Dia Kekasih Allah
Jam didinding ku kalih pandang. Buat kesekian kalinya bingung kembali menyapa benak…sesaknya tak terluah!
“Im!”
Kepala dikalih pantas.
“Sid kemalangan…”
‘Allahu Ya Rabbi…’ Jantung seakan berhenti berdetak…
“Sabar Im…istighfar.”
“Inalillah…” Mata ku pejam rapat. Mengharap kekuatan kembali utuh.
*********
Kaki yang berlari tenang kini mula bertukar rentak. Suasana hiba penuh pilu yang terbias ditubir mata saat ini menghantar sejuta debar dihati. ‘Andai tiba masanya Ya Rabbi…redhakan aku dengan pemergiannya…’
“Sabar Mah.. Tak baik macam ni. Redhakan pemergiannya…”
Langkah terhenti. Alam seakan kaku. Detik ku rasakan beku. ‘Sahabat…baru semalam kita bercerita indah. Kau merawat rawan hatiku yang masih bingung mencari cinta KekasihNYA. Kau pujuk diriku yang seakan tenat mencari dalam samar. Kau dakap aku saat tubuh terlorot tak berdaya. Dan kini…kau pergi meninggalkan aku ditengah-tengah perjuangan yang masih lagi merah…’
“Im…”
Bahu yang terasa panas, mengembalikan aku kea lam nyata. ‘Ya, dia benar-benar pergi…menemuiMu Ya Illahi…’
“Berundur sebelum melangkah, itu bukanlah perjuangan. Kerana perjuangan itu menuntut sejuta pengorbanan, menagih seribu keringat, memerlukan segenggam ketabahan hati…”
Bahu Im ditepuk lembut. “Perjuangan tanpa syahid, itu cinta yang palsu. Perjuangan tanpa air mata, itu kasih yang pura-pura. Perjuangan tanpa penyerahan padaNYA, itu adalah sia-sia… Tidak DIA jadikan sesuatu itu sia-sia, melainkan ada faedah dan hikmahnya…”
Kepala jatuh menekur lantai. “Inalillahi wainailaihi rojiun…” Muka ku raup insaf…
“…Kan tiba detiknya kita menyusul nanti…”
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan..
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati..
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan..
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati..
Tulus ikhlasmu luhur budimu,
Bagai tiada pengganti..
Senyum tawamu juga katamu,
Menghiburkan kami..
Memori indah kita bersama,
Terus bersemadi..
Kau sahabatku kau teman sejati..
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan..
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa..
Bagai tiada pengganti..
Senyum tawamu juga katamu,
Menghiburkan kami..
Memori indah kita bersama,
Terus bersemadi..
Kau sahabatku kau teman sejati..
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan..
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa..
Ya Allah..
Tempatkannya di tempat yang mulia,
Tempat yang diKau janjikan nikmat,
Untuk hambaMu..
Tempatkannya di tempat yang mulia,
Tempat yang diKau janjikan nikmat,
Untuk hambaMu..
Sahabatku..
Akan kuteruskan perjuangan ini,
Walau kutahu kau tiada di sisi..
Akan kuteruskan perjuangan ini,
Walau kutahu kau tiada di sisi..
Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan..
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami..
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan..
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami..
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana,
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan..
Moga di sana kau bersama para solihin,
Kau sahabatku kau teman sejati..
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan..
Moga di sana kau bersama para solihin,
Kau sahabatku kau teman sejati..
********
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa…
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai Sidi Bin Halimah, wahai Sidi Bin Halimah, wahai Sidi Bin Halimah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai Sidi Bin Halimah, apabila datang kepada kamu dua orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai Sidi Bin Halimah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai Sidi Bin Halimah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai Sidi Bin Halimah, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Insaflah wahai Sidi Bin Halimah, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Dalam simpuhan tadahan doa, air mata tak mampu ku tahan, tiada kudrat untuk ku seka… ‘Moga kau ditempatkan dikalangan orang-orang soleh duhai sahabat…’
Dalam gagahan langkah kaki, bacaan talkin seakan terngiang-ngiang dibenak. ‘Tuhan..hari-hariku, dosa seakan tak pernah sunyi ku ulang laku. Maksiat yang megah didabik tinggi, jasad yang seringkali tunduk pada pujukan nafsu.. Bagaimana untuk ku berdepan dengan Mu Ya Illahi…’
*******
Langkah kaki terasa lambat, bagai aku berjalan dalam lena. Destinasi yang dituju tetap tak kunjung tiba. ‘Oh hati, kuatlah! Ya Tuhan, tiupkan aku semangat cintaMU…moga Iman yang lemah ini kan kembali bangkit berjuang…’
“Haa…ni pun dia!”
Kepala ku dongak.
“Tengoklah ayahnya budak ni…tak habis-habis menyusahkan. Belajar bukannya makin pandai, tetap macam tu jugak. Buat kerja pun malas! Nak harapkan In je…”
Raut anggun bagai tak dimamah usia itu ku pandang. Seketika beralih pada raut tegap yang dulunya pengubatku kala tujahan kata merobek tangkai hatiku.. ‘Ayah..ke mana menghilang sinar kasih itu. Sudah pudarkah rasa itu..’ Mata ku pejam seketika. ‘Dia jua manusia..adakalanya pasang, adakalanya surut kasihnya…’
Langkah sumbang ku gagah berlari ke kamar. Badan yang seakan tenat ku sandar didaun pintu. ‘Tuhan…kini satu-satunya sahabatku telah KAU jemput ke sisiMu. Dan disini, tinggallah aku terkapar-kapar keseorangan.. Kasih seorang ayah yang dulu utuh mengenggamku, kini pudar tak bersuara..’
“Im..”
Kepala ku dongak. ‘Sid..’
“DIA tak pernah meninggalkan kita…”
“Sid…”
“DIA selalu ada mendengar setiap rintihan kita…”
Air mata laju mencurah membasahi pipi. Jasad terlorot jatuh menyembah bumi. ‘Seringkali ku lupa padaMU Ya Rabbi…’
*******
“Sholallah ala Muhammad…Shallallahu Alaihi Wa Salam…”
Dada ku usap lembut. ‘Tiadakah rasa cinta itu buat KekasihMu Ya Rabbi…’
“Sholallah ala Muhammad, Sholallah alai Wa sallim…Yaa Nabi salaam ‘alaika, Yaa Rasul salaam ‘alaika, Yaa Habiib salam ‘alaika, Sholawattullah ‘alaika…”
Mata ku pejam rapat. Mengharap rasa itu mengunjung tiba…
‘Tuhan…bantu hambaMU yang lemah ini. Berikan aku rasa indah itu…ku pohon Ya Illahi…’ Air mata yang melebat, sepi tanpa sendu…
*******
Lena yang menyelimut, menyentakkan jasad yang nyenyak.
“Astaghfirullah hal azim…”
Saat tangan ku jatuh dari raut, hamparan usang itu memaku pandanganku. ‘Ya Rasulullah!’
Sebenarnya hati ini cinta kepadamu..
Sebenarnya diri ini rindu kepadamu..
Ya Rasulullah…
Hati ini tak mengerti..
Mengapa cinta itu masih tak hadir…
Hati ini tak mengerti..
Mengapa rindu itu belum berbunga..
Sesak. Lemas. Tenat. Tak mampu lagi ku celik.. ‘Ku pohon padaMu Ya Allah…hanya padaMU..’
******
“Dirimu terlalu sempurna, Akhlakmu yang sungguh mulia, Jasamu yang amat berharga, Menerangi jalan ke Syurga…” -Hijjaz-
" Tidak terperi indahnya melihat seorang insan sesempurna manusia. Pakaiannya tidak cantik, tidak lawa tapi amat menarik, mukanya amat-amat menarik. Wanginya macam terasa sampai lepas bangun tidur pun saya masih terasa wangi itu…” -Ustaz Dr Haron Din-
“Kau masih tersenyum mengubat lara, selindung derita yang kau rasa..Senyuman yang mententeramkan setiap insan yang kebimbangan. Hakikatnya, tak tertanggung lagi deritamu.. Di pangkuan isterimu Humaira, menunggu saat ketikanya di angkat rohmu bertemu Yang Esa.. Tangan dicelup di bejana air, kau sapu di muka mengurangkan pedih.. Beralun zikir menutur kasih, pada umat dan akhirat.. Dan tibalah waktu ajal bertamu, penuh ketenangan jiwamu berlalu..” -InTeam-
“Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat kutatap wajahmu.. Kan pasti mengalir air mataku, kerana pancaran ketenanganmu.. Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat kukucup tanganmu, moga mengalir keberkatan dalam diriku, untuk mengikut jejak langkahmu..” -Raihan-
“Pergi mu tiada pengganti, hilanglah seri buana ini. Kaulah penyeri kaulah purnama, yang menerangi hidup manusia. Lahirmu dijanjikan Allah, membawa rahmat sekalian alam, membina ummat bertamadun, Kaulah Nabi kekasih Allah…” -InTeam-
“Pergi mu tiada pengganti, hilanglah seri buana ini. Kaulah penyeri kaulah purnama, yang menerangi hidup manusia. Lahirmu dijanjikan Allah, membawa rahmat sekalian alam, membina ummat bertamadun, Kaulah Nabi kekasih Allah…” -InTeam-
Tenang. Damai. Indah. Syukur padaMu Ya Tuhan…
Laut yang membiru ku pandang dengan senyuman dibibir. ‘Alhamdulillah Ya Rabbi..’
Cinta bukan semudah lafaz bibir,
Rindu bukan pada ucapan..
Ya Rasulullah..
biarlah hanya hatiku berpuisi indah tentangmu…
Ketenangan yang bisu itu semangatku..
Cintamu yang mekar sepi pembisik rinduku..
Moga palsu bisikan sang durjana,
Tak lagi menjadi tembok penghalang curahan kasihmu..
Moga dengan izinMu Ya Rabbi..
‘Sahabatku Sidi..benar DIA tak pernah jemu mendengar rintihan hati kita, tika saat yang lainnya diam membisu… Tenanglah kau disana wahai sahabat. Selagi Iman berdiri teguh, selagi nafasku menghela lembut, perjuangan ini akan ku teruskan selagimana DIA mengizinkannya.. InsyaAllah sahabat..’
Ya Allah…
Dengan limpah RahmatMu,
Peliharalah sahabatku yang telah kau jemput menemuiMu Ya Rabbi..
Lindungi dia dengan kasih sayangMu Ya Rahman..
Ampuni kesalahannya Ya Ghaffar..
Terangi kuburnya dengan KasihMu Ya Aziz..
Permudahkan urusannya ketika hisab Ya Halim..
Mohon kami bertemu semula disyurgaMu, dengan izinMu Ya Allah s.w.t..
Dengan RahmatMu Ya Allah, Tuhan Kami Yang Maha Pengasih..
*******
Berjuang di medan cinta menuntut sejuta ketabahan hati, jika tunduk menyerah kalah adalah musuh yang diperangimu…
Cinta SUCI itu bukan semudah yang diangankan..saat bibir mengungkap kata cinta dan rindu, hakikatnya hati sepi tanpa rasa..kerana itu hanyalah dusta. Ketahuilah,segumpal darah yang bernama hati itu tak pernah menipu..kerana kebenaran sentiasa terbentang luas walau bibir pantas berdusta. Hanya diri ini dan DIA yang mengetahui hakikat itu..
Tuhan…
Hadiahkanlah cintanya kepadaku..
Tuhan…
Kurniakanlah rindunya buatku..
Moga syafaatnya hadir buatku disana nanti…
Ya Rasulullah..
Terimalahku sebagai umatmu..
Duhai Kekasih Allah,
Moga dapat ku tatap wajahmu..
******
Diari usang itu ku tinggalkan. Moga aku disuatu ketika dulu kan hilang bersama ombak yang dipukul pantai…
Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta
Saat dihitung dosa dan pahala,
Siapakah yang akan membela..
Siapakah yang akan membela..
Lantas air mata mengalir tak dipinta,
Takut syafaatmu tak ku punya..
Duhai Kekasih Allah..
Selawat padamu jarang ku lagukan,
Doa buatmu seringkali ku terabaikan,
Kisahmu jarang benar ku hayati,
Sedang selawat ke atasmu seringkali bertingkah janggal diulas bibir..
*******
Bagaimana harus kau kata cinta,
Sedang dirinya kau kenali hanya sekadar nama..
Bagaimana harus kau lafaz rindu,
Sedang dibibirmu jarang sekali berselawat ke atasnya..
Bagaimana harus kau mengaku umatnya,
Sedang air mata mu tak pernah sekali mengiringi sirah perjuangannya..
Bagaimana kau mendambakan syafaatnya,
Sedang hayatmu sepi tanpa selawat kepadanya, bisu tanpa sendu pada sirah perjuangannya, sombong dalam simpuhan dan tadahan doa buatnya..
Dia kekasih Allah..
Tak pernah meminta,
Tetapi selalu memberi..
Tak pernah mengharap,
Tetapi selalu menunaikan..
Tak pernah memerlukan kehadiranmu,
Tetapi tak henti mengingati dan merindukanmu..umatnya…
Salutations On You, O Prophet
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Salutations On You, O Messenger Of Allah
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salutations On You, O Beloved
Salawaatu'llah 'alaika
Blessings Of... Allah Be Upon You.
Ashraqa'l Badru 'alaina
A Full Moon Rises Over Us
Fakhtafat Minhu'l Buduru
The Other Moon Disappears
Mithla Husnika Maa Ra'aina
We Never Saw The Like Of Your Beauty
Qattu Yaa Wajhas-Suroori
O Face Of Gladness
Anta Shamsun Anta Badrun
You Are The Sun, You Are The Moon
Anta Noorun Fawqa Noori
You Are Light Upon Lights
Anta Ikseerun Wa Ghaali
You Are Gold And Even More Priceless
Anta Misbaahu's-Sudoori
You Are The Light Of Hearts
Yaa Habibee Yaa Muhammad
O My Beloved, O Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
O Star Of East And West
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
O Star Of East And West
Yaa Imama'l Qiblataini
O Leader Of Both Qiblats
Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Whoever Sees Your Face, Gets Happiness
Yaa Kareem Al-Waalidaini
O The Kind One To Both Parents
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Your Clear And Cool Fountain
Wirdunaa Yawm An Nushoori
Is Our Goal On The Day Of Reckoning
'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
The Knower Of The Secret And Even More Hidden
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
O Star Of East And West
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
O Star Of East And West
Yaa Imama'l Qiblataini
O Leader Of Both Qiblats
Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Whoever Sees Your Face, Gets Happiness
Yaa Kareem Al-Waalidaini
O The Kind One To Both Parents
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Your Clear And Cool Fountain
Wirdunaa Yawm An Nushoori
Is Our Goal On The Day Of Reckoning
'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
The Knower Of The Secret And Even More Hidden
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
One Who Accepts Supplications
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
O Lord Forgive Us All
Bijamee-'is-Saalihaati
O Lord Forgive Us All
Bijamee-'is-Saalihaati
For The Sake Of All The Good Deed
020212–nk
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku didalam syurga." [Riwayat Al-Sajary daripada Anas]
Bukan mudah untuk mengenggam sebutir permata yang ternyata menjadi gilaan ramai. Hanya berbekal Iman yang rapuh didada, kaki ku teruskan ayunan langkah. Tetap berharap cinta KekasihMu kan menjadi milikku, walau ajal menjemput dimuka pintu... Sedetik lagi!
Comments
Post a Comment