HILANG


Idea| Dari Langit



Mereka tidak melihat sepertimana kau memandang dan rasa sepertimana kau menyentuh. Tak bermakna mereka tidak layak untuk bersuara agar kau tak terus terjatuh. Teguran hanya datang kerana kasih. Dan kau berhak memilih untuk lekapkan telapak tangan kejap ke telinga. Cuma satu kau perlu tahu, saat kau pekuk telapak mu ke telinga, jangan pernah kau salahkan Tuhan atas nama takdir yang kau mula suarakan tidak adil. Kerana kau telah memilih. Itulah yang kau peroleh. Bukan soalnya takdir, melainkan hanya soal kau yang tak pernah adil, pada diri sendiri.

Hilang ditengah keramaian
Bukan lagi aneh
Untuk manusia yang mencari Tuhannya
Takkala sarat dengan bingung
Jalan mana yang harus dipijak
Asal jatuh tak apa
Asal saja DIA redha

Cuma berhenti ditengah perjuangan
Ramai yang memilih
Bila merasakan Tuhan bagai tak mendengar
Walhal nafas dihela adalah DIA
Dan mana mungkin hari dilalui tanpa DIA memerhati
Sedang disetiap sepertiga malam DIA setia menunggu
Kau dan aku pulang.

–nk

Comments

Popular Posts