Hidup Sebelum Adanya Kehidupan
Ada perkara yang kita tak mahu terjadi tetapi harus menerima. Ada perkara
yang kita tak mahu tahu tetapi harus belajar. Dan ada perkara yang kita tak
mampu kehilangan tetapi harus melepaskan.
“You should
spend your time.”
Kening belah
kanan spontan terangkat seinci. “Huh?”
Tudung yang
siap dililit dipin kemas. “Enjoy your life.” Wedges dirak kasut ditarik keluar.
“Tak ke mana pun kalau nak hadap kerja tu je.”
Kening yang
terangkat perlahan turun; kembali terletak di tempat asalnya. Buku ditangan
direnung sejenak. Memaku akal mencerna bait bicara yang menghantar bingung
dibenak.
“Apa yang tak
kena?” Bibir lancang memuntahkan kata tanpa sempat akal menegah sabar.
Tangan yang
tengah menyarungkan wedges ke kaki terhenti. Badan kembali tegak. Kepala dikalih tepat ke susuk tubuh yang
setia menanti dengan pandangan yang kosong. ‘Bingung mungkin?’
“You don’t
have a life.”
“What do you
mean by ‘no life’?”
“Yeah, you
kerja, balik masak, reading, writing, the same routine..tak boring eh?” Bahu
terjungkit bersama lontaran kata yang terlontar tanpa ada rasa salah. Sinis.
“..And that’s
how I live my life.” Tenang.
“Pardon me?”
Mata dijegil luas.
“You heard
me.” Datar.
“Come on lah
Ed..you make me sick!” Tubuh dipeluk silang dengan kedua-dua belah tangan.
“Then what do
you expect from me?” Kening mula bertaut. Nada suara ditekan. Serius.
“Enjoy.
Hangout. Shopping.” Bibir yang perlahan mengoyak senyum memeta emosi empunya
badan. “..ermm before that, I suggest you to spend your time using the
whatsapp, instagram, or facebook coz it will help you making a friends.
Dada buku
yang separuh terbahagi ditutup perlahan.“Zaman tu dah berlalu Qis..” Bibir
mengoyak senyuman. “..sekarang ni bukan lagi zaman remaja yang keluar ayat ikut
sedap rasa, yang buat gila demi layan stress, yang faham hubungan tu macam
pilih baju kat shopping mall. Sekarang ni zaman kematangan. Yang terbatas dek
dinding pemisah yang menjadikan lelaki dan perempuan itu sebenarnya lawan. Ada
tanggungjawab yang tergalas menuntut sabar dalam menggali ilmu; belajar menjadi
anak yang baik, belajar menjadi isteri yang memaknakan, belajar menjadi ibu
yang meneladani, belajar menjadi jiran yang menyenangkan, belajar menjadi hamba
yang sentiasa menagih redha dan rahmat NYA.”
Nafas dihela
berat. Dada yang ketat perlahan bernafas.
“Ada benda
yang boleh ikut gelak; tapi berpada. Sampai masa diri kena adjust; jadi matang.
Nak ubah diri tak mudah. Semua orang ada cita-cita, impikan pasangan yang baik
soleh dan solehah, angankan anak-anak yang berpekerti, bijak, dan soleh. Nak bina
keluarga yang penuh indah bak lukisan yang dilakar tangan sendiri. Tak
mustahil. Tapi agak impossible untuk sebuah cita cita menjadi kenyataan saat
tangan hanya diriba menanti mentari tenggelam diufuk barat dengan harapan.”
Wajah yang
tertunduk menekur lantai dikalih pandang.
“Macam mana
seorang ibu mengharapkan anak yang rajin mengaji sedangkan si ibu sendiri
jarang jarang kedengaran lantunannya? Adakah salah sang anak bila dirotan
kerana meninggalkan solat sedang sang ayah rukuk dan sujudnya jarang benar
kelihatan?”
Tubuh yang
kaku diarak mendung dalam benak yang bercampur gaul dirapati.
“Qis..tak
salah sesekali nak luang masa buat apa yang kita suka. Tapi tetap kena letakkan
noktah.”
“Ed…”
Bahu yang
turun naik menahan tangis diusap lembut. “Kalau kita tak sanggup berkorban hari
ini, tak mungkin hasil tuaian kita akan tumbuh subur dan mekar. Hidup sebelum
adanya kehidupan ibarat sang petani yang membanting keringat menggali, belajar,
untuk menjadikan tanah yang gersang itu gembur dan subur agar akar yang ditanam
tumbuh dan membesar; tak goyah ditiup angin dan tak terkulai layu saat
dihinggap ujian penyakit.”
“I’m sorry..”
Angguk.
Senyum. “Kita kena belajar menjadi matang untuk menggerakkan jasad dan anggota
mencari. Belajar mengendali sebelum mengemudi. Untuk hidup sebelum adanya
kehidupan.”
“Thanks Ed..”
“Your
welcome.”
Learned to be matured behind what you lost. Allah didn’t rid-of without
replace it with a better surrogate.
–nk
Comments
Post a Comment