Cinta dan Ramadhan
Idea| Dari Langit
"Betul
ke dia nak lagi?"
"InsyaAllah.
Hati perempuan ni tak mudah. Mulut je laju cakap tak nak. Sebab hati dia dah
terluka. Dan bukan mudah nak hilangkan rasa cinta tu."
"Macam
mana kalau dia dah jumpa lelaki lain?"
"Maksudnya?"
"Dia
dah cintakan lelaki tu?"
"Tak.
Dia sayang kamu. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta
namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya
tidak pernah merindu dan cemburu."
Raut
tenang tanpa kocakan emosi yang terpeta dipandang. Lama. “Macam mana boleh
seyakin ni?” ‘Sungguh aku bingung tiap kali bibirnya berbicara, tiap kali
wajahnya aku tatap. Tiadakah gusar dihatinya? Dan tiada kah tajamnya luka yang menghujan
harinya lantas membuatkan dia kecewa?’
“Hidup.
Kisah yang tak pernah pasti. Hari ini rasanya lain. Dan esok belum tentu rasa
yang sama kan singgah lagi. Tetapi yang pasti, Dia kan selalu ada. Dalam tawa
yang terkadang membuatkan kita lupa padaNya. Juga dalam tangis yang meyaksi air
mata tumpah. Tetap Dia ada.” Raut wajah yang menekur ke bumi dikalih pandang.
Acap kali tubir ini terasa basah saat mata menyapa raut ini. Mata di pejam
rapat. ‘Andai aku dapat meminta Tuhan, moga Dia tak kan rasa luka yang pernah
singgah dihariku.’ Air mata tumpah. ‘Dan Engkau Allah, Yang Maha Mengetahui,
andai pada luka yang membuatkan dia matang dalam langkah, moga dia tabah.’
“Dan Ril
banyak buat silap. Dekat Tuhan. Dekat Babah dan Umi. Dekat dia.”
“Kesilapan
tu datang untuk menjadikan kita lebih baik hari ini. Walau pahitnya akan tetap
kita kenang selamanya.”
Kepala di
angguk perlahan.
“Kesilapan
tu melukakan hati orang yang kita sayang. Dan hakikatnya kita pun terluka.
Adakalanya kecewa berbisik jauh ke dasar hati. Membuatkan kita tak lagi gagah
untuk berlari.” Nafas dihela perlahan. “Nak jadi baik tu tak mudah. Banyak
tohmah dan songeh yang kena hadap. Samalah bila kita buat silap. Tak mudah
untuk dimaafkan. Dan tak mudah untuk kita ubah kesilapan tu menjadi pelajaran
yang menjadikan kita manusia yang lebih baik.
Tiada
kata untuk diterjemah. Hanya kepala setia ke atas dan ke bawah. ‘Sungguh, kata
kata tu sama dengan nyanyian yang berulang kali dilagukan sang hati.’ Sekali
lagi mata dibawa labuh pada raut yang masih lagi tenang tak terpeta dek emosi.
‘What makes you great like a firm sis..’ Moga aku setabah dia Tuhan…
“Dia
wanita. Setabah mana dia berlari menjalani hari, air mata tak kan pernah kering
membasahi pipinya. Kerana itulah kekuatan yang Allah anugerah. Agar ketika
hatinya terluka, air mata lah yang menjadikan dia kuat. Untuk terus menyambung
langkah.”
Kedua
belah telapak tangan dibawa ke muka. Berjuta rasa yang bergaul. ‘Sungguh cinta
tak semudah bicara. Allah, maafkan aku lalai menjaga Amanah Mu..’
“..ada
ketika, saat kita rasa kita mula faham rencahnya kehidupan, hakikatnya makin
banyak yang kita tak mampu cerna. Itulah hukum alam. Membawa kita berpijak ke
bumi, batasnya akal manusia tak akan pernah dapat mengemudi jalanan kaki. Tika
hanya Allah yang mampu menuntun kita ke jalan yang benar.”
Si adik
yang mula membisu dipandang.
“Berlari
lah sejauh mana pun kita, datanglah ujian selebat hujan yang mencurah, selagi
Dia ada dihati, insyaAllah langkah kaki tak akan pernah mati.”
Bahu yang
terasa getarnya ditepuk lembut. “Jagalah Dia, sesungguhnya Dia akan menjaga mu.
Jatuh. Bangun. Terhina. Berdosa. Itu lah rencah yang menghidupkan hati, membawa
diri sedar bahawa dia ada Pemiliknya. Dan ada HaqNya yang perlu kita lunasi.
Sebelum kita menjatuh salah. Saat takdir yang menyapa hari tak selalunya indah untuk kita tersenyum tak gugah.”
‘Tuhan,
terima kasih.’
Mata
dipejam. Kenangan semalam hilang.
Sungguh
hidup ini tiada yang pasti. Sepertimana kata yang tak akan pernah mati. Berjuta
ungkapan yang indah tetap tak kan mampu membuatkan hati mengerti, sebab hati tu
ada Pemiliknya; Allah. Dan bila saat yang telah ditetapkanNya tiba, tanpa kata
yang indah, walau dalam air mata, ianya tetap akan terjadi. Tak akan mampu
ditolak tepi. Tak kan daya untuk melarikan diri.
Kepala
didongak ke langit. "Cantik LangitMu Illahi."
Tuhan
berjuta wajah yang telah ku saksi air mata dipipi dalam kisah yang penuh
misteri untuk dicerna dek akal dan hati. Dan Tuhan, semua itu aku mengerti
kerana Agungnya CintaMu buat hamba hamba kerdil Mu ini Rabbi. Tuhan ku, aku
pernah terdiam bingung meratap jalan yang aku lalui, sayangnya terlalu banyak
yang aku tak mengerti. Dan agar langkah ku tak mati, sering aku memeluk percaya
Mu erat ke hati, kerana hanya Engkau Rabbi, yang membuatkan aku masih teguh dan
terkadang rapuh berdiri disini, hari ini.
Air mata
yang laju menuruni pipi, diseka jejari.
Dan Tuhan
ku, sungguh hidup ini tak mudah untuk aku lalui tanpa Mu disisi. Dan tak pernah
ingin ku bayangi, hidupku tanpa Mu Yang Mengemudi.
Degupan
jantung yang berlari laju seakan menyenakkan dada.
Tuhan,
banyak kisah yang kau beri untuk aku berada disini. Mengenggam percaya yang tak
pernah mati. Bersimpuh dalam pengharapan yang tak pernah Kau biar sunyi.
Sungguh Cinta Mu tak pernah dapat ku ungkap untuk ku karang lalu diterjemah
menjadi kata kata.
Ketika
aku
Terdiam
disatu sudut
Cuba
menjahit luka yang kian carik
Aku tewas
Pada
lebatnya air mata
Tuhan
Aku mahu
percaya
Luka ini
tak sia sia
Namun
sering hati aku menafi
Kerana
pedih luka ini
Terlalu
sakit menusuk ke dasar
Dan Tuhan
Bantulah
aku
Untuk bangun
Memujuk
hati ini
Kerana
luka ini tak kan selamanya abadi
Kerana
luka ini akan Kau ganti
Satu hari
nanti; pasti
Tuhan ku
Ada suatu
ketika
Saat aku
memandang LangitMu
Tiada
lagi indah yang menyapa
Tiada
lagi getar yang menghantar rasa
Hanya ada
tangisan tanpa nyanyian sendu
Kerana
sungguh aku terlalu terluka
Diusik
dek kejamnya dunia
Terhunus
dek tajamnya kata manusia
Rapuh
untuk mendakap iman ke hati
Saat
Takdir Mu datangnya bertubi
Menghantar
lelah
Yang
melumpuhkan larian
Terhenyak
aku dalam tangis
Hanya mengharap
belas
Dari Mu
Tuhan
ku
Dan
Ramadhan
Kali ini
tiba
Masih
menyaksi
aku
sebagai hamba Mu
Ramadhan
Kali ini
Datangnya
bersama hening
Yang
terlalu asing
Membuatkan
aku terhenyak
Ditengah
azam yang aku bina
Agar
Ramadhan kali ini
Tak lagi
berlalu sia sia
Tuhan ku
Tika
ujian yang Kau beri
Bagai
tiada henti
Membuatkan
aku tercungap
Ditengah
rutin hari
Aku sedar
Luka itu
tak lagi sama
Saat aku
duduk dalam simpuh
Saat air
mata menitis
Tiada
lagi rasa peritnya luka
Yang ada
cuma bahagia
Menyelinap
jauh
Ke dasar hati
ku
Allah hu
Rabbi...
Layakkah
aku untuk ini..
Setelah
banyak janji Mu yang aku nodai
Setelah
banyak waktu ku yang berlalu sia sia
Dan aku
ini hanyalah sang hina
Yang tak
pernah sunyi dari dosa..
Raut
wajah yang lena
Dalam
sakit yang tak tertahan
Aku tatap
lama
Tika kaki
ku menjerit penat
Dan aku
hanya diamkan
Saat aku
hanya ingin mempersembahkan
Hal hal
yang indah untuku mu
Agar ada
kenangan yang indah
Untuk kau
ingat
Tika aku
tak lagi bersama mu
Dan aku
sendiri tak pasti
Rasa indah
yang menyelebungi hati ku ini umi
Terasa
bagai aku kan pergi jauh
Meninggalkan
mu yang aku kasihi
Mungkinkah
Ramadhan ini yang terakhir buat kita umi..
Tuhan ku
Indah
rasa yang kau balut ini
Terasa
luka luka ku
Kau
jahit
Tak lagi
ada lompangnya
Dan inikah
indahnya Cinta Mu Tuhan...
Duhai
Illahi
Izinkan
aku menjadi pencinta Mu
Hingga ke
akhir nafas ku Rabbi...
Kerana
Engkau lah Tuhan ku Yang Satu..
Terima
kasih Tuhan
Untuk
segala galanya...
************
Kerana
kita manusia, kita sering lupa hidup ini bukan segala galanya, saat hidup
adalah segalanya untuk Dia. Sungguh, meniti jalan yang bernama kehidupan tak
semudah kita menghafal sifir kehidupan, tika hidup bukan sebuah kepastian.
Kala kita
membaca kehidupan ini dari kaca mata kita; manusia, pasti terlalu banyak luka
yang akan singgah dihati. Jangan memandang jika pandangan itu hanya membuatkan
kita terluka. Serahkan segala galanya padaNya. Dan jalanilah kehidupan ini apa
adanya, tanpa lupa untuk menuturkan syukur kepadaNya.
Kita tidak akan pernah tahu bila kita akan jatuh cinta. Dan bila saatnya tiba, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya - Rabiatul Adawiyah.
For the
broken heart
For the tearing
face
That
never stops to believe
That
never stops to moving
May this
Ramadhan
Invent on
our searching
For Allah
swt hidayah
And
living it
As Allah
bless
Amin.
–nk
–nk
Comments
Post a Comment