Sumayyah VS Angelina Jolie
Moga dalam luka,
DIA hadir menyembuhkan...
Moga dalam tangis,
DIA hadir berbisik teguh...
Moga dalam langkah yang rapuh,
DIA tetap bersemadi indah didada...
Moga dalam tangis,
DIA hadir berbisik teguh...
Moga dalam langkah yang rapuh,
DIA tetap bersemadi indah didada...
…………………………
“Assalamuallaikum…”
“Waallaikumusalam. Dah sampai? Lewat hari ni…”
“Biasa la Bah…traffic.”
Encik Lokman mengangguk.
“Naek dulu Bah…”
“Iye…nanti kejap lagi turun bawah. Ada hal sikit, Abah nak cakap.”
Kepala mengangguk pantas. Serentak kaki mula menapak masuk ke dalam rumah.
“Aii Kak Umay!”
Kening terangkat. “Pe aii…aii! Waalaikumusalam. Awal balik? Cabut larik hape?”
Duan tarik sengih. ‘Tau-tau ja kakakku ini! Haisyeh…’
“Buat la selalu…meriah Abah dengan surat layang kuning tu…”
Duan gelak. Sisi kepala digaru berulang. ‘Shoot through the pain!’
Umay geleng kepala. Kaki sambung langkah.
“Eh!”
‘Naa…what again la…’ Tangan dah capai tombol pintu.
“Serius akak nak kahwin?”
“Huh?” Kepala spontan turn empat puluh lima darjah.
“Erk?” Duan telan liur. ‘Pelik jer aura yang keluar? Kang tak pepasal aku yang kena fire nih!’
“Where the fire?”
“Just now.”
“No joking right?”
Kepala diangguk yakin.
“For second…are you sure not a joking?”
“Yeah!” Muka habis serius. “Akak tak tau ke?”
Beku.
“…macam pelik jer…” Pelipis kanan digaru.
Duan ditenung. Kening terangkat curious.
“Seems like korang in love…”
Rahang bawah terbuka luas. “Huh?”
Kedua-dua belah tangannya diangkat tinggi. “Sori…terbabas…”
Tudung yang masih terletak elok dikepala ditiup kuat. ‘Gaya nak mintak kena hempuk betul budak ni…’
“Tak la…that guy…gaya dia bercerita macam dah kira on la…”
Hujung hidung digaru lembut. “Hape punya ayat la… Tak faham!Cu terang bagi clear…”
Bibir tarik sengih. “Aku tak khatam lagi silibus part meminang kak oii!”
Umay terkedu. ‘Meminang? Apekah…’
“Then ask somebody to explain that…” Kaki mula melangkah laju masuk ke bilik.
Duan ternganga. ‘Den pulak yang keno…!’
*********
Usai bilasan terakhir, pili ditutup. Mangkuk kaca dilukup ditempat pengering. Teko dicapai. Tangan pantas berputar mengikut arah jam.
“Kak!”
Kepala dikalih. Kening dijungkit.
“Abah…”
“Jap.” Kepala kembali pada jug dikabinet.
“One mug for me ya!” Duan lesap dibalik dinding pemisah.
‘Ek enaa budak ni…’
……………………..
Mug dihulur.
“Terima kasih…” Mata Encik Lokman masih melekat diskirn.
“Esok Umay kerja?” Huluran mug dicapai Puan Latifah.
Kepala mengangguk. “Tak de cuti umum kan?” Mata dah membulat. Konfius.
“Cuti ke esok?” Uminya dikalih pandang.
“Cepat jer dia kalau dengar cuti…” Kepala digeleng.
Duan tarik sengih. “Alaa umi ni…”
Encik Lokman berdehem lembut. Suasana kembali senyap. “Abah harap kamu boleh la ambik cuti untuk esok…”
Anak mata tepat diraut Encik Lokman.
“Malam esok, rombongan meminang datang. Sempat la kamu keluar dengan umi beli barang esok pagi…buat sederhana je…”
‘Aku tak silap dengar kan?’ Hidungnya dipicit. “Auch!”
Tiga kepala tepat memandangnya.
Bibir spontan tarik sengih.
“Abah harap kamu siap la esok…”
“Nak pergi mana?”
Duan bantai gelak. Puan Latifah menjeling.
“Kamu ni mengelamun ke apa… Abah naik tidur dulu… Assalamuallaikum.”
“Huh?” Muka kelam.
“Pagi esok Umi temankan Umay…” Bahunya yang ditepuk umi lembut, mengembalikan kenormalan otaknya.
Langkah Puan Latifah dihantar dengan ekor mata.
“See…” Duan pantas melompat ke sisi Umay.
“Did I dreaming?” Duan dipandang dengan mata membulat.
Dahi Umay ditepuknya pantas.
“Hadoi!”
Duan direnung sayang.
“Opss…” Tangan dibawa ke mulut. “Refleks la kak!” Bibir tarik sengih katak.
‘Sabo je la…’ “Abah serius ka?” Badan disandar ke sofa. Anak mata tepat disyiling. Keluhan terlepas dari bibir.
“Dah tu abah tengah buat audition Raja Lawak ke?” Kepalanya turut ditala ke syiling rumah.
“Tetiba? Tak de angin pun…nak kata ribut lagi la tak…”
“Dah jodoh kau kak…”
“Muda lagi kot…”
Umay disebelahnya dikerling. ‘Poyo jer kakakku ni!’ “Sangat la…”
“Kak In pun tak kahwin lagi…”
“Dia kan belajar lagi…”
Mata dipejam rapat. ‘Sampai ke pagi pun tak kan habis persoalan yang tersusun dibenak nie…’
“Kau terima je la kak… Aku tengok mamat tu pun boleh tahan…”
“Macam la nak kahwin sehari…”
“Boleh tahan, doesn’t mean from his looking…”
Kening terangkat. Duan dijeling sekilas.
“…he have a good manner then. Hormat orang tua…”
Diam.
“…gaya like he know you…”
Senyap.
“…It’s ok to being with a person that love you, even you don’t have a feeling towards him…” Memujuk.
‘Payah betul kalau dah terbabas part feeling-milling ni…’ Umay geleng kepala tanpa sedar.
“Kadang yang kelihatan baik untuk kita, sebenarnya buruk dan kelihatan buruk itu, sebenarnya baik buat kita…kerana Allah s.w.t itu lebih luas Pegetahuan-Nya. Lift your hand, and ask for HIM…”
Kepala dikalih ke sisi. “I think…”
Kening kanan dijungkit tinggi. Berminat!
“You should get married not me…” Kaki mula mendaki anak tangga.
Rahang yang terbuka hampir tiga minit, mengalukan cik Tan untuk menapak. Deraian larian tapak kaki Umay, mengembalikan kewarasan akal.
“Kak Sumayyah!!!”
Bibir tarik senyum serentak tangannya memulas tombol bilik.
********
Cincin yang tersarung dijari manis dipandang lama. ‘I’m not single dah…’
“Your call.”
Anak mataa lama mendarat diraut Duan.
“Kak In…”
Bibir spontan tarik senyum. Fonsel pantas dicapai.
“Kak In! Assalamuallaikum…”
“Waalaikumusalam…Hamboi bertuahnya…jerit dulu, then baru bagi salam eh!”
“I miss you like crazy…”
Nun jauh dibumi ambia, In tersenyum bahagia. “Me too!”
‘I wish you here right now…’
“Congrate’s sayang!”
Pinggir bibir tarik senyum. “Thanks! Bila summer break?”
“This December maybe…tak sure la dik. Sangat-sangat pack right now…”
“Scary busy eh?”
“Sort of la… Nak lelap pun tak sempat. Always running out of time!”
Umay tergelak. “You must bear it! Just one year lagi kan…”
“Hope so. Pray for me…”
“Insyallah…”
“So, how your day?”
“Cool.”
In gelak. “Ada pulak… How is he?”
“Dia tak datang la…tunang je baru..”
“Ouh! Lupa… Bila langsung?”
Bahu dijungkit.
“Umay? Are you sleeping?”
Dahi diketuk. ‘Lupa!’
“Tak sure…”
“Aik? Tak bincang ke?”
“Umay kat atas ni…”
“Ouh… Nanti dah set date, don’t forget told me ya! Akak tempah first class punya tiket for sure!”
Bibir lepas tawa. “Macam la Umay yang dapat merasa first class fly in tu kan…”
“I will make it one fine day, just for you…”
“Ha ha ha…dah leleh ni…”
Dalam senyum, kepala dah tergeleng. ‘Umay! Umay…’ “Take care sis! Congrate’s again… Send my regard to Umi and Abah…and a love punch for Duan!”
“InsyaAllah. Yeah! For sure… Take care. Assalamuallaikum…”
Fonsel ditangan dipandang lama. ‘How I wish you are here sis…’ Mata dipejam rapat. ‘Tuhan, kuatkan aku…”
“Umay?” Kepala tersembul di celahan pintu.
“Err…”
“You look so gorgeous beb!” Bahu Umay dipegang erat. “Serius…tak boleh nak percaya here you are beb!”
“Macam mana kau boleh tercampak sini?”
Pegangan dibahu Umay dilepaskan. “Sampai hati betul kan…”
“Huh?” ‘Tetiba jer tukar mood… Haiyak~’
“Sori beb…” Hujung bibir digigit.
Tasha senyum. “It’s ok! I know everything…!”
‘Sungguh la minah ni macam suis! Cepat jer on, off…nya.’
“Tak sangaka kan…Bad fall dekat kau…” Tubuh Umay ditarik ke dalam pelukannya.
“Both of you so suit! Akhirnya Angelina Jolie tumpas jua ditangan Sumayyah…”
Umay tarik senyum. ‘Sumayyah yang tak pernah menang di hati Brad Pitt…’
******
“Kamu turun site ke hari ni?”
Puan Latifah dipandang hairan. “Kenapa Mi?”
“Bad call handphone kamu tak berangkat…”
Kepala kembali ke pinggan. “De meeting tadi…”
“Nanti kamu telefon la dia balik… Umi naik dulu.”
Usai kelibat Puan Latifah hilang dibalik tangga, sudu ditangan diletak kembali ke mangkuk sup. Nafas ditarik perlahan.
…………………
“Umay!”
Kepala masih menekur kertas ditangan.
“Umay!”
Aini panggung kepala. Umay yang khusyuk dengan timbunan kertas disebelahnya dicuit.
“Huh?”
“I think he calling for you…”
Kepala terarah tepat pada jari telunjuk Aini. Dahi berkerut tiga lapis. ‘What on earth…’
…………………
“Sori ganggu you all…”
“It’s ok.” Aini bangkit dari duduk.
“Nak pi mana?”
“Korang chit-chat la dulu…” Ulas bibir tak lekang dengan senyuman.
“Err…”
“Tak pe miss. You can stay…I just nak bincang something with my fiancé.”
Umay yang seakan beku tanpa reaksi dipandang. Dalam serba salah, dia kembali duduk dibangkunya.
“Dah lama tak jumpa…you look different.”
Bibir tarik senyum sekilas.
‘Still along with her way…’
“Rasanya our parents dah deal dengan tarikh nikah…but…”
Bad dipandang.
“…we are waiting for you.”
Kening kanan terangkat. “Bukan my parents dah bagi kata putus?”
Kepala diangguk. “Papa nak kata putus dari Umay…”
“Are you really want this?” Serius.
“Umay pilihan terbaik family Bad…”
‘It’s mean nothing…your eyes show it…’
“Orite! Bad take that as yes ya? Thanks for accept my proposal… See ya.”
“Handsomenya la tunang kau Umay!”
Aini dipandang. “Handsome tu subjektif la cik Aini!”
“Ya…”
Kedua-duanya tergelak.
‘Entah mengapa, rasa itu kembali menyapa… Andai bisa kenangan itu diluputkan dari kotak memori, pasti parut luka itu tak kan kembali berdarah…’
*******
“Dah ambik semua?”
“Dah Mi…kad jer still in proses.”
“Bad singgah tadi. Dia ada hantarkan barang-barang hantaran dia…”
Kepala diangguk. Tangan penuh dengan beg plastik.
“…dia pesan, barang hantaran kamu dah siap.”
Kepala pantas dipanggung. “Huh?”
“Kamu telefon tanya dia…”
‘Ketara sangat ke muka badak aku ni? Haimaa..~’
********
“Kenapa nak tinggal asing pulak Bad…?”
“Umay setuju?”
Kepala dipanggung. Raut Papa dipandang. “Umay ikut Bad Pa. Syurga seorang isteri letak pada suami…”
“Kalau macam tu kata sepakat kamu…”
“Bang…”
Tangan isterinya dicapai lembut. “Insyallah…doakan terbaik untuk mereka.”
‘Maafkan Umay Mama…’ Langkah mertuanya dipandang sepi.
……………………
Deruman enjin kereta Bad dipandang kosong. Mata terpaku didada langit yang mendung. ‘Berapa banyak lagi jiwa yang harus terluka kerana egomu Badrul Najmi…’
Ketukan di pintu bilik menoktahkan pandangannya.
“Boleh Mama cakap dengan Umay?”
“Boleh…masuk la Ma…”
Tangan menantunya dicapai. “Betul Umay nak pindah? Umay tak selesa kat sini? Mama ada buat salah?”
‘Tuhan…andai penipuan itu mampu membahagiakan…’
“Umay selesa dan bahagia sangat kat sini Ma…”
“Umay pujuk Bad ya…”
‘Amaran keras itu masih terngiang ditelinga. Bagaimana harus ku pujuk hati anakmu Mama…sedang aku kini bak lilin yang membakari diri…’
“Ma…”
“Mama ada Bad jer…” Titis jernih yang membasahi pipi disapu. “…mungkin dah sampai masanya Mama lepaskan dia kan…”
‘Andai janji manis itu menjadi kenyataan…’
“Maafkan Umay… Nanti Umay datang selalu jenguk Mama ngan Papa…”
Air mata makin laju menuruni lekuk pipi. “Umay…tetap nak pindah?”
Mata dipejam rapat. ‘Kebenaran itu sememangnya pahit…’
Kepala diangguk lambat. “Maafkan Umay…” Tubuh ibu mertuanya diraih ke pelukan. ‘Maafkan Umay…’
“Kau mesti cakap setuju bila Papa tanya nanti! Kau bagi apa-apa pun alasan, as long as dapat pindah…and Mama tu kau pandai-pandai la pujuk! Aku nak benda ni settle minggu ni jugak! Semak betul nak hadap muka kau dua puluh empat jam!...’
“Maafkan Mama…teremosi pulak…” Suara Puan Ruslina memecahkan lamunannya.
Bibir tarik senyum. “Sayang anak namanya…”
Puan Ruslina ketawa.
“Mama akan doakan korang…”
“Thanks Ma…”
*******
Ketukan keras dipintu bilik, mempercepatkan langkahnya.
“Turun jap. Ada hal nak bincang.”
Hampir seminggu susuk tubuh itu menghilang, kini dia pulang…penuh dingin.
……………………………
“Papa nak kau kerja dekat office.”
Senyap.
“Kau mengadu ke…” Sinis.
Umay yang diam menekur karpet dipandang. “Musykil gak aku…apesal Papa aku tu obsess sangat dengan kau…”
Kepala dipanggung. Raut wajah sinis itu ditatap lama. Mencari sejalur sinar, memujuk hati yang basah dek hujan.
“…or kau dah guna-guna kan dia…?”
Kedua-duanya tak kalah bertembung pandang. Pandangan yang terselit makna berbeza…
Bad ketawa kuat. “Lupa! Kau kan gadis solehah…suci, baik lagi…tak kan main benda kotor macam tu kan…!”
“Saya dah masak. Nak makan? Boleh panaskan.”
Bad bangun dari duduknya. Umay dihampiri. Rapat. “…kau ada letak ubat guna-guna tak?” Serentak kaki nya melangkah ke pintu utama, dia meledakkan tawanya.
Mata dipejam rapat. Tiada lagi tangisan…tiada lagi tujahan yang menghimpit dada…seolah diri mati dek rasa. “Biarlah rasa itu menghilang, walau kelihatan kejam…andai itu terbaik buatku Ya Rabbi…”
Even though it hurts...
you were my whole world...
I just only have you now...
A little tears from my heart screams out,
if I pass in front of you,
if I be beside you...
But I can't breathe when I’m in front of you...
You make me restless...
you make me cry...
like a fool...
like a child...
Even the closer I get to you...
the more I get scared...
and my heart was full with a scar that you left...
As if you weren't my destiny...
As if this was just a fleeting moment...
just let me go so easily...
******
Jejari laju berlari dipapan keyboard. Sesekali spek yang melurut dipangkal hidung ditolak naik. Jam yang berdenting buat kali ketiga memanggung kepalanya. ‘Cepatnya!’
Sila ditarik lurus. Sendi yang bersimpul direnggangkan. Mouse pantas dilarikan. Butang logged off ditekan. Dalam gerakan malas, badan dibawa bangkit. Kaki menapak perlahan ke balkoni bilik. ‘Kosong.’ Kepala didongak ke dada langit. ‘Suram tanpa bintang…’
Perut yang berdondang sayang menoktahkan lamunannya. Pintu lungsur ditarik. Kaki pantas menuruni anak tangga.
Suis lampu ditekan. ‘Nak makan apakah wahai cik peyot…?’ Jejari mula berlari pada deretan makanan yang tersusun dikabinet. ‘Spageti je la!’
Plastik spageti ditarik. Peti ais dibuka. Hamburger dan sosej dicapai dan diletakkan ke dalam sinki. Chopstick ditengah kaunter dicapai. Rambut yang mengurai disanggul tinggi. T-gedabak lengan panjang paras lutut disinsing paras siku. ‘There you go spageti-of-my-tommy…!’
…………………………………
Fonsel yang bergetar disambar dan dikepit ke bahu kiri.
“Yup?” Vakum ditangan kanan masih berlari laju dicelah sofa.
“Tak masuk ke?”
“Any prob?”
“Nope.”
“Then?”
“Someone wanna see you…”
“Sape?”
“Syed Mikail…”
Kening spontan knitted.
“On what purpose? Ada deal dengan dia ka?” Butang off ditekan. Peluh didahi diseka dengan hujung jari. Rambut yang terjuntai didahi ditiup kuat.
“Err…untuk sekarang tak de la…”
“So…no need la… Catch later ya. Off. Assalamuallaikum.”
Telefon yang terputus sambungannya dipandang. Keluhan terlepas dari ulas bibirnya. “Waalaikumusalam…”
……………………………………..
“Assalamuallaikum…”
“Waalaikumusalam… Puan Umay…”
Bibir tarik senyum. “Sihat Kak Fie?”
“Alhamdulillah…” Huluran tangan Umay disambut.
“Mama ada?”
Kepala diangguk. “Dari tadi dok Tanya Umay…risau benor…”
Umay ketawa kecil. “Ralit buat operasi mengemas, tak sedar dah pukul dua belas…”
Kak Fie senyum sambil geleng kepala. “Umay memang… Jom!”
Bibir tarik sengih peace.
********
“Bee…bila you nak kahwin dengan I…” Rambut perang lurusnya dipintal manja. “…mommy dah tanya tau! Daddy pun dah bising!”
Kekasih hati disebelah dipandang. “Sayang…kan I dah cakap…”
“…sampai bila I kena tunggu! I bukannya makin muda tau…!”
Tie yang menjerut dileher dirasakan rimas tika ini. Tangan spontan merungkainya.
“You nak simpan perempuan tu berapa lama? Dah setahun…” Lengan Bad yang dipaut dilepaskan.
Muka diraup. “Sayang…please understand me… I bukannya tak nak kahwin dengan you… You pun tau kan keadaan I… Bila-bila masa I boleh lepaskan dia…but you tau kan, Papa mesti mengamuk…”
“Apa yang Papa you pandang sangat dekat dia?” Fresh orangenya disedut geram.
Bahu dijungkit. “I pun tak faham… Nak kata asset penting tu, sangatlah jauh bak langit dan bumi…”
Angelina dah berkerut dahi. “You mean?”
“Dulu we all satu kampus…”
“You pernah bercinta dengan dia?” Mata dah membulat. Bad dipandang garang.
Bad tergelak. “Jealous eh sayang I ni…” Hidung mancung kekasihnya dicuit.
Angelina tarik muncung. “Tak suka…”
“Dulu just a fun la dear… Lagipun, I tak couple pun dengan dia. Konservatif thinking…nak cakap pun susah. Lagi la nak ajak keluar…” Bad gelak besar.
“Really? Kunonya la bini you!” Muka tahan muntah.
“Yeah! That’s why I rasa macam disaster jer bila Papa suruh kahwin dengan dia!”
Angelina senyum. “Papa you dah rabun kot!” Ketawa kecil terlepas dari ulas bibir.
“Hey! That’s my Papa…”
“Opss…sorry…” Lengan sasa bad dipaut manja.
“So how you all end-up?”
“Nothing interesting…”
“Ala…citer la Bee…”
“Jom! Dah lewat…”
Bibir tarik muncung. Handbagnya dicapai malas.
********
“Nanti kirim salam kat Bad…”
“InsyaAllah Ma…”
“Sibuk benar dia…” Tupperware dimasukkan ke dalam paper bag.
Umay senyum. “Awal-awal ni Ma…bagi chance kat Papa rehat.” Paper bag dimasukkan ke dalam bonet.
Puan Ruslina ketawa kecil. “Ya tak ya kan… sekarang baru boleh tenung muka Papa kamu tu lama-lama…”
Kedua-duanya ketawa.
“Drive hati-hati…”
“InsyaAllah Ma. Assalamuallaikum.”
“Waalaikumusalam…”
…………………………………….
Pintu ditolak. Paper bag ditangan kiri diletak ke lantai. Sandal dicabut dan diletakkan ke rak. Pintu dikunci. Kepala diangkat…
“Kenapa kau tolak tawaran Papa?”
“Bukan kepakaran saya.” Kepala ditunduk. Paper bag dicapai.
Bad tersenyum sinis. “Well…sedar diri jugak eh kau ni…”
“InsyaAllah.”
Bibir dicebik. “Then, be ustazah suits you well…” Kasut dirak dicapai. Pintu ditarik.
“Mama kirim salam.” Statik dikedudukannya.
‘Klik.’ Mata dipejam rapat serentak bunyi pintu utama ditutup rapat.
………………………………
Hampir dua minggu, hatinya sukar ditafsir. Hanya emosi yang masih berfungsi. Dia ketawa saat yang lainnya ketawa, dia senyum saat yang lainnya tersenyum… Walau beribu lontaran sinis dan bicara lancang dari ulas bibir itu menyapa gegendang telinga, tujahan didadanya tak lagi mengundang mutiara jernih dipipi…entah ke mana Ia menghilang. Seolah tak lagi sudi menyapa….
Seusai salam kedua, bibir mengalun zikir perlahan. Keindahan yang mampu menenangkan jiwa yang sesak. Getaran fonsel dibiarkan sepi. Entah rasa apa didadanya tika ini…
‘…Tuhan, andai rasa ini mati dari hatiku…aku pasrah Ya Allah s.w.t. Sekian lama aku cuba membuang kesakitan itu, sekian lama aku rawat luka itu, namun makin hari…makin ia robek… Sungguh ku tak punya daya tanpa kasih-Mu Ya Rabbi…
….Ya Rabbul Izzati, pada setiap titipan doa ku…sungguh harapan itu tak pernah mati. ‘Kau suluhkanlah dia pada jalanan-Mu…kau ampnilah dosa-dosanya…moga pintu hidayah-Mu terbentang luas buatnya…’ Aku tak mampu rungkaikan puncanya, sedang kini…hatiku sendiri tak ku mengerti…
…Ya Allah, kini tak ku harap pada kehadiran cintanya. Andai benar dia jodohku dunia akhirat, kau tabahkanlah hatiku untuk ku tempuhi hari-hariku…andai benar dia bukan milikku, kau permudahkanlah Ya Allah…Engkau suluhkan cahaya petunjuk-Mu buat kami…moga jalanan kelam ini menemui penghujungnya…
…Andai dia benar bukan milikku, lepaskan dia dari sisiku Ya Rabbi…’
******
“Hai sayang!”
Umay terpaku.
“Missing like orang gilak!” Tubuh Umay selamat dalam dakapannya.
Air mata laju membasahi pipi. ‘Tuhan…’
Umay yang senyap tanpa suara mengundang pelik dibenak. Pelukan dilerai. Raut Umay yang basah dengan air mata memaku pandangannya.
“Umay…?”
Air mata disapu dengan belakang tapak tangan. Bibir mula tarik senyum. “Sedey!”
Dahi In dah berkerut tiga lapis.
Umay ketawa kecil.
“Kak In balik…Umay pulak kena fly out!”
Mulut membulat. “Alaa…”
“Yeah…” Muka sedih ditayang.
“Bagi je la kat orang len…”
“Boleh la pulak…”
“You’re the boss kan?” Kening kanan dijungkit tinggi.
Ketawa terlepas dari ulas bibir. “Then boley la men suka ati pass-pass eh?” In dipandang geram.
“Alaa…”
“Tak boleyla…” Pipi In ditarik. “Just one week ja! Bukannya kena campak bertahun macam akak…”
“Seminggu ibarat setahun tau!”
Umay geleng kepala. “Jiwang-air here…”
Kedua-duanya ketawa.
*******
“Bila flight?
“Nine.” Ira dipandang. Kening dijungkit bertanya.
“Err…saje.” Sisi kepala digaru.
“Sure?”
“First, aku nak say sori…”
Kening dah mula berkerut.
“…Syed Mikail…”
“Hai…”
Serentak kedua-duanya menoleh ke pintu.
Ira ketap bibir. ‘Ishk! Tak menyempat betul mamat sekor ni!’
Umay pandang Ira.
“Syed Mikail…”
“Aku ada appointment ka?”
Jari kembali menggaru sisi kepalanya.
“I’m Syed Mikail.” Tangan dihulur.
Umay angguk kecil. “Ya?”
“You ada flight malam ni right?”
“So?”
“We still have four hour then…”
Nafas ditarik. “Just shoot Mr Syed Mikail.” Tangan kembali menyusun kertas dimeja.
“Ira, just stay.” Langkah Ira ternoktah.
“I nak belanja you dinner…”
“Here, let me clear you. I’m married. Beside, we never have a deal, so no reason to treat me.”
“Why not?” Tubuh dipeluk. Umay dipandang tepat.
Kepala dipanggung. “What do you mean?”
“You wanna be ‘Isteri solehah’?”
‘Tuhan, berikan kesabaran…’
“…for such a guy like Badrul Najmi Dato Alias? Berbaloi ke…”
Zikir beralun lembut disudut hati, mengusir jauh bisikan sang durjana. “Whatever he are, dosen’t mean I have to act as same he are. Being solehah or mithali, is not the issue. What I know as a wife, my responsibility is my priority. Thanks for your compliment, I’m finished with my word. Assalamuallaikum.” Duffel bag dicapai. Kaki laju melangkah ke pintu.
‘Kau tetap kau walau tak henti dicampak ke lautan ujian wahai gadis… Pekerti dan peribadimu dijaga penuh megah…tak menyerah dan menunduk kalah walau nista tak henti menujah… Andai saja aku mampu memautmu, pasti akulah lelaki yang paling bertuah… Namun takdir-Nya mengatasi segala-galanya…’
******
“Thanks ya!”
“No biggie…rest well!”
Bibir tarik senyum. Tangan dilambai sekilas. Kaki mula melangkah seusai kelibat kereta Ira hilang dari pandangan. ‘Here I back…’
Pintu ditolak. Kosong.
‘As usual…’
Sofa dituju. Badan dicampak malas. Mata dipejam penat.
………………………………..
Pintu ditolak perlahan. Tie dileher ditarik. Getaran fonsel Umay memakukan langkahnya yang baru mula menapak. ‘She was back?’
Kaki perlahan diatur ke sofa. Cahaya lampu dari fonsel Umay memudahkan langkahnya. Wajah lena yang masih bertudung ditenung sebelum cahaya fonsel kembali malap.
Muka diraup. Perlahan badan dipusing kalih. Kaki mula menapak ke tingkat atas.
*******
Hampir seharian mengemas seluruh penthouse, dia terduduk kepenatan. ‘Waaa…boley apply jadik maid nie!’ Kepala dah tergeleng tanpa sedar. Perut yang berdondang sayang diusap lembut. ‘Alahai…cepat benor lapornya…’
Anak tangga didaki malas. ‘Bau dah semerbak cam kamben Tok Wan. Haisyeh!’
……………………………………
Baru kaki yang melangkah turun, mencecah separuh anak tangga, jejari digosok kesejukan. ‘Perghh, sejuk tahap antartika nih!’ Kaki kembali berlari ke atas. Sweater disarung. Hujung lengan ditarik menutupi jejarinya yang dah hampir kebas dek kesejukan.
Remote control dicapai. Air condition ruang tamu dimatikan. ‘Lega!’ Kaki mula menapak ke dapur. Bangku kaunter ditarik. ‘Nak masak pe ya…’ Sisi dahi diketuk dengan jari telunjuk. Buku resepi yang tersusun dicapai. ‘Nasi tomato? Naa…complicated sangat!’ Helaian kembali diselak. Jejari terhenti di resepi Rendang Tok Wan. ‘Macam nak raya la pulak…Next!’
Getaran fonsel dikocek sweater mengejutkannya. ‘Alahai, terkezut oden!’
“Yup?”
“Kat mana?”
“Home sweet home. Kenapakah?”
“Umay ke ni?”
Dahit dah berkerut. Fonsel dibawa ke muka. ‘Amnesia ke hape budak Ira nie…’
“Kau mamai ke hape tengah hari meninggi ni?”
“Umay eh?” Kedengaran tawa halusnya. “Apesal suara sengau dua macam? Flu?”
“Eh?” ‘Patut la rasa macam tersumbat ja...’ Hidung dipicit. “So what storie?”
“Faizal dah submit report for Setiawangsa. Aku dah buat paperwork, but tak sure part interior…”
“Okie. Dah pilih?”
“Dah, but banyak sangat choice. Fenin maa…!”
Umay tergelak. “It’s okie. Kau email. Nanti aku edit.”
“Sayang kau Umay!”
“Yeah, you’re telling me…”
Ira gelak kuat. “Kay, sori beb kacau. Jangan tenung jer plastik ubat tu! Telan jer! Assalamuallaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Perlahan kepala digeleng. ‘Ira..betu la!’ Mata kembali mendarat dibuku resepi. ‘Eh, nak masak!’
Buku ditutup. Peti ais ditarik. ‘Buat nasik ayam je la…’
………………………………..
Gambaran diskrin mula kabur. Mata dipejam celikkan. Dahi dah mula berpeluh. ‘Punya la tutup semua…tak kan sejuk lagi…’ Dahi diseka. Hidung yang kembali berair ditekup dengan tisu. ‘Tak cukup rest kot…’
Dalam pejam celik, kaki mula mendaki anak tangga ke bilik.
********
“You tak nak stay ke?” Angelina merengek manja.
“Tak boleh la sayang… Papa dah bising. Nanti Papa find out lagi haru. You sabar eh…”
“Ye la! Nasib baik perempuan tu tak de…lagi lama dia kena outstation lagi bagus…tak la I bimbang.”
Bad terdiam.
“I balik dulu…”
“Bye bee… See you tomorrow kay.”
“Bye…”
Langkah menggoda Angelina tak menarik minatnya saat ini. Raut wajah lena itu kembali terpapar ditubir matanya.
Muka diraup. Kaki melangkah lesu.
………………………………….
Pintu bilik yang tertutup rapat dipandang lama. Derapan tapak kaki yang mendekat ke pintu menyedarkan lamunanya. Kaki pantas melangkah.
Kelibat Umay yang menuruni anak tangga dijenguk. ‘Fuh…!’
Saji diangkat. ‘Tak berusik…like usual.’ Sup tulang, ikan siakap tiga rasa dan daging masak merah dipandang lama. ‘Nak habiskan…macam tak larat. Tekak pun tengah loya…’
Peti ais dikuak. Jejari berlari dirak. Coklat bar pantas disambar jejari. Tepi pembalut dikoyak. Coklat bar digigit. Mangkuk sup dimeja dicapai dan disimpan dalam peti ais. ‘Esok panaskan jer…’
Hampir separuh coklat bar selamat diperut, dia mula berlari ke sinki. ‘Again…’ Dalam kekelatan yang terasa ditekak, hampir kesemua coklat bar yang dikunyahnya dimuntahkan.
Selesai berkumur, gelas kosong dicapai. Air suam diteguk. Kepala yang terasa berat,dah terasa tak mampu nak tegak. Perlahan kepala direbahkan ke kaunter. ‘Teruknya flu…’
……………………………………
Dari anak tangga, Bad masih tak kalih memandang kelibat Umay. ‘Simpatikah aku…’ Dadanya dilekap. Tiada getaran disitu…
Perlahan Umay didekati. Umay yang lena dikaunter dapur dipandang lama. Baru tangannya jatuh dibahu Umay, fonsel dikocek seluar bergetar kuat. Keluhan kecil terlepas dari bibir. Kaki mula menjauh.
“Yes?”
“You kat mana?”
“Rumah.”
“Honey buat gathering…you jemput I eh. Sekarang. See you bee…bye!”
“Angie!”
Fonsel yang sudah terputus taliannya dipandang lama. Kepala kembali dikalih pusing ke arah Umay. Keluhan sekali lagi terlepas dari ulas bibir…
******
“Dapat?”
Kepala digeleng. Panggilan didail kembali.
“Tak balik lagi kot…”
“Lamanya?” Duan dipandang terkejut.
“Well…dah biasa pun…”
Panggilan yang masih lagi tak bersambut dimatikan. “Even dah kahwin?”
“…yang tu tak tau la…”
“Gaya tadi kompident jer!” Bibir dijuih ke depan.
Duan tarik sengih katak. “Aah la! Rasa dah lama kak Umay tak lepak… Raya ari tu pun kejap jer balik…”
“Eh? Apesal?” Tubuh yang tadinya meniarap, bangkit bersila. Duan dipandang khusyuk.
Kening kiri terjungkit tinggi. “Ni apa gaya? Yoga?”
“Banyak la… Pe kes Umay balik kejap jer?”
Kedua-dua belah bahunya diangkat tinggi. “Dia kan dah kahwin…”
“So pe maknanya? Tak kan la dah kahwin, busynya kemain!”
Kak In dipandang heran. “Yang kak In emo overboard ni pekehal?”
“Eh?” Sisi kepala digaru. “Bad tu ok ke…”
“Ok jer..”
“Really?”
Kepala mengangguk.
“Abah? Umi?”
“Kenapa?”
“…tak de komen anything pasal dia?”
“Tak de la pulak…” Dahi berkerut tiga lapis.
“Hurmm…” Masih lagi tak berpuas hati.
“Semua ok la kak… Karang kak In lak yang KO!”
Bibir dicebik.
*******
Tangan yang terasa kebas, menyedarkan lenanya. Kepala diangkat perlahan. Ruang tamu yang kelam dipandang lama. ‘Dah pukul berapa…’
Tanpa menghidupkan lampu, kaki mula mendaki anak tangga ke tingkat atas. Seusai pintu bilik dikunci, tubuh direbahkan ke katil. Sakit yang menyucuk seluruh tubuh makin kuat terasa. Mata yang dipejam rapat, masih tak kunjung lena. Bibir yang mula bergetar halus diketap rapat. Air mata yang berlari laju menuruni lekuk pipi, seakan tak terasa. ‘Moga detik ini berlalu dengan pantas Ya Illahi…’
…………………………….
Pintu utama ditolak dengan hujung kaki. Bau asap rokok, merimaskan kepala. T-shirt ditarik keluar. Tubuh yang kepenatan direbahkan ke sofa. Sesaat berlalu, Bad hanyut dalam lena.
*******
Deringan bell mengejutkan lenanya. Dengan keadaan mamai, tubuh melangkah ke pintu. Raut wajah yang terpampang diskrin, menyegarkan mata yang masih kuyu. ‘Mama!’ “Alamak!”
Dalam langkah laju, t-shirt dikerusi dicapai. Kaki pantas berlari ke tingkat atas. Jeans dirungkai, seluar Bermuda dicapai dan disarung. Pintu bilik ditutup. Bilik Umay diketuk kuat.
Ketukannya yang tak berespond, mengundang amarah dihati. ‘Tak kan tido mati pulak minah ni!’ Fonsel yang bergetar dikalih pandang. ‘Mama!’ Kaki pantas menuruni anak tangga.
“Assalamualllaikum….. Lama benor menunggunyer!”
“Waalaikumusalam…” Bibir tarik sengih katak.
Bad yang berT-shirt tanpa lengan dengan bermudanya diperhatikan. “Baru bangun?”
“Mama terjah pepagi ni kenapa… Baru jer nak feel…” Suara dileretkan.
“Silap taiming eh?” Datin Ruslina berbisik perlahan.
Tubuh sasanya dipeluk. Kening kanan dan bahunya dijungkit.
“Umay kat atas lagi eh?”
Kepala diangguk.
“Sori… Mama ingat nak ajak Umay pergi pasar… Tak sangka la silap timing pulak…” Ketawa kecil terpelas dari ulas bibir.
‘Fuhh…seb baik tak kantoi!’
“Kejap. Bad kejutkan…”
“Eh…tak pe la… Mama pergi dengan Pak Leh je la…”
“Hai Ma…sejak biler skandal dengan Pak Leh ni…”
Lengan Bad yang tak berbaju ditampar kuat. Bad ketawa kuat. Datin Ruslina geleng kepala. ‘Alahai…’
“Mama?” Matanya dipejam celik. ‘Tak kan mimpi kot…kot iye la da sakit tahap kronik!’
“Eh Umay…da bangun?”
“Aah…dar…”
“Haa…mama nak ajak Umay pegi pasar.” Kata-kata Umay pantas dipotongnya.
‘Eh, dia ada…’ Bad yang berdiri tegak dibelakang mamanya dipandang sekilas.
“Umay tukar baju jap.” Kaki kembali memanjat anak tangga.
………………………….
Mukanya yang pucat dan sembap ditenung. ‘Larat ke…’ Nafas ditarik. Compact powder dicapai dan disapu ke muka. Tudung dicapai pantas disarung ke kepala. Kedua belah sisi tudung dibiarkan tak berlipat, melindungi raut wajahnya.
“Jom Ma…”
“Dah?”
Kepala diangguk.
“Mama pergi dulu. Pinjam Umay jap…”
“Ok. Take care…”
Datin Ruslina mengangguk.
Umay yang jauh ke depan dipandangnya.
…………………………
Hampir lima belas minit tersadai disofa, peluh masih kelihatan didahi. Sejuk yang mencengkam, tak kunjung surut walau dah empat biji panadoal ditelannya. Tudung dikepala ditarik perlahan. Badan ditegakkan dan disandar ke sofa. Perut yang terasa pedih, tak mengundang selera. Mata dipejam rapat. ‘Kuatkan hamba-Mu ini Ya Tuhan…’
Dalam gigilan, kaki diheret ke dapur. Perut yang nazak perlu diisi, agar tak memudaratkan. Plastik maggi dikabinet ditarik. Mangkuk di rak pengering dicapai. Air panas yang dituang, hampir tertumpah ke tangan. Bibir beristighafar lembut. Nafas ditarik payah. Garpu dicapai. Tubuh yang dah tak mampu tegak, perlahan melurut ke lantai.
Hampir lima minit mengumpul kekuataan, mangkuk maggi dikabinet dicapai dan perlahan diletakkan ke lantai. Kedua belah telapak tangan diangkat tinggi. Dengan lafaz bismillah, maggi yang disuap ke mulut tersasar, membasahi bajunya. Tangan yang mengigil menyukarkan gerak. Hati dipujuk sabar. Benak tak henti mengalunkan zikir. Dalam kudrat yang tersisa, maggi berjaya disuap ke mulut. Bersama deraian air mata, hati tak henti mengucap syukur...
Baru separuh maggi selamat masuk ke perut, tekak mula meloya. Sekelip mata, maggi yang ditelan dimuntahkan kembali. Tekak yang terasa pedih diusap perlahan. Tanpa sempat tangan mencapai jug air masak dikaunter, perut kembali memuntahkan isinya. Pedih ditekak tak lagi tertanggung. Deraian air mata mengalir laju…dan dia, tetap keseorangan…
Disudut kabinet dapur, air mata perempuan yang bernama Sumayyah, lebat membasahi pipi…bersama esakan yang tak lagi mengalah pada pujukan…
*******
Peti ais ditarik. Buah epal dicapai. Jug fresh orange ditarik. Badan dikalih pusing ke kaunter. Tompokan sisa muntah Umay yang hampir mengering terlintas ditubir mata. Jug dan epal ditangan dihempas kuat ke kabinet. Kaki laju mendaki anak tangga…
Tok! Tok! Tok!
Baru selesai salam keduanya, pintu bilik ditolak keras.
“What the hell on the kitchen floor!”
‘Allah…lupa!’ Tubuh pantas bangkit dari duduk. Telekung ditarik.
“Kau ni memang tak guna!”
Gerakan tangannya kaku. Raut wajah itu dipandang tepat.
“…menyemakkan rumah aku je pandai! Ingat lantai marmar tu murah ke? Dengan gaji kau pun tak cukup untuk ganti rugi…”
Pintu bilik Umay yang dihempas kuat, seolah tak terkesan. Dia masih lagi kaku dengan telekung ditangan.
………………………….
Tangga dituruni laju. Kunci kereta dalam mangkuk kristal disambar. Pintu ditolak kuat sebelum dihempaskan kembali.
………………………….
Dia terduduk dikatil. Mata dipejam rapat. ‘Tolong jangan menangis…aku pohon wahai hati…’ Dadanya diusap lembut.
Should have let it all go…
Should have ignored it…
Like it wouldn’t be seen…
Like it couldn’t be seen…
I should have pretended not to hear…
My insides are scarred…
My insides are burnt…
Now it’s about time to forget you…
*******
“What’s going on?”
Lengan Bad segera dipaut. Ulas bibir tersenyum lebar. “Interesting video!” Ketawa kecil yang ditahan, terletus jua.
Kekasih hati dipandang bingung. “Video?”
“Patut la bee cakap dia kolot! Terbukti…! Tak sangka bee berani! Cool…mesti perempuan tu malu gila kan…” Angelina ketawa mengejek.
Dahi berkerut tiga lapis. “Sape?”
Dengan raut sinis, bibir dijuih jijik. “Your wife la…”
“What?”
Suara Bad yang agak tinggi menerbitkan muncung panjang dimulut Angelina.
Kerusi ditolak ke belakang. Amri, Anuar, Ijai dan Iwan dihampiri.
“Der!”
Bibir tarik sengih. Tangan berjabat. “Barang pe?”
Kedengaran gelak pecah. “Video lama der…!”
iPad Iwan dicapai. Sebaik anak mata menyapa raut wajah itu, bibir terukir sinis.
……………………………..
“Hai!”
Diam. Mata masih melekat didada buku.
“Sombongnya cik adik!”
Tak jua berganjak.
Bahu Bad ditarik dan didorong melangkah. “Tak payah la wei! Minah stok masjid der…tak jalan doh!” Gelak tawa mulai pecah, membingitkan suasana foyer library yang mula lengang.
………………………………
“Hai.”
Kepala diangkat.
“Sori late.”
Dahi berkerut tiga lapis.
“Err… Bad, your partner.” Tangan dihulur.
“Ouh. Ok. Duduk la.”
Bibir tarik senyum. “Dah lama tunggu…?” Raut wajah didepannya dipandang tak berkalih.
“Tak. Boleh la kita mulakan.” Kertas ditangan dibelek laju.
“Ok.”
……………………………
“Kenapa wei?” Muka kusut Bad dipandang.
“Susah betul la minah tu! Asal ajak jumpa, mesti dia bawak sebatilion…!”
Iwan bantai gelak. “Minah masjid la kan…”
“Kot yer pun…kuno giler doh! Menyakitkan hati…” Rambutnya diraup ke belakang.
“Yang kau pulun kat dia pekehel?” Bad dipandang dengan kening yang terjungkit.
Ketawa kuat terletus dari bibir.
“..tak kan dah tangkap cintun kot!”
“Test power der! Takat perempuan kuno, dengan imej lapuk tu pe kelas der! Ni Bad!” Dada ditepuk megah. “…haruslah berganding dengan Angelina Jolie…!”
Di dorm tingkat tiga, pecah gelak dua sekawan.
……………………………….
Langkah Umay dihadang.
“Korang nak apa?” Bad sekawan dipandang.
“Nak Tanya sikit…” Bibir tarik senyum.
Kening kanannya spontan terangkat.
“Kat mana you beli serkup ni?” Umay dikelilingi. Hujung tudung bidang empat puluh lima ditarik.
Umay terjerit kecil. Bad dipandang tajam.
“Benda ni tak sesuai dengan you la…apa kata you up-to-date sikit… Baru la selera I nak pandang! Tak la memalukan partner you ni…”
“Please stop it.” Keras.
Langkah diundur dua tapak.
“Kau dah melampau Bad!” Kemarahan yang terkumpul penuh didada mengasak.
Bad ketawa kuat, diikuti teman-temannya. “Kenapa? Tak berani? Aku cabar kau!”
Hati tak henti berzikir, mencari secebis kekuataan. “Aku tak pernah datang dalam hidup kau. Tak pernah meminta belas ehsan kau. Jika penampilan aku mengundang jelek pada mata kau, aku tak pernah menagih perhatian kau. Jika tudung ini mengundang masalah pada kau, aku tak pernah berhutang sesen pun dengan kau…” Nafas ditarik.
“…andai kau pautkan belati dileher aku saat ni untuk menjadikan aku Angelina Jolie, walau nyawa yang jadi taruhan… aku lebih rela mati dipenggal, dari aku tunduk pada kehendak bodoh kau…” Badan dikalih pusing, kaki mula menyusun langkah.
Bahu Bad yang terpaku ditepuk. “Brad pitt kalah ditangan Sumayyah!” Ketawa yang pecah membingitkan gegendang telinganya.
Langkah Umay dikejar. Tudung gadis itu direntap kuat dari belakang. Cukup kuat hingga menampakkan keseluruhan serkup kepala dan membuatkan Umay jatuh terhumban ke lantai.
“Kau ingat dengan tudung kau ni, kau boleh sekolahkan aku la yer? Hey! Stop dreaming! Kau tak layak pun jadi sumayyah…apatah lagi nak berangan jadi Angelina Jolie!” Ketawa kuat meletus dari bibirnya, diikuti teman-temannya.
Tudung yang terheret ditarik. ‘Alhamdulillah, Kau memelihara aurat ku Ya Rabbi…’ Lafaz syukur tak henti terlafaz dihati. Gerak hati untuk memakai anak tudung dalam, benar-benar member seribu hikmah buatnya…
Banyak mata yang memerhati tak member kesan. Seolah sedang melihat sebuah pentas pertunjukkan… Benarlah…yang biasa kelihatan sungguh ganjil., dan yang benar itu selalunya kelihatan salah…
Tubuh yang terjelopok digagah untuk bangkit. Hilaian ketawa seolah bisu digegendang telinganya. Baju yang berdebu ditepuk lembut.
“Jangan pernah cabar Badrul Najmi Dato Alias!!” Raut wajah Umay ditenung tajam.
“Terima kasih untuk pengajaran yang terlalu berharga. Maaf untuk kata-kata yang lancang.” Kaki mula melangkah, tak lagi berhenti untuk menoleh.
Deraian ketawa bak sebuah pesta menusuk kuat gegendang telinga. Dalam langkah, air jernih laju membasahi pipi…
…………………………………
“Bila kau record?” Dahi berkerut memadang Iwan.
Iwan gelak. “Tengok kaki la der! Barang baik…jangan sia-siakan…”
Ketawa yang pecah memenuhi ruang kafe mengundang banyak mata…
*******
Pantai yang damai disusuri. Kadang langkahnya laju…kadang langkahnya sumbang. Namun kaki tetap teguh melangkah, walau saat ini hati yang rapuh tak lagi bercantum erat…
Starting for today,
I will forget you…
I don’t know you…
I have never seen you…
We never walked pass each other…
I’m okay…
I forgot everything…
I’m happy with my busy life…
I have met a great person too…
Love is always like this…
It fades away after sometimes…
Can’t even remember it…
When love goes away,
Another love comes again…
Even it hurts now,
It will heal a little later…
It will forget…
As YOU blessed it…
InsyaAlllah…
******
Pintu dikuak. Figura didepan mata dipandang. ‘Kosong’.
Bad terkedu. Langkahnya kaku. Mata tak kalih dari raut wajah Umay.
Kasut diletak di rak. Kaki mula melangkah. Suis lampu diruang dapur dipetik. Peti ais dikuak. Ayam, sayur, tomato, lobak dan cili dikeluarkan. Rice cooker dicapai. Beras disukat. Nasi ditanak.
Hampir setengah jam, nasi dan lauk terhidang dimeja. Jug di rak pengering dicapai, jus mangga dibancuh.
Anak tangga dipanjat. Kepala setia menekur ke bawah. Bad yang melangkah turun bagai angin, tak terasa…
Bad yang masih tercegat ditengah tangga, masih memandang ke pintu bilik Umay yang sudah tertutup rapat.
……………………………
Sakit dikepala kembali menyerang. ‘Lamanya flu…! Dah nak masuk seminggu…’ Fonsel dihujung bantal dicapai. Empat puluh missed call, dan dua puluh mesej ditenung. ‘Haik!’ Skrin disentuh. ‘Kak In?’ Tangan pantas tekan ikon hijau, sebelum ikon merah ditekan kembali. ‘Suara sengau ngalahkan garuda…nanti kak In perasaan lak… Nanti-nanti la..’
Kepala direbahkan kembali. Mata yang dah terasa maha berat dipejamkan.
…………………………..
Hampir tiga jam terlelap, perut yang terasa terik dan memulas menyentak lena. Dengan sendi yang menyucuk ngilu, kaki melangkah ke tandas. Roti dan biskut Jacobs yang ditelan pagi tadi, selamat mendarat dimangkuk tandas. Peluh yang terbit didahi diseka hujung jari. Tekak yang perit diusap perlahan. ‘Ya Rabbi…sakitnya tak tertanggung…’
Perut yang terasa kosong, kembali menyucuk. ‘Dah habis muntah semua…tak larat dah…Umi…Abah..’ Air jernih yang menitis dari kelopak disapu belakang telapak tangan. Badan digagahi untuk bangkit, namun sisa kudrat yang tinggal tak mampu menampung. Badan mengensot perlahan. Pili air dicapai dan dipulas. Air yang laju menuruni pili, kini membasahi seluruh muka dan badannya. ‘Moga secebis kekuatan-Mu masih milikku Ya Rabbi…’
********
Cahaya mentari yang menerobos masuk dari tingkap, menyedarkannya dari lena. Jam disisi katil dicapai. ‘Lamanya tertidur…’ Kaki pantas menuruni katil. Kepala dirasakan ringan. ‘Syukur Ya Tuhan…’
Ikan keli dikuali dibalik. Jam di dinding dikerling. ‘Dah jam dua!’ Peluh didahi mula terbentuk. Hati dipalu bimbang. ‘Penyakit apakah ini Ya Rabbi…’ Api dimatikan. Ikan disejat dan diletakkan ke dalam pinggan. Seusai menghidang, kaki pantas berlari ke tingkat atas. ‘Selagi ada kudrat…’
………………………………..
Brek ditekan. Hati yang gundah dipujuk dengan zikir. Tapak tangan mula berpeluh dan mengigil. ‘Ya Tuhan…permudahkan urusanku…’ Lampu hijau mula mengambila alih. Pedal minyak ditekan. Kereta meluncur laju dijalanan.
Kereta diparking sedang. ‘I need to rush!’ Hidung yang mula berair ditekup dengan telapak tangan. Kaki melangkah laju, tak lagi menoleh.
“Assalamuallaikum…”
“Walai…eh darah cik!”
Telapak tangan dibawa ke muka. “Panas sangat kot…”
“Cik sakit apa?”
Bibir tarik senyum. “Saya tak pasti…” Handbag dibahu yang terasa berat dilurut dan diletak di kaunter.
“Cik tunggu kejap ya….”
“Saya ras….”
“Cik!!”
*******
“Bad!”
Kening bertaut.
“Ika la!”
“Ouh! Well…end up being a gorgeous doc eh?”
Ika ketawa kecil. “Tetap the same you..mulut manis!”
“Well…”
Kedua-duanya ketawa serentak.
“Buat pe kat sini?”
“Teman member check-up…”
“Teman tapi mesra eh?” Kening dijungkit berkali.
Bad ketawa. “Iwan la! You kenal…”
“Maybe la…”
“Doc…”
“Ya?”
“Dia dah sedar…”
“Sape?”
Fail ditangan diteliti. “Sumayyah bt Ashaari.”
Kepala yang menekur skrin iPhone spontan terangkat.
“Ouh. Ok..”
Bad dipandang. “I have to go. Anyway nice to see you back…”
“Ya…”
Langkah Ika dipandang. ‘Umay?’
………………………………..
Nurse yang bertag nama Dura ditahan.
“Cik…”
“Ya?”
“Pesakit katil paling hujung tu sakit pe ya?”
“Err…encik ni siapa?”
“Saya…” Bawah dagu digaru. “…jiran dia…”
“Ouh! Bagus la kalau macam tu. Kami pun tengah cari penjaga dia. Tak ada sebarang contact yang boleh kami hubungi…”
“Ouh… So, dia sakit apa ya?”
“Demam denggi.”
“What?”
“Doc tengah check, dia baru sedar dari pengsan…”
“Serius tak?”
“Saya tak tau, yang tu encik kena tanya doc la…” Senyuman menghiasi ulas bibirnya.
Kepala diangguk. “Thanks…”
*******
Katil yang kemas mengundang kerutan didahinya. ‘Dia pergi mana?’
“Err..tumpang tanya, pesakit katil 107 kat mana ya?”
“Kejap…”
Kepala mengangguk.
“Cik Sumayyah?”
“Aah.”
“Dia dah check out.”
“Hah? Dia dah ok ke?”
“Supposedly dia kena stay lagi untuk pemantauan…seems doc Ika izinkan, so dia boleh balik la…”
Kepala diangguk lambat. “Thanks.”
…………………………………..
Kereta yang terparking elok ditempatnya, dipandang lama. Alarm ditekan. Kaki mula menyusun langkah ke pintu lif.
Pintu utama dikuak perlahan. Mata spontan meliar disekitar ruang tamu. ‘Kosong!’ Kaki menapak ke ruang dapur. ‘Kosong!’ Anak tangga dipanjat. Cahaya lampu dari celah pintu menghantar perasaan lega dihatinya. Kaki mula menyambung langkah ke bilik.
……………………………………
Lappy dikendong ditangan kiri. Kaki laju menuruni anak tangga, menuju ke ruang dapur. Perut yang berdondang sayang perlu dihiburkan. Lampu diruang dapur yang dipetik, terang memancarkan cahayanya, menyuluh ruang tamu yang kelam.
Cheesecake yang dibeli siang tadi, ditarik keluar dari peti ais. ‘Here you go my love-tummy!’ Bibir tarik senyum tanpa sedar. Dengan mata yang masih melekat diskrin lappy, cheesecake selamat dalam mulut.
Sesekali speck yang melurut dibatang hidung ditolak ke atas.
Getaran fonsel dikocek baju tidur mengejutkannya. ‘Haip!’
“Assalamualaikum. Pergi mana? Lama menghilang?”
Bibir tarik senyum. Kepala digeleng spontan. ‘Alahai kakakku…’ “Waalaikumusalam. Bila doc buat part time jadik paparazzi ni…”
Di hujung talian, In ketawa kecil. “Geram punya pasal! Tekanan osmosis darah dah high pun!”
‘Bila doc mula membebel…’ “Sori kakakku… We meet-up tomorrow kay?”
“Promise?”
“InsyaAllah…”
“Ok! Then see ya… Assalamuallaikum.”
“Waalalikumusalam…”
*********
Bahu yang dirempuh terasa sengal. ‘Mak aih…orang ke gorilla ni!’ Kepala dipanggung.
“Buta ke?”
‘Hamboi bahasa!’ “Rasanya cik yang langgar saya.”
“Whatever…” Muka menyampah+kerek tahap kerak bumi.
Kedua-dua bahunya dijungkit tinggi. ‘Gurl-tempered…’ Badan dikalih pusing. Mata kembali menala ke tingkat bawah mall.
“Waited!”
Statik.
“Hey you…” Bahu kiri Umay dicuit hujung jari telunjuknya.
“Yeah?”
“Do I know you?”
“No idea.”
Sisi kepalanya diketuk berulang kali dengan jari telunjuk. “I think…you look familiar…”
“Awak salah orang kot.” Kelibat kak In yang melambai dari jauh kelihatan.
“Nope!” Pandangannya masih melekat diraut wajah Umay.
“…or maybe pelanduk dua serupa. I have to go…”
Kaki pantas melangkah meninggalkan perempuan bertiub dan berskrit sendat paras peha dengan rambut lurus perangnya.
………………………………
Pelukan dirungkai.
“Macam la berabad tak jumpa!”
In ketawa. “Big boss la katakan…”
Kening kanan diangkat tinggi. “Aura jeaolusy terbau-bau…”
“Surrender…”
“Good!”
In geleng kepala. “Nak makan per?”
“Doc In belanja?” Mata membulat.
In ketawa lagi. “Ada pulak…big boss la!”
“Alaa…asyik big boss jer kena belanja pekerja…bila masa pulak big boss nak merasa air tangan pekerja dia…”
“Banyak la!” Tangan Umay dimeja, diketuk geram.
“Wohooo! Main kasar nampak…”
“Jom oder!”
“Okie.”
“I know you!”
Kedua-dua panggung kepala serentak. ‘Minah saleh celup jatuh dari planet mana ni…?’
Umay jungkit bahu. ‘No idea…’
“Summayyah right?”
In pandang Umay. ‘Your friend?’
“Bad wife….”
In kalih pandang tepat ke muka Angelina.
“Not bad…” Tubuh dipeluk kejap. “…but still kekampungan…”
“Hey…what wrong with you girl! Watch your manner…” In bengang.
Angelina ketawa kuat. “Don’t need to sekolahkan I la!” In dicebik.
Umay pantas paut lengan In. ‘Kang ada yang terburai gigi…’
“By the way, I Angelina Elena Dato Hakim…Bad love hearts…”
Anak mata jatuh diraut wajah Umay. ‘Kosong.’
“Tak sangka ya…dari gaduh manja-manja, you all boleh terkahwin. Mesti sweet kan kenangan gaduh tu… Err…by the way, sakit tak masa Bad tarik you punya…”
“Tak la sangat.”
“You look so adorable that time…” Bibir tarik senyum sini. “…or you dah lupa?” Ketawa sini terletus. “..don’t worry, I ada copy…if you wanna recall back la kan…”
Genggaman dibaju kurung makin erat.
“Jom.” Tangan kak In ditarik.
“…just one more thing…”
Kaki tetap melangkah.
“Bad dah tak sabar nak ceraikan you… Well, sayang bapa kena la sacrifie kan…”
Mata dipejam rapat. Kaki makin laju melangkah dengan tangan kanannya masih menarik erat tangan kak In.
……………………………….
“Apa semua ni?”
“Can we just drop it?”
“Umay…”
“I don’t think my head can going through with all this... I already promise to never go back at that moment…”
Nafas ditarik. Riak wajah Umay yang kosong tanpa lakaran emosi membimbangkan hatinya. ‘Sekali besi yang cair kembali mengeras…payah sekali untuk dileburkan buat kali keduanya…’
********
“Dah seminggu kak Umay bertapa kat rumah… Abang Bad outstation ke?”
Duan dijeling dengan ekor matanya.
“Kak In… I was talking with you!”
“Tanya la kak Umay sendiri…”
“The problem is…Duan tanya, Duan yang jawab… Duan bagi pilihan jawapan pun…semua dia tibai angguk jer…!” Keluhan terlepas dari ulas bibirnya.
………………………...
Umay yang leka dengan SUV di peti televisyen tak menyedari kehadiran Encik Ashaari.
“Ehem..”
Kepala dikalih pusing. “Bah..”
“Lama Bad outstation…”
Senyap.
“Umay rasa ini yang terbaik?”
Bibir tersenyum. ‘Kata terbaik itu tak pernah layak buat anakmu yang penuh hina ni Abah…’
“Umay tak de jawapan tu Bah. Kadang kemarahan tu bak angin…adakalanya dia bertiup kencang, adakalanya ia bepuput lembut menyapa telinga, adakalanya ia beralun sejuk…cukup mendamaikan.”
‘Abah tak pernah salah menilai Umay…’
“Setiap manusia, detik lahirnya berbeza… walau sama, jaraknya mungkin jauh sehasta...”
Encik Ashaari dipandang tak berganjak.
“Nasib kita tak serupa, jalan cerita kita tak sama, takdir kita berbeza…”
Umay dipandang kasih.
“…Allah s.w.t berikan petunjuk kepada abah dan umi untuk membentuk Umay dengan peribadi dan pekerti yang mulia. Dan Alhamdulillah dengan izin-Nya, Umay terbentuk dan terpelihara… Dalam jalanan untuk mencapai pembentukan yang sempurna itu, Abah dan Umi banyak melalui rintangan…adakalanya kesenangan terpaksa dikorbankan, ada ketikanya diri goyah saat badai ujian menyapa, dan deraian air mata penyembuh semua duka…
…lahirnya Umay sebagai insan yang berpekerti dan berperibadi…lalu Allah s.w.t datangkan Bad dalam hidup Umay. Dia yang terlalu jauh bezanya dengan Umay…jauh terleka dengan duniawi, sering alpa pada kejadian diri. Umay seharusnya bersyukur…Allah s.w.t berikan Bad untuk ditarbiyahkan, untuk dituntun, untuk dipimpim kembali ke pangkal jalan dengan tangan dan seluruh kudrat Umay… Ketahuilah, ganjaran-Nya besar menantimu anakku…
…sabar itu makamnya tinggi. Namun Allah s.w.t itu pengasih dan penyayang... Allah s.w.t tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” [al-Baqarah:286] Bahu Umay ditepuk lembut penuh kasih. ‘Moga kau mengerti anakku…perjalanan hidup tak selalunya indah…’
“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian-Nya. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t mencintai sesuatu kaum, maka Ia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya. Ia mendapat keredhaan Allah s.w.t, dan barang siapa yang murka, ia mendapat murka Allah s.w.t.” [H.R Tirmidzi]
Langkah abah dipandang. Dada yang bergetar halus diusap lembut. ‘Saat aku alpa, Kau tetap menjagakan aku…Ampuni aku yang sering rapuh pada takdir-Mu Ya Rabbi…’
………………………….
Air mata yang menuruni lekuk pipi, tak lagi diseka. ‘Keluarlah wahai tangis…moga saatnya siang berganti, tiada lagi dirmu menemaniku…’
“Umay…”
Kepala dipusing perlahan. Wajah lembut itu ditatap kasih.
“Walau luka itu terparut dalam, selagimana Iman pada qada dan qadar-Nya terpaut kukuh didada…luka itu pastikan sembuh…” Belakang tubuh Umay diusap kasih.
Esakan kecil menemani sendu. ‘Andai bahagia wujud tanpa derita, pasti aku kan tenat dilautan alpa… Syukur Ya Illahi…’
*******
Penthouse yang kelam dan kosong, ketara lainnya even dulu dia tak pernah kisah. Pulangnya sekadar untuk melelapkan mata…namun kini ‘kekosongan’ itu mengusik tangkai hati.
Bilik yang kelam bertutup rapat dipandang buat kesekian kalinya. Seolah hatinya mengharapkan satu keajaiban…takkala dirinya tahu itu adalah sia-sia…
Rasa yang mengasak penuh tangkai hati melontarkan dirinya ditengah-tengah ruang bilik Umay. Buat pertama kalinya bilik itu dijejaknya…
Katil yang kemas tersusun dipandang. Seketika pandangan mula melebar ke seluruh bilik. Mencari sebuah damai agar rasa yang mengetuk tangkai hatinya mampu mereda…
Langsir dikuak. Pintu lungsur ditolak. Ditempat dan palang yang sama Umay berlabuh menatap dada langit, dan kini dia berdiri merenung jauh ke dada langit…
Langit yang mula kelam tanpa bintang kelihatan begitu suram. Nafas ditarik, muka diraup lambat.
Pintu lungsur ditarik. Mata jatuh di hujung langsir. Kertas yang berlipat dicapai.
Salahkah aku dilahirkan punya cita miliki pekerti sesantun Sumayyah…
sedang hari-hariku tiada bergantung pada yang lain melainkan DIA…
Salahkah aku menyarung alas yang cukup untuk membenteng mahkotaku…
mengapa aku tegar diperlaku bagai si hamba yang tak punya maruah…
Salahkah aku meletakkan benteng pada mahramku…
mengapa itu yang menjijikan dan hina…adakah mungkin kerana ianya kolot dan kekampungan?
Sedang Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil…[Sabda Rasulullah s.a.w;Hr. Muslim]
Sebuah kata mampu merobek…
Sepatah bicara mampu menusuk…
Dan kerana itulah manusia dikurniakan akal…
untuk berfikir sebelum bertindak…
untuk menilai sebelum menyesal…
Pesan Abah…
Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka untukmu…
Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu…
Kelmarin Allah membantumu, percayalah…hari ini dan selamanya Allah tetap membantumu…
Ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu…
Kelmarin Allah membantumu, percayalah…hari ini dan selamanya Allah tetap membantumu…
Di tingkat dua penthouse, hujan air mata melebat membasahi pipi Badrul Najmi…
Without a word,
you made me know love...
Without a word,
you gave me your love...
Without a word,
love left me...
Without a word,
love tosse me aside...
Without a word,
tear are coming down...
Without a word,
my heart is breaking apart...
Kehidupan laksana empat musim, saatnya ketetapan-Nya tiba, pasti ianya akan berganti…tak pernah henti…selagimana bumi belum kiamat…
Saatnya tawa menyapa, tangis pasti kan tiba berganti… Sesungguhnya tiada bahagia tanpa duka, tiada kejayaan tanpa pengorbanan…
******
201211 –nk
Psst: Credit to Bro Bad. *Mengalah tak bererti lemah. Merendahkan ego, bukan menjadikanmu dayus…kerana mengakui kesilapan diri menjadikanmu hebat dimata-Nya…*
Comments
Post a Comment