sebuah tangisan~
Tangisan jenuh membuat hati pilu,
jenuh kerana kurangnya rasa syukur,
sedangkan diri diuji,lalu timbulnya iri,
iri yang merosakkan hati,membuatkan hati mati,
iri yang merosakkan hati,membuatkan hati mati,
bukan kerana mengingati mati,tetapi kerana kurang meyakini,
segala yang dah tercatat dilauhul mahfudz dari Ilahi,
beruntungkah terus menyalahkan diri sendiri,putus asa lalu menjauhkan diri dari Ilahi?
Cuba tanya pada dirimu...
Apakah doamu selama kau bernafas tidak pernah makbul?
Amal apakah yang terlalu hebat kau lakukan hingga kau menjauh?
Menjauh dari Ilahi hanya kerana pintamu kau merasa belum terjawab kali ini?
Sedangkan Dia Maha Tahu,
untukmu apa yang terbaik,
amalmu masih belum cukup,
sedangkan sedar atau tidak kau selalu mengundang murka dari-Nya?
Namun Dia masih mengasihanimu...
Apakah kau tidak merasa malu
menyalahkan takdirmu?
Seolah engkau insan malang,
hanya kerana pintamu belum termakbul...
Jelas engkau tidak tahu merasa syukur....
Semoga tabahkan hatimu,
menerima takdir yang telah berlalu...
Jangan ditoleh ke belakang untuk menyesali,
kerana itu hanya mengundang kebencianmu pada diri,
tapi toleh pada silammu,
untuk kau petik pengajaran masa silammu,
kerana takdirmu hanya Dia yang tahu,
jangan dipinta apa yang kau mahu,
minta kebaikkan untuk agamamu,
sejahtera dunia dan akhiratmu,
tak termampu sujud kalau untuk hapuskan dosa-dosa yang lalu..
namun sebesar mana dosa manusia..
besar lagi pengampunan Allah s.w.t....
namun sebesar mana dosa manusia..
besar lagi pengampunan Allah s.w.t....
Bila Allah cepat makbulkan d0amu,
maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu.....
maka Dia sedang mengujimu
Bila Dia tak makbulkn doamu....
Maka dia merancang sesuatu yang lebey baik untukmu...
Bersangka baiklah pada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah s.w.t mendahului kemurkaan-Nya~
maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu.....
maka Dia sedang mengujimu
Bila Dia tak makbulkn doamu....
Maka dia merancang sesuatu yang lebey baik untukmu...
Bersangka baiklah pada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah s.w.t mendahului kemurkaan-Nya~
waallahu'alam~
Comments
Post a Comment