Ribut
Idea| Dari Langit
Dia tersenyum pada laut kerana ombak sering bercerita padanya bagaimana semalam yang lelah telah berjaya dia harung. Dan selalu langit menjadi saksi antara mereka.
Andai manusia nampak, dia pasti dikatakan gila. Ah, selalunya begitu! - apa lagi nak dikesah. Barangkali manusia, semuanya bercita menjadi hakim - lupa diSana nanti dia pasti dihakimi atas apa yang dia hukum manusia dibumi.
Mereka ingat mudah untuk bangun teguh selepas ribut yang kencang dia redah semalam. Ada yang bertepuk tangan, kagum kerana dia masih tegak berdiri - meneruskan hari.
Mereka lupa disebaliknya adalah segala galanya DIA.
Dan bila mereka disapa ribut yang kencang, mereka bingung - menangis dan meratap. Melontar tanya, 'Mengapa aku?' Ketika mereka memandang dia, ada iri dan sakit hati - Allah dirasakan tidak adil, takdir dilihat kejam terjadi atas diri, dia nampak sungguh beruntung.
Hakikatnya mereka selalu penuh alasan bila ditadahkan kisah disebalik teguhnya kaki mengharung ribut - kerana mereka lebih kisah tentang yang hanya indah dan kelihatan sempurna di mata.
Dan siapa yang sebenar harus dijatuh salah? - melainkan diri yang tak pernah nak insaf dan bawa bawa muhasabah.
**********
Kau ingat nak jalan tu mudah?
Tak.
Tanpa kau USAHA nak gerakkan kaki
Tak mungkin kau kan tahu bagaimana nak jalan.
Tanpa payah
Kau tak kan mampu bercerita tentang mudah
Tanpa air mata
Kau tak kan menghargai indahnya senyuman
Tanpa ujian
Kau tak akan kenal sebenarnya diri mu; hanya hamba
Tanpa khilaf
Kau tak kan belajar dari kesilapan
Tanpa Rahmat dan Kasih Sayang-Nya
Mana mungkin aku dan kau - pendosa,
mampu teruskan hari tanpa pandangan jijik dan umpatan keji
mampu teruskan hari tanpa pandangan jijik dan umpatan keji
Dan sesunggunya Allah Ar-Rahman
KasihNYA melebihi KeMurkaanNYA
Pulanglah tika detik waktu masih milik kita
Kerana pintu KeAmpunan Tuhan tak pernah tertutup
Untuk kita terus hanyut dalam rasa yang tak kan pernah sudah
Tika hakikatnya segala yang bermula itu dari Dia dan pasti berakhir dengan Dia
Moga Tuhan tuntun kau dan aku - menuju hanya DIA.
–nk
–nk
Comments
Post a Comment