Hitam Putih
Dia.
Hidup misteri.
Teka teki yang membingungkan. Melodi yang hanya terhias lakaran hitam putih.
Kaku. Lesu.
Cermin kaca yang dibasahi titik hujan; dingin. Sendu suara semalam; terngiang ditubir
telinga. ‘Kuatkan dia Ya Illahi.’ Kelopak mata tertutup rapat. Titisan putih
membasahi alis mata menuruni lekuk pipi.
Torehan luka
membisukan kata...
Luka itu perit.
Namun keperitan itu kan hilang bersama masa; walau terkadang parutnya tetap
kelihatan.
Teman...
Kita hamba yang
terlalu banyak diselimuti KurniaNYA. Mengapa membutakan mata pada helaian
helaian warna warni yang pernah terlakar dalam hidup kita; saat kesedihan
menyapa hanya sejenak cuma. Sedang hakikatnya itu jua dari DIA .
Why the things have to turn like this...
Kita hidup kerana
DIA . Berjalan diatas jejak takdirNYA. Mengapa
perlu mempersoal; kala hari hari kita seringkali kita curang pada haqNYA.
Teman...
Usah mensia
siakan diri mempersoal;
Usah
memperbodohkan diri menyesali kosong;
Usah tertipu
dengan kata kalau;
Dan jawapan itu
hanya padaNYA.
So many times i try to make it up; when people just keep
saying ‘sabar’. And it so tiring. Should I run away and hide…
Teman…
Sejauhmana kau
berlari bersembunyi; segagah mana kau harung untuk menamatkan larianmu; namun
selagimana dentingan takdirmu masih berjalan; tetap kau harus teruskan.
Aku tahu
tersungkur itu lelah. Aku tahu kekecewaan itu pahit. Aku tahu air mata itu
duka. Walau jalannya berbeza; kau aku dia dan mereka; kita tetap sama. Setiap
wajah kan diuji. Dan bukankah dalam lelah itu ada syukur? Dalam pahit itu ada manis? Dalam duka itu ada tawa?
Then what should I do…
Means?
Back to basic. Where you’re from. Who are you. What you’re
responsibility.
Abdillah?
Bernafas dalam ehsan. Berjalan dalam hamparan pinjaman; yang
terkadang jatuh tersungkur; hina berlumur noda dosa. Dan kembali bersimpuh
dalam dambaan taubat. Kerana sedar nadi yang berdenyut; adalah nafas seorang hamba
dari ehsan Sang Tuhannya.
Alhamdulillah?
Senyum. Syukur selayaknya hanya untuk DIA .
Terima kasih Illahi untuk sentuhan
cintaMU buat dia.
Dedaun kering yang berguguran ditatap ralit. Di bumi ini
aku berlari dicelah kesibukan yang kadangnya membingungkan diri. Ntah apa yang
dicari. Ntah apa yang dikejari. Arusnya kadang melemaskan diri; melumpuhkan
langkah kaki. Seringkali dalam kepenatan aku tertanya dimanakah penghujungnya;
dan seringkali dalam ketundukan aku temui kekuatan; walau jalannya masih kelam
tak berpenghujung…
–nk
Comments
Post a Comment