...i'M not a stOry tEller...i'm jUst a storyLean daT's full wIth raMble...
Bab4
Ad menapak semakin menjauh dari blok yang menempatkan bilik prof Amir. Suara Meaghan smith dengan ‘Here comes your man’ memekak paras maximum ditelinga. Otak dah penat nak tafsir persoalan baru yang muncul dibenak. Perut dah rasa so peckish !
Tekak dah ditahap dehydrate, tak semena chip choc dazz menjelma melambai-lambai ke arahnya. Ad geleng kepala 7 saat. “Hape ke luaq galaksi ko pikiaq ni Ad !”. Langkah kaki dilajukan. Awan kelihatan mendung menandakan senja bakal berlabuh.
“Ad !!”
Pekik Fia lantang. Terus melompat turun dari katilnya dan menerkam si Ad yang baru muncul dengan separuh badannya masih dibalik pintu bilik.
“Huh ?” senafas nada terlontar dari bibir si Ad.
“Sori…sori…aku sebenaqnya dah tak sabaq nk dengaq citer ko !” Fia tayang sengih menggoda.
“Biler masa, waktu plus ketika aku jadik story tunner nih ? Ko kena sawan eh Fie ? Nak aku call Ijat ke ?” Ad tayang muka habis concern.
Kakinya mula melangkah masuk. Tote bag dibahu dilurut. Mata melirik kearah jam yang terletak disisi katil. Kaki dah memanjat katil, sila ditarik, telekung di kepala ditarik, earphone still elok tersumbat ditelinga. Pangkal hidung ditekan 7 saat, jam dilirik sekali lagi. ‘Dah nak masuk waktu Maghrib...’
Hajat Fia pada asalnya mahu mempersembahkan bakat suara soparnonya terus dikanselkan, bila mana melihatkan gaya Ad. Faham sangat dengan gerak laku si Ad… ‘Minah nie di zon merah, so jangan dijolok sarang tebuan yang aman damai tu Fia ! Tak pe-tak pe...sat lagi aku tanya’ hati bermonolog sendirian.
“Mia mana ?” rendah Ad bertanya.
Fia pandang Ad 3 saat. “Keluaq kot. Aku balik tadi dia dah ‘disappeared’ as usual.”
Ad gelak ala tenggiling. ‘Tak tahan tul dak sorang nie ! kelurusan ngalahkan bendul mak ngah Siah ! Sabaq je la aku.’
“Awat ko gelak gaya Voldermot nie ?” Fia tarik muka.
“Yang muka ko serius tahap makyus tu pekejadah ? Macam la sulit giler soalan yang aku tanya ! haru…”
“Eh ?” Fia sengih sumbing.
“Aku ingatkan ko marah, gaya muka pun dah buat aku cuak. Aku pura-pura serius la, kang aku memain…buat nyer ko sedekahkan the kick ko tu pulak. Alamatnyer tak cerna la penghadaman aku seminggu !” Fia sengih kerang busuk, Ad dah bantai gelak guling-guling.
‘Pe ke spesis luar semesta, member ak sorang nie punyer pemikiran. Haru tul !’
“Aku mandi dulu. Layan ko buang karen aku ja !” towel dicapai terus disangkut ke bahu, segala sanak saudara peralatan mandiannya dicapai. Langkah kaki diatur malas ke tandas.
“Ad ! Sat gi kite turun makan kat kafe erk”. Laung Fia lantang.
Comments
Post a Comment