Malam Tanpa Bintang

Idea| Dari Langit



Pernah kau rasa
Sunyinya malam
Membuatkan kau bingung
Tak tahu harus menangis atau ketawa?


Dan
Sesungguhnya DIA tahu
Rasa hati mu
DIA tahu
Kau hampir tersungkur rebah dihari mu
DIA tahu
Banyak yang kau simpan tak terluah
DIA tahu
Sesaknya nafasmu menelan segala kata
DIA tahu
Berapa kali hati mu terbunuh dek ego dan nafsu sendiri
DIA tahu
Betapa kau lelah dek menggunungnya dosa yang kau heret dilaku mu hari hari


Kerana itu
DIA asingkan kau dalam kesunyian
Untuk kau berlabuh kembali padaNYA


**********


Hidup
Selalu melontar aku tak keharuan
Dalam pelbagai rencah yang tak mampu aku terjemah
Ketika aku sesak terhimpit dek dunia
Terasa betapa kerdil dan hinanya aku
Saat tiada jalan yang mampu membawa aku kembali pulang
Aku mula sedar tentang hakikat
DIA
Tak pernah
Sekali pun
Tinggalkan aku sendirian..


Aku
Tak mampu melukis
Betapa indahnya Cinta MU Tuhan ku
Dan untuk detik ini
Aku hanya ingin berterima kasih
Untuk semua yang KAU beri Rabbi
Ketika dengan nafasMU ini
Aku masih lagi hidup
Mendakap segala nikmat yang KAU beri
Walau terkadang sering aku bertanya
Mengapa jalan ku selalu adanya lompang
Tika yang lain tersenyum bahagia..


Dan tak jemu KAU memujuk
Walau aku terdiam beku
Dalam lebatnya basah dipipi
Dalam bingungnya hati yang perlahan mati
KAU datang berbisik
Cinta KU
Datangnya luar biasa
Untuk manusia biasa
Menjadi luar biasa
Begitulah AKU Mencintai hambaKU
Dan memuliakannya disisiKU


*********


Hebatnya tentang kehidupan
Bukanlah pada banyaknya tempat yang telah kita jejaki
Tetapi arah mana yang kita tuju
Sebelum terhenti di daerah yang selamanya abadi.


Malam yang tidak berbintang
Namun DIA selalu ada
Dihati.

–nk






Comments

  1. lelah menahan segala rasa....letih mengingatkan diri segala kepayahan yang ada cuma ujian sementara didunia. :'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts