Yang Terindah






Ada rindu pada batas semalam
Jejak yang terlakar
Disulam dengan tawa dan duka
Jejak yang mengubat tangis
Saat kaki bagai kaku dalam noktah



Angin yang menyapa
Membawa ku lelah
Dibayang senyum dan tawamu
Masih tersisa rindu
Dilubuk hati yang terdalam



Yang terindah
menjadi lipatan semalam
hadir dalam duka
menyapu tangis
dengan senyuman









Aku memaafkan agar aku tenang.
Aku melupakan agar aku kembali terus tersenyum.
Aku diam kerana aku sedang membaja makna sabar
Kerana aku yakin pada setiap kisah; Tuhan tak jadikannya sia sia.



230814;0335–nk

Comments

Popular Posts