak akan merasa dihina macam aku.”
“El! Aku pernah tuduh kau perempuan murahan kerana tu tau!”
“Seisi dunia mengejek, dan hina aku dengan gelaran tu Kill.” Air mata yang lebat dipipi disapu jari telunjuk.
“El…”
“…tapi semua tu tak memberi kesan dan tak sesakit yang aku rasakan saat anak dalam kandungan aku direnggut kejam,”
‘Allah!’ Mata dipejam rapat. ‘Ya Tuhan, tabahkan hati sahabatku ini. Aku mohon Ya Rabbi.’
“Pada apa lagi harus ku paut? Sedangkan hakikatnya, seisi dunia telah mencampakkan aku.
Pada apa harus ku temui bahagia, sedang semuanya lari bertempiran saatnya aku jatuh.”
Air mata laju menuruni lekuk pipi.
“Lepaskan aku Kill, tolong jangan rayu dan pujuk aku untuk bertahan.”
Kepala diangguk pantas. “Pergilah sahabat. Moga kau kau temui sinar baru. Maafkan aku..”
“Terima kasih Kill!”
…………………………………………………
Langkah kaki mula berlari-lari anak.
“Assalamuallaikum.” Sedikit termegah.
Kepala terus menoleh. “Waalaikumusalam.” Bibir mengukir senyum.
‘Ya Allah, cantiknya dia!’ Mata terpegun dengan susuk tubuh yang menyambut salamnya.
“Cik?” Tangan digawang pada susuk tubuh yang tetiba pegun.
“Err, Sorryy” bibir ditarik sengih, menampakkan susunan giginya yang teratur.
“Tak pe. Ada apa ye?”
“Akak, Elina Humaira.”
“Annur.” Tangan dihulur salam.
“Annur sibuk?”
“Emm. Tak pun. Kenapa ye?”
“Akak ada something nak cakap.”
Hujung hidung digaru. “Lama ke?”
“Annur ada hal lain?”
“Tak,”.Bibir tarik sengih. “Annur ingat nak solat Asar dulu, so tak de la terkejar sangat nanti.”
“Ouh, Ok.”
“Jom sama-sama.” Tangan si gadis tinggi lampai itu dipaut mesra.
Dalam terpaku, El mengikut langkah. ‘Tuhan, masihkan peluang itu milik aku.. sedang telah lama daerah ini aku tinggalkan, hanya kerana mengejar kepalsuan dunia.’
…………………………………………………
“Annur umur berapa?”
“Dah tua pun.” Senyuman ditarik hujung bibir. “Almost 25.”
El tersenyum. “Muda belia lagi tu.”
“Thanks.” dia ketawa perlahan.
“Tak kenal akak?”
Dahinya spontan knitted. “Kita pernah jumpa ke before ni? Or sedara?”
El tergelak kecil. “Freaky gurl!”
Mata dah membulat. “Kenapa?”
“First time Kak El tengok Annur, I'm falling in deep love with high curiosity!”
“Cool.”
El gelak. “See.”
“Just joking la Kak El.” Kepala dah tergeleng. “So, what the story about?”
“Akak perlukan seseorang untuk bantu akak.” Bawah dagunya diusik jari telunjuk.
El dipandang penuh minat dengan kening sedikit terjungkit ke atas.
“…bimbing akak ke pangkal jalan?” Annur dipandang penuh berharap.
‘Subahanallah, Maha Suci-Mu Ya Allah s.w.t’ Tubuh El segera dipaut ke dakapan.
“InsyaAllah, Annur akan try my best. Alhamdulillah Ya Allah s.w.t.’
Air matanya gugur jua membasahi lekuk pipi. ‘Moga dengan bahagia ini dapat aku selami kebesaran-Mu Ya Illahi.’
********
Seusai tazkirah yang disampaikan, berpusu-pusu warga jemaah mula meninggalkan perkarangan masjid.
“Pergi makan?”
El tersenyum. Kepala diangguk pantas, dengan tangan yang spontan mengusap perutnya.
“Mak aihh, gaya lapo bebenor!”
Kedua-duanya tergelak.
"Akak dah totally out dari dunia glamour tu?"
Elina tersenyum. Kepala diangguk yakin. "Tak de apa yang dapat akak cari disana."
"Ouh." Kepala diangguk perlahan.
"Akak takut hati ni tak kuat kalau akak terus tekadkan hati survive di alam glamour tu. Mungkin saja hati akak kembali berpaling dan kala itu akak lah manusia yang paling bodoh." Gelak kecil terlepas dari ulas bibirnya. "...bodoh mengejar yang sia-sia, sampaikan yang kekal abadi turut tercicir sama. Lagipun hidayah Allah s.w.t tak menyapa berulang kali, dan bukan untuk disiakan."
'Alhamdulillah Ya Allah s.w.t.'
Dibibir kedua-duanya terlakar senyuman bahagia.
*******
“Annur.”
Kepala dipanggung dari fail di meja. “Yup?”
“Akak,” serba salah untuk meneruskan kata. Jejarinya dikepal lembut.
“Kenapa ni kak El? Tak sihat? Nak pergi klinik?”
Bibir tarik sengih. “Err, tak.”
Keningnya terangkat tinggi.
“Pasal tazkirah tadi” ayatnya masih meleret.
“Ouh. Kenapa?”
“Akak, macam mana eh?”
“Macam mana? Macam mana?” Sisi kepalanya digaru Annur bingung.
El lepas gelak. “Sorry, akak sebenarnya dah kahwin.”
Annur mengangguk.
‘Coolnya dia!’ “But baru-baru ni, dia dah kahwin lain tanpa bagitau akak. Akak kira nusyuz
ke?”
Hujung hidung diketuk jari telunjuk berulang kali. “Hmm, akak punya stori tak clear
sangat.”
“Akak sebenarnya dah kahwin. But sebulan lepas kahwin, akak dan suami tinggal asing. Dia
hanya datang saat dia perlukan akak, sehinggalah akak dikejutkan dengan berita dia dah kahwin lain. Hmm..”
Annur tersenyum saat raut serba salah menghiasi wajah Elina. “It’s ok. Annur faham, aib dia
tetap amanah Kak El.”
Tangan El dicapai dan digenggam lembut. “Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di
antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘.
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”
Elina tekun mendengar.
“Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah pula mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya… Perkara-perkara yang menjadikan seorang isteri nusyuz apabila;
i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.
iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.
iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.
v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.
iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.
iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.
v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.
Elina dipandang kejap. “…tapi kita kena ingat, Islam adalah agama yang adil.”
“Maksudnya?”
“Suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad `Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184)
dan pada pandangan Dr. Mustafa al-Khin, ‘suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan.’ (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2;105).”
Air mata yang membasahi pipi Elina diseka lembut.
“Akak tak nak dia jadi nusyuz. Akak tak pernah dendam dengan dia walau dia tak pernah pedulikan akak. Kesakitan-kesakitan lalu dah tak bererti buat akak. Akak just nak kedamaian dan kebahagaian untuk meneruskan sisa hari akak dan memohon keampunan-Nya.”
“Akak tak nak cuba baik balik?”
Dalam sendu bibir mengukir senyum. “…dia anak yang taat. Tak mungkin dia pilih akak untuk kunci syurganya. Mungkin jodoh kami setakat ini. Bahagia tak bererti tanpa derita, cinta tak semestinya bersatu ke akhir hayat, kerana sayang itu ibarat ombak yang terkadang surut dan adakalanya pasang kembali.”
*******
Seusai mengaminkan doa, kaki melangkah menuju ke pintu lungsur. Dengan masih bertelekung solat, balkoni bilik dirapati. Mata hilang ditengah dada langit yang indah bercahaya ditengah-tengah kelamnya.
Tiada indahnya dunia
tanpa pengabdian pada-Mu Ya Rabb
Resah, gelisah
gundah, gulana
penyeri hidup
kerana hati yang jauh dari redha-Mu
Tangisan dan keluhan,
terpahat erat diulas bibir saat ujian-Nya menyapa
kerana tauhid pada qada dan qadar-Mu hanya sekadar lafaz dibibir
Penghidupan ini hanya persinggahan
kerana setiap yang tercipta itu ada pasangannya
sepertimana saatnya sihat kan adanya saat sakit,
saatnya tangisan kan adanya senyuman,
saatnya yang hidup kan pasti menemui ajalnya
Pada apa harus diserah jiwa raga,
andai semuanya pasti hilang saatnya tiba
Sedang DIA yang kekal abadi,
tetap setia menanti
………………………….
“Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuh”
Seusai salam, mutiar jernih gugur menitis dari kelopaknya. Dalam sendu yang tak terungkap, bibir lembut mengalun zikir.
Tuhan dulu pernah
aku menagih simpati,
kepada manusia,
yang alpa jua buta.
Lalu terheretlah,
aku dilorong gelisah.
Luka hati yang berdarah,
kini jadi kian parah.
Semalam sudah sampai,
ke penghujungnya.
Kisah seribu duka,
ku harap sudah berlalu.
Tak ingin lagi,
ku ulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati.
Tuhan
dosaku menggunung tinggi
tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku,
hanyalah setitis nikmat-Mu dibumi
‘Ampuni aku Ya Illahi, terima taubatku Ya Rabbi. Tunjukkan aku jalan yang lurus, pimpin aku menuju al-Jannah-Mu. Moga pengakhiranku dalam keredhaan-Mu.’
Dibilik yang berasingan di rumah teres dua tingkat itu, sinar cahaya air mata syukur memancar indah, tumpah pada yang Berhak.
******
Elina Humaira – Kematian itu pasti, tiap kali detik itu menyapa, air mata laju beranak sungai dipipi. ‘Sungguh aku takut Ya Rabbi, bagaimana harus pemergianku penuh ketenangan, sedang maksiatku sebesar alammu.’
Megah dunia glamour yang dulunya mampu menerbitkan senyuman, kini bagai mimpi ngeri yang terlayar suram menghiasi hari. ‘Kau berilah petunjuk-Mu pada ku Ya Tuhan.’
Wahai insan yang bernama wanita
dunia glamour yang menjadi dambaan.
hanyalah secebis dari omongan kosong yang terselit penuh dengan kepalsuan.
Jika kau mengharap bahagia padanya,
tak kan pernah kau temuinya.
Hanya duka dan sendu,
yang kan menemani hari-harimu.
Saatnya dipuncak,
kau pasti tersenyum megah.
Percayalah,
kan tiba masanya,
kau hanya tak ubah seperti melukut ditepi gantang
disepak bila tak diperlu,
diherdik bila salah,
dicaci bila susah.
Adakah bahagia itu yang kau cari?
Adakah gemilang itu untuk bekalan-Mu disana?
Selagimana hatimu punya rasa,
saat cahaya-Nya mengintai disudut hatimu
lekaslah pulang ke pangkal jalan
bimbang cahaya itu tak lagi sudi singgah,
hatta sekadar untuk menjenguk.
Annur Insyira – Perjalanan masih belum tamat, selagi mana nadi masih berdenyut. Langkah kaki yang tetap tak pasti, kerana Iman itu sentiasa bertambah dan berkurang.
Di sebalik ulas senyumannya, terselit seribu lakaran duka. Wanita yang disangka gadis yang berusia 25 tahun ini masih bertatih dalam menggali tentang makna sebuah kehidupan. Walau luarannya teguh, tapi disudut hatinya hujan air mata yang mencurah tak henti mengalir.
Being a rose with the thorn, it’s pain. Being a shadows when rains come out, it’s beautiful. Being a star at a dark night, it’s hard. But, all it’s need just a time.
21:45;191111–nk
menarik cerpen ni. Teruskan berkarya.
ReplyDeleteTerima kasih ats sokongan:) insyaAllah selagi diizinkanNYA. Barakallah:)
Deleteassalamualikum..
ReplyDeletealhamdulilah..Allah SWT bagi akak bagus dlam penulisan dan akak gunakannya dgn sebaik mungkin..
alhamdulilah..teruskan usaha ni
faz
Waalaikumusalam. Alhamdulillah for HIS giving:)
Deleteterima kasih ats sokongan. Barakallah:)