Kau dan Aku adalah Kita
Idea:Dari Langit
Kaki yang berjuntai dihayung perlahan. Awan yang biru dipandang tanpa kerdipan.
"Aira!"
Kepala dipusing dengan tubuh yang masih tak kalih posisi. Raut putih bersih dengan tubuh genit yang comel memenuhi kornea mata. Ada garis yang ditarik si bibir. "Hyep."
"Ganggu?"
"Nope." Garis dibibir tak jua lentur
"What do you expect in this life?"
Dahi yang licin bergaris. "Kau ok?"
Nafas dihela kasar. Wajah diraup telapak tangan. "Terngadah dalam larian.."
"Lelah?"
Angguk.
Diam.
Ada burung yang melintasi awan. Sang burung yang terbang bebas. Yang terlihat dek mata membawa rasa dihati, 'alangkah bertuahnya sang burung yang terbang bebas.' Dan hakikatnya, mereka tak bebas. Tak bebas dari dihadapkan dengan ujian. Kala jalan dihadapan tiada siapa yang boleh menjanjikan, lurusnya tanpa rintangan.
"Aira..apa yang kau expect dengan hidup ni?"
Berat. Sebab bilah jawapannya mampu membuatkan si kawan kembali tegak hatta terus tumbang.
Anak mata dibawa lari sebelum dipaku pada raut yang terpeta penuh pelbagai emosi. Terkadang nafasnya ditahan. Cuba tegak dalam peperangan melawan sang hati barangkali -- menahan air mata dari tumpah yang pasti. "Kasih sayang hingga mati."
Kaku.
Riak bingung diwajah yang kaku membuatkan garis dibibir melebar. Kepala ditolak ke atas sebelum ditarik ke bawah. Mengusir bingung dan mematikan andaian dibenak sang teman.
"Kenapa?"
"Sebab aku pernah rasa gelapnya tanpa kasih sayang. Aku cuba meraba untuk mencari DIA. Dan sayangnya aku tak pernah jumpa. Ketika saat aku mula menyayangi, aku disayangi. Dan baru aku nampak, DIA sebenarnya ada dalam aku."
Diam - hanya luaran. Bingit - dalam peperangan hati melawan sang memori yang memutar segala noda dosa dan khilaf tanpa ada sedebu pun yang tertinggal.
"DIA. Tak hadir dalam jiwa yang gelap dengan dendam dan benci, yang penuh iri dan sangka, dan yang penuh dusta dan pura pura." Anak mata hinggap didahan tempat si burung bertenggek. "Sebab Allah Al-Quddus, Maha Suci. CahayaNYA hanya menembusi hati hati yang suci dari dendam dan benci, dari iri dan sangka, dari dusta dan pura pura, walau tetap dosanya menggunung tinggi. Kerana hamba itu pendosa. Yang wajib bergantung harap dan mencari keAmpunan dan keRedhaan hanya dari Tuhannya semata."
"Sungguhlah tak mudah nak jadi sebenar hamba.."
"Sebab Syurga tu mahal harganya."
Angguk. Kepala dibawa ke langit. Masih sang awan tenang berarak. "And, who you wanna be?"
"The people who're in love but not loves in return."
Senyum. Kala gulungan memori semalam terlerai.
"Siapa kau tiga tahun akan datang?"
"Huh?" Walau soalan yang termuntah kedengaran pelik, tetap pau ditangan disumbat ke mulut.
"Student life just will arrive at the top of finish line four hours from now."
"So?"
"Kau. Aku. Dah tak kan tidur sebantal dan sekatil!"
Gelak dalam kunyahan perlahan. "Lumrah yang bernama kehidupan. Yang pergi kan berganti dengan yang lahir. Sebagaimana siang yang pasti berganti malam. Di situ Maha Bijaksananya Allah meletakkan tanda yang kehidupan dunia ini tak kan kekal dan pasti kan musnah."
"Kan..and i will gonna miss your words! Sumpah.." Tubir mata terasa panas. 'Allahu..bukan mudah nak dapat teman yang betul betul boleh diangkat sebagai sahabat..'
"Nanti kita doa banyak banyak for one day yang DIA letakkan kita untuk kembali bersua tu tiba. Dan kau boleh saksi dengan mata kepala kau jawapan yang akan aku beri pada soalan kau."
"Dan siapa kau tiga tahun akan datang?" Teruja!

"Hah?" Rahang seakan terasa jatuh ke tanah. "Why?"
"Sebab aku tak pernah kenal Rasulullah saw. Dan aku tahu kesempatan tu tak kan tiba didunia ni, melainkan at Hereafter soon. Sebab tu aku belajar menjadi sebaik dan seindah akhlaknya Rasulullah saw. Kerana aku tahu setiap laku perbuatan dan tutur kata Rasulullah saw, semuanya dari DIA. Dan kerana Allah sangat mencintai Rasullulah saw, aku ingin belajar mencintai kekasihNYA. Moga Allah mencintai dan meredhai aku si hamba hina ini.." Lalang yang senget ditiup angin kencang berjaya mencuri pandangan. "Dan mulianya dia Muhammad, Kekasih Allah, dia mencintai tanpa menagih untuk dicintai..."
Titik jernih yang menghempap tangan menarik waras kembali ke akal. 'Dan dia tetap dia. Berpegang pada apa yang digenggamnya. Dan tak goyah walau kadang di usik dengan kebenaran kerana lumrahnya yang benar itu selalu datang dalam kepahitan. Dan tegaknya dia kerana dibataskan dengan garis hakikat yang kesempurnaan itu hanya milikNYA. Lalu dikutipnya kesilapan menjadi teman paling akrab.' "You will!" Senyum. Dari sudut hati yang terdalam.
Panjangnya garis yang ditarik menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. "InsyaAllah..kita mampu.."
Jarak yang memisah
Hanya doa mengikat rasa dua hati
Rasa yang tak akan mati
Walau dimamah usia dan mimpi
Kerana ada DIA dalam kita
Dan yang selalu indah antara kau dan aku adalah KITA.
–nk

Comments
Post a Comment