:: harga sebuah cinta ::
L.O.V.E...
Satu perkataan yang sangat sinonim in life...
ada yang bahagia kerananya...
ada pulak yang berduka juga kerananya...
ia memberi seribu rasa kepada sesiapa yang merasainya...
supposedly aku bukan nak elaborate about dat. coz aku pun belom lagi khatam sillibus pasal ni. Tengok chapter-chapter yang ada dalam sillibusnya pun da bagi satu effect yang besar kat otak+mata+hidung+telinga+organ-organku yang sealiran dengannya...*hailloh~* :D
Kisahnyer kenapa tetiba muncul p0p-up dalam kepala otak aku nak tulis pasal benda ni satu jer sebabnya. Honestly, aku heran gegiler kenapa la seorang insan yang bernama wanita ni mudah sangat mengalirkan mutiara yang paling berharga dalam hidup korang semata-mata kerana 'guy'~...disebabkan curiosity aku yang melampau, ni la hasil yang aku dapat...
step 1 : m0de ehem-ehem *sesi perkenalan*
Dalam mode ni macam-macam cara yang guy buat juz nak attract respon dari gurl yang dia berkenan. Kala ni semuanya nampak indah+bahagia, even beringgit-ringgit pulus korang habis demi prbelanjaan 'pengoratan' yang terdiri dari topup+bunga+cokelat+teddy bear+nanny bear dan seangkatan dengannya...
But dikala tu si 'guy' masih lagi mampu tersenyum, hatta saat tu perut dah buat konsert jazz terpaksa dipekak badakkan dan diikat kemas-kemas dengan tali rupee~...
Bagi yang gurl pulak, op-kourse la diorang automaticallynya dapat penyakit baru *Sengih je koje!24 jam sehari plak tu..* sampaikan manusia-manusia di sekeliling korang pun dah nek fenin lalat menegoknya...
Tapi...korang tak heran pun...coz korang tengah dilambung ombak tsunami yang paling 'sweet' dalam fasa hidup korang~...
Bile dua-dua dah pakat dok tenung-tenung+senyum-senyum+sengih-sengih bak kambing tok wan aku...korang pun move la ke next chapter...
step 2 : mode star blink-blink*
Dengan gaya memalu si guy pun cakap la kat gurl yang dia suka "i love you"..
- *Op kourse la dat gurl mesti blushing+mata terkelip-kelip bak opera cina+tersipu-sengih gaya habis penyegan*...almaklum la diorang ni kan spesis lemah lembut lagi gemalai gitu...
Bila korang dah capai kata sepakat, *declare* as couple...
Korang mula la hang out sesama...
ke mana jer korang pergi mesti nak sama-sama, bak slogan cinta korang la.."biarlah kita seHidup and seMati~"...
And start dat day semua member-member korang dah start perasan...
ada yang bisik-bisik tak percaya,
ada yang bisik-bisik kagum,
ada yang ucap congrate`s...
Tapi...korang bukan peduli pun...
Korang terus dengan dunia korang...
sampaikan rumate/housemate/bantalmate korang pun dah naik pekak badak dok dengar korang bersembang tiap-tiap malam...
Tak cukup dengan tu, nak masuk toilet pun korang still 'bermesej', maybe la korang takut partner korang tu kena kidnap kan? or terperangkap dalam toilet ke...*korang mempunyai sifat prihatin yang sangat bgus*...
Korang terus bahagia+hepi together-gether tanpa langsung berenggang...
sampaikan ada member korang pernah tanya korang...
- wei beb! kau tak bosan ke asyik berkepit? asal aku jumpa kau, mesti ngan minah tu...asal aku terjumpa minah tu, mesti kau ade...naik buhsan aku!...
Oleh sebab korang still dalam mode 'full moon', mesti korang rasa bengang tahap cipan ngan member korang tu kan...suka suki jer nak mengutuk aweks/marka korang!
Tapi korang tetap 'cool'...
- ada aku nk kesah? bukannya aku kacau hidup korang pun...
Then, hidup still go on...
bumi terus berputar...
siang beredar, malam pula menjelma...
fasa peralihan yang semua orang akan face...
Saatnya badai menjengah,
yang tenang jadi ribut...
yang tenang jadi ribut...
dan kala itu hati pun mula beralih...
semua yang indah jadik kelam...
yang manis jadik pahit...
kau-kau, aku-aku...
kau-kau, aku-aku...
Janji yang dilafazkan dah tak bermakna...
the guy mula menundingkan jari...
yang lepas diungkit...
yang kini dibandingkan...
*hati korang berubah sepantas perubahan teknologi, sehinggakan teknologi lama yang dah old-date hanya dipandang sepi, malah ada sesetengahnya terus dibuang begitu saje...begitulah hati korang...*
Disudut tepinya tinggallah sekuntum bunga sepi yang dah tak dipandang, yang dah tak berbau wangi, yang dah luntur warnanya...tetapi masih tetap setia ditangkainya...
Biarpun dikeji...
biarpun dicaci...
masih teguh bersama janji-janji~
itulah sekeping hati milik insan yang bernama WANITA...
Bangiktlah wahai insan yang bergelar WANITA...
jangan mencampakkan dirimu pada satu tempat yang akan membinasakanmu,
tempat yang belum engkau ketahui kepastiaannya...
Sedarlah wahai WANITA...
ya...C.I.N.T.A itu lahirnya dari hati dengan kehendak-Nya...
tapi jangan kau lupa wahai WANITA...
itu merupakan sebahagian dari ujianmu...
ketahuilah tiada CINTA TANPA IKATAN yang membawa kebahagiaan,
melainkan hanyalah CINTA SEMATA-MATA YANG BERLANDASKAN NAFSU...
Layakkah titisan air matamu demi seorang insan yang mencintaimu semata-mata kerana nafsunya...?
Jangan pernah engkau menyesali+menyalahkan dirimu semata kerana ditinggalkan oleh lelaki...
Jangan mencari kesalahanmu, jangan menghukum dirimu, jangan memusnahkan dirimu demi rasa CINTA terhadap seorang lelaki...
Pernahkan engkau berfikir dan renungi wahai WANITA...
mampukah seorang lelaki yang kau cintai itu menjaga engkau?
membimbing engkau mencari redha-Nya...?
sedangkan dia yang memacumu ke lembah maksiat yang membinasakan dirimu...
Mampukah seorang lelaki yang kau cintai itu terus setia denganmu tanpa redha-Nya...?
Mampukah lelaki itu menjaga dan menemani hari tuamu?
mampukah lelaki itu mengendongmu saat kamu tak lagi bertenaga?
mampukah lelaki itu terus senyum disisimu saat kamu terlantar kesakitan?
mampukah lelaki itu menjadi ayah yang soleh kepada zuriatmu?
MAMPUKAH MEREKA???
mampukah lelaki itu mengendongmu saat kamu tak lagi bertenaga?
mampukah lelaki itu terus senyum disisimu saat kamu terlantar kesakitan?
mampukah lelaki itu menjadi ayah yang soleh kepada zuriatmu?
MAMPUKAH MEREKA???
Sedangkan kini engkau telah pun dicampak jauh dari hidupnya...
sedangkan mereka yang membawamu ke lembah maksiat...
sedangkan mereka gagal memacu diri mereka di jalan-Nya...
sedangkan mereka gagal mengawal nafsu mereka...
Dimanakah kebahagiaan yang engkau cari wahai WANITA terhadap lelaki-lelaki ini...?
sedangkan mereka gagal memacu diri mereka di jalan-Nya...
sedangkan mereka gagal mengawal nafsu mereka...
Dimanakah kebahagiaan yang engkau cari wahai WANITA terhadap lelaki-lelaki ini...?
"Kalau kita sedang menangis sekarang,
jangan fikir yang ia akan sentiasa berlarutan.
Akan tiba juga panas mentari yang akan menenggelamkan
awan mendung yang bertamu. Kuatkanlah dinding kesabaran, kukuhkanlah benteng ketabahan.
Kerana bayarannya tidak terhitung rasanya..."
Engkau seindah-indah ciptaan Allah s.w.t wahai WANITA...
Peliharalah dirimu...
Jangan pernah lagi menitiskan air matamu hanya kerana seorang 'lelaki'...
Titiskan air matamu kerana menangisi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosamu...
Titiskan air matamu kerana kerinduan yang mendalam kepada DIA, Allah s.w.t dan Rasulmu Muhammad s.a.w..
Titiskan air matamu kerana kedua-dua ibu bapamu...
Titiskan air matamu kerana ujian yang diberikan-Nya...
Sesungguhnya hanya itu yang layak ditangisi air matamu wahai insan yang bergelar WANITA...
~WANITA~
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati...
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri...
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai WANITA, kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati...
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri...
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai WANITA, kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...
Ketahuilah wahai wanita...
lelaki yang soleh itu, tidak akan mengambil apa yang bukan haknya...
Dia menjaga dan melindungi dirimu dengan menjaga pandangan mata mereka...
Dia mendoakanmu dalam setiap solatnya...
Dia memohon dan meminta keredhaan-Nya terhadapmu...
Dia mula merinduimu...dia memohon petunjuk Allah s.w.t
Dia mula merinduimu...dia memohon petunjuk Allah s.w.t
Saat dihatinya mula terbit rasa kasih,rasa cinta...
dia tunduk bersujud kepada-Nya...
Setelah dia yakin...
Dia menyuntingmu untuk menjadi surinya dengan izin-Nya...
Akhirnya,
korang menyemai baja-baja CINTA dengan berlandaskan agama islam dan keredhaan Allah s.w.t
dan
Disitulah bermulanya CINTA KEKAL ABADI yang membawa ke syurga hakiki~
Comments
Post a Comment