Sleepy Guy Who Answers Bell After Six Rings
“Adib!”
Kaki kiri yang menongkat daun pintu dengan mulut bersumbat pamphlet dipandang kalih ke arah kaunter. Kening kanan dijongket.
“Jangan lupa ambikkan baju Kak Fina!”
Kaki dikalih, pintu terus tertutup.
“Budak ni la, orang tak habes cakap pun lagi!” Farha geleng kepala.
*********
Enjin motor dimatikan. Kertas kuning ditangan diteliti. ‘Asal la asyik dia ni yang buat order!! Haisyeh!’ Hujung tudung ditiup kuat.
Ting! Tong!
Hampir lima belas minit tercegat bagai patung cendana, Adib mengetap bibirnya kuat. ‘Haisyeh-man!’ Bibir diketap geram.
“Bismillahirahmanirrahimmm’ Door bell ditekan buat kali keenam, dan juga terahir kalinya dek kesabaran yang dah hilang dibawa angin monsoon kus-kus.’
“Who’s that?”
Adib terkebelakang. ‘Omooo, serabai tak hengat!’
“Your delivery Sir.”
Mata digenyeh berkali. Rambut panjang yang menutupi dahi meragukan identiti sebenar tuan punya badan.
“How much?”
“Sepuluh hinggit lima puloh sen.”
“Huh?” Kepala spontan tegak.
Adib jungkit kening. ‘Pekak badak ke hape?’
“How much?”
“RM 10.50 sir.” full english accent.
“Hold on.”
Angguk.
“Here’s your money.”
“It’s…”Pintu yang berukiran kayu tertutup seinci dari batang hidungnya.
“Omooo!” ‘Huh, seb baik tak patah hidung mancungku! Haillam betoi!’
Duit kertas sepuluh ringgit ditangan ditenung lama. ‘Naseb la badan.’ Malas nak berbahas, malas nak cedera hati, tubuh dikalih pusing, berlalu pergi.
*******
Pintu kaca ditolak perlahan.
“Settle?”
Angguk kepala.
“Penat?”
“Sick-off!”
Farha gelak. “Apa pulak kali ni?”
Kaki terus melangkah ke sofa, tak lagi mempedulikan si Farha yang sebok dok gelak.
“Aku pi belakang sat, tolong tengok kaunter jap.”
Adib yang sebok menyelongkar duffel bagnya dipandang sekilas sebelum dirinya hilang dibalik tirai pemisah.
************
“Bila kau sampai?” Tangan yang sibuk menyental rambut terhenti.
Kepala diangkat dari buku. “Lepas Asar.”
“Awalnya!”
“Delivery tak banyak.”
“Ouhh. Dah makan?”
Kepala diangguk. Mata masih melekat didada buku.
“Kau dah tak pakai skoot aku kan?”
“Yup.Thanks.”
“Okie.”
Hampir setengah jam mengadap buku yang setebal tiga inci, kepala direbah ke sisi meja, menyerah kalah.
‘Huarghh, penatnya!’ Mata digosok berulang kali.
Perlahan kerusi ditolak ke belakang. Kaki dibawa ke dapur. Peti ais diselongkar laju. ‘Mak aihh, kering kontang! Ais krim pun jadi la.’
Ais krim potong ditangan kirinya digigit rakus. Remote ditekan laju. ‘Haimaa, langsung tak terpikat!’ Ibu jari terus menekan butang off. ‘Yes! Aman, makmur.’
Buku nota kecil empat seginya dicapai. Kaki dah diangkat bersila. Tangan mula berlari didada buku. Khusyuk yang amat!.
<-----sleepy guy who answers bell after six rings! Sangat annoying!!--‘
<----selalu hempap pintu before sempat ku tuntut baki lima kupang yang always dia diskaunkan untuk diri sendiri!
<----selalu jer tak faham bila aku cakap melayu! Mat salleh malii ke hape?
Dalam tak sedar, bibir tak lekang dari sengihan.
“Hoi!”
“Omoo, mak hang bersila!”
Jiha gelak. “Pesal kau sengih macam orang ilang akai?”
“Bagi salam la cik kak!”
“Dah dekat 78 kali aku dok laung dari tadi.” bibir dijuih ke depan.
“Yea, yea jer!” tubuh dibetul letak.
“Kau buat per yang khusyuk makyus tu?”
“Nothin!” kepala digeleng ke kiri ke kanan. Kedua-dua tangan dibawa ke belakang kepala dan bunyi urat meletup melegakan lenguh pinggangnya.
“Ye la sangat, siap tersengih macam baru lepas kena hempuk je gaya.”
“Saje exercise mulut. Tak ler kaku nak tayang sengih kat customer nanti.”
Jiha geleng kepala. ‘Bukan boley layan sangat dak freaky sorang ni.’
************
Kaki pantas berlari ke pondok telefon. Nafas ditarik perlahan. Jari pantas berlari dibutang nombor. Peluh yang mula membasahi dahi diseka jari telunjuk.
“Assalamuallaikum.”
“Waalaikumusalam. Mak! Ni Lala ni.”
“Haaa, kamu kenapa? Macam kena kejar dek anjing je.”
Bibir tarik sengih kerang. “Dak aiih, Lala nak bagitau duit bulan ni Lala dah masukkan dalam akaun Mak. Boleh la Mak bayar yuran angah dengan achik nanti.”
“Ye. Terima kasih la Lala. Menyusahkan kamu je. Duit gaji Mak ni pun dah cukup, tak payah lah kamu hantar lagi. Kamu pun tengah belajar, mana nak kerja lagi.”
“Tak pe Mak. Part-time jer tu, tak de menyusahkan pun. Lala nak gerak dah ni, kirim salam semua. Mak jaga kesihatan, Assalamuallaikum.”
*************
“Asal lambat?”
“Jalan jammed.”
“Huh?” Mata tepat mendarat di muka Adib. ‘Buang tebiat tak sedar ke hape minah ni? mana
de traffic light pun area ni!’
Bahu dijungkit. Kaki laju melangkah melintasi Vian.
*************
“Order?”
Helaian kertas kuning dihulur. “Lapan.”
Kepala mengangguk pantas. “Orite.”
“Jangan lupa baju Kak Fina!”
‘Again!’ Kepala tergeleng kecil. ‘Most complaining-funny-sarkastik-ordering person!’
*************
Kaki terpaku tatkala rumah banglo dua tingkat terbentang megah didepan mata. ‘Apesal la sleepy guy ni je keje mengodernya?!’
Dengan malas, kaki dipaksa melangkah. Bell di gate ditekan. Jari mula membilang. ‘Yeah, this is a final countdown!’ Butang bell ditekan kuat kali keenamnya.
“Yes?”
Dada diurut perlahan.
“Your delivery Sir.”
“Ouh! Hold on.” ‘As usual…’
“Here’s your money.”
Kaki pantas berundur dua tapak.
“Dum!”
‘Yeah! As usual.’ Note sepuluh ringgit ditangan dipandang sayu. ‘Anggap je la kau
bersedekah Adib oii!’
***********
Hujan yang mulai lebat mencurah ke bumi, memaksa Adib mencari tempat untuk berteduh.
Badan yang hampir separuh basah terkena hujan mula mengigil. Telapak tangan digosok berulang kali. Jam ditangan kiri dikerling sekilas. ‘Alamak!!’
“Taukey, boley pinjam itu fonsel?”
“Ayaa amoi, lu banyak basah.”
Bibir tarik sengih peace. “Lama tak main hujan la Taukey.”
Taukey gelak besar. “Lu banyak funny la. Sila, sila.”
“Toche Taukey! Lu manyak baik hati lorr.”
Kepala digeleng dengan gelagat Adib.
“Assalamualaikum Fina Bakery disini. Boleh saya bantu?”
Kepala spontan keluar aura jahat. “Haiyaa amoii, lu manyak bising lor. Gua mahu complain lu punya service!”
Vian cuak. “Sorry Miss, ada apa yang boleh saya bantu?”
“Haiyaa, apa miss miss gua dah ada anak empat la amoi. Lu bikin gua hot ja!”
“Adib!!!”
Di sudut kedai lot simpang tiga Adib pecah gelak.
“Uid, aku stuck dalam hujan ni, korang cabut dulu la.”
“Kau kat mana?”
“Kim salam maaf zahir, batin kat bos. Tak sempat nak ambik baju dia. Adios.
Assalamuallaikum.”
Klik.
“Adib!!” ‘Ishk-la budak ni!’
***********
Adib yang penuh teruja memerhati deraian hujan yang membashi bumi direnung pelik.
“Lu manyak suka sama itu hujan ka?”
“Huh?” Kepala dikalih mengadap taukey.
“Muka Lu manyak bercahaya bila tengok itu hujan.” Jari telunjuknya ditunding ke arah hujan jatuh.
Hujung hidung digaru spontan. “He he he..”
“Itu hujan, manyak olang tara suka. Gua punya bisness pun manyak rugi bila itu hujan
turun.”
Adib terkedu. Hati beristighfar lembut.
“Tanpa hujan, gersang la bumi, matilah seluruh tanaman dan ternakan. Jadilah bumi ibarat
padang pasir, gersang dan haus. Mungkin pada manusia yang mewah, ianya hal yang sangat tidak menyenangkan. Tidak bagi kami insan yang daif yang hanya bergantung hidup pada kurniaan indah ciptaan-Nya. Hadirnya hujan, menitiskan mutiara kesyukuran. Datangnya siang, jasad berzikir keharuan. Sapanya sang angin menyamankan tubuh yang berkeringat.
Tibanya malam, tubuh sujud berterima kasih. Tanpa hujan, kita tak kan dapat melihat
pelangi.
Dia-lah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap. Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu.” [Al-Baqarah:22]
Taukey terkedu. Adib dipandang lama. Dada terasa dingin, seakan salju mencurah.
“Lu naek motor pakai itu baju kurung, bukan menyusahkan ka?”
Bibir melontar senyum. “Gua dah menyelamatkan itu orang lelaki.”
“Apa pasal?”
“Bila gua pakai ini baju, diorang tak kan pandang gua dengan nafsu membuak. Bila nafsu
diorang terpelihara, kes rogol tak kan berlaku, dunia akan aman, polis pun bahagia ja.”
Taukey terangguk sendirian.
Adib bangun dari duduk. Langit yang tadinya mendung kini berarak cerah. “Taukey, gua jalan dulu. Terima kasih kasi pinjam itu fonsel.”
Taukey angguk. “Senang-senang lu singgah la sama kedai buruk gua ni.”
“Orite taukey! Jangan lupa pelangi yang akan muncul kejap lagi.” Tangan dilambai, sebelum tubuh hilang di arus jalanan.
**********
“Nak pergi mana?”
Kepala dikalih seketika. Tangan tangkas bekerja.
“Adib?”
“Tolong bagitau lec aku emergency leave. Nanti aku explain.”
Kaki laju melangkah, tak lagi menoleh. ‘Ya Tuhan, selamatkan perjalananku. Ibu, tabahlah hatimu.’
***********
Hati tak mampu lagi menunggu. Langkah kaki dipercepatkan, Ya Allah s.w.t, aku berlindung hanya pada-Mu.’
“Assalamualaikum.”
Tak bersambut. Hati makin berdebar. Kaki pantas memanjat anak tangga kayu yang separuh usang.
Kaki terpaku. Beg terlurut jatuh ke lantai. Raut wajah ibu yang basah menujah dada. ‘Hati, sabarlah, sesungguhnya Dia bersamamu.’
“Along!” Em terkejut dengan kehadiran Adib.
Adib masih terpaku, tak berganjak walau seinci.
“Lala Adiba!” Ibu menerpa pantas.
Adib kaku tak berganjak. Tubuh lampainya yang dipukul Ibu seolah tak terkesan.
‘Oh Tuhan, ampuni aku kerana parut luka yang aku toreh di hati Ibu.’
“Kenapa Lala buat Ibu macam ni? Ke mana hilangnya Iman kamu Lala? Tak takut pada-Nya?” Tubuh ibu terlurut jatuh ke papan lantai.
‘Kuatkan hamba-Mu ini Tuhan..’
“Kenapa ni Em?” Bibir memecah kebisuan.
Emran mendongak memandang mata Alongnya. Sesaat kepala dikalih ke ruang tamu rumah.
Kornea mata mengekor gerak kepala Emran. Keningnya berkerut spontan. Pelik dengan kehadiran tiga susuk tubuh di ruang tamu rumah usang arwah ayahnya.
“Cakap bagi clear boleh?”
Emran tertunduk, tak berani melawan pandang.
‘Ehem!’
Mata beralih ke arah pemilik suara itu. Tajam menikam.
“Iqram Ashfan.” nadanya keras dan dingin, tapi tetap rendah.
Sepi.
“Maaf atas kehadiran kami” Wanita anggun yang bersimpuh disebelah sang suami mencelah.
“Puan, maafkan kami. Biar saya bincang dengan anak saya, Lala.” Puan Latifah menyampuk pantas. Tubuh Adib pantas diheret ke bilik.
“Kenapa Bu? Lala tak faham.” Mata ibunya direnung tepat, bingung.
“Mereka datang nak selamatkan maruah kamu.” Hujung baju kurung di sapu ke mata.
Dahi berkerut hebat. “Selamatkan maruah? Kenapa?”
Ibu pandang Adib lama. “Seluruh kampung dah bercakap pasal kamu Lala!”
Adib tarik nafas. ‘Sandiwara apakah ini Ya Allah s.w.t.’ Dadanya senak.
“Kartini dah cerita semua kat Ibu.”
Mata dipejam rapat. ‘Andai ini kifarah-Mu buatku Ya Rabbi, pasrahkan aku.’
“Walau kita miskin, Ibu tak pernah ajar anak Ibu perkara terkutuk dan dilaknat Allah s.w.t. Duit bukan segala-galanya Lala. Hati Ibu hancur lumat Lala, ibu asuh dan belai kamu bak permata, namun kaca yang Lala hadiahkan pada Ibu. Puan Latifah teresak dihujung katil.
Kenapa murah benar harga dirimu? Diserah bila dirayu, didagang bila terdesak? Biar mati dek kelaparan Lala! Dari mati dalam kehinaan pada-Nya!”
‘Air mata hina ini tak kan pernah membasuh luka yang terpahat di hati Ibuku Ya Rabbi.’ Dia kalah, untuk merayu agar didengar, untuk menegak apa yang tidak dia buat!
“Maafkan Lala untuk penghinaan yang Ibu telan, ampunkan Lala untuk kata-kata cercaan yang dilempar buat Ibu.” Tangan tua si Ibu dicapai dan dicium lama.
‘Ya Tuhan, andai kebahagiaan itu dapat digapai tanpa harus derita menyapa, pasti tiada air mata syukur gugur buat-Mu.’ Hati yang berbisik sayu, tak mampu dipujuk.
Air matanya gugur jua menitis ke tangan si Ibu. ‘Andai luka itu bisa terparut hanya dihatiku, betapa air mata ini kan tersenyum bahagia Ibu.’
Dan padamu ku berserah, Tuhanku.
Dan padamu ku berserah, Tuhanku.
*********
Langkah terhenti. Tubuh disimpuh tidak jauh dari tetamunya.
“Lala, kami..” Puan Rania bersuara.
Belum sempat katanya disudah,
Belum sempat katanya disudah,
“Maaf atas segala yang berlaku. Kisah yang tak pernah tercatat di mahar-Nya, kisah yang
merobek sekeping hati tua. Jua kisah yang mengheret diri tuan, dan puan sekeluarga.”
“Lala, kami ikhlas.”
Kepala diangkat dari papan lantai.
“Ikhlas pada sebuah fitnah?”
Puan Rania terdiam.
“Maaf. Niat baik Puan bukan jalan penyelesaian. Mungkin ianya mampu menutup maruh yang dah tercela itu. Dan pastinya akan membuka ruang tohmah yang tak kan kunjung putusnya.
Mana mungkin enggang bisa terbang seiring dengan pipit. Mungkin hari ini Puan mampu menelan tohmahan-tohmahan itu, namun belum tentu untuk sepuluh tahun mendatang. Pengakhirannya, maruah itu tetap bukan milik kami. Dan tubuh usang itu tetap akan dicerca, malah dipandang sinis, digelak hina.”
“Mungkin awak cukup hebat untuk menghadapinya, bagaimana tubuh usang itu?” Lelaki dingin itu bersuara
“Yang miskin selalunya lemah. Seolah hak itu tak punya harga buat kami.”
“Ini bukan soal hak Cik Lala Adiba, tapi soal maruah! Soal hati seorang Ibu!”
Mata Iqram Ashfan dipandangnya tajam. “Apa guna Iman didada, andai yakin pada-Nya tiada? Apa guna lafaz syahadah, andai diuji terus menyerah kalah? Apa guna doa sebagai senjata Mukmin, andai musibah menyapa tak putus menyalahkan takdir? Apa guna lahirnya sebagai Islam, andai Islam itu hanya sekadar pada nama?”
Mata jatuh ke papan lantai. ‘Ya Allah, tabahkanlah hamba-Mu ini.’ Nafas ditarik, berat!
“Jika kedatangan tuan, puan mampu menyelamatkan maruah kami, ianya atas kehendak Allah s.w.t. Dan tak kan mungkin saya mampu menolaknya, walau berkali hati menidakkan.
Maafkan bicara yang mengguris rasa. Saya perlukan masa, terima kasih untuk budi yang tak terbalas. Assalamuallaikum.”
Ruang tamu ditinggalkan. Kaki terus melangkah tanpa henti, seakan menempa jalanan yang lurus.
“Ayah, maafkan Lala untuk parut di hati Ibu. Lala nak jadi sekuat ayah, bersabar walau sering ditohmah, senyum walau hati menangis, tenang walau jasad lelah, kembali sujud pada-Nya saat dinginnya pagi menyapa.
Bukan ego yang Lala julang, tidak hati kecil Ibu sebagai gadaian. Peritnya sebuah kehidupan mengajar Lala erti kebesaran-Nya. Indahnya palsu dunia, mendekatkan Lala pada kalamullah-Nya. Pada siapa Lala harus bergantung harap, andai bukan pada-Nya.. Disaat Lala sakit, disaat Lala lelah, disaat Lala tak mampu melangkah, Dia menyembuhkan, Dia yang mendakap erat, Dia yang menguatkan semangat. Hanya Dia yang selalu ada, hanya Dia, Allah s.w.t.”
Air mata laju menuruni lekuk pipi.
Dan dari kejauhan, mata itu tak lepas memandang.
*********
Di kedinginan malam, raut wajah tua yang terbaring lesu direnung lama. Jejari seakan tak mampu diam kaku. Wajah lembut yang lesu itu diusap lembut. ‘Ibu, maafkan Lala.’
Puan Latifah tersedar dari lena. Adib yang basah dalam telekung solatnya ditarik ke pelukan. “Maafkan Ibu kerana meragui Lala.”
“Ibu tak pernah salah dengan Lala. Lala yang banyak melukakan hati Ibu, ampunkan Lala.”
Ibu geleng kepala. “Lala Adiba, anugerah terindah buat Ibu dan arwah Ayah. Kebanggaan Emran dan Syahir.”
Kedua-duanya tenggelam dalam air mata.
*********
“Iq dah hilang akal?”
“Maaa”
“Rania, mengucap sayang.” Encik Farouq bersuara lembut.
“Abang tak dengar apa budak ni cakap? Dia nak bagi tahu penduduk kampung, yang dia upah orang untuk fitnah Lala!”
“Mamaaa”
“Kita dah sedaya upaya nak tolong dia Iq. Dia yang menolak, kenapa Iq pulak yang nak pikul semua fitnah nonsense tu? Macam mana dengan kami?”
Iqram Ashfan tunduk menekur karpet.
“Betul ni keputusan Iq?” Encik Farouq bersuara.
Muka diraup payah. “Dia tak pernah bersalah.”
“Iq pun!”
“Rania!”
Iqram Ashfan tersenyum payah. “Kadang tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Namun itulah jua yang kita kejar, kerana hati yang tak pernah puas dengan apa yang ada. Kadang diri tak sedar, semata kerana menurut nafsu hak mereka yang lemah direnggut kejam. Dunia semakin dalam gengaman, namun kasih-Nya makin kabur dari penglihatan. Segala yang kejam kelihatan baik, segala yang haram kelihatan halal. Dunia semakin dicari, akhirat semakin melambai jauh.”
Puan Rania terduduk.
“Pada si miskin, si kaya menagih pengertian. Pada si miskin, si kaya meminta ehsan bakti. Pada si miskin si kaya tunduk kalah. Pada si miskin, si kaya tak pernah bernilai. Pada mereka si kaya tetap miskin malah tak ubah dari si papa kedana.”
“Papa terima keputusan Iq.”
Kepala yang menekur lantai diangkat merenung sepasang mata milik lelaki gagah yang dia panggil papa.
Kepala yang menekur lantai diangkat merenung sepasang mata milik lelaki gagah yang dia panggil papa.
“Thanks Pa..”
Puan Rania yang terkedu dikerusinya dihampiri. “Maafkan Iq ma..”
**********
“Adib, kek coklat ni!”
Dahi spontan ditepuk kuat. Badan dipusing kembali.
“Lupa!”
“Kau memang! Tak pernah berubah.” Bibir diketap geram.
“Yeah, blabbering!”
Kelibat Adib yang hilang dalam perut kereta dihantar dengan pandangan matanya. Vian geleng kepala. ‘Adib! Adib!’
**********
“Puan, your cake.”
“Oh, thank you so much Adib!”
“Sama-sama.”
“Jangan lupa malam ni yer!”
“Insyallah puan. Saya keluar dulu.”
“Iye.”
Mejanya dihampiri. Duffel bag dilurut dari bahu.
“Hai Dib! Draw dah siap?”
“Hyep! Yang mana?”
“Dapur Datin Ros.”
“Ouh. Jap.”
“Nanti pass kat Leman.”
“Orite.”
***********
“Betul ke ni rumahnya Dib oii?”
“Ye la kot.” Kertas kecil ditangan kembali dibaca.
“Kau biar benar. Sat gi tak ke haru kalo salah rumah? Malu oden!”
Adib tarik sengih. “Bila lagi nak merasa jadi pamesss” Bibir ditarik sengih menampakkan giginya yang tersusun.
“Banyak la kau!” Adib yang menyengih busuk ditinggalkan.
***********
“Assalamuallaikum.”
“Waalaikumusalam. Haa Adib dah sampai pun! Jemputlah masuk.”
“Ye Puan.” Sneaker dikaki ditarik.
“Ape pulak berPuan-puan, panggil jer kak Jas.”
Adib angguk kepala. ‘Mak aih, rumah ke zoo Negara ni!’ Mulut dah terlopong luas.
“Dib, ni bufday party or lawatan ke zoo Taiping?”
Adib geleng kepala. Mulut seakan terbisu akibat terpegun yang melampau.
“Adib, Vina, jemputlah makan.”
“Iye.”
Pinggan pantas disambar.
“Kalau kak Fina pakai sebijik macam budak tu, gerenti aku ingat real lion punyer!” Vina
snigger.
Adib geleng kepala. “Kau ni, luar benua punya otak lor!”
“Seyes beb! Siap dengan kostum tu, memang la meriah sakan birthday party ni! Kau hado?”
Dan gelak pecah.
Dan gelak pecah.
*********
“Sape tu Kak Jas?”
“Mana?”
“Kat meja buffet tu.”
“Ouh, designer akak.”
Kepala mengangguk.
“Kenapa? Kenal ke?”
“Seems ya.”
“Pergi la tegur, mana tau member lama ke?”
Jam ditangan kiri dikerling. “Iq balik dulu, esok flight pagi.”
“Ok, take care. Kirim salam kat Ma ngan Pa.”
“Insyallah, Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
*********
“Makin lawa anak Ibu ni.”
Adib tergelak. “Ibu bodek Adib eh?”
Puan Latifah tersenyum. Rambut Adib diusap kasih.
“Ahad lepas ada orang bertandang, berhajatkan anak ibu ni.”
Senyap.
“…kalau Adib setuju, bulan sebelas majlisnya.”
“Ibu setuju?”
Bahu Adib ditampar lembut. “Apa pulak tanya Ibu!”
Adib gelak. “Pilihan Ibu kan terbaik. Mana la tahu, dia macam arwah Ayah..” Rindu!
“Insyallah.” Mata tua nya di pejam rapat. 'Abang, Ti rindu abang..'
“Really?” Adib bangkit dari pembaringan. Ibunya dipandang lama.
Puan Latifah tersenyum. “Kadang apa yang kita lihat, tak sama dengan apa yang kita rasa.
Kerana mata kita sering tertipu. Istikharahlah. Insyallah, Dia permudahkan.”
Adib mengangguk perlahan.
**********
"Lalaaa"
Pintu diketuk berulang kali.
“Kejap Bu.”
“Mentua kamu dah nak balik ni.”
“Yea bu jap jap.”
***********
Kepalanya terteleng ke kanan kiri.
“Mana Ibu?”
“Kat bawah. Cepatlah Along, dari tadi diorang tunggu.”
Kaki pantas menuruni tangga rumah.
“Haa, muncul pun pengantin.”
Adib sengih kerang. ‘Alahai perut, ni semua salah engkau!’
“Papa pulang dulu. Jaga diri.”
Kepala diangguk. Tangan Bapa mertuanya disalami.
“Cantik anak Mama ni.”
Suara lembut itu menghantar refleks ke otak lalu kepalanya spontan dikalih ke sisi kanan. Dan rahangnya terbuka luas.
“Puan?” Adib bingung. ‘Apakah??’
Adib ditarik ke pelukannya. “Terima kasih kerana terima anak Mama. Terima kasih kerana
sudi jadi menantu Mama dan terima kasih untuk pengertian tentang sebuah kehidupan.”
Adib terkaku cuma. Tiada lafaz yang terkeluar dari bibirnya. ‘Am I dreaming?’
Puan Latifah memandang kelibat kereta besannya sehingga kelibat itu hilang ditelan kepekatan malam. ‘Alhamdulillah Ya Allah s.w.t, Kau permudahkan segalanya.’
Kaki mula menyusun langkah. Tubuh gempalnya terus melanggar tubuh Adib yang masih kaku ditempat berdirinya.
“Kamu ni kenapa?”
Bahu Adib digoncang perlahan.
“Huh?”
“Yang Lala terpacak tengah-tengah alam ni apa pasal pulak? Dah pergi naik. Tak elok lama-lama kat luar.”
Kepala spontan mengangguk. ‘Kau tak mimpi la Dib!’ Kepala digeleng kuat. ‘Tapi tu kan memang Puan yang hari tu kan? Ke salah orang? Salah orang kottt..’ Kepala sekali lagi mengangguk laju. ‘Pelanduk dua serupa jer dib!’ Tubuh dipusing, menghala ke dalam rumah.
“Haaaa”
Adib terkebelakang. “Omoo!”
“Sorry, sorry Long!”
Kepala digeleng. “Dah kenapa kamu tercegat belakang ni?”
“Abang Iq cari Along.”
“Huh?”
“Dia kat bawah.”
“Sape?”
“Abang Iq.”
“Ye! Sape tu?”
Em ternganga. ‘Biar betik Along aku nie!’ “Your husband laaa!”
Kepala dicondong ke kanan. Sesaat..
“Ouh!Okie.”
Emran geleng kepala.
*********
Mata melilau ke sekeliling dapur.
‘Tak de pun.’
Kaki dah berkira untuk melangkah sebelum namanya diseru dari belakang.
“Lala..”
Dada diurut perlahan. ‘Haimaa!’
Kepala dipusing kalih.
“Awak?”
“Saya?”
Liur ditelan. “Kenapa awak ada kat sini?”
Jari telunjuk tepat ke dada sasanya. “Me?”
Kepala diangguk.
“Ouh, saya kahwin hari ni.”
“Ouh! Tahniah.”
Kepala diangguk dengan senyuman lucu dihujung bibir. “Thanks.”
“Nice dress.”
Adib pandang baju ditubuh. “Not mine. But thanks.”
“Sure.” Iqram Ashfan snigger.
“Chopp!” Kepala dah naik turun. Sekejap melekat dibajunya, sekejap di baju Iqram Ashfan.
‘Jangan cakap dia yang aku kahwinnnn.’
“Kenapa sama?”
“Tak kan nak pakai warna lain-lain? Macam kahwin perang la pulak.”
“Tak.” Kepala digeleng laju. “Jangan cakap awak kahwin dengan saya!” Terkeluar juga
akhirnya.
Iqram Ashfan mengangguk.
Adib jatuh rahang. ‘Omoooo!’
*********
“Rushingnya.”
“I’m late!”
Vian kerut dahi. “Bukan Iqram fly-out ke?”
“Jap lagi dia sampai.”
“Ouh! Patut laaa”
“Adioss. Assalamuallaikum”
“Waalaikumusalam”
*********
Ting! Tong!
“Sayang, tolong get the door.”
“Ok.”
Asam pedas ditinggalkan. Kaki pantas melangkah ke ruang tamu.
“You delivery Miss.”
Adib kerut dahi.
“Delivery eh sayang?” Iqram bersuara sayup dari tingkat atas.
“Yupp”
“Suruh dia tunggu jap.”
“Kejap yer dik.”
Kepala diangguk.
Bahu Lala dipeluknya dari belakang. “Sorry a bit late. How much?”
Adib hanya diam memerhati.
“RM10.50 sir.”
“Here.”
Pintu berwarna putih itu terus ditutup. Suara budak penghantar yang menuntut baki lima
kupangnya masih kedengaran diluar rumah.
Adib kaku.
“Sayang?”
Perlahan kepala didongak memandang Iqram Ashfan. Lama matanya hilang dibalik anak
mata sang suami.
“Ok tak ni?”
“Are you the sleppy guy who answers the bell after six rings?”
Iqram Ashfan tergelak.
“…and the stingy guy, that never pay enough but keep ordering!”
“Yuppp!”
Adib speechless tahap beruang. ‘What a small world!’
“Cantik sayang lukis gambar Iq.”
“Gambar?”
“Your little book note.”
“You did it???”
“…'ter' la sayang...”
“Iqram Ashfan!”
Kedua-duanya saling berkejaran…
‘Terima kasih untuk pelangi terindah-Mu Ya Rabbi.’
********
Iqram Ashfan – Kebahagiaan bak permata dilautan, sukar dicapai, payah digenggam dan tak mungkin di warisi.
Lala Adiba – Kebahagiaan tak mungkin bisa dirasai andai hati tak mengenal makna derita. Ujian dari-Nya tak mungkin menjadi kifarah atas dosa-dosa lalu, andai persoalan sering terungkap dibibir. Kadang tak semua persoalan punya jawapan, sepertimana Allah s.w.t sembunyikan pelangi di balik hujan.
“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah s.w.t Maha Mengetahui segala sesuatu.” [At-Taghaabun:11]
–nk
best!
ReplyDeletegaye tulis cam hlovate sket
papepon troskn usaha ^_^